are wallet-to-wallet transactions taxable?

Adakah Kiriman Kripto ke Dompet yang Lain Boleh Dikenakan Cukai pada 2024?

Reading time

Transaksi Bitcoin, sama seperti mana-mana transaksi dalam sistem perbankan tradisional, boleh membuatkan ia dikenakan cukai, berdasarkan peraturan IRS. Akibatnya, sebarang keuntungan atau kerugian dari pembelian dan penjualan aset akan dianggap sebagai keuntungan/kerugian modal dan tertakluk kepada percukaian. Namun, bagaimana pula jika memindahkan kripto anda ke dompet yang lain? Adakah anda juga perlu membayar cukai untuk aktiviti sebegitu? Mari kita lihat lebih mendalam.

Isi Penting

  1. Harus diingat bahawa, walaupun, pemindahan mata wang kripto itu sendiri tidak boleh dikenakan cukai, mungkin terdapat beberapa keadaan di mana liabiliti cukai boleh dikenakan. 

  2. Menyimpan rekod transaksi kripto penting untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang percukaian.
  3. Jenis operasi kripto yang berlainan, seperti pertukaran coin atau perlombongan (mining), mungkin mempunyai implikasi percukaian yang berbeza.

Asas Percukaian dalam Kripto

Undang-undang percukaian yang terpakai untuk kripto adalah berbeza, di mana ia bergantung pada bidang kuasa. Ini kerana, setiap negara memiliki undang-undang tersendiri. Namun, dua cara percukaian yang paling lazim digunakan untuk kripto adalah cukai keuntungan modal dan cukai pendapatan.

how crypto is taxed

Di Amerika Syarikat, Internal Revenue Service (IRS) menganggap mata wang kripto sebagai harta untuk tujuan percukaian – jika anda jual atau tukar token kripto anda untuk keuntungan, anda perlu melaporkan keuntungan pada penyata cukai dan membayar cukai keuntungan modal yang sepatutnya. 

Kadar cukai untuk keuntungan modal jangka pendek (aset yang dipegang kurang dari setahun) adalah dari 10% sehingga 37%. Sementara itu, bagi keuntungan modal jangka panjang (aset yang dipegang lebih dari setahun) akan dikenakan cukai dalam lingkungan 0% sehingga 20%, bergantung pada kategori pendapatan anda.

Begitu juga di United Kingdom, agensi HM Revenue & Customs (HMRC) juga menganggap kripto sebagai harta dan tertakluk pada cukai tertentu. Jika anda menjual atau menukar mata wang kripto, kemudian mendapat keuntungan/kerugian, anda mesti melaporkannya pada penyata cukai dan membayar cukai keuntungan modal yang sepatutnya.

Secara keseluruhannya, prinsip percukaian ini lazim digunakan oleh banyak negara, termasuk Australia, Ireland, Perancis, dsb.

Beberapa negara, seperti Malaysia, Singapura dan Belarus, telah menggunakan pendekatan bebas cukai terhadap kripto. Cukai keuntungan modal tidak dikenakan untuk keuntungan kripto.

Fakta Ringkas

Adakah Kiriman Kripto ke Dompet Lain Boleh Dikenakan Cukai?

Kebiasaannya, pindahan kripto dari satu dompet ke dompet yang lain tidak dianggap transaksi yang boleh dikenakan cukai. Ini kerana, pindahan dompet-ke-dompet tidak melibatkan penjualan atau tukaran mata wang kripto, anda masih mengekalkan hak milik mata wang kripto tersebut sepanjang proses tersebut.

Harus diingat bahawa, walaupun pindahan tersebut tidak dikenakan cukai, terdapat keadaan tertentu di mana cukai boleh dikenakan. Antara contohnya adalah: 

  • Penggunaan mata wang kripto sebagai pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan transaksi yang boleh dicukai, dan cukai pendapatan mungkin dikenakan. 
  • Begitu juga dengan mengirim mata wang kripto sebagai hadiah, mungkin tertakluk pada cukai. Ia bergantung pada kuantiti mata wang kripto yang dihantar dan undang-undang percukaian di mana anda berada.

Untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang percukaian, anda dinasihatkan untuk merekodkan semua transaksi kripto dan dapatkan nasihat dari golongan profesional tentang percukaian.

non-taxable crypto transactions

Keperluan Pelaporan untuk Pindahan Mata Wang Kripto

Melaporakan pembayaran yang dibuat dalam mata wang kripto penting, jika anda seorang pedagang atau bergantung pada aset kripto sebagai sumber pendapatan. Walaupun keperluan pelaporan yang terperinci mungkin berbeza bagi setiap negara, penting untuk anda menyimpan rekod terperinci untuk kesemua transaksi kripto dan mengisytiharkannya ketika mengisi penyata cukai.

Di Amerika Syarikat, semua pembayaran kripto untuk barangan dan perkhidmatan mesti dilaporkan kepada IRS. Maklumat ini boleh dilaporkan melalui Borang 8949 dan Jadual D dalam penyata cukai pendapatan individu. Untuk melaporkan transaksi tersebut dengan tepat, pembayar cukai mesti memasukkan nilai pasaran wajar pada waktu transaksi dilakukan dan harga asal aset tersebut.

tax reporting form for crypto

Di UK, individu yang memperolehi pendapatan daripada mata wang digital perlu menyatakan keuntungan atau kerugian dalam seksyen Cukai Keuntungan Pendapatan pada penyata cukai mereka. Semua transaksi perlu didokumenkan dengan tepat, termasuk tarikh, jumlah, dan nilai mata wang kripto ketika transaksi berlaku.

Potongan Caj Pindahan dan Cukai Kripto

Dalam kes tertentu, perbelanjaan berkaitan transaksi kripto mungkin layak diberikan potongan.

Secara umumnya, pembayar cukai boleh memasukkan perbelanjaan transaksi dalam kos asal harta tersebut jika transaksi itu memenuhi kriteria tertentu. Kriteria ini mungkin termasuk transaksi yang menjadi komponen penting dalam pembelian dan penjualan harta atau meningkatkan nilai dasar harta tersebut.

Namun, harus diingat bahawa IRS tidak menyediakan panduan terperinci tentang sama ada caj yang berkaitan dengan pindahan dompet-ke-dompet memenuhi kriteria tersebut. Ini mengakibatkan terdapat pendekatan berbeza terhadap pelaporan untuk caj yang dikenakan untuk pindahan tersebut, bergantung pada sejauh mana pembayar cukai sanggup mengambil risiko.

  • Pendekatan agresif: Caj pindahan merupakan sebagaian daripada kos asal harta tersebut. Pendekatan ini menganggap pindahan dompet-ke-dompet sememangnya diperlukan membeli dan menjual harta tesebut, oleh itu ia boleh dimasukkan dalam kos asas. 
  • Pendekatan konservatif: Semua pindahan dompet-ke-dompet tidak boleh ditolak. Ini kerana ia tidak berkait secara langsung dengan pembelian atau penjualan mata wang kripto.

Adakah Penukaran Mata Wang Kripto Boleh Dikenakan Cukai?

Penukaran sebuah mata wang kripto kepada mata wang kripto lain, seperti menggunakan Bitcoin untuk membeli Ethereum, dianggap sebagai transaksi yang boleh dicukai. Ini kerana transaksi ini melibatkan coin asal dijual untuk mendapatkan aset baru. 

Pihak IRS menganggap transaksi ini boleh dikenakan cukai sebagai pelupusan, dan pembayar cukai perlu melaporkan dan membayar sebarang keuntungan modal yang diperolehi daripada penukaran tersebut.

Jika anda menjual mata wang kripto asal pada harga yang lebih tinggi daripada harga yang anda beli untuk mendapatkan mata wang tersebut, anda perlu membayar cukai untuk keuntungan modal yang diperolehi.

Transaksi Kripto yang Mana Boleh Dikenakan Cukai?

Bergantung pada transaksi mata wang kripto tersebut, ia boleh menjadi tertakluk pada beberapa jenis cukai, dan boleh dikenakan cukai yang berbeza. Antara jenis cukai keuntungan modal kripto yang lazim adalah:

  • Pembelian barangan dan perkhidmatan dengan kripto: Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembelian ini dianggap penjualan token dan boleh memperolehi keuntungan atau kerugian berdasarkan harga semasa aset tersebut.
  • Menukar sebuah aset digital kepada yang lain: Jika anda memperdagangkan satu coin kepada yang lain, anda perlu melaporkan sebarang keuntungan atau kerugian yang terhasil transaksi tersebut dalam penyata cukai.
  • Perlombongan mata wang kripto: Perlombongan kripto boleh menjadi punca sama ada pendapatan tetap atau atau pendapatan perniagaan. Ia bergantung pada tujuan dan skala aktivit perlombongan anda.
  • Pengeluaran mata wang kripto: Ketika menukar kripto untuk fiat, anda perlu tahu kos asas untuk token yang anda jual. Keuntungan atau kerugian modal akan dikira berdasarkan kos asas ini.
  • Airdrops atau hard forks: Jika token baru diterima, token tersebut mungkin tertakluk pada cukai keuntungan modal sekiranya dijual.
  • Hadiah dan derma: Menderma token ke organisasi yang mendapat pengecualian cukai atau memberi hadiah token kepada pihak ketiga memberi kesan berbeza dari segi boleh dikenakan cukai. Ia bergantug pada jumlah dan tujuan hadiah diberikan.
examples of taxable crypto events

Kesimpulan

Untuk memahami undang-undang percukaian untuk transaksi kripto, anda oerlu peka dengan peraturan terbaru dan teliti dalam menyimpan aktiviti pelaburan anda. Walaupun pindahan antara dompet tidak dikenakan cukai, namun, transaksi lain seperti menukar kripto ke kripto lain, menggunakan kripto untuk pembayaran, atau perlombongan boleh membuatkan cukai dikenakan. Sentiasa peka dengan maklumat terkini, dapatkan daripada pakar percukaian, dan pastikan anda mematuhi undang-undang untuk membuat keputusan kewangan yang tepat.

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara mengelakkan cukai keuntungan modal untuk mata wang kripto?

Malangnya, tiada cara yang sah untuk mengelak dari membayar cukai untuk mata wang kripto anda. Sebarang keuntungan yang berpunca dari penjualan, penggunaan, penukaran atau perdagangan coin anda tertakluk pada cukai keuntungan modal.

Apakah negara terbaik untuk mata wang kripto?

Beberapa negara dikenali mesra kripto. Sebagai contoh, El Salvador telah menerima Bitcoin mata wang yang sah dan tidak mengenakan cukai untuk pelabur luar. Negara lain seperti Singapura, Slovenia, Portugal dan Switzerland juga mempunyai undang-undang percukaian mesra terhadap pelabur atau perniagaan kripto.

Adakah pertukaran kripto perlu melaporkan kepada pengawal selia kewangan?

Ya, berdasarkan panduan sedia ada, pertukaran perlu melaporkan kepada IRS. Jadi, jika anda pengguna di Amerika Syarikat dan telah memperolehi pendapatan dari Binance lebih daripada $600, anda akan menerima borang 1099 daripada IRS.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024