Polygon vs Avalanche - Why You Need These Scaling Solutions?

Polygon vs Avalanche: Mana Lebih Bagus dalam Transaksi Kripto?

Reading time

Mata wang kripto dicipta berasaskan blockchain Bitcoin. Ketika itu, blockchain tersebut merupakan satu-satunya lejar umum yang merekodkan pembayaran Bitcoin dan transaksi kripto.

Namun, pertambahan pelaburan dalam industri ini dan kemajuan teknologi yang berlaku pada mata wang kripto, menyebabkan kemunculan blockhain dan kefungsian yang baru. Pada hari ini, rantai tidak berpusat boleh menyokong transaksi, aplikasi digital, projek pelaburan kripto dan platform DeFi yang lain.

Baru-baru ini, Polygon dan Avalanche telah muncul sebagai rangkai yang berkembang paling pantas, dengan pelbagai kefungsian yang bermanfaat untuk pembangun kripto dan platform tidak berpusat. Setiap, blockchain menawarkan manfaat berbeza dan menyokong pelbagai token dan coin.

Mari kita analisis Polygon vs Avalanche untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan yang dimiliki oleh setiap rangkaian, dan yang mana satu sesuai untuk anda.

Isi Penting

  1. Polygon dan Avalanche merupakan rantai tidak berpusat paling popular yang menyokong projek kripto, platform DeFi dan token.
  2. Polygon dibina pada blockchain Ethereum dan menawarkan ciri-ciri yang menyelesaikan masalah kebolehskalaan dan prestasi ETH.
  3. Avalanche berfungsi melalui tiga rantai sampingan (side chain) dan ia menyokong penciptaan NFT (minting), penghasilan token, projek web 3.0 dan platform pertukaran.

Memahami Polygon

Polygon Network ditubuhkan pada 2017 oelh tiga orang jurutera dan disokong oleh beberapa pelabur dari Decentraland dan Chainlink. Pasukan pembangunan Polygon Network telah mencipta Polygon sebagai rangkaian layer-2 pada blockchain Ethereum.

Rantai Layer-2 merupakan rangkaian tambahan yang dibina pada mainet blockchain yang khusus untuk mengendalikan proses dan operasi tertentu. Kelajuan transaksi Polygon antara yang terpantas dalam rangkaian tidak berpusat. Ia mampu memproses sehingga 65,000 transaksi setiap saat.

MATIC adalah token natif untuk rantai sampingan Polygon. Bekalan token tersebut dalam peredaran adalah sekitar 9 billion daripada jumlah keseluruhan 10 billion.

Polygon menggunakan pengesahan transaksi proof-of-stake menggunakan nod rangkaian yang mengandungi validator (pengesah) dan delegator. Peranan validator adalah memproses transaksi dan memastikan setiap operasi mematuhi peraturan. Sebaik sahaja transaksi disahkan, ia akan ditambah ke blockchain.

Delegator pula memainkan peranan seperti penjamin dengan melabur Matic melalui validator. Sebagai pertukaran, delegator akan mendapat ganjaran setiap transaksi yang disahkan. Namun, jika validator terlibat dalam aktiviti berniat jahat, delegator akan kehilangan bahagiannya dalam ganjaran tersebut.

Polygon daily transactions

Polygon Supernet

Polygon supernet merupakan model blockchain yang membolehkan projek kripto lain dan aplikasi tidak berpusat bersesuaian dengan rangkaian. Model ini mengandungi beberapa komponen, seperti ditunjukkan di bawah.

  • Polygon plasma: Rantai layer-2 yang membolehkan mainet mengagihkan operasi tertentu ke rantai sampingan.
  • ZK-rollups: Inovasi yang digunakan untuk melakukan operasi transaksi luar rantai (off-chain). Pendekatan zero-knowledge merupakan model pengesahan yang tidak mendedahkan data yang diproses atau private key.
  • Rantai berasingan (sovereign): Rantai Layer-2 yang berfungsi sebagai rantai berasingan yang memiliki validator dan pelombong sendiri dan mejadi hos untuk pelbagai projek dan dApp.
  • Rantai selamat (secured): Rantai yang boleh diskala yang bergantung pada validator mainnet, pelombong, dan ciri-ciri keselamatan untuk membina beberapa platform dan aset digital.

Kefungsian Polygon

Penyelesaian skala Polygon membantu mengatasi kelemahan yang terdapat pada blockchain Ethereum, terutamanya dari segi kelajuan dan kos. Layer-2 ini menambah utiliti blockchain ETH dalam fungsi berikut.

  • Pinjaman menggunakan pool tidak berpusat Polygon dapat dibuat dengan fi transaksi yang lebih rendah berbanding Ethereum. Dalam masa yang sama juga, ia mendapat manfaat daripada ciri-ciri keselamatan rantai utama Ethereum.
  • Menyokong platform pertukaran tidak berpusat yang mengenakan fi rendah dan kuasa pemprosesan tinggi yang dimiliki oleh rangkaian Polygon.
  • Banyak pasaran NFT yang mengambil kesempatan terhadap kos dan struktur keselamatan Polygon. Ciri-ciri tersebut membolehkan artis digital menghasilkan dan mengeluarkan karya cipta kripto mereka.
  • Terdapat banyak DAO yang menghasilkan ekosistem tidak berpusat pada Polygon. Situasi ini menggalakkan kawalan yang dikendalikan oleh komuniti dan sistem pengundian dan pentadbiran yang telus. 

Memahami Avalanche

Pada mulanya, Avalanche dilancarkan pada 2019 sebagai testnet, namun ia diperkenalkan secara rasmi pada 2021 oleh Ava Labs Company. Syarikat ini terdiri daripada tiga orang pakar blockchain yang membangunkan Avalanche sebagai penyelesaian skala. Rangkaian ini berfungsi dengan baik bersama aplikasi dan platform berasaskan ETH kerana ia menyokong mesin maya Ethereum.

X-Chain, C-Chain, and P-Chain adalah rantai yang menyokong Avalanche. Sistem sumber terbuka (open-source) ini dicipta untuk mengatasi kelemahan dalam blockchain Bitcoin dan Ethereum, terutamanya dari segi kebolehskalaan dan menyokong pelbagai rantai.

Kelajuan transaksi Avalanche disokong oleh operasi smart contract. Kapasiti pemprosesannya adalah 4,500 transaksi dalam satu saat, berbanding 14 transaksi per saat untuk Ethereum. Ciri-Ciri tersebut membuatkan Avalanche sebagai satu rangkaian paling pantas.

AVAX ialah token natif dan mata wang berpusat untuk rangkaian terebut. Ia boleh digunakan untuk tadbir urus tidak berpusat, mekanisme pengundian dan kaedah fi pembayaran untuk pembangun digital.

Jumlah keseluruhan bekalan AVAX yang dirancang adalah 720 juta. Jumlah AVA yang terdapat dalam peredaran semasa adalah 367.5 coin. Ia direka untuk menghalang inflasi melalui undi pengguna dan kaedah konsensus.

Avalanche daily transactions

Subnet Avalanche

Kepelbagaian subnet Avalanche membolehkan perniagaan dan projek kripto menghasilkan sendiri blockchain umum atau private, menggunakan ciri-ciri keselamatan yang disatukan.

Tiga sub-chain Avalanche (AVAX) dilindungi oleh layer yang berbeza. Protokol keselamatan Snowman merupakan langkah yang mengoptimumkan rantai untuk melindungi operasi smart contract. Selain itu, konsensus DAG memastikan transaksi tidak diceroboh dengan melengkapkan transaksi tersebut secepat mungkin. 

Hasilnya, rangkaian Avalanche dilindungi daripada pelbagai ancaman siber blockchain, termasuk ancaman paling lazim, seperti 51% attack.

Avalanche vs Polygon

Apakah Tiga Blockchain Avalanche

Rekaan unik AVAX mengandungi tiga rantai, di mana setiap satunya mempunyai ciri-ciri dan kegunaan tersendiri.

  • X-Chain: Atau rantai Exchange, persekitaran di mana aset digital pada Avalanche dicipta, dikendalikan dan diuruskan, menggunakan kaedah pembayaran AVAX.
  • C-Chain: Rantai smart contract menyokong mesin maya Ethereum yang menjadi hos kepada aplikasi tidak berpusat dan projek kripto yang sesuai dengan blockchain Ethereum.
  • P-Chain: Rantai platform ini bertanggungjawab memastikan rantai sampingan dan nod berfungsi bersama dengan baik dan juga bersama setiap subnet. 

Polygon vs Avalanche: Fi

Caj gas Polygon berbeza mengikut kelajuan transaksi yang dipilih, secara puratanya adalah $0.000181. Rangkaian ini menawarkan tiga pilihan untuk melengkapkan transaksi, iaitu standard, pantas, sangat pantas. Setiap jenis pilihan tersebut ditunjukkan dalam bentuk gwei, iaitu denominasi kripto yang digunakan untuk memulakan transaksi.

Sementara itu, caj gas Avalanche juga bergantung pada kelajuan transaksi. Terdapat tiga pilihan iaitu perlahan, normal dan laju. Caj gas adalah dalam lingkungan 0.001 hingga 1 AVAX. Fi dasar Avalanche berbeza antara rantai sampingan yang digunakan.

Transaksi Ethereum mengenakan caj gas tertinggi, secara purata $45 bagi setiap transaksi pada tahun 2022.

Fakta Ringkas

Polygon vs Avalanche: Syarat Validator

Rangkaian Polygon dan Avalanche menggunakan proof-of-stake namun, dengan cara berbeza. Polygon menggunakan protokol Istanbul Byzantine fault tolerance (IBFT). Protokol ini memastikan semua transaksi dipersetujui, namun akan menyebabkan konsep ketidakberpusatan menjadi berkurangan. Mana-mana nod boleh menjadi validator dengan menyertai atau melakukan staking pada MATIC.

Namun, Avalanche menggunakan protokol Snowman. Cara ini memastikan transaksi dan pembayaran pantas tanpa mengorbankan ciri-ciri kurang berpusat. Peserta perlu memiliki lebih daripada 2,000 nod untuk menjadi validator dan layak mendapat ganjaran. 

Polygon vs Avalanche: Kebolehskalaan

Kedua-dua rangkaian menyokong banyak projek DeFi dan dApp, dengan jumlah keseluruhan lebih daripada $5 billion bagi setiap rangkaian. Penyelesaian kebolehskalaan Polygon menyelesaikan masalah yang dihadapi blockchain dasarnya, Ethereum. Rangkaian Polygon menyokong banyak platform kripto, seperti Quickswap, SushiSwap, Curve dan banyak lagi.

Sementara itu, Avalanche pula menyokong lebih 200 projek kripto dengan jumlah keseluruhan mencapai $10 bilion. Tiga rantai sampingan Avalanche menyokong platform Web 3.0 berbeza, seperti TraderJOE, TrustSwap, Aave dan banyak lagi.

Kelebihan dan Kelemahan Polygon dan Avalanche

Setiap rantai memiliki ciri-ciri dan fungsi berbeza, menyokong pelbagai platform dan projek tidak berpusat yang menggunakan kelajuan dan penyelesauan kebolehskalaan bagi setiap rangkaian. Mari kita lihat kelebihan dan kelemahan bagi setiap blockchain.

Polygon: Kelebihan dan Kelemahan

  • Transaksi per saat dianggarkan 64,000 TPS, lebih banyak berbanding rangkaian lain.
  • Caj gas yang rendah, secara puratanya kurang daripada $0.001.

Polygon masih bergantung pada blockchain Ethereum. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan rangkaian atau kesesakan rangkaian berlaku.

Avalanche: Kelebihan dan Kekurangan

  • Protokol keselamatan yang dapat berfungsi dengan baik yang melindungi ketidakberpusatan dan kebolehskalaan.
  • Menyokong banyak projek kripto dan platform Web 3.0. 

Sementara itu, untuk menjadi nod pengesah (validator) Avalanche, perlu melakukan staking untuk 2,000 AVAX dan peraturannya tidak mengenakan tindakan terhadap validator yang terlibat dalam aktiviti berniat jahat.

Kesimpulan: Mana Satu Lebih Bagus?

Polygon dan Avalanche merupakan rangkaian paling popular untuk projek DeFi. Kedua-duanya menawarkan penyelesaian kebolehskalaan yang kukuh dan lebih baik daripada blockchain biasa seperti Ethereum dan Bitcoin.

Banyak perniagaan kripto melancarkan operasi dengan menggunakan Polygon dan Avalanche, yang dapat menyokong penyelesaian pembayaran kripto B2BinPay. 

B2BinPay merupakan dompet dan penyedia pembayaran tidak berpusat terbaik dengan penyelesaian yang menyokong blockchain Polygon dan Avalanche. Dengan B2BinPay anda boleh membayar dalam USDT, USDC, DAI, FRAX, TUSD, and EUROC.

Memilih rangkaian yang tepat bergantung pada sasaran dan strategi syarikat anda. Sama ada anda inginkan transaksi pantas atau operasi yang berkeselamatan tinggi, Polygon vs Avalanche akan membantu anda memilih bagaimana anda dapat kembangkan lagi perniagaan mata wang kripto anda.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024