Ways To Buy A Car With Crypto

Ingin Beli Kereta dengan Kripto? Jenama Terkenal yang Menerima BTC Sebagai Pembayaran

Reading time

Bitcoin, salah satu mata wang kripto pertama untuk orang ramai menjadi semakin popular. Ini disebabkan kripto ini mempunyai ciri-ciri pembayaran pantas, privasi, dan potensi untuk menjana keuntungan dengan cepat. Pada mulanya, mata wang kripto bertujuan untuk menjadi kaedah pembayaran yang inovatif. Namun, ketika beberapa tahun yang lalu, penggunaan Bitcoin untuk membeli kereta pada 2024 sememangnya tidak dijangka, Kini, orang ramai telah mula memahami mata wang kripto, dan pada masa kini ia biasa digunakan untuk membuat pembelian online. 

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan bagaimana anda boleh beli kereta dengan kripto dan apakah kelebihan dalam pembelian menggunakan kripto. 

Isi Penting

  1. Membeli kereta dengan kripto mempunyai banyak kelebihan, seperti caj transaksi rendah, ketersediaan global dan transaksi pantas.
  2. Walaupun memiliki banyak kelebihan, pembelian kereta menggunakan kripto terdedah kepada risiko ketidakstabilan harga, kurang perlindungan untuk pembeli, dan serangan siber.
  3. Anda boleh beli kereta dengan gunakan coin kripto melalui penjual kereta, penjual peribadi atau kad kredit BTC.
  4. Antara peniaga popular yang menerima kripto adalah syarikat utama seperti Bitcars, Ferris, Post Oak Motors dan lain-lain.

Kelebihan Beli Kereta dengan Kripto

Walaupun Bitcoin dan kripto lain tidak diterima secara meluas orang awam, kedua-duanya semakin banyak digunakan untuk membeli barangan bernilai tinggi, seperti kereta. Ini disebabkan ia merupakan cara pembayaran yang pantas dan selamat, caj transaksi yang rendah, perlindungan terhadap maklumat kewangan peribadi, dan proses pembayaran yang lebih lancar jika dibandingkan dengan pindahan bank. 

Ramai pembeli juga merupakan pelabur kripto yang telah membuat pelaburan yang agak besar. Mereka memilih untuk membeli barangan mewah berbanding dengan bertukar kripto untuk fiat. Ada pembeli yang tidak mempunyai akses terhadap mata wang fiat, sebaliknya mereka menggunakan kripto. Situasi ini memberi kelebihan, terutamanya bagi mereka yang sememangnya sudah lama melabur dan ingin melihat objektif pelaburan mereka tercapai. 

Benefits of buying a car with crypto

Proses transaksi juga jauh lebih pantas dengan BTC. Ini kerana transaksi dalam jumlah besar biasanya akan perlu disiasat oleh pihak bank sebagai langkah anti pengubahan wang haram

Fi untuk Bitcoin adalah sangat rendah, tidak kira saiz transaksi. Ada penjual kereta yang menawarkan diskaun jika membayar menggunakan kripto. Kemungkinan besar ini disebabkan oleh kos rendah dan peniaga tersebut mempunyai keyakinan terhadap masa depan wang digital.

Bitcoin membolehkan pembeli membuat pembayaran segera dan penjual boleh terima dana dalam masa 10 minit. Situasi ini sangat berbeza berbanding melalui pindahan bank atau cek, yang mungkin mengambil masa lebih lama.

Bitcoin merupakan mata wang global yang tidak mempunyai sekatan geografi atau kadar tukaran. Keadaan ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai dana mencukupi dan dompet digital untuk membeli dan memegang mata wang tersebut. Ciri-ciri tersebut membuatkan pembayaran Bitcoin boleh diterima seluruh dunia, membolehkan pengguna buat pembelian dalam jumlah besar tanpa perlu risau tentang caj pindahan kawat (wire) bank.

Sekiranya anda seorang peminat kripto, penjualan automotif kripto mungkin boleh menjadi cara terbaik untuk menggunakan teknologi inovatif ini. Ketiadaan caj berdasarkan peratusan mungkin memberi penjimatan dalam pembelian bersaiz besar; namun, mencari penjual kereta yang menerima pembayaran wang digital masih agak sukar.

Adakah Beli Kereta dengan Kripto Selamat?

Pembayaran kripto masih lagi tidak digunakan secara meluas, dan terdapat banyak scammer dalam dunia kripto. Ketika membeli kereta dengan kripto, penting untuk anda fahami aspek keselamatan dalam proses tersebut. Proses pembelian kedua-dua Bitcoin dan wang fiat adalah sama. Cuma, pembelian dalam talian perlu dilakukan secara berhati-hati: anda sangat disarankan untuk memilih penjual yang mempunyai reputasi tinggi, melihat rekod sebelum ini untuk penjual tersebut, dan juga ulasan dari orang ramai. 

Isu yang Mungkin Anda akan Hadapi Ketika Membeli Kereta dengan BTC

Bitcoin merupakan pilihan bagus untuk membeli kereta, namun ia turut memiliki beberapa isu utama.

Issues you may face when buying a car with crypto

Ketidakstabilan – Ketidakstabilan harga Bitcoin boleh memberi kelebihan atau risiko ketika membeli barang bernilai tinggi seperti kereta. Jika harga mata wang tersebut naik, pembelian anda mungkin berbaloi, namun jika harga jatuh mendadak, anda mungkin terpaksa membayar lebih dari sepatutnya.

Penerimaan yang terhad – Walaupun BTC boleh digunakan untuk membeli kereta, tidak semua penjual kereta menggunakan teknologi ini.

Kurang perlindungan terhadap pembeli – Kripto kurang perlindungan terhadap pembeli. Transaksi pembelian kereta tidak boleh dibatalkan jika terdapat kesilapan.

Terdedah kepada serangan siber – Penjual Bitcoin merupakan sasaran utama untuk serangan siber disebabkan mereka mengendalikan maklumat peribadi dan wang. Untuk melindungi aset anda ketika membeli kereta, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga, seperti melakukan pengesahan two-factor dan gunakan kata laluan yang kuat, serta waspada terhadap potensi risiko yang terlibat.

Bitcar mula menjual Tesla untuk Bitcoin lebih awal daripada Elon Musk.

Fakta Ringkas

Beberapa Cara untuk Membeli Kereta dengan Coin Kripto

Jadi, bagaimana caranya untuk anda beli kereta dengan Bitcoin? BTC dan kripto lain boleh digunakan untuk membeli kereta dalam pelbagai cara. Antara cara paling meluas digunakan adalah melalui penjual kereta, penjual peribadi, dan kad debit BTC.

Namun, sebelum membeli kereta dengan Bitcoin, anda perlu waspada terhadap ketidakstabilan harga aset, yang boleh membuatkan pembeli menyesali pembelian tersebut. Untuk mengelakkan sebarang isu berkenaan harga kereta, pindahkan mata wang kripto segera. Ini kerana sekiranya harga bitcoin melonjak selepas pembelian kereta dilakukan, penjual kereta akan mendapat keuntungan daripada harga kripto yang lebih tinggi, manakala nilai kereta yang telah dibeli akan berkurangan.

Selain itu, membeli kereta secara terus menggunakan kripto merupakan transaksi yang boleh dikenakan cukai. Ini bermakna, anda perlu membayar cukai untuk sebarang keuntungan melebihi pembayaran awal untuk mata wang yang digunakan dalam pembelian tersebut. Situasi ini boleh memberi kos tambahan yang tidak dijangka ketika anda mengisi penyata cukai nanti.

Ways to buy a car with cryptocurrancy

Syarikat Penjual Kereta

Penjual kereta kini menerima mata wang kripto sebagai kaedah pembayaran dalam pembelian kereta. Proses pembelian kereta dengan mata wang kripto adalah sama, iaitu melalui pindahan BTC daripada dompet mata wang kripto pembeli ke dompet kripto penjual kereta menggunakan prosedur sedia ada. 

Untuk membuat pembelian, pelanggan perlu memiliki kripto yang secukupnya dalam dompet dan alamat e-mel. Penjual kereta akan mengeluarkan invois dan menghantar invois tersebut ke e-mel pelanggan. 

Pembayaran boleh dilakukan dengan memasukkan maklumat dompet atau mengimbas kod QR. Proses ini mungkin berbeza mengikut struktur penjual tersebut.

Anda mungkin terpaksa memilih sama ada membeli kereta dengan Bitcoin di beberapa penjual kereta yang terhad atau tukar mata wang kripto kepada wang tunai untuk penjual kereta yang tidak menerima pembelian melalui mata wang kripto.

Penjual peribadi

Penjual peribadi yang menerima pembayaran kripto mungkin boleh menjadi pilihan yang baik untuk mendapatkan kereta impian anda. Namun, anda perlu berhati-hati kerana ada penjual yang tidak boleh dipercayai. 

Jika anda berjaya menemui penjual yang jujur, pindahkan mata wang kripto ke penjual tersebut, dengan menggunakan dompet anda dan penjual akan memindahmilik kereta tersebut kepada anda. Untuk melindungi pembelian anda, lakukan transaksi coin melalui platform P2P yang boleh dipercayai dan sebagai langkah keselamatan, pertimbangkan untuk menggunakan platform yang boleh menyimpan Bitcoin anda sehinggalah transaksi tersebut lengkap.

Kad Debit Bitcoin

Kad Debit Bitcoin Debit Card boleh digunakan untuk membayar semua perkara dalam pembelian kereta, termasuk bayarn pendahuluan, insuran, dan ansuran bulanan. Ia dipautkan ke aplikasi dompet Bitcoin, menukarkan mata wang kripto ke mata wang fiat pilihan penjual kereta tersebut, berbanding mengeluarkan wang tunai dari akaun bank anda.

Proses Lengkap dalam Membeli Kereta dengan Wang Digital

Penjual kereta yang menerima Bitcoin semakin popular sebagai pilhan pembeli disebabkan ketersediaan dan proses pembelian yang lebih mudah dan jelas. Anda mungkin tertanya-tanya: “Adakah saya hanya perlu pergi ke penjual kereta berkedakatan yang menerima Bitcoin untuk membeli kereta?” Namun, proses pembelian kereta dengan kripto tidak semudah itu. Mari kita lihat lebih mendalam.

Step-By-Step purchasing process

Langkah 1: Mencari Penjual

Untuk membeli kereta, cari penjual kereta yang menerima pembayaran kripto untuk melihat pilihan kereta yang dijual, sekatan, reputasi dan sama ada ia boleh dipercayai. Semak kadar tukaran Bitcoin yang digunakan penjual tersebut kerana ia boleh memberi kesan terhadap harga kereta. 

Ada penjual kereta yang mengehadkan pembelian menggunakan Bitcoin pada jenama dan model kereta tertentu sahaja. Selain itu, layari laman web penjual kereta tersebut untuk maklumat lanjut tentang penerimaan mata wang kripto dan proses pembayaran. Selain itu, anda juga perlu pastikan jika penjual tersebut mempunyai sistem pembayaran yang selamat untuk memastikan proses pembayaran Bitcoin anda selamat.

Langkah 2: Pilih Kereta

Selepas mencari penjual yang menerima kripto, pilih model kereta, bandingkan harga yang ditawarkan oleh penjual tersebut, dan bandingkan juga dalam mata wang kripto dan mata wang fiat untuk memahami harga sebenar kereta tersebut. Cuba berunding dengan penjual untuk harga jualan yang dipersetujui untuk memastikan transaksi yang adil.

Langkah 3: Dapatkan Dompet Kripto dan Aplikasi Pindahan Kripto

Dompet kripto merupakan cara mudah untuk simpan, kirim, dan terima wang digital anda. Ia berperanan seperti akaun bank dengan public key dan private key. Dompet wallet boleh diperolehi daripada perkhidmatan seperti Coinbase atau eToro, yang berfungsi sebagai penyelesaian simpanan yang selamat dan mudah.

Untuk membayar dengan kripto, anda juga perlu memuat turun aplikasi pindahan kripto yang selamat seperti BitPay, CoinGate, atau Coinify. Aplikasi tersebut membolehkan anda memindahkan BTC dari dompet anda ke dompet penjual, atau sebaliknya, dengan mudah. Sebaik sahaja dipautkan, penjual akan meminta bayaran melalui aplikasi dan membolehkan anda membuat bayaran.

Langkah 4: Pindahkan Pembayaran Anda ke Penjual

Setelah bersetuju tentang harga, pindahkan mata wang kripto ke dompet penjual menggunakan dompet kripto anda. Ambil kira fi transaksi dan mulakan pindahan ke dompet penjual. Sekiranya, pembayaran digital dipindah ke dompet yang salah, ia tidak boleh dikembalikan semula.  

Tunggu sehingga penjual mengesahkan penerimaan bayaran sebelum melengkapkan pembelian tersebut. Sebaik sahaja transaksi lengkap, anda mungkin memerlukan bukti pembayaran untuk terima kereta anda.

Langkah 5: Lengkapkan Pembelian

Selepas menandatangani perjanjian, anda boleh lengkapkan transaksi pembelian kereta menggunakan Bitcoin tersebut. Ini termasuk menandatangani dokumen pembelian, memindahkan geran, dan memiliki kereta tersebut.

7 Penjual Kereta Terbaik yang Menerima Bitcoin

Kini, banyak penjual kereta yang menerima mata wang kripto. Namun, penting untuk pertimbangkan keselamatan dan kredibiliti penjual kereta Bitcoin tersebut sebelum buat pembelian. Berikut adalah beberapa penjual yang boleh dipercayai untuk beli kereta dengan wang kripto.

Top 7 Car Dealers That Accept Bitcoin

Penjual Rasmi Kereta BMW  

BMW, syarikat multi nasional Jerman yang terkenal dengan kereta mewah dan motorsikal, kini menerima pembayaran mata wang kripto. Penjual kereta di Amerika Syarikat dan UK menggunakan pemproses bayaran Bitcoin sebagai cara untuk membeli kereta baru. Kaedah ini membolehkan penjual kereta menawarkan kenderaan dan perkhidmatan mewah kepada pelanggan baru.

Perubahan ini memberi manfaat kepada pengguna Bitcoin yang ingin membeli produk dan perkhidmatan mewah menggunakan mata wang digital. BMW membuat keputusan bijak apabila membenarkan peruncit kereta menggunakan mata wang digital dalam transaksi mereka.

Bitcars 

BitCars, penjual kereta berasaskan mata wang kripto, merupakan antara pihak pertama yang menerima bitcoin untuk transaksi dalam talian. BitCars menawarkan kereta eksotik dan mahal daripada pengeluar seperti Mercedes-Benz, Lamborghini, Ferrari, Bentley, Audi, Rolls-Royce, dan Tesla. 

BitCars merupakan penjual kereta yang hanya menerima kripto. Ia menawarkan kereta mewah dan vintaj. Ia menawarkan khidmat penghantaran dan mengendalikan dokumen yang terlibat. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan escrow untuk penjualan kereta.

Namun, penghantaran mungkin mengambil masa lebih lama kerana kebanyakan kereta berada di serata dunia, terutamanya di Eropah. Jaminan hanya diberikan untuk kereta baru. Jadi, pembelian kereta terpakai mungkin memerlukan perkhidmatan escrow tambahan daripada pihak ketiga.

Ferris

Ferris Cars ialah penjual kereta di Afrika Selatan khusus untuk kereta Ferrari, termasuk model lama seperti Ferrari Testarossa dan model baru seperti Ferrari 488 Spider. Syarikat ini juga mempunyai bengkel untuk pemilik kereta Ferrari membaik pulih atau melakukan penyelenggaraan kereta biasa. 

Ferris merupakan salah satu daripada sebilangan kecil perniagaan di Afrika Selatan yang menerima mata wang kripto untuk pembelian produknya. Pelanggan boleh membeli kereta Ferrari dengan Bitcoin, Litecoin, atau Tether.

Lamborghini Newport Beach 

Lamborghini Newport Beach, sebuah penjual kereta utama di California,  mula menerima Bitcoin sebagai cara pembayaran pada 2013 dan kni menawarkan pelbagai jenis kenderaan, termasuk Lamborghini, Alfa Romeo, Aston Martin, Porsche, dan Ferrari. Penjual kereta ini mencatatkan penjualan kereta yang mendadak semasa kenaikan harga Bitcoin pada 2017, dengan menjual 10 Lamborghini yang dibayar menggunakan Bitcoin dalam masa hanya satu bulan.

Lamborghini Newport Beach menawarkan kereta baru dan lama, dan pelanggan boleh pandu uji pada bila-bila masa. Syarikat ini juga menerima Bitcoin, jadi pelabur mata wang kripto tidak perlu menukar Bitcoin kepada tunai sebelum membeli. Kemudahan ini membuatkan Lamborghini Newport Beach sebagai pilihan popular untuk peminat kereta Lamborghini.

Post Oak Motors

Post Oak Motor Cars merupakan penjual kereta di Amerika Syarikat yang menerima BTC sejak dari tahun 2018 lagi.  Keputusan untuk menerima mata wang kripto ini didorong oleh keinginan para pekerja syarikat ini untuk melakukan inovasi. Post Oak Motors pakar dalam menjual kereta mewah seperti Bentley, Bugatti, and Rolls-Royce. Selain itu, penjual kereta ini juga menawarkan model seperti Mercedes and Toyota dan juga menawarkan jenama eksklusif seperti kereta Karma. 

Kedua-dua kereta baru dan terpakai juga boleh dilihat secara dalam talian, dan pandu uji ditawarkan kepada mereka yang berminat. Post Oak Motor Cars menerima Bitcoin. Keadaan ini memudahkan pembeli membayar menggunakan kripto. Proses ini pantas dan dikendalikan oleh rakan kongsi penjual kereta tersebut.

Carriage Nissan

Carriage Nissan, penjual kereta Nissan Gainesville, Georgia, menawarkan kereta baru dan terpakai. Penjual kereta ini menjalinkan usaha sama dengan Coinbase untuk menawarkan pilihan pembayaran Bitcoin kepada pelanggan. Namun, kaedah agak terbatas. Ia tidak boleh digunakan untuk sewaan dan pembiayaan kenderaan. Selain itu, pembayaran tersebut mesti merangkumi keseluruhan harga belian, termasuk cukai, pendaftaran dan geran. Namun begitu, Carriage Nissan masih menjadi penjual kereta terbaik bagi mereka yang ingin membeli kereta Nissan dengan Bitcoin pada harga mampu milik

Stephen James

Stephen James merupakan penjual kereta UK khusus untuk kereta BMW dan MINI. Ia memiliki fasiliti untuk BMW dan tiga pusat jualan untuk kereta MINI. Syarikat ini ditubuhkan pada 1973, dan pada 1985 ia menjadi ejen penjual kereta sah serta menjadi penjual kereta terbesar di UK. Pada hari ini, pelanggan boleh membeli kereta terpakai dan baru pada harga yang kompetitif, pelbagai pilihan model dari kedua-dua jenama. 

Penjual kereta ini juga menawarkan pembayaran kripto. Kemudahan ini membolehkan pelanggan lebih fleksibel dalam membeli kereta. Namun, penjual kereta ini tidak menerima pembayaran Bitcoin secara terus. Sebaliknya, ia menggunakan Bitpay, sebuah perkhidmatan yang memproses pembayaran kripto untuk syarikat tersebut.

Kesimpulan

Mata wang kripto telah mengubah industri automatif dengan menawarkan manfaat seperti keselamatan, kepantasan, privasi, dan caj rendah. Penjual kereta semakin menerima mata wang kripto sebagai kaedah pembayaran. Ia dilihat sebagai alternatif untuk wang fiat. Membeli kereta menggunakan Bitcoin mungkin kedengaran agak janggal, namun ia merupakan proses yang ringkas dan boleh diselesaikan dengan cepat dan selamat.

Untuk membeli kereta dengan kripto, dapatkan penjual kereta yang menerima bayaran dalam mata wang yang anda inginkan, dapatkan harga jualan yang dipersetujui dua pihak, dan pindahkan dana dengan selamat. Namun, transaksi sebegini perlu dilakukan secara berhati-hati memandangkan sektor kripto masih terdedah kepada ketidakstabilan harga dan serangan penggodam. Jadi, lakukan kajian mendalam terhadap penjual kereta dan platform menjual kereta yang menerima coin digital untuk memastikan aset anda selamat.

SOALAN LAZIM

Adakah selamat untuk beli kenderaan dengan mata wang kripto?

Harga mata wang kripto tidak stabil dan ini menjadikan ia satu pelaburan yang berisiko. Namun, stablecoin seperti USD dan Tether menawarkan alternatif dengan risiko lebih rendah.

Apakah mata wang kripto yang boleh digunakan untuk membeli kereta?

Mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Dogecoin, dan Shiba Inu boleh digunakan untuk membeli kereta, di mana terdapat penjual kereta tertentu yang menerima mata wang kripto yang khusus. Namun, jumlah penjual kereta yang menerima mata wang kripto agak banyak.

Bagaimana untuk tahu syarikat yang mana menerima mata wang kripto?

Untuk mencari penjual kereta yang menerima mata wang kripto sebagai cara pembayaran, anda perlu menghubungi penjual kereta yang berhampiran atau layari laman web mereka.

Bolehkah saya dapatkan pinjaman untuk membeli kereta dengan Bitcoin?

Terdapat pihak yang menawarkan pinjaman untuk pembelian kripto. Namun, kebanyakannya menetapkan pembayaran balik dibuat dalam mata wang fiat. Jadi, besar kemungkinan anda perlu tukar kripto ke wang tunai untuk dapatkan pinjaman.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024