is crypto mining dead in 2024?

Adakah Perlombongan Kripto Telah Mati Pada 2024?

Reading time

>Landskap perlombongan kripto meningkat sejak 2009. Ia menjadi tunjang dalam pengesahan trasaksi untuk keseluruhan rangkaian. Pelombong Bitcoin merupakan jenis pelombong paling lazim ditemui. Ini kerana berdasarkan sejarah, Bitcoin menawarkan ganjaran melombong paling tinggi. 

Namun, komuniti perlombongan mata wang kripto mula khuatir dengan keadaan semasa. Mereka berpendapat industri perlombongan ini semakin mengalami kejatuhan. Jadi, persoalannya adalah perlombongan kripto telah mati, atau kita sebenarnya memasuki zaman keemasan untuk aktif dalam pasaran? Mari kita terokai isu ini. 

Isi Penting

  1. Perlombongan kripto menyelesaikan persamaan matematik yang kompleks untuk menjana unit kripto yang baharu dan mengesahkan transaksi.
  2. Pelombong akan menerima ganjaran wang bagi setiap blok yang disahkan.
  3. Perlombongan merupakan bidang paling popular, namun peristiwa halving pada BTC yang akan berlaku menjejaskan aspek keuntungan perlombongan.

Menerokai Landskap Perlombongan Kripto

Operasi perlombongan kripto bermula pada 2009 ketika Bitcoin memperkenalkan kaedah pengesahan transaksi dan penghasilan unitnya. Secara mudahnya, protokol Bitcoin perlukan pelombong untuk menghasilkan blok maklumat baharu kepada unit BTC. Rangkaian ini juga perlukan pelombong untuk mengesahkan pindahan baru dan menjaga lejar bersih tanpa pindahan yang boleh diragui memasuki sistem. 

Kedua-dua tanggungjawab boleh dikatakan fungsi yang paling penting dalam rangkaian Bitcoin. Ia membolehkan pengguna memindahkan dana dengan sleamat. Kebiasannya, pelombong menerima ganjaran lumayan atas usaha mereka. Setiap transaksi yang pelombong sahkan dan unit baru yang ditambah ke dalam rangkaian, ganjaran akan diberikan. Selepas lebih sedekad sejak Bitcoin dilancarkan, banyak projek kripto yang lain menggunakan teknik perlombongan untuk mencapai objektifnya.

How BTC Mining Works

Bagaiamanakah Cara Bitcoin Berfungsi?

Secara praktikalnya, perlombongan Bitcoin sama dengan perlombongan dara. pelombong individu memerlukan pelantar melombong untuk melakukan aktiviti ini. Pelantar melombong terdiri daripada komputer (PC) yang telah diubah suai untuk selesaikan persamaan matematik yang kompleks. Apabla persamaan tersebu berjaya diselesaikan, kunci kriptografi akan dicipta dan seterusnya menghasilkan blok darta Bitcoin. Kunci kriptrografi juga sangat membantu dalam proses pengesahan pindahan. 

Walaupun penciptaan unit BTC yang baharu ini tidak melibatkan proses yang sukar serta situasi perlunya membuat sesuatu keputusan, pelombong boleh memilih transaksi yang mana yang ingin disahkan. Setiap transaksi dimulakan oleh pengguna dan disimpan dalam mempools. 

Bagi setiap transaksi, caj gas dan jumlah transaksi tersebut menjadi faktor nilai transaksi tersebut kepada pelombong. Secara mudahnya, transaksi jumlah besar menawarkan ganjaran lebih tinggi, dan ini membuatkan pelombong mengutamakan transaksi tersebut.

Kelengkapan Melombong yang Perlu Dipertimbangkan

Satu lagi aspek penting adalah keberkesanan perkakas melombong. Proses ini menjadi lebih sukar dbagi setiap transaksi atau blok data baru. Ini kerana, saiz rangkaian yang semakin bertambah memerlukan pengiraan yang lebih kompleks untuk mendapatkan hash key untuk blok data. 

Kebiasannya, pengiraan yang semakin sukar memerlukan tetapan komputer yang lebih berkuasa. Secara relatifnya, ini membuatkan perlombongan Bitcoin melibatkan kos tinggi. Dari segi teknologi, perkara yang perlu dipertimbangkan juga telah berubah berbanding sedekad sebelum ini. 

Sebelum ini, perlombongan GPU tradisonal boleh menyelesaikan semua persamaan sukar yang diperlukan untuk mendapatkan hash keys dengan mudah. Namun walaupun perlombongan GPU masih relevan untuk individu, penghasilan block dalam jumlah yang tinggi memerlukan set up ASIC yang baru untuk kekal kompetitif dalam landskap moden. 

Berberapa tahun yang lalu, keuntungan dan kerugian melalui perlombongan ASIC dan GPU adalah hampir sama; namun, perlombongan ASIC telah mendominasi pasaran sejak tahun kebelakangan ini. Ini disebabkan oleh set up pengiraan komputer ASIC yang lebih optimum dan tahap keberkesanan yang lebih tinggi. 

How Much Mining Difficulty is Handled by Different Processors

Keuntungan Melombong dan Pilihan untuk Melombong dengan Mudah

Pada 2023, tahap kesukaran melombong menjadi semakin sukar disebabkan oleh saiz rangkaian yang bertambah dan persaingan sengit. Namun, perlombongan BTC boleh memberi ganjaran lumayan kepada individu dan syarikat yang benar-benar berminat. 

Penting untuk fahami bahawa ganjaran tersebut berbeza, bergantung kepada kelengkapan digunakan. Terdapat pelantar yang boleh menjana keuntungan harian sehingga $2,000, dan ada juga yang terhad pada $10. Semuanya bergantung pada kualiti pelantar melombong dan berapa banyak kelengkapan yang dimiliki. 

Selain itu, keuntungan juga perlu dibandingkan dengan kos elektrik yang berkaitan, pengurusan atau mungkin kos pekerja untuk keadaan tertentu. Jadi, dapat dilihat bahawa melombong bukanlah aktiviti untuk mereka yang masih baru dalam bidang kripto. Aktiviti ini mempunyai banyak kos tersembunyi dan pemboleh ubah yang lain yang perlu dipertimbangkan. 

Hourly BTC Mining Costs Compared to Other Devices

Apa Makna Tarikh Bitcoin Halving pada Industri

Berita terbesar tentang perlombongan Bitcoin adalah mengenai BTC halving yang akan berlaku. Kali terakhir peristiwa ini berlaku adalah pada 2020, dan kali keempat dijangka akan berlaku pada April 2024. 

Keuntungan dalam menjana blok pindahan adalah sekitar 6.25 BTC. Jumlah tersebut akan menjadi separuh dari nilai tersebut, iaitu 3.125 BTC. Walaupun jumlah ini masih boleh dikatakan agak tinggi, kos relatif yang ditanggung begitu besar, termasuk perbelanjaan langsung dan operasi. 

Bitcoin Halving Impact on Mining Rewards

Kebiasannya, kos yang dibincangkan sebelum ini tidak berubah. Namun, keuntungan hanyalah separuh daripada jumlah sebelum ini. Walaupun pelombong masih boleh mendapatkan keuntungan bersih tertentu, margin akan menjadi lebih kecil, dan dalam keadaan tertentu, tidak berbaloi untuk pelombong. 

Tarikh halving sememangnya ditentukan untuk mencapai situasi sebegitu – bekalan berkurangan untuk mengurangkan penghasilan BTC. Namun, perubahan bekalan mungkin tidak akan memberi kesan yang sama terhadap kepada pasaran secara keseluruhan. 

Isu Sentimen “Perlombongan Telah Mati” pada 2024

Seperti yang dibincangkan di atas, Bitcoin halving akan mengurangkan bekalan yang terhasil dari perlombongan. Namun, ramai pakar percaya bahawa halving yang akan datang akan memberi kesan negatif kepada pelombong bersaiz kecil dan sederhana. Sementara itu, pelombong berskala besar akan tetap menjana keuntungan. Secara mudahnya, perlombongan memerlukan kos operasi yang tinggi, termasuk penyelenggaraan, pekerja dan perbelanjaan lain. 

Kos-kos ini lebih mudah diuruskan dalam penghasilan berskala besar. Pelombong bersaiz kecil pula mungkin mendapat pulangan kurang daripada kos operasi. Jadi, pernyataan bahawa perlombongan kripto telah mati, mungkin hanya separa benar. 

Pelombong yang lebih besar mungkin mendapat kelebihan dalam keadaan ini. Ini kerana, untuk jangka masa panjang mereka mungkin mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap pasaran. 

Ketika Bitcoin pada 2024 halving mencapai sasarannya, ia mungkin mengakibatkan situasi monopoli pada pasaran dan dikawal oleh beberapa entiti berbanding situasi demokrasi sepenuhnya. 

Agak sukar untuk menjangkakan kesan perkembangan ini, namun pencipta Bitcoin perlu menyemak semula cara yang digunakan untuk membuatkan Bitcoin bersifat terhad. 

Jangkaan Industri Perlombongan Kripto di Penghujung 2024

Analisis terhadap industri perlombongan menunjukkan untuk tahun 2024, industri ini akan menjadi lebih berpusat dan dimonopoli. Pelombong kecil akan lebih berminat sama ada untuk meningkatkan pelaburan dalam perniagaan, bekerjasama dengan pelombong lain atau menutup operasi untuk mengurangkan kerugian. 

Namun, senario kedua mungkin boleh muncul. Prestasi pelombong lebih kecil jadi lebih baik dalam pasaran. Secara mudahnya, syarikat perlombongan besar dijangka akan mendapat margin keuntungan yang lebih besar. Sekiranya keadaan lain kekal sama, peristiwa halving akan mengurangkan margin keuntungan syarikat perlombongan kepada separuh. 

Kesannya, banyak syarikat akan keluar dari pasaran disebabkan tidak memenuhi sasaran pelabur dan beralih ke projek yang lebih menguntungkan seperti perlombongan Litecoin mining. Sebaliknya, pelombong besaiz kecil masih berpeluang untuk kekal berjaya dalam bidang Bitcoin. 

Kesimpulan

Tiada jawapan yang nyata bagi persoalan tentang jangkaan umum perlombongan kripto. Persaingan dalam didang perniagaan ini agak kompetitif dan banyak perkara yang sukar dan kos tersembunyi yang boleh membuatkan anda sukar mendapatkan pulangan melebihi kos. Namun, jika anda dapat menyediakan kelengkapan awal dengan baik, kira kos dengan tepat dan mencapai tahap penghasilan optimum, perlombongan Bitcoin boleh menjana keuntungan lumayan. 

Jadi, adakah perlombongan kripto telah mati? Dengan peristiwa halving yang akan berlangsung dan perubahan. harga yang sentiasa berlaku, dalam senario paling teruk, perlombongan kripto pada 2024 boleh mendatangkan kerugian. Namun, keadaan pasaran semasa memberi bayangan masa depan yang lebih cerah untuk pelombong!

Artikel terkini

How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024
Joining The World’s Elites at The Blockchain Life Expo
Navigating The Most Advanced Technologies at the Blockchain Life Expo 2024
16.08.2024