Crypto Copy Trading

Tips Penting untuk Mula Berdagang Secara Copy Trading

Reading time

Landskap dagangan dalam pasaran kripto telah berubah secara drastik sejak sekitar 2010. Sebelum ini, pedagang biasa tidak mempunyai pilihan mudah untuk memasuki dunia kripto dan mendapatkan coin yang diingini dalam portfolio mereka. 

Kini dagangan kripto telah diringkaskan menjadi sama seperti pasaran konvensional seperti fiat. Inovasi dagangan digital telah membuatkan keseluruhan proses dagangan diselaraskan, dan alat-alat berguna diperkenalkan seperti platform dagangan, bot dagangan kripto, dsb.

Namun, pengenalan stail dagangan automatik dalam dunia kripto, boleh dikatakan sebagai perubahan paling penting. Dagangan secara sosial dan juga subsetnya telah membuatkan perjalanan perlaburan anda menjadi lebih mudah. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan satu mekanisme berharga dalam dagangan sosial, iaitu copy trading kripto, dan bagaimana anda boleh menggunakannya dengan segera. 

Isi Penting

  1. Untuk melakukan copy trading dalam kripto, anda perlu mengikut keputusan yang dibuat oleh pedagang berpengalaman dalam dunia kripto.
  2. Portfolio anda akan dipautkan secara automatik dengan pakar dagangan yang anda pilih, dengan menggunakan strategi yang sama dengan pedagang tersebut.
  3. Strategi ini merupakan cara terbaik untuk mengurangkan risiko pelaburan dan merendahkan halangan untuk masuk ke dalam bidang ini.
  4. Untuk membuat tetapan copy trading pada akaun, sungguh mudah. Namun, praktis ini masih memerlukan asas pemahaman yang secukupnya.

Memahami Strategi Copy Trading dalam Kripto

Bukanlah satu rahsia bahawa dalam dagangan, pengalaman dan pengetahuan praktikal sangat diperlukan. Kemahiran ini boleh dipelajari dan dipertajamkan melalui usaha keras bertahun lamanya dan penguasaan kemahiran secara berperingkat. 

Pedagang yang paling berjaya dalam apa jua bidang, telah lama terlibat dalam bidang tersebut sekurang-kurangnya lima atau sepuluh tahun. Mereka mempelajari trend dalam industri dan memperolehi pengetahuan dalaman. Kebiasaannya, sebagai pedagang baru, agak mustahil untuk berdagang dengan kepakaran dan kepantasan yang sama dengan pedagang profesional. 

How Crypto Copy Trading Works

Strategi copy trading direka untuk merapatkan jurang antara pedagang baru dan profesional dengan membolehkan dua pihak menjalin hubungan benefisial. 

Kini, pedagang baru boleh mendapat akses strategi dagangan yang kompleks yang direncanakan oleh pedagang yang telah berjaya serta mengikut taktik tersebut sehampir mungkin. Kelebihan paling ketara dalam copy trading adalah ia berfungsi secara automatik. Ini bermakna pedagang tidak perlu risau berlaku kesilapan yang disebabkan oleh manusia. 

Kelebihan dan Kemungkinan Cabaran yang Perlu Dihadapi

Ciri-ciri copy trading yang mempunyai ketersampaian (accesiblity) yang tinggi membolehkan strategi ini menjadi pilihan dalam landskap perdagangan. Ia membolehkan individu memasuki bidang pelaburan tanpa pengetahuan mendalam. Selain itu, ia juga membolehkan pedagang berpengalaman menjana sumber pendapatan, selain daripada hasil keuntungan dalam dagangan. Namun, copy trading juga memiliki kelemahan yang perlu dipertimbangkan. Mari terokai lebih mendalam. 

Pros and Cons of Crypto Copy Trading

Halangan Kemasukan Lebih Rendah

Seperti yang telah diterangkan di atas, kelebihan paling ketara menggunakan copy trading dalam kripto adalah, ia strategi yang ringkas dan selesa. Apa yang pengguna perlu lakukan hanyalah mendaftar di platform copy trading atau muat turun aplikasi copy trading. Kemudian pengguna perlu buat tetapan ringkas dan melalui proses onboarding. Selepas proses tersebut pedagang yang masih hijau dalam bidang ini boleh menggunakan strategi dagangan yang dipakai oleh mereka yang berpengalaman dalam industri. 

Sudah pasti proses tersebut lebih dari sekadar onboarding yang ringkas. Ini kerana pedagang masih perlu memilih strategi yang diinginkan serta pedangan berpengalaman mana yang ingin diikut. Namun, proses ini jauh lebih mudah daripada strategi secara berasingan atau sendiri yang paling senang. 

Panduan dagangan yang disediakan oleh mekanisme copy trading, biasanya sukar diperolehi di pasaran. Situasi ini memberi peluang kepada pedagang baru untuk belajar dan pada masa yang sama membuat keuntungan dengan segera. 

Risiko dalam Membuat Keputusan yang Lebih Rendah

Secara efektifnya, copy trading boleh melindungi pelabur daripada membuat keputusan sendiri yang salah. Agak biasa berlaku jika pedagang baru membuat kesilapan, tidak mematuhi pandudan undang-undang, atau membuat bertaruh pada aset yang salah. Copy trading boleh meminimum kesan yang berpunca daripada setiap kesilapan tersebut. 

Harus diingat, tidak seperti mirror trading, mekanisme copy trading tidak berlaku secara automatik sepenuhnya. Sebaliknya, ia membolehkan pedagang mengubah suai strategi, portfolio dan sebarang maklumat relevan penting yang lain. 

Walaupun copy trading memiliki ciri-ciri yang agak terhad, masih terdapat beberapa pilihan yang boleh dilakukan. Jadi, ramai yang beranggapan copy trading dapat meminimumkan risiko kesilapan yang berpunca dari manusia dan dalam masa yang sama, memberi peluang kepada pedagang untuk membuat pilihan. 

Ketidakpastian dalam Kripto

Namun, walaupun terdapat bantuan daripada pedagang berpengalaman, copy trading dalam kripto merupakan strategi yang berisiko. Industri kripto sememangnya terkenal dengan ketidakstabilan yang tinggi dan tidak boleh dijangkakan, di mana bull runs kripto dan pasaran bear berlaku setiap beberapa tahun. 

Banyak mata wang yang muncul dan lenyap. Situasi ini mengakibatkan kerugian portfolio kepada pelabur. Ini termasuk Bitcoin, coin yang boleh dipercayai dan lama di pasaran. Ia juga mengalami isu turun naik harga yang begitu drastik. 

The Volatile History of BTC

Usia sektor kripto yang boleh dikatakan masih muda menjadi punca kepada tahap ketidakstabilan yang begitu tinggi ini. Selain ini, pemakaian undang-undang yang tidak seragam menambahkan lagi masalah dalam industri ini. Jadi, walaupun menggunakan copy trading sebagai jaring keselamatan, pedagang masih perlu memahami risiko asas apabila menyertai pasaran kripto.

Kebergantungan Terhadap Pedagang

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan untuk copy trading dalam kripto adalah ia hampir sepenuhnya bergantung kepada pakar dalam copy trading. Harus diingat, pakar dagangan terbaik dalam kripto sekalipun, masih berpotensi melakukan kesilapan, membuat pertaruhan yang salah, dan gagal mengenal pasti pola (pattern) asas dalam industri. 

Jadi, dapat dikatakan copy trading bukanlah strategi yang sempurna dari aspek keuntungan. Pelabur terbaik sekalipun, boleh membuat kesilapan. Begitu juga dengan sektor kripto. Sifat pasaran yang tidak boleh dijangka membuatkan sukar untuk mendapatkan strategi yang tidak mempunyai sebarang kekurangan. 

Copy trading, mirror trading dan bot trading, kesemuanya merupakan kesinambungan kepada perdagangan sosial. Ia melibatkan proses menubuhkan komuniti dan berkongsi pengetahuan dalaman dengan pelabur berpengalaman.

Fakta Ringkas

Bagaimana Cara untuk Memulakan Copy Trading dalam Kripto

Setelah memahami asas dalam copy trading, mari kita bincangkan tentang cara anda boleh mulakan aktiviti pelaburan dengan menggunakan strategi ini. 

The Crypto Copy Trading Roadmap

Tetapan Awal

Perkara pertama dan boleh dikatakan paling penting adalah memilih platform copy trading terbaik untuk kripto. Ia adalah proses yang subjektif dan secara keseluruhannya, bergantung kepada apa yang anda mahukan secara spesifik. Terdapat banyak platform copy trading yang tersedia, setiap satu menawarkan tahap automasi yang berbeza, pakej harga, pilihan ubah suai dan jadual pedagang. 

Secara umumnya, pedagang paling berjaya biasanya terdapat pada platform copy trading yang mahal. Jadi, ketika mencari pedagang copy trading yang anda ingin ikut, anda perlu bersedia untuk membayar harga yang tinggi. 

Selain daripada faktor tersebut, platform copy trading perlu mudah diakses dan jelas. Walaupun copy trading mengikuti pola perdagangan pelabur lain, perkara seperti analisis ringkas terhadap pelbagai carta, memantau perubahan harga secara langsung, dan lakukan tugasan rutin lain juga masih penting. 

Anda juga perlu semak jika dompet kripto anda serasi dengan platform tersebut. Namun, kebanyakan platform copy trading yang berprofil tinggi tidak mempunyai masalah dalam isu keserasian dompet ini. 

Membangunkan Strategi Dagangan

Walapun kelebihan utama untuk copy trading adalah pedagang tidak perlu risau akan strategi yang rumit, anda dinasihatkan untuk memiliki pendekatan secara umum sendiri. 

Dalam langkah ini, pedagang perlu memutuskan sama ada menggunakan strategi yang agresif atau strategi kehindaran risiko. Selain itu, memilih kelas aset kripto yang diinginkan juga penting 

Pasaran sememangnya dipenuhi dengan pelbagai pilihan, daripada coin terkenal seperti BTC dan Ethereum, sehinggalah kepada projek berutiliti tinggi seperti Solana yang memperkenalkan cara berinsentif untuk menggunakan smart contract. Akhir sekali, pedagang perlu membuat keputusan apakah keseimbangan portfolio yang ingin dicapai serta bidang kripto mana yang sesuai dengan perdagangan mereka.

Kesemua keputusan ini memainkan peranan penting dalam memilih strategi copy trading yang diinginkan. Ini kerana setiap pelabur yang berjaya, akan fokus dalam bidang tertentu dan menggunakan strategi yang unik. 

Memilih Pakar Copy Trading yang Ingin Diikuti

Sebaik sahaja anda telah pilih platform dan memilih strategi am, anda perlu memilih pelabur yang ingin diikut, dengan mengikut keputusan yang dibuat oleh pelabur tersebut. Kebanyakan platform menyediakan pilihan untuk memantau beberapa pedagang secara serentak. Namun, pedagang yang berbeza mungkin menggunakan strategi bertentangan untuk satu transaksi dagangan yang sama. Oleh itu, anda perlu berwaspada dengan keputusan pelaburan yang dibuat oleh perisian copy trading untuk anda. 

Selain itu, harus diingat bahawa tidak semua pedagang tersedia pada setiap platform. Jadi, jika anda sudah memilih individu atau firma pelaburan tertentu, anda tidak perlu memilih platform terbaik untuk copy trading. Sebaliknya, anda perlu mendapatkan platform yang dapat memberikan anda akses kepada entiti tersebut. 

Kesimpulan

Copy trading dalam kripto merupakan plihan terbaik untuk pedagang baru dalam industri. Strategi ini dapat mengurangkan risiko terhadap ketidakstabilan dan ketidakpastian pasaran kripto dengan memautkan keputusan dagangan anda dengan tindakan yang diambil oleh profesional yang berpengalaman. Namun, harga perkhidmatan yang tinggi dan ketidakstabilan dalam sektor kripto yang begitu tinggi merupakan faktor yang masih perlu dipertimbangkan ketika memilih copy trading. 

Selain itu, memahami asas dalam pelaburan kripto juga begitu penting. Ia akan membantu anda membuat pilihan yang tepat ketika memilih pedagang berpengalaman dalam copy trading, di mana objektif pelaburan dan aspirasi dalam perdagangan anda dapat diselarikan.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024