What is Crypto Swap?

Apa itu Crypto Swap dan Bagaimana Anda Boleh Buat Keuntungan Melaluinya?

Reading time

Pasaran kripto telah melonjak pada tahun 2023, dengan pertumbuhan yang baik sejak dari pasaran merundum paling rendah pada 2022. The crypto market has been booming in 2023, producing impressive growth rates since the all-time downturn throughout 2022. Semakin ramai pedagang yang berminat untuk berdagang secara aktif dalam pelaburan kripto. Permintaan terhadap pertukaran, brokeraj dan swap untuk kripto menjadi semakin meningkat. 

Namun, perdagangan aset kripto boleh membuatkan caj gas dan caj-caj lain menjadi meningkat. Situasi ini akan mengurangkan keseluruhan margin keuntungan. Di sinilah crypto swap boleh memberi kelebihan. Ia membolehkan pengguna meminimumkan kos pelaburan dan mendapatkan mata wang digital tidak tersedia secara umum. Jadi apa itu crypto swap, dan bagaimana pedagang boleh dapatkan keuntungan daripada teknologi baru ini? Semuanya ada dalam artikel ini.

Isi Penting

  1. Crypto swap merupakan alternatif menarik untuk pertukaran berpusat, ia membolehkan pengguna bertukar aset digital secara terus.
  2. Swap lebih berkesan dari segi kos, biasanya lebih pantas dan menyokong pertukaran kripto rantaian silang (cross-chain)
  3. Swap juga merupakan penyelesaian terbaik untuk membeli projek kripto yang kurang dikenali yang berpotensi untuk menjadi bernilai tinggi.
  4. Walaupun memilki banyak manfaat, swap juga memiliki kelemahan, termasuk risiko keselamatan, pihak bertentangan (counterparty) dan kemerosotan.

Bagaimana Cara Crypto Swap Berfungsi?

Dari segi sifat, crypto swap sama dengan menukar mata wang kripto. Secara mudahnya, dua individui berdagang dalam jumlah wang sama, tetapi mata wang digital yang berbeza. Namun, perbezaan utama di sini adalah proses teknikal asas untuk aset yang ditukarkan tersebut. 

Dalam kes pertukaran kripto berpusat, entiti berpusat akan mengawal selia dan memproses setiap transaksi pertukaran. Entiti tersebut juga akan memantau kesahan setiap pihak, mengesahkan transaksi dan memastikan semua perkara mematuhi panduan undang-undang. 

The Crypto Swap Workflow

Pertukaran berpusat boleh dikatakan berperanan sebagai pengantara (arbiter) untuk pindahan kripto, memastikan semua perkara adalah sah, selamat dan teratur untuk semua pihak yang terlibat. Namun, perkhidmatan sebegini mempunyai beberapa kelemahan, contohnya kos transaksi menjadi meningkat dan kebebasan terhad dalam memilih padanan mata wang. 

Disebabkan faktor tersebut, perkhidmatan crypto swap telah dicipta. Ia membolehkan individu bertukar aset tanpa penglibatan pengantara atau elemen berpusat.

Namun, bagaimana sebenarnya crypto swap berfungsi? Perisian crypto swap membolehkan pengguna mendaftar, menghubungkan dompet kripto masing-masing, dan beli, tukar dan jual mata wang digital tanpa perlu berurusan dengan pertukaran berpusat. 

Cara ini membolehkan pengguna mempelbagaikan portfolio kripto mereka dengan lancara dan akan mengurangkan caj gas dengan mendadak, seterusnya menjana keuntungan dari crypto swap. Pertukaran secara cross-chain juga dibenarkan oleh kebanyakan laman web, manakala platform berpusat biasanya tidak akan menyokong aktiviti sebegitu. 

Kebebasan yang Tiada Tandingan dan Risiko dalam Cyrpto Swap

Adakah crypto swap benar-benar berbaloi seperti diperkatakan? Jawapan mudahnya, benar. Namun, untuk jawapan lebih menyeluruh, ia memerlukan perincian terhadap manfaat dan kelemahan ketara yang terdapat dalam teknologi crypto swap. 

benefits and drawbacks of crypto swaps

Kebebasan, Likuiditi dan Keberkesanan

Secara praktikalnya, penyelesaian digital ini membolehkan pengguna tukar mata wang kripto tanpa sekatan. Pelanggan boleh tukar dengan lancar aset yang mempunyai protokol ranai yang sangat berbeza dan mendapatkan mata wang yang tidak tersenarai di pertukaran berpusat. Selain itu, crypto swap juga jauh lebih murah berbanding pertukaran alternatifnya. 

Bagi pelabur yang mengutamakan kebebasan dan kepelbagaian, crypto swap yang telah ditentutkan sangat sesuai untuk mereka. Tukaran ini juga merupakan cara terbaik untuk mendapatkan mata wang baru sebelum ditemui oleh pesaing lain. 

Kebanyakan crypto swap ditawarkan dalam pelbagai bentuk pilihan pelaburan. Ini membolehkan pelabur melabur menjangkaui mata wang yang sememangnya Sudan popular dan menerokai dunia startup yang berpotensi. 

Ini merupakan peluang terbaik untuk pedagang yang mencari projek yang berjaya, ketika masih diperingkat awal dan seterusnya memaksiumkan potensi keuntungan. Sebagai contoh, banyak altcoin yang popular seperti Dogecoin, pada peringkat awal masih tidak tersedia untuk dibeli di platform berpusat. Jadi, agak mustahil untuk memiliki altcoin tersebut tanpa crypto swap. 

Risiko dan Kewujudan Kawal Seliaan yang Tidak Mencukupi

Walaupun memiliki pelbagai manfaat seperti yang dibincangkan di atas, crypto swap lebih berisiko dan terdedah kepada jenayah siber. Pertama sekali, risiko pihak bertentangan (counterparty) semakin meningkat. Ini kerana tiada pihak pengantara yang memainkan peranan untuk menyemak kesahan pihak yang satu lagi. Kedua, ketidakstabilan yang begitu tinggi dalam pasaran kripto boleh mengakibatkan kemerosotan harga, dan boleh mengubah transaksi tersebut kepada sebuah bencana kewangan. 

Akhir sekali, protokol tersebut adalah dalam bentuk automatik sepenuhnya. Ini membuatkannya terdedah kepada isu teknikal. Memandangkan tiada pemantauan aktif terhadap proses tersebut, ralat yang berlaku mungkin berlanjutan sehingga beberapa jam, malah mungkin beberapa hari. Jadi, kebebasan yang lebih tinggi datang sekali dengan beberapa kelemahan. 

Berapa Lama Masa Diambil untuk Proses Crypto Swap?

Tempoh crypto swap bergantung kepada mata wang dan rangkaian blockchain mata wang tersebut. Sebagai contoh, untuk menukar unit Bitcoin, secara purata ia memerlukan 10 minit. Tempoh tersebut merupakan masa yang sama diambil untuk menghasilkan blok Bitcoin yang baharu

Bergitu juga dengan mata wang kripto yang lain. Memandangkan keseluruhan proses adalah secara automatik dan tidak melibatkan pihak pengantara, tidak cara lain yang efektif untuk memastikan masa pemprosesan crypto swap adalah minimum. 

Walaupun ada pertukaran yang menawarkan kefungisan crypto swap secara segera, perkhidmatan ini ditawarkan dengan caj transaksi yang lebih tinggi. Jadi, anda perlu membuat keputusan dengan berhati-hati. 

Adakah Crypto Swap Tertakluk kepada Cukai?

Pencukaian merupakan salah satu topik penting dalam kripto. Undang-undang baru diperkenalkan setiap tahun untuk cuba mencari jalan bangaimana cukai boleh dikenakan pada pemilik kripto dan pedagang secara adil. 

Buat masa ini,undang-undang pencukaian sedia ada untuk kripto ialah cukai keuntungan modal. Undang-undang ini menyatakan aset kripto boleh dikenakan cukai jika dijual, tukar atau dilupuskan. Jadi, swap (tukar) dianggap sebagai boleh dicukaikan. Jika anda kehilangan wang melalui pertukaran aset kripto, anda boleh nyatakan sebagai kerugian cukai. Bagi keuntungan pula, anda akan tertakluk kepada cukai keuntungan modal. 

Calculating the Crypto Tax on Gains

Crypto swap sangat menguntungkan ketika bull run. Ini kerana terapat banyak coin yang kurang dikenali akan mendapat perhatian ketika tempoh tersebut. Bull run 2004 yang dijangkan akan berlangsung mungkin boleh terus menaikkan populariti crypo swap.

Fakta Ringkas

Bagaimana Cara Buat Keuntungan Melalui Crypto Swap

Untuk buat keuntungan melalui crypto swap, anda perlu laburkan sumber dan usaha anda untuk mendapatkan proejek kripto baru dan berpotensi. Mata wang kripto popular seperti Bitcoin dan Ethereum tidak akan menjana keuntungan 10X ganda untuk jangka masa panjang. Namun, banyak projek baru boleh mencapai angka sebegitu dalam beberapa minggu. Namun, pendekatan ini agak berisiko kerana kebanyakan proejk tidak akan melebihi $1 untuk penilaian per unit. 

How to Make Money Swapping Crypto

Oleh itu, dedikasi tinggi diperlukan untuk melakukan kajian mendalam terhadap projek dan pilih projek yang mempunyai potensi. Tips terbaik untuk perkara ini adalah dengan mengenalpasti pihak yang mencipta coin tersebut, latar belakangnya, dan sejauh mana kepakaran mereka dalam menghasilkan teknologi kripto yang bernilai tinggi. Sekiranya rekod pihak tersebut baik dan memiliki latar belakang profesional yang sah, kebarangkalian mata wang kripto tersebut untuk berjaya adalah tinggi. 

Untuk mencari projek baru yang berpotensi memberi pulangan 10X ganda, boleh diibaratkan seperti sangat sukar dan tidak boleh dijangka. Ini kerana tiada tanda dominan yang boleh menjamin sama ada mata wang tersebut akan berjaya. Namun, pelaburan dalam jumlah yang lebih kecil ke atas coin berpotensi mungkin memberi hasil yang menguntungkan. 

Strategi pelaburan tersebut hanya boleh dilakukan melalui tukaran. Ini kerana mata wang yang kurang dikenali jarang disokong oleh platfrom pertukaran utama. Jadi, untuk membuat keuntungan melalui crypto swap, anda perlu fahami masalah asas dan risiko yang terlibat. 

Tukar atau Jual Kripto: Mana Lebih Bagus?

Persoalan untuk sama ada tukaran pelbagai mata wang kripto atau tukaran kripto ke fiat, yang mana lebih bagus sudah berlaku sejak sekian lama. Namun, masih tiada jawapan nyata untuk soalan tersebut. Namun, secara umumnya anda dinasihatkan untuk mengambil pendekatan secara sederhana dan pertimbangkan kedua-dua pilihan dalam keadaan berbeza. 

Crypto swap disarankan ketika bull run kripto and pertumbuhan pasaran meningkat secara umumnya. Sementara itu, kripto lebih sesuai dijual ketika pasaran mengalami kemerosotan dan harga dilihat akan mengalami kejatuhan berterusan. 

Memang benar, agak sukar untuk kekalkan keseimbangan dalam iklim kripto yang tidak stabil. Namun, masih terdapat beberapa pilihan terbaik yang boleh dipilih. 

Pelabur yang teliti seharusnya menggunakan kedua-dua cara untuk memaksimumkan kebebasan dalam membuat pilihan. Melalui cara ini, pelabur tersebut boleh memaksimumkan keuntungan melalui crypto swap dan kerugian dapat diminimumkan menggunakan pilihan tukaran kripto ke fiat. 

Kseimpulan

Pasaran kripto akhirnya memasuki fasa matang dengan menghasilkan lebih banyak projek berpotensi yang mengutamakan nilai berbanding spekulasi. Hasilnya, tukaran mata wang kripto akan menjadi lebih popular pada masa beberapa tahun akan datang. 

Kerana itulah, B2BinPay memiliki perancangan untuk memasuki pasaran crypto swap untuk menyediakan cara paling mudah, selamat dan berkesan dari segi kos untuk menukar coin digitial. 

Sasaran pasukan kami adalah untuk memperkenalkan sebuah penyelesaian yang menitikberatkan semua kelebihan crypto swap seperti yang telah dibincangkan di atas, serta meminimumkan kekurangannya. Sekiranya, anda aktif menggunakan teknologi crypto swap, B2BinPay ada berita baik untuk anda!

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024