getting a crypto wallet license

Bagaimana Cara Dapatkan Lesen Dompet Kripto

Reading time

Industri kripto adalah bidang yang menarik, di mana dompet penting untuk berfungsi untuk melindungi aset pengguna. Dompet ini boleh dikategorikan kepada dua jenis: custodial (dijaga) dan non-custodial (tidak berpenjaga). Dengan semakin banyak terdapat niche dalam kripto, keselamatan undang-undang juga turut meningkat. Situasi ini mendorong kepada pematuhan undang-undang yang rumit serta keperluan perlesenan yang mesti dipenuhi.

Terdapat lesen khas yang dikeluarkan oleh satu atau badan pengawal selia yang lain untuk memastikan dompet kripto memenuhi keperluan pematuhan yang ditetapkan mengikut kawasan bidang kuasa dompet tersebut digunakan. Keperluan ini menjadi rangka kerja perundangan yang membentuk terma dan syarat aplikasi praktikal dompet tersebut.

Artikel ini akan menerangkan apa itu lesen kripto dan jenis-jenis lesen yang ada. Selain itu, anda juga akan belajar langkah-langkah yang perlu diambil untuk dapatkan lesen tersebut.

Isi Penting

  1. Lesen dompet kripto adalah sebuah sijil yang mengesahan kesahan (legitimacy) syarikat penyedia dompet tersebut dan juga pematuhan terhadap keperluan yang ditetapkan berkenaan penyimpanan key (kunci) pengguna.
  2. Lesen dompet kripto dapat memastikan ketelusan, keselamatan, dan integriti dalam operasi yang melibatkan pemprosesan aset kripto serta pengerakan dan penukaran aset kripto yang berlaku dalam dompet.
  3. Langkah pertama untuk dapatkan lesen dompet kripto adalah memilih badan pengawal selia di rantau anda merancang untuk membuka perniagaan anda.

Apa itu Lesen Kripto?

Lesen kripto merupakan pengesahan rasmi oleh pihak berkuasa pengawal selia yang membenarkan sesebuah syarikat untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti dalam industri kripto. Ini termasuklah industri kripto, seperti perdagangan, pertukaran, perkhidmatan dompet, brokeraj, penyelesaian penjagaan (custody), dan operasi perlombongan. 

Pemerolehan lesen dapat memastikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh bidang kuasa yang relevan, dipatuhi. Selain itu, ia juga mencerminkan komitmen syarikat terhadap ketelusan, akauntabiliti, dan amalan perniagaan bertanggungjawab. Semua perkara tersebut dapat membantu mewujudkan kepercayaan dan kredibiliti dengan pelanggan, pelabur dan pemegang taruh (stakeholder) yang lain. 

crypto license benefits

Jadi, lesen mata wang kripto penting untuk diperolehi bagi mana-mana syarikat yang ingin beroperasi dalam pasaran yang sentiasa berubah dan sangat kompetitif ini.

Setiap perniagaan terlibat dalam kripto mesti mempunyai lesen yang sepatutnya. Lesen ini berfungsi sebagai jaminan bahawa syarikat kripto tersebut mampu melindungi aset digital pelanggan dan dalam masa yang sama mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang relevan. 

Kategori lesen kripto yang tersedia adalah berbeza, iaitu daripada lesen pertukaran dan dompet sehinggalah kepada lesen custodian. Syarat-syarat untuk mendapatkan lesen ini juga berbeza mengikut negara.

Sama seperti perlesenan untuk pertukaran kripto, perlesenan untuk dompet kripto merupakan satu cara baru untuk pengawal selia untuk mengawal dunia kripto.

Fakta Ringkas

Apakah Jenis-Jenis Lesen Kripto?

Dalam dunia mata wang kripto, terdapat pelbagai jenis perkhidmatan ditawarkan. Setiap perkhidmatan tersebut mempunyai lesen khusus yagn dirangka untuk mematuhi undang-undang dan piawaian pematuhan. Perniagaan yang terlibat dalam industri ini perlu mematuhi undang-undang dan piawaian bagi memastikan perniagaan tersebut beroperasi secara sah dan selamat.

crypto license types

Berikut adalah jenis lesen kripto utama yang terdapat dalam bidang ini:

1. Lesen Pertukaran Kripto

Lesen untuk menjalankan operasi pertukaran kripto atau menawarkan perkhidmatan pertukaran untuk mata wang kripto dan mata wang fiat mesti diperolehi oleh syarikat yang ingin menawarkan perkhidmatan perdagangan dalam kripto. Lesen ini membolehkan syarikat tersebut mengendalikan transaksi antara pihak-pihak yang terlibat dalam cara yang selamat dan dilindungi. 

Perkhidmatan pertukaran mungkin boleh melibatkan dagangan kripto terhadap wang fiat atau kripto lain. Sekiranya lesen tersebut diperolhi, ia menggambarkan komitmen organisasi tersebut untuk mematuhi keperluan undang-undang dan amalan terbaik industri. Ini dapat memastikan perlindungan ke atas dan pengguna dan maklumat peribadi.

2. Lesen Broker Kripto

Lesen broker mesti dimiliki oleh perniagaan yang berfungsi sebagai orang tengah dalam pembelian dan penjualan mata wang kripto bagi pihak pelanggan. Tanggungjawab pemegang lesen adalah untuk memastikan prosedur pengurusan risiko yang sesuai telah dilaksanakan, mematuhi garis panduan perilaku pasaran, dan melaporkan semua transaksi yang selari dengan undang-undang kewangan. 

Untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan undang-undang, broker perlu melaksanakan usaha wajar atau siasatan terhadap semua transaksi, termasuk pengesahan identiti pelanggan dan mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

3. Lesen Pengirim Wang (Transmitter)

Syarikat yang ingin memindahkan atau menukar kripto dari kripto ke fiat atau sebaliknya mesti mendapatkan lesen pengirim wang. Lesen ini penting untuk memastikan syarikat tersebut mematuhi piawaian Anti Pengubahan Wang Haram (AML) dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (CTF).

Harus diingat untuk memohon lesen ini, terdapat syarat khusus yang mesti dipenuhi. Antara syarat tersebut adalah mengekalkan modal operasi dan bon pada tahap tertentu serta memiliki polisi dalaman untuk melindungi pengguna. Dengan mematuhi keperluan dan syarat-syarat yang ditetapkan, ia boleh menunjukkan anda sebagai pemohon yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab.

4. Lesen untuk Melombong

Di kawasan tertentu, perniagaan yang terlibat dalam pengesahan transaksi di rangkaian blockchain, yang lebih dikenali sebagai melombong, perlu mendapatkan lesen untuk melombong. Jadi, syarikat tersebut perlu tahu syarat perlesenan ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan potensi dari dikenakan tindakan undang-undang.

Harus diingat walaupun perlaksanaan undang-undang untuk melombong mungkin tidak begitu meluas, perlesenan mungkin mengandungi syarat seperti piwaian penggunaan tenaga, pematuhan terhadap peralatan dan kesan kepada alam sekitar, sekiranya diperlukan. Selain itu, syarikat perlombongan mungkin perlu menunjukkan bagaimana ganjaran diuruskan dan caj yang dijana daripada aktiviti perlombongan tersebut.

5. Lesen Custody

Lesen untuk entiti penjagaan penting untuk melindungi aset digital bagi pihak pelanggan. Lesen ini memainkan peranan kritikal dalam memastikan dana pelanggan selamat dan integriti pelanggan terjaga. 

Jadi, penting untuk mendapatkan lesen custody bagu mana-mana entiti yang ingin mengekalkan keselamatan dompet pada tahap tertinggi dan juga piawaian perlindungan untuk aset digital pelanggan. Selain itu, ia juga turut melibatkan pengawalseliaan untuk dompet kritpto.

Untuk memastikan keselamatan dan keselamatan dana, perniagaan perlu memakai langkah keselamatan yang kukuh seperti penggunaan dompet multi-sig, pilihan simpanan cold, dan menjalankan audit dengan kerap.

Selain itu, sistem backup (sandaran) yang dapat berfungsi dengan baik juga penting dan pelan luar jangkaan sebagai persediaan terhadap pencerobohan atau kerugian yang berpotensi. Dengan mengutamakan protokol keselamatan sebegitu, perniagaan boleh melindungi diri sendiri dan juga pelanggan daripada ancaman kewangan dan mengekalkan tahap kepercayaan dalam industri.

6. Lesen Dompet

Lesen dompet kripto adalah satu sijil yang dikeluarkan oleh perniagaan yang menyediakan dompet digital untuk menyimlan dan menguruskan mata wang kripto. Untuk mendapatkan lesen ini, penyedia dompet mesti membuktikan kemampuan untuk menjaga keselamatan private key dan menghalang akses ke dana kripto tanpa kebenaran. 

Sijil ini menunjukkan komitmen penyedia dalam mengekalkan keselamatan dan standard kepercayaan tahap tertinggi dalam industri. Penyedia perlu menjamin kerahsiaan maklumat pengguna. Jaminan tersebut boleh dilakukan melalui proses penyulitan (encryption). Selain itu, penyedia juga perlu mempunyai prosedur untuk mendapatkan semula dompet sekiranya key (kunci) atau kata laluan hilang atau terlupa.

Untuk memperolehi lesen ini, penyedia perlu memahami aspek undang-undang dengan mendalam dan memiliki model perniagaan yang fleksibel yang boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan undang-undang tersebut. Bagi syarikat yang ingin beroperasi di beberapa rantau berbeza, syarikat tersebut perlu memiliki beberapa lesen dan sentiasa mengemas kini protokol pematuhan yang mungkin diperlukan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang tempatan.

Lesen kripto untuk Dompet Custodia & Non-Custodial

Dompet kripto mempunyai ciri-ciri, tujuan penggunaan, kos dan jenis yang berbeza. Pada masa yang juga, dompet kripto juga mempunyai fungsi yang berbeza yang bergantung pada jenis dompet tersebut. Namun, secara asasnya, perlesenan dalam dompet kripto, ia terbahagi kepada custodial dan non-custodial.

difference between custodial and non-custodial wallets

Dompet Custodial

Dompet custodial berfungsi sama seperti bank tradisional. Untuk dompet ini, pihak ketig memegang private key pengguna untuk aset digital mereka. Dompet ini membolehkan pengguna menyimpan, mengirim, dan menerima dana kripto tanpa memiliki kawalan secara terus terhadap private key pengguna.  

Antara contoh terkenal adalah termasuk dompet yang disediakan oleh pertukaran seperti Coinbase, Binance, dan Kraken. Dompet ini memiliki ciri-ciri custodial (jagaan) dan faktor tersebut membuatkan dompet ini tertakluk pada syarat pengawal selia, termasuk mendapatkan lesen yang diperlukan, mematuhi protokol KYC/AML, dan menggunapakai sistem keselamatan siber yang kukuh.

Dompet Non-Custodial

Pengguna boleh memiliki kawalan penuh ke atas aset pengguna melalui dompoet non-custodial. Dompet ini akan memberi pengguna akses terhadap private key mereka. Dompet ini berfungsi sebagai gerbang masuk ke rangkaian blockchain, membantu pengguna menghasilkan dan menguruskan private key dan public key pada peranti peribadi pengguna. 

MetaMask, Trust Wallet, dan Exodus merupakan contoh-contoh untuk dompet non-custodial. Memandangkan dompet non-custodial tidak ‘menjaga’ aset pengguna, secara umumnya dompet ini tidak tertakluk kepada syarat perlesenan yang ketat.

Undang-undang yang mengawal selia dompet kripto berbeza mengikut tempat dan setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri. Sementara itu, dalam aspek ini, disebabkan kesukaran untuk mendapakat lesen, terdapat negara yang menjadi pilihan syarikat yang ingin menawarkan perkhidmatan dompet kripto. 

Antara negara ini ialah Estonia, Dubai dan Lithuania. Negara tersebut menawarkan syarat-syarat berikut untuk mendapatkan visa.

Estonia

Estonia mengambil pendekatan seimbang untuk perlesenan kripto. Fi perlesenan ditetapkan pada harga yang tidak begitu keterlaluan iaitu €10,000 dan syarat modal pemilikan sebanyak €100,000. Proses perlesanan boleh mengambil masa dari 6 hingga ke 9 bulan. 

Perlesenan di Estonia tidak mengenakan bayaran untuk pembaharuan lesen atau pengawasan. Ini dapat mengurangkan beban kewangan syarikat kripto. Pendekatan yang diambil ini sama seperti negara Lithuania, yang turut menjadi pilihan dalam industri. 

Secara keseluruhannya, rangka kerja perlesenan kripto di Estonia bertujuan untuk memudahkan perniagaan kripto untuk beroperasi. Pada masa yang sama juga, integriti sistem dapat dikekalkan dengan memastikan semak dan imbang dilakukan.

UAE (Dubai)

Dubai telah muncul sebagai hub berpotensi untuk perniagaan blockchain dan kripto disebabkan oleh aspek perundangan yang memudahkan perniagaan kripto. Operator dompet non-custodial mungkin mendapati syarat perlesenan yang ditetapkan oleh bandar ini lebih munasabah untuk dipenuhi. 

Fi yang dikenakan untuk proses permohonan adalah €25,000 dan modal pemilikan bernilai €150,000. Selain itu, pemegang lesen juga perlu membayar caj pengawasan tahunan berjumlah €50,000 dan caj pembaharuan tahunan berjumlah €25,000 untuk memiliki lesen tersebut. Masa yang diambil untuk keseluruhan proses perlesanan adalah dijangka sehingga satu tahun.

Lithuania

Lithuania menyediakan proses yang lebih efisyen untuk memperolehi lesen dompet kripto non-custodial dan tiada fi untuk perlesenan akan dikenakan. Secara tipikalnya, proses ini dapat dilengkapkan dalam masa 30 hinga 60 hari, tertakluk kepada syarat modal pemilikan berjumlah €125,000. 

25% (€31,250) daripada jumlah tersebut perlu dibayar serta-merta, sementara baki 75% (€93,750) boleh dibayar dalam masa satu tahun. Lithuania dilihat sebagai pilihan menarik untuk kedua-dua syarikat yang baru bermula (startup) dan syarikat yang sudah lama, memandangkan tiada fi pengawasan atau fi pembaharuan akan dikenakan.

Apakah Prosedur yang Terlibat untuk Memperolehi Lesen Dompet Kripto?

Untuk memperolehi lesen bagi dompet kripto bukanlah proses yang mudah. Namun, ia tidak mustahil sekiranya anda ada perancangan yang jelas. Berikut adalah senarai langkah yang perlu dilakukan, dengan mengambil kira semua keunikan dan aspek prosedur untuk memperolehi lesen dompet kripto, tidak kira di mana lesen tersebut akan digunakan.

steps of getting a crypto wallet license

1. Memilih Bidang Kuasa Pengawal Selia

Untuk dapatkan lesen dompet kripto, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memilih kawasan kawal selia yang sesuai. Pada masa ini, terdapat pelbagai pihak badan pengawal selia Dengan kewujudan pengawal selia yang sangat banyak dalam bidang kewangan, masing-masing mempunyai peraturan sendiri terhadap dompet kripto dan cara unik tersendiri. Jadi, faktor pemilihan perlu dilihat dari segi apa yang diperlukan untuk perkhidmatan simpanan aset kripto dan keadaan untuk menjalankan operasi perniagaan di kawasan tersebut.

2. Memilih Model Perniagaan Dompet Kripto

Peringkat kedua dalam mendapatkan lesen dompet kripto adalah memilih sama ada menawarkan perkhidmatan simpanan custodial (jagaan) dalam infrastruktur syarikat atau membenarkan pengguna menyimpan sendiri key melalui simpanan non-custodial. Proses pemilihan ini penting kerana ia menentukan tahap kawal yang dimiliki oleh syarikat, terhadap private key pengguna. Private key ini merupakan aspek penting dalam simpanan kripto. 

Syarikat yang memilih untuk perkhidmatan simpanan custodial bertanggungjawab ke atas private key pengguna. Sementara itu, syarikat yang menawarkan simpanan non-custodial membolehkan pengguna menguruskan dan menjaga private key mereka sendiri. Pilihan mesti dibuat dengan teliti dan mempertimbangkan risiko keselamatan dan juga potensi manfaat yang ditawarkan bagi setiap jenis simpanan. 

3. Pematuhan dan Usaha Wajar

Sebarang aktiviti berkaitan perkhidmatan dalam sektor kewangan di kawal ketat oleh undang-undang dan peraturan. Ini dapat memastikan keselamatan persekitaran aktiviti tersebut dan juga mewujudkan rangka kerja yang membolehkan aspek tertentu dalam perniagaan diselaraskan dan disatukan.

Oleh itu, penyedia untuk penyimpan key (kunci) yang telah disulitkan mesti mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengawal selia yang relevan. Syarat dan peraturan tersebut, mestilah tidak bertentangan dengan polisi dan undang-undang penyedia dompet kripto tersebut.

4. Peraturan dan Pematuhan Terhadap Local Economic Substance

Pematuhan terhadap undang-undang local economic substance penting untuk entiti yang ingin mendapatkan lesen dompet kripto. Dengan mematuhi peraturan atau undang-undang terebut, aktiviti pemohon lesen selari dengan sasaran eknomi kawasan tersebut. 

Jadi, pihak syarikat mesti memahami dan mematuhi syarat-syarat economic substance dan menunjukkan perniagaan beroperasi di kawasan di mana perniagaan tesebut didaftarkan. Sekiranya undang-undang tersebut gagal dipatuhi, ia mungkin akan memberi kesan besar dari segi perundangan dan kewangan. Pematuhan terhadap Local Economic Substance Regulations begitu penting untuk mendapatkan lesen dompet kripto.

5. Penyediaan Dokumen

Dalam langkah ini, dokumen perlu dikumpulkan dan disediakan untuk mendapatkan lesen dompet kripto. Dokumen yang perlu dihantar mungkin berbeza kerana ia bergantung sepenuhnya pada keperluan yang ditetapkan oleh pengawal selia tersebut. 

Antara dokumen asas yang diperlukan adalah salinan pendaftaran perniagaan untuk menjalankan operasi yang sah, salinan status penyata akaun bank, lesen untuk menjalankan aktiviti kripto (bergantung kepada bentuk entiti perniagaan tersebut dari segi perundangan) dan dokumen lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesahan perkhidmatan yang ditawarkan untuk menyimpan maklumat kewangan pihak ketiga dengan selamat.

6. Pemfailan Permohonan Lesen Dompet Kripto

Ini merupakan peringkat terakhir dan melibatkan proses pemfailan borang khas. Borang ini juga berbeza-berbeza, mengikut pihak pengawal selia. 

Sebagai contoh, pelbagai maklumat perlu diberikan oleh syarikat yang ingin memohon lesen tersebut. Selain itu, syarikat juga perlu memberikan data terperinci tentang maklumat aktiviti yang dilakukan. Proses ini perlu disertakan dengan bayaran yang diperlukan dan komisyen untuk sokongan perundangan dan nasihat tentang perlesanan kripto.

Permohonan untuk lesen dompet kripto ini dinilai/ditentukan sendiri oleh pihak berkuasa pengawal selia. Ia bergantung kepada banyak faktor. Sebaik sahaja proses permohonan tamat, pengawal selia akan membuat keputusan sama untuk memberi lesen yang membolehkan syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan simpanan kripto kepada pelanggannya.

Kesimpulan

Lesen dompet kripto merupakan dokumen perundangan yang penting bagi mengesahkan status syarikat untuk terlibat dalam perkhidmatan berkaitan dengan menyimpan private key pengguna dan menyediakan akses terhadap aset digital dalam sebarang format. Dengan memiliki lesen tersebut, pihak syarikat memberi jaminan kepada pelanggan dari segi keselamatan, kejujuran, dan ketelusan terhadap akses key yang disulitkan ke dompet tersebut.

SOALAN LAZIM

Apa itu lesen dompet kripto?

Lesen dompet kripto merupakan dokumen perundangan rasmi yang mengawal selia syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyimpan private key pengguna dompet.

Apakah jenis-jenis lesen dompet kripto?

Terdapat pelbagai jenis dompet kripto dan ia bergantung sama ada dompet tersebut custodial (untuk kebanyakan keadaan) atau non-custodial. Kedua-dua dompet ini membolehkan pengguna menguruskan key.

Apakah kawasan yang popular untuk mendapatkan lesen dompet kripto?

Dalam dunia kripto, lokasi paling popular untuk memastikan kesahan dan ketelusan fima perkhidmatan kewangan adalah Emiriah Arab Bersatu, Lithuania dan Estonia.

Bagaimanakah cara untuk dapatkan lesen kripto?

Terdapat banyak langkah yang terlibat dalam proses untuk dapatkan lesen dompet kripto. Ia dimulakan dengan memilih pegawal selia yang mengawasi industri kripto.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024