How to Trade Using The Market Fear and Greed Index

Apa Itu Ukuran Indeks Fear dan Greed di Pasaran

Reading time

Pedagang kewangan menggunakan pelbagai sumber dan alat sebelum membuat sebarang keputusan. Ini termasuklah bacaan dan analisis terhadap trend, tindak balas keadaan dan harga. Bacaan ini dapat membantu mereka memahami sentimen pasaran dan melaksanakan pesanan beli dan jual yang bersesuaian.

Indeks fear dan greed di pasaran merupakan alat lazim untuk membaca pendapat umum dan spekulasi dalam kalangan peserta pasaran dan memahami arah pasaran.

Bagaimana indeks greed dikira? Dan sejauh mana perdagangan menggunakan carta indeks mood pasaran boleh dipercayai? Mari kita bincangkan dengan lebih mendalam.

Isi Penting

  1. Indeks fear dan greed merupakan alat yang dibangunkan untuk menunjukkan keyakinan pelabur dalam pasaran atau berkenaan aset tertentu.
  2. FGI akan menunjukkan skor daripada 0 hingga 100. Paras 0 menggambarkan “fear” yang ekstrim dan 100 pula menunjukkan “greed” yang ekstrim.
  3. Harga pasaran berkurangan apabila indikator menunjukkan “fear”, sementara skor “greed” menunjukkan kenaikan harga.

Memahami Indeks Fear dan Greed di Pasaran

Indeks fear dan greed diperkenalkan oleh CNN Business pada 2012. Ia mengukur keadaan pasaran dan emosi dan aktiviti pedagang secara umum. Sebagaimana namanya, indeks tersebut mengukur mood pelabur, ketakutan dan ketamakan, yang berkait rapat dengan harga pasaran.

Apabila terdapat banyak permintaan untuk sesebuah aset, harga akan meningkat kerana lebih ramai pelabur yang ingin membeli. Keadaan ini dikenali sebagai pasaran “greedy”.

Sementara itu, apabila kerisauan atau ketakutkan berlaku disebabkan tahap permintaan yang rendah dan harga menurun, lebih ramai pedagang yang tidak membeli instrumen kewangan kerana khuatir tidak akan mendapat untung.

Sebagai contoh, semasa pandemik 2020, ketika kebanyakan pasaran merudum dan pasaran saham jatuh mendadak, indeks fear dan greed jatuh sehingga 5. Bacaan tersebut menunjukkan berlakunya kemelesetan dalam harga dan pasaran.

Bagaimana Cara Gunakan Petunjuk Sentimen Pasaran

Indeks greed pasaran mengukur sentimen pedagang pada skala dari 0 hingga 100. Bacaan 0 menunjukkan “Extreme Fear” dan 100 pula “Extreme Greed”. Gred utama dalam indeks adalah 0, 25, 50, 75, 100, seperti di bawah.

the fear & greed indicator

Pedagang boleh menggunakan indeks sentimen dagangan dalam strategi mereka. Ia dapat membantu mereka membuat keputusan dalam dagangan. Namun, indeks tersebut tidak boleh menjadi satu-satunya sumber maklumat kerana mungkin tidak menggambarkan nilai dengan tepat.

Semasa pertumbuhan pasaran, petunjuk akan bertukar kepada hijau, dengan kebanyakannya akan menunjukkan bacaan 60 atau lebih tinggi. Bacaan tersebut menunjukkan pola “greedy” dalam kalangan pedagang yag membeli lebih banyak instrumen atau aset.

Bagaimana Indeks Sentimen Pasaran Dikira

Indeks sentimen pelabur merupakan ukuran rumit yang menggunakan beberapa metrik untuk menggambarkan hasil yang setepat mungkin. Pembangun akan menggabungkan tujuh petunjuk pasaran.

  • Kekuatan harga saham: Petunjuk ini membandingkan saham yang mencapai harga tinggi untuk 52 minggu dan harga rendah untuk 52 minggu di NYSE.
  • Julat harga saham: Petunjuk ini mengukur jumlah dagangan saham bertambah vs menurun di NYSE.
  • Momentum harga saham: Isyarat ini akan menganalisis indeks prestasi S&P 500 berbanding moving average indeks tersebut untuk tempoh 125 hari.
  • Ketidakstabilan pasaran: Petunjuk ini menggunakan indeks ketidakstabilan CBOE dengan moving average 50 hari untuk mengukur ketidakstabilan pasaran dan harga
  • Option put dan call: Petunjuk ini akan menganalisis option kontrak yang aktif, dengan membandingkan order put dan order call. Perbandingan ini akan menunjukkan sentimen bull atau bear.
  • Permintaan terhadap junk bond: Alat ini akan menganalisis perbezaan antara keluaran (yield) di junk bond dan bon bergred pelaburan.
  • Permintaan safe-haven: Membandingkan prestasi dan permintaan antara saham dan bon untuk memahami sentimen pedagang.

Apakah yang Mempengaruhi Indeks Mood Pasaran Global

Indeks fear dan greed di pasaran dikira menggunakan indikator dan signal yang berbeza. Namun, peristiwa tidak dijangka yang berlaku di pasaran serta perubahan dalaman dan luaran memberi kesan terhadap indeks tersebut. Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi petunjuk sentimen pedagang. 

fear & greed chart

Trend Pasaran

Trend pasaran, seperti perubahan harga, perubahan permintaan dan dinamik semula jadi pasaran merupakan faktor paling penting dan berkesan untuk mempengaruhi petunjuk greed and fear di pasaran. 

Apabila sesebuah aset dibeli secara berlebihan (overbought) disebabkan trend meningkat, harga aset tersebut akan meningkat, dan indeks akan menjadi hijau. Situasi ini menggambarkan sentimen greedy atau keadaan bull pada pasaran.

Sementara itu, apabila trend kehilangan momentum dan jatuh di bawah harga purata, harga pasaran akan menurun, dan meter indeks bertukar kepada merah. Ini menggambarkan terdapat kekhuatiran atau kerisauan antara pedagang.

Semasa pasaran kripto memuncak pada 2021, analisis sentimen kripto mencapai rekod tertinggi 79. Bacaan yang sama direkodkan pada 13 Februari 2024.

Fakta Ringkas

Laporan Ekonomi

Bacaan ekonomi kebangsaan biasanya mempengaruhi arah tuju keseluruhan pasaran kewangan, seperti keluaran dalam negara kasar, kadar inflasi, indeks harga pengguna, dan petunjuk lain yang mencerminkan keadaan ekonomi.

Sekiranya ekonomi dalam keadaan yang positif, pelabur lebih cenderung untuk melebarkan pelaburan. Petunjuk greed dan fear akan menunjukkan isyarat “greed”.

Keadaan Geo-Politik

Kestabilan politik memainkan peranan penting dalam keyakinan pelabur dan kecederungan untuk berdagang. Semasa peperangan, perperangan perdagangan atau ketidakstabilan geo-politik berlaku, pedagang akan lebih cenderung untuk tidak melaburkan wang disebabkan mereka tidak pasti masa hadapan ekonomi.

Situasi tersebut menyebabkan kejatuhan pasaran kewangan, dan instumen yang boleh didagangkan akan hilang nilai kerana terdapat kerisauan dalam kalangan pedagang.

factors affecting the fear & greed index

Perubahan Harga Pasaran

Keadan lain pada pasaran seperti turun naik harga yang tidak tetap, pergerakan harga, corak harga terdahulu, dan psikologi dagangan pasaran mempengaruhi indeks sentimen pelabur. 

Selain itu, kitaran sejarah indeks sentimen pasaran dan kepercayaan bahawa kitaran harga akan berulang menjadi pendorong kepada pedagang untuk sama ada meluaskan atau menyekat pelaburan mereka.

Gelembung pasaran (market bubble) dan peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum ini boleh membuatkan momentum petunjuk berubah secara tidak konsisten. Keadaan ini boleh mempengaruhi spekulasi, keputusan dan pendapat pihak-pihak yang terlibat dalam pasaran.

Strategi Dagangan Menggunakan Indeks Fear dan Greed

Sekiranya digunakan secara berasingan, indeks fear dan greed begitu berkesan sebagai faktor membuat keputusan dagangan. Indeks tersebut perlu digunakan bersama petunjuk dan isyarat yang lain. Kebanyakan pelabur menganalisis indeks sentimen pasaran pada hari tersebut atau perubahan yang berlaku sebelum ini untuk memahami corak pasaran atau aset tertentu.

Mencari Trend Pasaran

Pelabur saham menggunakan indikator ini, selain daripada peggunaan instrumen untuk mencari trend, seperti moving average dan indeks RSI, bagi mendapatkan perspektif umum dan keputusan untuk saham tertentu.

Berdasarkan petunjuk ini, pelabur boleh merencana hampir kebanyakan strategi trend dagangan untuk mengesahkan atau menolak bahawa terdapat trend berpotensi dan menjejaki perubahan arah pasaran.

Mengesan Perubahan Harga

Pelabur menggunakan indikator ini untuk mengesahkan impak berita atau peristiwa tertentu, terhadap pasaran harga. Jadi, selain daripada use mengesan carta secara terperinci dan mengenal pasti perubahan harga, indeks sentimen pelabur akan menunjukkan jika perubahan pasaran memberi kesan terhadap keputusan pelabur dan aktiviti pembelian.

Mengenal Pasti Penyimpangan (Deviation)

Indeks sentimen mengesan perubahan dalam keyakinan pelabur ketika terdapat perubahan dalam harga saham. 

Sebagai contoh, dengan mengesan rekod indeks sentimen pasaran dan membandingkannya dengan harga tertinggi sepanjang masa untuk saham Apple, pedagang boleh memahami jika terdapat pembalikan (reversal) dalam keinginan pelabur terhadap aset tertentu.

Isyarat ini juga boleh menunjukkan ketidakstabilan pasaran dengan menjejaki petunjuk sebelum ini dan mengukur perubahan sentimen untuk garis masa yang berbeza.

stock trading with the fear & greed index

Pengurusan Risiko

Indeks momentum pasaran boleh digunakan sebagai alat menganalisis risiko. Jika pasaran berada di kawasan merah atau mencatatkan skor di bawah 50, ini menggambarkan pelabur memilih untuk tidak melabur dan membeli aset, serta menunjukkan risiko lebih tinggi.

Sebaliknya, jika keyakinan pelabur tinggi dan indeks menunjukkan “greed”, ia membawa maksud risiko berada paras rendah atau boleh dikawal. Pedagang cenderung untuk meningkatkan aktiviti pembelian.

Menentukan Titik Masuk dan Keluar

Pedagang boleh memilih titik masuk dan keluar berdasarkan perubahan pada indeks fear dan greed. Apabila tahap keyakinan mula meningkat dan berubah dari “fear” ke “greed”, ia menandakan terdapat peluang untuk memasuki pasaran dan mengambil kesempatan terhadap trend positif.

Namun, apabila petunjuk menunjukkan keadaan “fear” atau “greed” yang esktrim, ini bermakna aset telah dijual atau dibeli secara berlebihan (oversold dan overbought) dan trend pembalikan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Pada ketika ini, terdapat peluang untuk masuk ke atau keluar dari pasaran.

trading strategy with fear & greed

Kesimpulan

Indeks fear dan greed merupakan petunjuk teknikal yang menggambarkan keyakinan pelabur dalam perdagangan aset atau pasaran tertentu. Indeks ini dikira berdasarkan petunjuk dan isyarat berbeza yang akan mengesan perubahan harga dan kekuatan serta ketidakstabilan trend.

Petunjuk sentimen pasaran akan menunjukkan bacaan antara 0 hingga 100, iaitu bermula dari fear yang ekstrim kepada fear, greed dan greed yang ekstrim. Indeks akan menunjukkan skor bacaan di bawah 50 apabila pasaran mengalami ketidaktentuan, dan pedagang tidak pasti tentang pelaburan. Sementara itu, petunjuk “greed” menunjukkan ekonomi sedang pulih dan apabila harga pasaran meningkat.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024