The Top 20 Crypto Payment Providers

20 Syarikat Penyedia Perkhidmatan Bayaran Kripto Terbaik

Reading time

Penerimaan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran menjadi praktis yang semakin popular untuk perniagaan dalam pelbagai industri. Ia membolehkan perniagaan tersebut menerima pembayaran dengan lebih cepat dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan melakukan transaksi.

Kripto kini lebih tersedia, di mana lebih banyak alat dan dompet yang anda boleh gunakan untuk simpan dan lakukan transaksi mata wang digital atau tukar kepada wang fiat.

Pedagang e-dagang, pertukaran kripto dan platform dagangan menggunakan penyedia perkhidmatan pembayaran kripto untu menerima pembayaran Bitcoin dan jimat dari segi kos berbanding pembayaran kad kredit tradisional. Artikel ini akan menerangkan bagaimana transaksi berasaskan blockchain berfungsi dan apakah perkhidmatan pembayaran kripto terbaik yang boleh ditambah pada laman web anda.

Isi Penting

  1. Pembayaran melalui kripto untuk membayar barang-barang atau perkhidmatan semakin digunakan secara meluas oleh individu dan perniagaaan.
  2. Penyelesaian gerbang pembayaran membolehkan transaksi dilakukan menggunakan Bitcoin, Ethereum dan mata wang kripto yang lain.
  3. Syarikat semakin banyak menerima transaksi kripto untuk meluaskan pangkalan pelanggan dan mengembangkan perniagaan.
  4. Terdapat banyak penyedia gerbang kripto yang dapat memenuhi keperluan perniagaan dan variasi fi transaksi dan pilihan pembayaran.

Bagaimana Cara Penyedia Perkhidmatan Pembayaran Kripto Berfungsi?

Gerbang pembayaran Bitcoin merupakan antara muka yang berinteraksi antara pelanggan anda dan laman web yang digunakan untuk membeli barang atau perkhidmatan. Gerbang tersebut berfungsi seperti penghubung antara dompet kripto, blockchain dan destinasi akhir, iaitu dompet atau akaun anda.

Penyedia pembayaran menawarkan cara berteknologi, tidak kira peranti dompet fizikal atau kemasukan dalam ekosistem. Ini membolehkan anda menerima pembayaran Bitcoin di laman web anda.

how crypto payment providers work

20 Penyedia Perkhidmatan Pembayaran Kripto Terbaik 

Disebabkan populariti transaksi blockchain, kini anda boleh mendapatkan banyak penyelesaian pembayaran kripto. Ia membolehkan anda memilih mata wang digital yang ingin disokong, blockchain yang ingin disokong serta sama ada anda ingin simpan pindahan tersebut dalam kripto atau tukar serta-merta kepada wang fiat.

Setiap penyedia memiliki kelebihan dan kekurangan serta pelbagai model perniagaan yang sesuai untuk syarikat berbeza. Mari kita lihat senarai rangkaian perkhidmatan pembayaran kripto terbaik.

1. BitPay

BitPay

BitPay merupakan penyelesaian dompet non-custodial yang membolehkan individu dan perniagaan menghantar dan menerima kripto menggunakan kad plastik yang seakan kad kredit dan aplikasi mudah alih. Perkhidmatan pembayaran kripto BitPay adalah termasuk perniagaan, seperti pengurusan cenderamata, pembayaran, bil dan bayaran gaji melalui kripto.

BitPay menyokong coin utama seperti BTC dan ETH, selain daripada beberapa altcoins seperti Litecoin, Dogecoin dan Ripple.

Laman web: www.bitpay.com

Ditubuhkan: 2011

Kripto yang disokong: 100+

2. B2BinPay

B2BinPay

B2BinPay merupakan pembayaran kripto utama dan penyedia dompet. B2BinPay membolehkan semua jenis pelanggan menghantar, menerima, menyimpan dan menukar atau swap lebin 250 coin kripto, token, dan stablecoin. 

B2BinPay menawarkan pemprosesan pembayaran blockchain di mainnet dan rantai layer-2, seperti Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Polygon, Avalanche, dan banyak lagi. Ia juga memiliki ekosistem integrasi API yang kukuh, swap, dan transaksi off-chain dan on-chain. 

Laman web: www.b2binpay.com

Ditubuhkan: 2014

Kripto yang disokong: 250+

3. Stripe

Stripe ialah teknologi pembayaran global yang menghubungkan antara pelbagai bank di serata dunia dengan pedagang dan pelanggan. Ia telah mula melaksanakan transaksi tidak berpusat. Ini bermaksud pengguna boleh menggunakan aplikasi mudah alih untuk menerima Bitcoin dan pembayaran kripto lain dalam dompet sendiri.

Pelbagai API pembayaran kripto yang berbeza melindungi transaksi Stripe terhadap penipuan dan menggalakan keselamatan dan data peribadi.

Laman web: www.stripe.com

Ditubuhkan: 2019

Kripto yang disokong: 100+

4. Coinbase

Coinbase

Platform pertukaran terbesar ini menawarkan perkhidmatan integrasi pembayaran kripto yang sesuai untuk semua individu dan perniagaan. Ia memiliki fungsi pembayaran pantas, tukaran tetap dan fi transaksi yang rendah. Penyelesaian dagangan Coinbase boleh diintegrasi dengan laman web berbeza dan stor online untuk menerima pembayaran dalam BTC, ETH dan beratus-ratus coin lain.

Laman web: www.coinbase.com

Ditubuhkan: 2012

Kripto yang disokong: 200+

5. Coingate

Coingate

Coingate merupakan penyedia pembayaran yang menawarkan gerbang pembayaran kripto, termasuk menerima wang digital, sokongan pelanggan, polisi pemulangan dan program langganan berasaskan blockchain. Coingate juga menawarkan alatnya kepada individu dan perniagaan yang ingin mendapat manfaat daripada Pembayaran Bitcoin dan meluaskan lagi pangkalan pelanggan.

Laman web: www.coingate.com

Ditubuhkan: 2015

Kripto yang disokong: 70+

6. BTCPay Server

BTCPay Server

BTCPay merupakan dompet kripto yang sedia digunakan dan boleh diintegrasi dengan mana-mana laman web atau platform e-dagang. BTCPay membolehkan pihak perniagaan menerima Bitcoin dan Ethereum atau mana-mana kripto lain.

Ia merupakan perkhidmatan bayaran sumber terbuka berasaskan kripto dengan fungsi built-in, selain daripada kemampuan untuk diintegrasi dengan lebih banyak API untuk mempelbagaikan lagi kefungsiannya.

Laman web: www.btcpayserver.org

Ditubuhkan: 2017

Kripto yang disokong: BTC dan 14 altcoins.

7. CoinsPaid

CoinsPaid

CoinsPaid ialah sebuah pemproses pembayaran kripto yang menawarkan penyelesaian bayaran tidak berpusat untuk platform dagangan Forex, firma pembangunan perisian, laman web e-dagang, dan agensi pemasaran. CoinsPaid membolehkan platform, firma dan lain-lain tersebut mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan pelanggan baru yang lebih menggemari transaksi kripto.

Penyedia perkhidmatan ini dikawal selia sepenuhnya dan mempunyai pejabat pematuhan AML dan menjalankan pengauditan secara berkala.

Laman web: www.coinspaid.com

Ditubuhkan: 2014

Kripto yang disokong: 20+

8. CryptoPay

CryptoPay

CryptoPay merupakan sebuah pertukaran dan platform dompet tidak berpusat yang membolehkan pengguna menerima, menghantar, menyimpan dan menukar kripto melalui aplikasi mudah alih khusus dan kad Visa. Ia menyokong pelbagai mata wang fiat. Jadi, individu dan syarikat boleh membuat pembayaran dalam mata wang yang diinginkan.

Laman web: www.cryptopay.me

Ditubuhkan: 2013

Kripto yang disokong: 35+

9. NOWPayments

NOWPayments

NOWPayments merupakan penyelesaian pembayaran kripto dengan banyak kegunaan, seperti invois, bil, plugin, API, pembayaran PoS dan banyak lagi. Ia menyediakan transaksi dalam aset kripto. Perkhidmatan ini sesuai untuk perniagaan seperti platform dagangan, e-dagang, kasino, permainan, sumbangan amal dan banyak lagi.

Laman web: www.nowpayments.io

Ditubuhkan: 2019

Kripto yang disokong: 300+

10. CoinPayments

CoinPayments

CoinPayments merupakan gerbang pembayaran kripto dan penyelesaian dompet yang menawarkan alat pengurusan untuk perniagaan yang ingin menerima pembayaran dalam Bitcoin atau mata wang digital yang lain. Antara penyelesaian yang ditawarkan adalah alatan untuk perniagaan seperti integrasi API, aplikasi mudah alih, invois, dan plugin untuk cart pembelian yang mesra pengguna.

Laman web: www.coinpayments.net

Ditubuhkan: 2013

Kripto yang disokong: 175+

11. Simplex

Simplex

Simplex merupakan platform pembayaran kripto ke fiat yang membolehkan pengguna menerima dan menghantar coin. Selain itu,npengguna juga boleh menguruskan tukaran ke wang fiat dengan fi yang minimum dan tiada caj chargeback dikenakan. Syarikat ini juga menawarkam penyelesaian turnkey onramp kepada laman web yang ingin menawarkan alat tukaran fiat-kripto kepada pelanggan mereka.

Laman web: www.simplex.com

Ditubuhkan: 2021

Kripto yang disokong: 200+

12. Capitual

Capitual

Capitual merupakan bank kripto hibrid yang menawarkan penyelesaian pengurusan kewangan dalam mata wang kripto dan fiat untuk perniagaan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti alat pembayaran kripto untuk pelbagai saiz perniagaan, dompet, dan platform dagangan. Ia membolehkan perniagaan menguruskan gerbang dan lakukan transaksi melalui aplikasi mudah alih di serata dunia.

Laman web: www.capitual.com

Ditubuhkan: 2018

Kripto yang disokong: 7

13. Aliant Payments

Aliant Payments

Aliant Payments adalah sebuah penyedia gerbang pembayaran yang menerima fiat dan kripto untuk e-dagang, point of sale dan perniagaan berbeza. Ia membolehkan pihak syarikat menerima transaksi wang kripto dan fiat, selain daripada alat pengurusan pembayaran seperti pelaporan, invois dan pangkalan data pelanggan dengan sokongan pelanggan 24/7. 

Laman web: www.uat.aliantpayments.com

Ditubuhkan: 2003

Kripto yang disokong:  BTC, ETH, LTC, BCH and XRP.

14. Fizen

Fizen

Fizen merupakan gerbang bayaran kripto yang memudahkan transaksi fiat ke kripto untuk pengguna individu dan korporat, melalui penyelesaian dompet khusus dan aplikasi mudah alih. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah pemproses pembayaran yang selamat serta tanpa chargeback dan fi rendah. Selain itu ia juga menyediakan API dan pembayaran serta-merta untuk pelbagai mata wang dan blockchain.

Laman web: www.fizen.io

Ditubuhkan: 2022

Kripto yang disokong: 24

15. Coinify

Coinify

Coinify adalah penyedia gerbang pembayaran online yang membolehkan perniagaan menerima pembayaran kripto. Coinify memiliki banyak alat pengurusan, seperti pengurusan invois, tukaran pembayaran, tukaran fiat-kripto dan berbagai integrasi API. Coinify membolehkan pembayaran melalui Mastercard, menggunakan pelbagai mata wang kripto dan stablecoins yang menyokong pelbagai dompet dan boleh digunakan di lebih 180 negara.

Laman web: www.coinify.com

Ditubuhkan: 2014

Mata wang disokong: 25

16. SpectroCoin

SpectroCoin

SpectroCoin adalah pemproses pembayaran kripto yang membolehkan sektor perniagaan menerima pelbagai kripto untuk pembelian PoS an pesanan awal. Ia menawarkan pelbagai plugin untuk laman e-dagang dan stor online untuk UX yang intuitif. Ia juga menyediakan variasi integrasi API untuk membuatkan laman web perniagaan anda lebih menarik dan menerima kripto melalui pembayaran pantas dan tiada chargeback.

Laman web: www.spectrocoin.com

Ditubuhkan: 2013

Kripto yang disokong: 57

17. QisstPay

QisstPay

QisstPay merupakan syarikat multi teknologi yang menawarkan penyelesaian IT untuk perniagaan, termasuk penyelesaian FinTech, pengurusan invois, pembangunan plugin untuk laman web e-dagang dengan pengubahsuaian label putih. QisstPay merupakan salah satu penyedia IT dan penyelesaian pembayaran yang berkembang pesat di pasaran. Ia menawarkan gerbang pembayaran kripto dan pilihan pembiayaan, bagi membolehkan perniagaan berkembang dengan pantas dan selamat.

Laman web: www.qisstpay.com

Ditubuhkan: 2021

Kripto yang disokong: N/A

18. Patel Processing

Patel Processing

Patel Processing adalah penyelesaian gerbang bayaran pelbagai fungsi yang menawarkan pemprosesan bayaran, peranti PoS, perisian bayaran dan pelbagai kemajuan teknologi untuk FinTech, DeFi dan industri lain. Ia menawarkan sistem pembangunan lengkap untuk perniagaan, termasuk aplikasi web, pangkalan data pelanggan, sokongan pelanggan dan alat pembayaran. 

Laman web: www.patelprocessing.com

Ditubuhkan: 2008

Kripto yang disokong:  BTC, BCH, ETH, LTC dan DOGE

19. Coinsbank

Coinsbank

CoinsBank menawarkan pelbagai penyelesaian perkhidmatan kripto, seperti dompet, pertukaran, kad kredit, aplikasi mudah alih, dan alat perniagaan. Ia membolehkan pihak syarikat menerima pembayaran kripto dengan pantas dan selamat melalui pembayaran fleksibel dalam wang digital atau fiat. Penyelesaian pedagang CoinsBank meliputi pengurus akaun peribadi, pengurusan invois, dan beberapa integrasi API. 

Laman web: www.coinsbank.com

Ditubuhkan: 2016

Kripto yang disokong: BTC, ETH, LTC dan XRP.

20. Alfacoins

Alfacoins

Alfacoins adalah penyedia pemprosesan bayaran yang membolehkan pihak syarikat dan perniagaan e-dagang menerima pembayaran kripto dengan pilihan pembayaran yang fleksibel, alat automatik, dan pelbagai statistik untuk memantau perniagaan anda. Pembayaran Alfacoins mengenakan fi transaksi kurang daripada 1% dan tiada chargeback dikenakan serta kadar tukaran yang fleksibel.

Laman web: www.alfacoins.com

Ditubuhkan: 2013

Kripto yang disokong: BTC, BCH, LTC, ETH, DASH, XRP, USDT, dan token ERC-20.

Bagaimana Cara Menerima Kripto sebagai Bayaran Perkhidmatan

Agak mudah untuk mencari pemproses pembayaran kerana terdapat banyak syarikat dan penyedia di pasaran. Namun, agak sukar untuk mencari rakan kongsi yang dapat memenuhi keperluan khusus perniagaan dan kemahuan tertentu pelanggan.

how choose a crypto payment gateway

Berikut adalah apa yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih penyedia pembayaran kripto.

Pematuhan Undang-Undang

Kerjasama dengan penyedia gerbang bayaran yang sah dan memiliki lesen yang ditetapkan adalah satu kemestian. 

Aspek ini tidak hanya dapat mengelakkan anda daripada tindakan undang-undang kerana bekerjsama dengan penyedia tidak berlesen atau menjadi mangsa kepada transaksi aktiviti haram, malah ia juga membantu anda menawarkan perkhidmatan tidak sentiasa berubah disebabkan syarat undang-undang.

Jadi semak apakah undang-undang yang mesti dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan tersebut dan pastikan ia menjalankan audit secara berkala dan lesen dikemaskini seperti mana yang ditetapkan oleh undang-undang.

Mata Wang Kripto yang Disokong

Pemproses pembayaran kripto membolehkan anda mengirim dan menerima pelbagai jenis mata wang digital. Jadi, kenal pasti mata wang kripto yang anda ingin tawarkan kepada pelanggan dan sesuai dengan mereka, sama ada coin utama seperti BTC dan ETH, altcoins, token atau stablecoin.

Selain itu, semak caj transaksi, deposit, dan pengeluaran bagi setiap mata wang dan pastikan tiada caj tersembunyi dikenakan. 

Pilihan Bayaran

Sama ada anda ingin menerima bayaran dalam kripto atau wang fiat dalam akaun anda, penyedia yang menyediakan perkhidmatan bayaran ke bank kripto dapat membantu anda menguruskan pembayaran ke dompet akaun bank mengikut mata wang pilihan anda.

Dalam konteks ini, semak fi tukaran yang dikenakan untuk menukar kripto ke USD atau Euro dalam akaun anda.

Khidmat Pelanggan

Isu teknikal atau glitch akan sentiasa berlaku, terutamanya apabila terdapat kemas kini atau sokongan untuk mata wang baru. Jadi, pastikan penyedia tersebut menawarkan bantuan teknikal yang lengkap sekiranya berlaku isu sebegitu.

Situasi ini dapat meringankan beban teknikal kepada pihak pembangun yang lebih berpengalaman dalam isu tersebut. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kos dan sumber serta membolehkan anda memperuntukkan lebih banyak masa dan tenaga kepada pelanggan anda.

Kesimpulan

Pembayaran Bitcoin semakin digunakan lebih meluas di pelbagai platform dan laman web, seperti platform dagangan, e-dagang, stor online, kasino dan banyak lagi. Penyedia perkhidmatan bayaran kripto berperanan sebagai pihak pengantara yang memudahkan transaksi ini. Ia menggunakan antara muka yang canggih, dan API yang akan memproses transaksi dan bayaran dalam kripto atau wang fiat untuk semua jenis perniagaan.

Kami telah senaraikan 20 penyedia terbaik yang anda boleh gunakan untuk menambah Bitcoin atau coin kripto lain, stablecoin atau token sebagai kaedah bayaran. Cara ini boleh meluaskan lagi pasaran anda, mendapatkan lebih ramai pelanggan, dan kembangkan perniagaan anda.

SOALAN LAZIM

Apa itu penyedia perkhidmatan bayaran untuk kripto?

Penyedia bayaran kripto merupakan alat dari pihak ketiga yang membolehkan individu dan syarikat menerima dan mengirim bayaran dalam BTC, ETH dan mata wang kripto yang lain. Ia juga membolehkan laman web e-dagang, platform dagangan, dan stor online menambah kripto sebagai kaedah pembayaran.

Apakah pembayaran kripto yang paling diterima secara meluas?

Bticoin merupakan kripto pertama dan paling banyak digunakan. Ia juga menjadi kripto yang paling banyak digunakan sebagai kaedah bayaran. Faktor ini didorong oleh blockchain Bitcoin yang sangat selamat dan pelbagai kegunaan BTC.

Siapakah pihak yang memproses transaksi kripto?

Pembayaran kripto diproses melalui blockchain. Blockchain tersebut akan menggunakan smart contract dan pengesah/pelombong untuk memastikan kesahan transaksi terhadap beberapa peraturan. Dana akan dilepaskan sebaik sahaja operasi tersebut disahkan.

Bagaimanakah cara pembayaran Bitcoin diproses?

Pembayaran Bitcoin memerlukan penyelesaian gerbang yang menyokong aset kripto. Sebaik sahaja pengguna memilih pembayaran BTC, gerbang tersebut akan berkomunikasi dengan dompet pelanggan. Ini bagi memastikan terdapat dana yang mencukupi dan menghubungkannya dengan blockchain untuk mula memproses transaksi tersebut.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024