blockchain wallets explained

Apa itu Dompet Blockchain, dan Apakah Kriteria Dompet Blockchain Terbaik?

Reading time

Industri mata wang kripto telah memulakan tahun 2024 dengan langkah positif. Selepas kejatuhan harga pada 2022-2023, Bitcoin kembali dengan mencapai paras melebihi $70K untuk suku pertama tahun 2024. Paras harga tersebut melebihi harga kemuncak sebelum ini pada 2021. Harga Bitcoin serta mata wang kripto utama lain seperti Ethereum, Solana, dan BNB juga turut meningkat.

Disebabkan semakin banyak perhatian yang diberikan dalam pasaran,  lebih ramai orang yang ingin membeli coin atau token pertama mereka. Namun, sebelum sesorang itu mula membeli dan melakukan dagangan, mereka memerlukan tempat untuk menyimpan aset digital – iaitu dompet blockchain.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang apa itu dompet blockchain, serta melihat jenis-jenis dompet di pasaran dan membincangkan fungsi dan langkah keselamatan.

Isi Penting

  1. Jenis dompet blockchain adalah termasuk dompet perisian (hot) dan dompet offline (cold). Setiap jenis dompet ini mempunyai ciri-ciri dan langkah keselamatan tersendiri.
  2. Kebanyakan dompet blockchain dompet bersifat berketentuan (deterministic), iaitu private key dijana daripada seed tunggal atau master key.
  3. Fi untuk dompet blockchain mungkin berbeza-beza, kerana ia bergantung pada faktor seperti saiz transaksi, kesesakan rangkaian, dan polisi penyedia dompet.
  4. Ada penyedia yang menawarkan penyelesaian dompet blockchain yang spesifik untuk perniagaan, di mana syarikat boleh menggunakan fungsi-fungsi yang lebih lengkap.

Apa itu Dompet Blockchain?

Dompet blockchain berfungsi sebagai repositori digital untuk mata wang kripto. Pengguna boleh menyimpan, menguruskan dan melakukan transaksi ke atas aset digital mereka. 

Tidak seperti dompet tradisional yang menyimpan wang tunai fizikal, dompet blockchain tidak menyimpan coin atau token. Ia hanya menyimpan private key dan public key yang berkaitan dengan pegangan mata wang kripto pengguna. Key tersebut memblolehkan pengguna mengakses dan mengawal aset di blockchain.

Exodus cryptocurrency wallet

Bagaimana Cara Dompet Blockchain Berfungsi

Dompet blockchain beroperasi berdasarkan prinsip teknologi blockchain, iaitu sistem yang tidak berpusat dan lejar teragih. Apabila seseorang pengguna mencipta dompet blockchain, dompet tersebut akan diberikan alamat unik di blockchain. Alamat ini digunakan untuk menghantar dan menerima mata wang kripto.

  • Menerima aset kripto: Apabila seseorang pengguna membuat permintaan dana, beliau akan memberi alamat dompet blockchain kepada penghantar. Kemudian, penghantar tersebut akan menandatangani secara digital dan menghantar transaksi dengan menggunakan private key penghantar itu, ke rangkaian blockchain. Sebaik sahaja disahkan, transaksi akan direkodkan di blockchain dan baki dalam dompet blockchain penerima akan dikemas kini.
  • Menghantar aset kripto: Untuk menghantar dana dari dompet blockchain, pengguna akan masukkan amaun spesifik dan alamat penerima. Selain itu, penghantar juga pula menanda tangan secara digital transaksi tersebut menggunakn private key. Selepas itu, transaksi akan dihantar ke rangkaian, disahkan oleh pelombong dan ditambah pada blockchain.

Banyak dompet blockchain yang juga membenarkan pengguna menukar mata wang kripto berbeza melalui pertukaran (exchanges) atau perkhidmatan swapping dan boleh melakukan aktiviti staking serta aktiviti Web3 dan DeFi yang lain.

how blockchain wallet works

Jenis-jenis Dompet Blockhain

Terdapat pelbagai jenis dompet blockchain di pasaran. Setiap dompet memiliki ciri-ciri dan fungsi keselamatan tersendiri:

Dompet Perisian (Hot)

Dompet perisian adalah dompet digital yang boleh dipasang dan diakses dari komputer desktop atau peranti mudah alih. Dompet ini tersedia dalam bentuk aplikasi perisian atau antara muka (interface) berasaskan laman web. Dompet perisian juga termasuk:

Dompet Desktop: Dompet ini merupakan program yang dipasang pada komputer atau laptop. Pengguna memiliki kawalan penuh terhadap private key dan secara umumnya, dompet ini lebih selamat berbanding dompet berbentuk laman web.

Contoh: Exodus, Electrum, dan Guarda.

Dompet Mudah Alih (Mobile): Dompet ini merupakan aplikasi yang boleh dipasang pada telefon pintar dan tablet. Ia menawarkan keselesaan untuk mengakses mata wang kripto di mana sahaja. Dompet mudah alih biasanya memiliki ciri-ciri mesra pengguna dan fungsi seperti imbasan kod QR untuk memudahkan transaksi.

Contoh: Trust Wallet, Coinbase Wallet, ZenGo.

Extension Pelayar: Dompet ini boleh digunakan dengan mengakses melalui pelayar (browser) laman web. Ia menawarkan keselesaan kepada pengguna tetapi mungkin terdedah kepada ancaman penggodaman berbanding dompet perkakas atau desktop.

Contoh: MetaMask, Enkrypt, Bitget Wallet.

Harus diingat bahawa banyak penyedia dompet yang membolehkan anda mengkases aset digital di platform berbeza. Sebagai contoh, pengguna mungkin memasang dompet desktop di komputer mereka dan dalam masa yang sama, mengakses dompet yang sama melalui aplikasi di telefon mereka.

Fakta Ringkas

Dompet Offline (Cold)

Dompet offline (luar talian), yang juga dikenali sebagai dompet cold, menyimpan private key dan data mata wang kripto secara offline dan tidak terhubung dengan internet. Citi-ciri tersebut dapat meningkatkan lagi aspek keselamatan, mengurangkan risiko serangan online atau cubaan penggodaman. Dompet offline boleh berbentuk dompet perkakas (hardware) atau dompet kertas:

Dompet Perkakas (Hardware): Dompet perkakas merupakan peranti fizikal yang direka khusus untuk menyimpan aset digital dengan selamat. Dompet ini biasanya dalam bentuk seperti peranti USB. Ini dapat memberi lapisan tambahan memandangkan private key akan disimpan secara offline. Dompet perkakas dianggap salah satu pilihan paling selamat untuk menyimpan mata wang kripto. Ini kerana ia tidak berisiko terhadap malware dan penggodaman.

Contoh: Ledger, Trezor, dan SafePal.

Dompet Kertas: Paper wallet adalah satu bentuk simpanan offline di mana public key dan private key dicetak pada kertas fizikal. Dompet ini menawarkan keselamatan tahap tinggi kerana tidak tededah pada serangan online. Namun, pengguna perlu mengendalikan dan melindungi dompet ini dengan cermat untuk mengelakkan ia hilang atau rosak.

types of blockchain wallets

Selain daripada dompet yang disebutkan di atas, terdapat juga jenis dompet blockchain yang lain:

Dompet Deterministic

Dompet deterministic, juga dikenali sebagai dompet HD (hierarchical deterministic wallets), akan menjana urutan private key daripada single seed atau master key. 

Seed ini boleh menyimpan dompet dan mendapatkan semula private key yang berkaitan. Kelebihan dompet deterministic adalah proses backup dan pemulihan yang mudah. Ini kerana, pengguna hanya perlu mengingati atau menyimpan frasa seed (seed phrase). Kebanyakan dompet moden adalah bersifat deterministic.

Dompet Non-Deterministic

Dompet non-deterministic, juga dikenali sebagai dompet rawak (random). Dompet ini akan menjana private key secara berasingan tanpa seed atau master key. Setiap private key akan dijana secara rawak dan tidak berkaitan dengan key yang lain. 

Dompet Non-deterministic memerlukan pengguna untuk melakukan back up bagi setiap private key, secara berasingan. Keadaan ini membuatkan proses back up dan pemulihan tidak begitu mudah untuk dompet ini berbanding dompet deterministic.

Deterministic vs Non-Deterministic crypto wallets

Adakah Dompet Blockchain Selamat Digunakan?

Dompet blockchain menggunakan kriptografi dan teknologi lejar teragih bagi memastikan keselamatan aset digital pengguna. Kebiasaannya, dompet blockchain menawarkan pelbagai ciri-ciri keselamatan. Antara langkah keselamatan yang terdapat pada kebanyakan penyedia dompet adalah:

Kata Laluan

Satu langkah keselamatan yang penting untuk aplikasi dompet blockchain adalah dengan mencipta kata laluan yang kuat dan unik. Kata laluan tersebut perlulah sukar untuk diteka, tidak digunakan di tempat lain dan mengandungi campuran aksara. Harus diingat, penyedia tidak menyimpan kata laluan anda, jadi simpan kata laluan dengan selamat. Simpan aset digital anda ditempat yang selamat atau cuba gunakan pengurus kata laluan (password manager) untuk mengelakkan anda kehilangan akses terhadap aset tersebut.

Frasa Pemulihan

Seed nemonik, juga dikenali sebagai frasa pemulihan atau seed phrase, merupakan aspek keselamatan penting untuk dompet blockchain. Seed nemonik adalah beberapa siri perkataan yang dijana secara rawak. Perkataan-perkataan tersebut berfungsi sebagai backup untuk dompet anda. Selain itu, perkataan tersebut biasanya akan diberikan kepada pengguna ketika mencipta akaun dompet yang baru.

Seed nemonik membolehkan pengguna mendapatkan semula dompet dan akses terhadap dana, jika kata laluan hilang atau sebarang isu lain. Penting untuk anda menyimpan seed nemonik dengan selamat dan secara rahsia. Ini kerana, sesiapa sahaja yang mempunyai seed nemonik tersebut berpotensi untuk mengakses dompet anda. Anda disarankan untuk simpan seed nemonik di tempat yang selamat, luar daripada pengetahuan orang lain.

recovery phrase

Pengesahan Dua Faktor

Pengesahan dua faktor (2FA) akan meningkatkan lagi keselamatan dompet anda dengan memerlukan satu kod pengesahan tambahan untuk masuk ke dompet dan melakukan transaksi. Pengesahan ini dapat menambah lapisan halangan kepada pihak yang ingin menceroboh dengan meminta kata laluan dan akses ke peranti 2FA anda. Kebanyakan penyedia dompet menawarkan 2FA untuk meningkatkan keselamatan.

Fungsi IP Whitelist (Senarai Putih)

Terdapat penyedia aplikasi dompet perisian yang menawarkan IP yang disenarai putih sebagai keselamatan tambahan. Cara ini membolehkan pengguna memilih alamat IP yang selamat, seterusnya mengehadkan akses ke dompet mereka. Lapisan keselamatan tambahan ini membantu mengelakkan akses tanpa kebenaran dari IP yang mencurigakan dan meningkatkan perlindungan terhadap penggodam.

Keselamatan Multi-sig (Multi-Signature)

Multi-sig, atau multi-signature, merupakan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Ia memerlukan beberapa tanda tangan untuk sesebuah transaksi. Dompet Bitcoin memiliki lapisan keselamatan tambahan dengan mengaktifkan multi-sig pada blockchain anda. Ini kerana multi-sig memerlukan beberapa key dari sumber yang berbeza.

safety measures of blockchain wallets

Fi Dompet dan Kos Transaksi

Ketika menggunakan dompet blockchain, penting untuk anda tahu tentang fi dan kos transaksi berkenaan aktiviti tertentu:

Struktur Fi yang Dinamik

Dompet blockchain biasanya menggunakan struktur fi dinamik untuk transaksi.

Semasa rangkaian mengalami kesesakan yang tinggi, harga fi mungkin mungkin dinaikkan untuk memberi insentif kepada pelombong untuk mengutamakan sesebuah transaksi. Sementara itu, ketika rangkaian tidak terlalu sibuk, fi mungkin dikurangkan. Kadang-kala, penyedia dompet akan memberi lingkungan anggaran harga bagi membolehkan pengguna memilih fi berdasarkan kelajuan dan keutamaan transaksi yang diinginkan.

Harus diingat bahawa fi dompet blockchain adalah berbeza dengan apa-apa fi yang dikenakan oleh pertukaraan mata wang kripto atau perkhidmatan pihak ketiga yang terlibat dalam transaksi tersebut. Pastikan anda semak semua fi yang relevan ketika membuat transaksi untuk mengelakkan anda menanggung sebarang kos yang tidak dijangka.

Fi Priority vs. Fi Regular

Fi priority (keutamaan) merupakan fi yang lebih tinggi yang boleh mempercepatkan pemprosesan transaksi dan memendekkan tempoh pengesahan. Sementara itu, fi regular pula dalam jumlah lebih rendah. Namun, tempoh pemprosesan transaksi mengambil masa lebih lama.

Memilih antara fi priority dan fi regular bergantung pada seberapa cepat pengguna inginkan dan bersedia untuk membayar fi yang lebih tinggi untuk pengesahan yang lebih pantas. Fi priority sangat berguna khususnya jika anda perlukan pengesahan yang pantas.

Faktor yang Mempengaruhi Kos Transaksi

Kos transaksi dalam penggunaan dompet blockchain boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut adalah:

  • Saiz Transaksi: Dari segi saiz data, transaksi yang lebih besar mungkin memerlukan fi yang lebih tinggi untuk memberi insentif kepada pelombong untuk memasukkan transaksi tersebut dalam block.
  • Kesesakan Rangkaian: Ketika rangkaian mengalami kesesakan, seperti ketika token popular dijual dengan murah atau terdapat peristiwa penting, fi transaksi mungkin lebih tinggi disebabkan terdapat permintaan tinggi untuk ruang dalam blok.
  • Polisi Penyedia Dompet: Setiap dompet mungkin memiliki struktur fi dan polisi masing-masing.

Buat kajian dan bandingkan struktur fi bagi setiap penyedia dompet sebelum memilih dompet.

Kelebihan dan Kekurangan Dompet Blockchain

Sama seperti mana-mana teknologi lain, dompet blockchain mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri:

Kelebihan Dompet Blockchain

  • Ketidakberpusatan: Dompet ini membolehkan pengguna memiliki kawalan penuh ke atas dana serta tanpa perlu melibatkan pihak pengantara seperti bank. Ini dapat menggalakkan kebebasan kewangan dan mengurangkan kebergantungan terhadap institusi berpusat.
  • Keupayaan untuk mengakses: Dompet kripto membolehkan pengguna untuk mengakses dana dan melakukan transaksi dari mana-mana sahaja selagi terdapat sambungan internet. Keadaan ini memberi keselesaan dan fleksibiliti, terutamanya untuk pengguna yang kerap ke luar negara atau tinggal di kawasan yang mempunyai infrastruktur perbankan yang terhad.
  • Kos Transaksi Lebih Rendah: Jika dibandingkan dengan kaedah perbankan tradisional, transaksi kripto biasanya mengenakan fi yang lebih rendah, terutamanya untuk transaksi antarabangsa.
  • Keselamatan: Blockchain menggunakan teknik kriptografi yang kukuh untuk melindungi dana dan privasi pengguna. Melalui langkah-langkah keselamatan yang baik, seperti kata laluan yang kuat, 2FA, dan simpanan seed nemonik yang selamat, dompet aset digital boleh menyediakan keselamatan bertahap tinggi terhadap akses tanpa kebenaran.
  • Kepelbagaian: Dompet blockchain membolehkan pengguna untuk menyimpan dan menguruskan pelbagai aset digital dalam satu tempat simpanan. Keadaan ini memudahkan pengguna untuk mempelbagaikan portfolio dan membolehkan pengguna menggunakan kelebihan terhadap potensi pertumbuhan dan peluang yang ditawarkan oleh industri kripto.
Advantages of Blockchain Wallets

Kelemahan Dompet Blockchain

  • Penerimaan yang Rendah: Walaupun populariti mata wang kripto semakin bertambah, penerimaan mata wang ini sebagai kaedah bayaran masih lagi terhad berbanding mata wang fiat. Tidak semua perniagaan atau pihak yang membekalkan perkhidmatan menerima mata wang kripto. Situasi ini boleh mengehadkan kegunaan dompet kripto untuk transaksi harian.
  • Ketidakstabilan: Pasaran mata wang kripto sememangnya terkenal dengan sangat tidak stabil. Harga mata wang kripto boleh berubah dengan ketara pada bila-bila masa.
  • Tempoh untuk Memahami: Teknologi blockchain dan konsep mata wang kripto mungkin sesuatu yang rumit bagi mereka yang. masih baru. Penggunaan dompet kripto memerlukan tahap pemahaman tertentu dalam prinsip kriptografi, proses transaksi dan langkah keselamatan.
drawbacks of blockchain wallets

Menurut statistik 2023, hampir 75% daripada perniagaan runcit mempunyai perancangan untuk menerima mata wang kripto dalam masa 2 tahun akan datang.

Fakta Ringkas

Praktis Terbaik untuk Individu yang Menggunakan Dompet Blockchain

Amalkan praktis terbaik untuk memastikan dompet blockchain anda selamat dan boleh digunakan. Berikut adalah beberapa tips tentang cara menggunakan dompet blockchain:

Sentiasa Pastikan Perisian dan Firmware Dikemas Kini

Sentiasa mengemaskini perisian dan firmware dompet mata wang kripto merupakan perkara penting untuk menjaga keselamatan dan kefungsian dompet tersebut. Penyedia dompet biasanya akan mengeluarkan kemas kini untuk menambah baik aspek keselamatan, memperkenalkan fungsi-fungsi dompet blockchain, atau menambah baik keupayaan dompet tersebut. 

Semak laman web atau saluran komunikasi rasmi penyedia dompet tersebut untuk sebarang kemas kini atau pengumuman. Ikuti arahan yang diberikan oleh penyedia dompet untuk mengemas kini perisian atau firmware dompet.

Sentiasa Lakukan Proses Backup pada Data Dompet

Anda disarankan untuk melakukan back up untuk data dompet dengan kerap dan simpan dengan selamat di beberapa lokasi, seperti peranti simpanan eksternal yang disulitkan (encrypted) atau backup secara luar talian. Lakukan pengujian pada proses backup tersebut untuk memastikan backup dapat dikembalikan semula sekiranya diperlukan.

Lindungi Private Key dan Seed Nemonik

Elakkan daripada berkongsi private key dengan sesiapa sahaja. Selain itu, anda perlu waspada terhadap ancaman phishing atau skim penipuan yang mungkin akan memperdaya anda untuk mendedahkan maklumat sensitif. Simpan private key dan seed nemonik di tempat yang selamat dan tidak mudah diakses oleh orang lain seperti peti simpanan atau simpanan digital yang telah disulitkan.

Semak Butiran Transaksi

Sebelum mengesahkan sebarang transaksi, semak butiran dengan telilti untuk memastikan ia tepat. Periksa dengan terperinci alamat dompet penerima, amaun yang ingin dihantar, dan sekiranya terdapat sebarang nota atau memo transaksi. Sebaik sahaja transaksi dihantar, biasanya ia tidak boleh dibalik semula dan agak sukar untuk dapatkan semula dana yang hilang atau tersalah hantar.

Waspada Terhadap Ancaman Phishing

Ancaman phishing merupakan cara lazim digunakan oleh penggodam untuk mengakses dompet blockchain. Sentiasa berwaspada terhadap e-mel yang mencurigakan, mesej, atau laman web yang meminta butiran untuk mengelog masuk dompet, private key, atau seed nemonik. Selain itu, sentiasa semak ketulenan komunikasi atau laman web sebelum berkongsi sebarang maklumat sensitif.

Penyedia dompet yang sah tidak akan sesekali meminta anda berikan private key atau seed phrase melalui mesej atau e-mel yang tidak dikenali. Sentiasa bersikap proaktif dalam melindungi dompet anda daripada ancaman phishing dengan membuat semakan sambungan yang selamat (HTTPS), pengesahan URL laman web, dan menggunakan langkah keselamatan tambahan seperti 2FA.

Gunakan Dompet Perkakas untuk Pegangan Kripto dalam Jumlah Besar

Jika anda memiliki mata wang kripto dalam jumlah yang besar, anda boleh gunakan dompet perkakas sebagai keselamatan tambahan. Dompet perkakas menyimpan private key secara luar talian dan melindungi terhadap ancaman online. Dompet tersebut direka untuk melindungi aset bernilai tinggi dan dianggap sebagai pilihan paling selamat untuk menyimpan token atau coin.

how to use blockchain wallets safely

Dompet Blockchain untuk Perniagaan

Dompet blockchain tidak hanya berguna untuk pengguna individu, malah ia juga bermanfaat untuk perniagaan, seperti laman e-dagang dan pertukaran, yang terlibat dalam transaksi mata wang kripto.

Salah satu daripada penyedia utama dompet blockchain ialah B2BinPay. Ia menawarkan dua jenis dompet: dompet digital Pedagang dan dompet blockchain Perusahaan (Enterprise). Kedua-dua dompet ini boleh diakses melalui satu platform yang telah disatukan (unified). Jadi, pihak perniagaan tidak perlu membuka akaun tambahan baru.

  • Penyelesaian dompet digital Pedagang berguna untuk perniagaan yang terlibat dalam transaksi berisiko tinggi, syarikat fintech, dan stor online. Syarikat boleh membuka dompet dalam 7 mata wang berbeza dan terima dalam lebih 50 mata wang, yang akan ditukar secara automatik ke mata wang dompet. Namun, terdapat fi yang akan dikenakan untuk tukaran mata wang.
  • Sementara itu, dompet Perusahaan menawarkan lebih banyak mata wang, dengan menyokong lebih 330 aset kripto. Penyelesaian ini ideal untuk perniagaan yang memiliki portfolio pelbagai mata wang kripto dan memerlukan perlindungan nilai (hedge) terhadap risiko dalam transaksi. Selain itu, ia juga membolehkan tukaran mudah untuk token custom. Fungsi tersebut membuatkan dompet ini sesuai untuk pertukaran spot kripto.

Kesimpulan

Trend semasa pasaran menunjukkanteknologi blockchain dan mata wang kripto menjadi semakin popular dan digunakan oleh lebih ramai orang. Namun, pada masa yang sama juga, aktiviti Bitcoin di rangkaian boleh dikatakan kekal rendah. Situasi ini jelas menunjukkan kebanyakan pemilik kripto tidak begitu cenderung untuk menjual pegangan mereka. 

Ia juga boleh menggambarkan pelabur begitu yakin dengan potensi jangka panjang kripto walaupun berdepan dengan isu ketidakstabilan.Pengguna perlu memahami asas dałam teknologi blockchain, termasuk cara menyimpan dan menguruskan pelaburan mata wang kripto dengan selamat menggunakan dompet digital, untuk mengambil kesempatan terhadap trend yang semakin meningkat ini.

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara untuk saya gunakan dompet blockchain?

Langkah pertama adalah anda perlu mencipta dompet. Ini boleh dilakukan sama ada memuat turun dompet perisian atau menggunakan dompet berasaskan laman web, melalui penyedia perkhidmatan. Sebaik sahaja anda telah mencipta dompet anda akan diberikan alamat umum yang unik dan private key. Kemudian, anda boleh gunakan alamat ini menghantar dan menerima mata wang digital di rangkaian blockchain. Untuk melakukan transaksi, anda mesti memiliki dana yang mencukupi dalam dompet dan mempunyai alamat umum penerima.

Bagaimanakah cara untuk saya tambah duit dalam dompet blockchain?

Untuk menambah duit ke dalam dompet blockchain anda, anda boleh membeli mata wang digital melalui pertukaran mata wang kripto, atau terima mata wang digital daripada dompet lain. Jika anda menggunakan dompet berasaskan laman web, kebanyakan penyedia perkhidmatan dompet akan menawarkan pilihan untuk membeli kripto secara terus dari platform.

Apakah dompet kripto yang paling popular?

Coinbase merupakan salah satu dompet kripto yang paling popular disebabkan oleh antara muka (interface) dompet ini yang mudah digunakan dan menyokong pelbagai mata wang kripto. Selain itu, dompet ini juga menawarkan pelbagai fungsi lain, seperti membeli, menjual, dan menyimpan mata wang digital dalam satu tempat.

Dompet kripto lain popular adalah seperti Ledger Nano S, yang menawarkan tahap keselamatan lebih tinggi melalui simpanan private key secara offline, dan MetaMask, sebuah dompet berasaskan laman web dan memiliki pelayar secara built-in untuk aplikasi tidak berpusat.

Untuk kegunaan perniagaan, dompet B2BinPay menawarkan pengurusan aset digital yang selamat dan efisyen untuk semua saiz perniagaan.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024