How to integrate Bitcoin payment API

API Pembayaran Bitcoin: Bagaimana Cara Memilih dan Lakukan Integrasi

Reading time

Menerima pembayaran dalam mata wang kripto merupakan cara baru untuk menjalankan perniagaan, tidak kira produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Bagi pengguna biasa, proses pembayaran semudah memilih mata wang digital kegemaran dan masukkan jumlah wang yang ingin dihantar. Namun, di sebalik transaksi tersebut, ia melibatkan aspek yang lebih rumit apabila dompet pengirim, gerbang, blockchain, dan akaun pedagang berkomunikasi antara satu sama lain untuk melengkapkan transaksi tersebut.

Satu perkara penting dalam bahagian tersebut adalah API. Sebagai contoh, jika pelanggan anda ingin membayar menggunakan BYC, laman web anda mesti mempunyai API pembayaran Bitcoin untuk memulakan transaksi tersebut. 

Sebelum menyentuh aspek yang terlalu teknikal dalam proses mengintegrasi API gerbang bayaran kripto, mari kita ketahui beberapa istilah penting dan lihat penyedia servis pembayaran Bitcoin terbaik, serta cara menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyedia tersebut.

Isi Penting

  1. API pembayaran Bitcoin membolehkan perniagaan dan individu melakukan transaksi BTC.
  2. API akan memulakan komunikasi dan bertukar data antara pengirim, blockchain dan penerima.
  3. Pembayaran Bitcoin lebih pantas, selamat, dan bersifat lebih global kerana pembayaran tersebut membantu mengatasi isu kadar tukaran mata wang asing.
  4. API pembayaran BTC membolehkan sektor perniagaan mengurangkan kos tukaran mata wang dan caj perkhidmatan perbankan.

Memahami API

Antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) cara untuk server (pelayan) berkomunikasi antara satu sama lain dan berkongsi data. API akan mengintegrasi bersama laman web untuk lebih mudah digunakan atau menambah beberapa fungsi, seperti berita semasa pasaran, waktu tempatan, dan perubahan harga saham masa nyata dalam platform dagangan.

Setiap API mempunyai kegunaan yang berbeza. Ia boleh digunakan untuk memaparkan siaran berita, ramalan cuaca, kadar tukaran mata wang, pemprosesan bayaran, dsb.

Bergantung pada API yang digunakan oleh perkhidmatan yang anda terima, penyedia akan memberikan ID API yang unik (seperti key atau token) yang akan memperincikan laman web dan ciri-ciri yang anda inginkan. Situasi ini dapat memastikan kemas kini data yang lancar tanpa perlu melakukan refresh laman tersebut atau tukar laman web yang lain.

What are APIs

Apa itu API Pembayaran Bitcoin?

Dalam dunia perdagangan, teknologi ini sangat penting kerana ia menghubungkan platform brokeraj anda ke server seperti pasaran, penyedia likuiduiti, gerbang bayaran, penghubung pelaksanaan, dan utiliti lain yang melengkapkan sistem pembayaran brokeraj kripto.

Server yang mempunyai jumah data dan transaksi yang tinggi tersebut akan menghantar set data besar yang mesti tepat dan menepati waktu, untuk menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan anda.

API transaksi BTC akan memperincikan tukaran data antara laman web anda dan server khusus untuk Bitcoin, dan membolehkan anda menerima pembayaran kripto. Proses tukaran dan penerimaan tersebut melibatkan sokongan dompet yang menyokong BTC, permohonan blockchain dan akaun pedagang.

Perkara tersebut begitu penting, terutamanya dalam perisian dagangan kripto, di mana perlaksanaan pesanan mesti dibuat tepat pada masanya kerana ketidakstabilan pasaran yang tinggi. 

Jadi, ketika anda mengintegrasi penyedia API pembayaran Bitcoin, anda perlu pastikan penyedia tersebut menggunakan protokol untuk memendekkan tempoh masa transaksi dimulakan sehingga dilengkapkan. Selain itu, sekiranya anda menggunakan tukaran on-ramp, pastikan transaksi dilaksanakan menggunakan kadar BTC/USD terbaik.

Gerbang Pembayaran Kripto

Satu lagi konsep penting berkaitan API adalah gerbang pembayaran, iaitu antara muka (interface) yang akan meminta pelanggan anda memulakan transaksi.

Gerbang (gateway) adalah apa yang dilihat oleh pelanggan anda menekan butang “bayar” atau “purchase” atau pada laman checkout. Gerbang pembayaran tradisional akan memberi arahan kepada pengguna untuk memasukkan butiran kad kredit mereka. Sementara itu, untuk gerbang kripto pengguna perlu mengimbas kod QR dompet untuk memulakan pembayaran atau menghubungkan dompet 3.0 ke laman pedagang yang menerima pembayaran Bitcoin.

what are payment APIs

Pelbagai jenis perniagaan semakin banyak menggunakan gerbang kripto untuk menambah kaedah bayaran dan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Anda juga boleh menawarkan gerbang BTC pada platform brokeraj untuk mula menerima pembayaran dalam bentuk mata wang kripto, termasuk Bitcoin, Ethereum dan coin dan token berasaskan blockchain yang lain. 

Strategi ini dapat menarik lebih banyak pengguna, terutamanya mereka yang tidak mahu mendedahkan identiti untuk laman web tertentu atau ingin menghantar wang dengan lebih pantas.

Bagaimana API Pembayaran Kripto Berfungsi?

Kebanyakan operasi API pembayaran dilakukan secara automatik dan mudah difahami. Kerumitan operasi bergantung pada penyedia tersebut. Secara umumnya, selepas memilih penyedia API pembayaran Bitcoin dan telah mencipta akaun, anda akan diberikan butiran atau key API yang anda tambahkan pada kod gerbang pembayaran tersebut.

How Bitcoin payment API work

Anda akan gunakan key ini untuk menghasilkan pautan bayaran atau kod QR. Pelanggan boleh mengimbas kod QR dari dompet Bitcoin mereka atau klik pada URL. Tindakan ini akan memulakan proses berikut:

  • Pelanggan akan klik pada “Pay with Bitcoin” atau arahan lain yag terpapar yang menunjukkan pembayaran menggunakan mata wang kripto pada laman checkout anda.
  • Gerbang pembayaran akan diaktifkan. Harga barang akan ditukar dari fiat ke BTC dan satu URL bayaran atau kod QR yang akan membawa transaksi ke dompet/akaun pedagang, akan dijana.
  • Pengguna akan memilih amaun transaksi selepas memautkan dompet kripto mereka atau mengimbas kod QR tersebut.
  • Sebaik sahaja pindahan dimulakan, API akan berkomunikasi dengan blockchain untuk mengaktifkan smart contract untuk mendaftar transaksi tersebut dalam lejar umum dan menghasilkan resit yang mengandungi maklumat transaksi yang unik (hash).

Proses ini berlaku secara online dan mengambil masa dalam beberapa saat. Tahap keselamatan yang tinggi diperlukan kerana proses tersebut menjadi sasaran penggodam untuk memanipulasi transaksi dan mengubah hala transaksi tersebut ke penggodam.

Menambah API Gerbang Pembayaran Bitcoin

API pembayaran telah digunakan sejak beberapa tahun yang lalu dalam kaedah pembayaran tradisional. Stripe adalah contoh utama gerbang yang membantu stor online dan laman web menerima pembayaran kad kredit/debut dan pindahan bank. 

Selain itu, PayPal juga merupakan satu lagi gerbang pembayaran yang menggunakan API untuk memulakan transaksi dompet digital untuk individu dan perniagaan.

Penambahan API pembayaran Bitcoin akan meningkatkan pilihan untuk lakukan transaksi pada platform anda, dan sesuai untuk lebih ramai pengguna. Pelanggan semakin menyedari isu keselamatan data dalam kaedah tradisional dan semakin banyak mmenggunakan mata wang kripto untuk menghantar wang dengan selamat dan pantas.

Sebenarnya, transaksi perniagaan yang menggunakan mata wang kripto, boleh memberi penjimatan wang yang besar jika dibandingkan dengan pembayaran kad kredit disebabkan caj bank dan komisyen yang lebih rendah.

Memilih Penyedia Pembayaran Bitcoin

Proses menambah API untuk pembayaran Bitcoin mungkin mengambil masa yang lama kerana anda perlu mendapatkan penyedia API gerbang pembayaran yang boleh dipercayai dan dapat memenuhi keperluan perniagaan anda dan jangkaan pelanggan. 

Melalui carian ringkas, anda boleh menemui pelbagai pihak pengantara. Jadi, anda boleh mendapatkan alternatif terbaik dengan mengikuti langkah berikut:

  • Memastikan aspek kebolehpercayaan dengan memeriksa lesen perundangan, reputasi, review pelanggan dan testimoni. 
  • Menyemak mata wang yang disokong dan memastikan penyedia tersebut menawarkan mata wang utama serta mata wang yang dapat memenuhi objektif anda.
  • Memeriksa proses perlaksanaan dan teknologi blockchain yang digunakan untuk menilai kelajuan transaksi dan kestabilan harga.
  • Menganalisis tahap keselamatan dan protokol yang digunakan oleh gerbang pembayaran untuk melindungi wang pelanggan anda.

Integrasi API untuk Pembayaran Bitcoin

How to integrate a crypto payment API

Sebaik sahaja anda telah menemui penyelesaian yang sesuai untuk menerima pembayaran Bitcoin, anda boleh mulakan proses integrasi menggunakan key API yang diberikan apabila anda telah mendaftar akaun perniagaan dengan penyedia tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya anda memilih pembayaran Bitcoin B2BinPay, anda akan menerima butiran API unik anda dan kemudian anda perlu tambahkan API tersebut pada kod laman web anda. Ia bagi membolehkan server B2BinPay mengenalpasti anda dan memudahkan transaksi BTC.

Anda juga boleh memilih pilihan gerbang yang sudah tersedia dibina (pre-built) dan hanya perlu masukkan secara plug and go, atau anda boleh mengambil pendekatan menggunakan penyelesaian bayaran label putih. Kaedah ini akan membolehkan anda mengubahsuai perkhidmatan yang anda tawarkan dan mempelbagaikan ciri-ciri dan kefungsian.

Kaedah Bayaran Bitcoin dan Pembayaran Tradisional

Pembayaran Bitcoin tidak hanya menawarkan cara alternatif untuk menghantar wang dan membeli produk dan perkhidmatan. Ia juga lebih pantas dan lebih selamat. Kedua-dua aspek tersebut menjadi faktor utama kebanyakan institusi kewangan berpusat semakin menerima mata wang berasaskan blockchain.

Proses Transaksi

Pindahan bank tradisional melibatkan beberapa pihak pengantara, seperti kadar tukaran, sistem keselamatan pihak ketiga, pengeluar kad, dan institusi kewangan tempatan dalam transaksi rentas sempadan. Perkara tersebut membuatkan tempoh pembayaran biasanya memakan masa yang lama. Selain itu, kebanyakan bank juga hanya mengendalikan proses pembayaran (settlement) pada hari bekerja.

Namun, mata wang kripto diproses secara automatik dan melibatkan penglibatan manusia yang minimum untuk mengesahkan dan melengkapkan transaksi. Sebaik sahaja pembayaran dimulakan, teknologi blockchain akan mengesahkan dan melengkapkan transaksi tersebut lebih pantas daripada pindahan wang bank.

Proses ini mengurangkan kesan kadar tukaran kerana harga satu Bitcoin atau Ethereum adalah hampir sama di mana-mana sahaja.

Mata Wang yang Disokong

Penghantaran wang melalui bank (bank transfer) biasanya dapat dilakukan dengan mudah untuk mata wang utama seperti. USD, EUR, GBP dan JPY. Namun, untuk mata wang lain seperti Lira Turki, Rand Afrika Selatan atau Real Brazil, ia mungkin lebih rumit kerana hanya institusi tertentu yang mengendalikan mata wang tersebut. Situasi ini menyebabkan caj meningkat dan tempoh pemprosesan lebih lama.

Sementara itu, terdapat lebih 20,000 mata wang kripto, yang terdiri daripada coin digital, token dan aset digital. Ini dapat memberi pengguna lebih banyak pilihan untuk menghantar dan menerima wang. 

Walaupun kebanyakan laman web menyokong lima hingga sepeluh mata wang kripto, platform pertukaran biasanya menyediakan beratus-ratus coin yang memiliki nilai tersendiri dan ciri-ciri ketidakstabilan yang unik.

Sistem Fi

Bank merupakan entiti komersial dengan objektif untuk membuat keuntungan. Kebanyakan pendapatan yang dijana oleh pihak bank berpunca fi perkhidmatan untuk transaksi atau servis perbankan yang lain, seperti deposit, penciptaan akaun dan lain-lain.

Selain itu, penghantaran wang ke seluruh dunia melalui bank tertakluk pada caj tukaran mata wang dan pihak pengantara. 

Sebaliknya, blockhain bukan sebuah entiti yang berasaskan keuntungan dan tidak menjana pendapatan untuk menambah kekayaan. Satu-satunya caj berkaitan kripto adalah fi gas. Ia digunakan sebagai ganjaran kepada pengesah/pelombong terhadap uasaha mereka memproses transaksi dan menambahbaik blockchain.

Jadi, fi blockchain digunakan untuk operasi rangkaian dan memastikan transaksi dilengkapkan tepat pada masanya dan selamat.

Bitcoin vs bank payment

Keselamatan

Untuk mencipta akaun perbankan, anda perlu memberi maklumat perhubungan dan butiran peribadi, seperti alamat, status pekerjaan, pendapatan, serta semakan latar belakang dan prosedur KYC. 

Butiran ini disimpan di dalam pangkalan data bank, dan tiada jaminan diberikan ke atas bagaimana data tersebut digunakan dan kepada siapa data tersebut dikongsikan semasa transaksi dikendalikan.

Sementara itu, blockchain tidak memerlukan anda memberi maklumat peribadi. Apa yang diperlukan hanyalah maklumat dompet digital berkaitan setiap transaksi untuk mengesahkam dana dan transaksi.

Namun, platform pertukaran dan platform brokeraj biasanya akan menyemak latar belakang untuk tujuan protokol KYC dan AML bagi memastikan pihak yang mendaftar bukanlah mana-mana penjenayah kewangan atau individu yang telah disenarai hitam.

Penyedia API Pemprosesan Bayaran Bitcoin

Dalam proses integrasi API sistem bayaran Bitcoin anda perlu memilih syarikat penyedia, di mana anda boleh cipta dompet dan hubungkan akaun pedagang anda. Ia bagi membolehkan transaksi kripto dilakukan dan menerima wang dalam mata wang digital yang anda inginkan.

Tidak kira sama ada anda hanya ingin menerima BTC atau menguruskan firma brokeraj yang menawarkan Bitcokchain, besar kemungkinan anda akan menemui salah satu penyedia pembayaran kripto terbaik ini.

B2BinPay

B2BinPay merupakan penyedia pembayaran kripto utama, membolehkan pengguna melakukan transaksi dan menyokong lebih 300 coin dan token digital. B2BinPay menyokong API gerbang bayaran fiat ke kripto. API tersebut akan diberikan selepas pendaftaran dibuat dan akan meluaskan lagi pilihan mata wang untuk broker dan pertukaran/bursa.

B2BinPay juga menyokong rangkaian blockchain layer-2 untuk memproses transaksi, seperti Polygon dan Avalanche. Kedua-duanya adalah subchain utama untuk melakukan transaksi on-chain dan off-chain kerana memiliki tahap keselamatan tinggi dan berupaya berfungi dengan pelbagai blockchain.

Penyelesaian pedagang (merchant) B2BinPay membolehkan pedagang menerima dalam lebih 60 mata wang kripto. Sementara itu, penyelesaian perusahaan (enterprise) pula membolehkan platform brokeraj dan pertukaran menguruskan lebih 350 jenis coin, token dan stablecoin.

Fakta Ringkas

BitPay

BitPay menawarkan dompet kripto non-custodial yang boleh digunakan oleh individu dan perniagaan untuk menghantar dan menerima wang. BitPay menyediakan kad plastik untuk pembayaran dalam Bticoin dengan pantas dan aplikasi khusus untuk menguruskan dana dan dompet.

BitPay menyokong beratus-ratus mata wang kripto, dan pelbagai fungsi untuk perniagaan, seperti pembayaran berulang kripto dan pembayaran gaji pekerja (payroll).

Stripe

Stripe dikenali dengan usaha sama bersama kaedah pembayaran konvensional. Penyedia ini menyokong Visa dan Mastercard dan menyediakan perkhidmatan untuk e-dagang, aplikasi, dan stor yang menerima pembayaran online. 

Pelaburan terkini dalam kewangan tidak berpusat meluaskan lagi perkhidmatan Stripe dalam Bitcoin, Ethereum, dan ratusan coin dan token digital yang lain. Stripe menggunakan API bayaran Bitcoin yang selamat untuk melindungi pelanggan dan dana platform.

Coinbase

Coinbase merupakan platform pertukaran yang terkenal. Ia menyokong ratusan coin, token dan aset digital serta membolehkan pengguna melakukan tukaran fiat-kripto dan transaksi melibatkan mata wang dan aset digital. 

Coinbase Commerce menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk perniagaan, seperti dompet, API gerbang pembayaran, pembayaran kripto, dan sokongan meluas terhadap mata wang kripto. 

Coingate

Coingate adalah pemproses pembayaran mata wang kripto popular yang mengintegrasi pelbagai stor online dan laman web e-dagang melalui API yang selamat untuk menghantar dan menerima pembayaran Bitcoin. 

Coingate menawarkan perkhidmatan yang meluas, seperti sokongan pelanggan, polisi pengembalian semula (refund) dan program langganan. Perkhidmatan yang pelbagai membolehkan pihak perniagaan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka.

Mengapa Anda Patut Pertimbangkan Pembayaran Bitcoin

Selepas memahami apa itu pembayaran Bitcoin dan cara ia berfungsi, adakah anda perlu tambah pembayaran Bitcoin ke laman web anda? Adakah pembayaran tersebut merupakan pilihan lebih baik untuk operasi perniagaan anda dan untuk menerima wang? Sekiranya anda menambah API pembayaran Bitcoin, anda boleh jangkakan perkara berikut akan berlaku.

advantages of Bitcoin payments
  • Transaksi Lebih Pantas: Pembayaran Bitcoin yang pantas akan membolehkan anda menyediakan perkhidmatan lebih pantas dan mempercepatkan tempoh pembayaran diselesaikan (settlement).
  • Keselamatan Dipertingkatkan: Protokol blockchain telah menjadi lebih selamat terhadap ancaman siber. Lebih penting lagi, blockchain melindungi data pengguna dan transaksi perniagaan.
  • Ketersampaian Global: Transaksi melibatkan Bitcoin mengatasi isu yang dihadapai oleh mata wang fiat dalam menghantar wang merentasi sempadan. Ini kerana harga untuk 1 BTC adalah sama di seluruh dunia.
  • Mengurangkan Kos: Transaksi kripto melibatkan lebih sedikit bilangan pengantara, penukar mata wang dan institusi kewangan. Faktor ini membuatkan pembayaran kripto sebagai penyelesaian yang berkesan dari segi kos.

Kesimpulan

Institusi perniagaan dan kewangan di seluruh dunia semakin menerima kripto dan menggunakan penyelesaian untuk menerima dan berdagang dengan Bitcoin. Perkhidmatan ini hanya boleh disediakan selepas integrasi pembayaran Bitcoin dilakukan ke laman web untuk menyediakan sambungan dengan penyedia perkhidmatan dan server.

API berfungsi sebagai penyampai mesej atara platform yang memerlukan pertukaran data dan maklumat dari satu laman ke laman yang lain. API Bitcoin digunakan untuk membolehkan transaksi BTC dan memulakan komunikasi bersama blockchain dan dompet digital.

Integrasi API dilakukan selepas memilih penyedia yang boleh dipercayai, mendaftarkan perkhidmatan tersebut dan menerima key API yang unik untuk ditambahkan pada proses checkout untuk menerima pembayaran BTC.

SOALAN LAZIM

Apakah kegunaan API Bitcoin?

API Bitcoin memebolehkan transaksi kripto menggunakan BTC. Ia juga membolehkan pengguna membayar menggunakan Bitcoin dan perniagaan menerima pembayaran mata wang kripto.

Bagaimakah cara mengintegrasi API pembayaran kripto?

Selepas mendaftar di penyedia API gerbang bayaran yang boleh dipercayai, anda akan diberikan key API untuk dimasukkan pada kod laman checkout anda, atau anda boleh gunakan plugin yang akan membolehkan pengguna menghantar wang dalam bentuk Bitcoin.

Bagaimana cara API berfungsi?

API Bitcoin menghubungkan dompet pengirim dengan akaun pedagang penerima dalam mata wang yang dipilih, dan dalam masa yang sama juga akan berkomunikasi dengan blockchain untuk mengesahkan transaksi.

Adakah API pembayaran kripto ditawarkan secara percuma?

Penyedia pembayaran kripto mengenakan caj tertentu untuk melengkapkan laman web anda dengan API gerbang. Caj ini boleh dikenakan dalam bentuk tetap atau bergantung pada jumlah dan amaun transaksi.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024