Sejak beberapa tahun lepas, pasaran kripto telah berkembang dengan pesat. Ia bermula dengan kukuh, diikuti oleh dua situasi yang tidak menentu ketika di awal kemunculannya, pasaran kripto dikatakan dalam posisi yang tepat untuk terus meningkat pada 2024. Namun, sebuah coin terus menjadi peneraju dalam mata wang kripto meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan isu. Bitcoin kekal menjadi dominan dalam ekosistem kripto pada 2024. Mata wang ini menawarkan peluang pelaburan paling stabil kepada pedagang.
Jadi, agak munasabah dikatakan apabila BTC dominance, salah satu nisbah kripto yang paling aktif dianalisis, menggunakan permodalan pasaran (market cap) Bitcoin sebagai titik permulaan dalam pengiraan. Artikel ini akan membincangkan bagaimana permodalan pasaran Bitcoin mempengaruhi pasaran mata wang kripto dan mengapa anda patut menyenaraikan carta Bitcoin dominance dalam analisis dagangan harian anda.
Isi Penting
- Nisbah BTC dominance dikira dengan cara membahagikan permodalan pasaran Bitcoin, dengan jumlah keseluruhan permodalan pasaran kripto.
- Sebarang perubahan dalam pasaran kripto akan ditunjukkan oleh BTC dominance, yang mungkin memberi isyarat pasaran bull atau bear.
- Kemunculan altcoin boleh memberi kesan kepada nisbah BTC dominance, gangguan dalam pasaran kripto serta faktor luaran seperti ekonomi global dan undang-undang.
- Kebanyakan pakar lebih menggemari nisbah BTC dominance “sebenar”, di mana ia hanya menggunakan permodalan pasaran PoW untuk altcoin dalam pengiraan.
Apa itu Bitcoin Dominance?
Secara mudahnya, nisbah Bitcoin dominance ialah satu formula mudah yang membahagikan permodalan pasaran BTC dengan jumlah keseluruhan permodalan pasaran mata wang kripto. Untuk memahami formula ini lebih mendalam, pertama sekali kita perlu memahami konsep permodalan pasaran. Permodalan pasaran untuk mana-mana aset yang boleh didagangkan, dikira dengan mengira keseluruhan nilai sepatutnya (fair value) untuk semua unit yang tersedia.
Untuk menggambarkan konsep ini dengan lebih jelas, mari kita mengira permodalan pasaran Bitcoin melalui bekalan yang ada di pasaran dan harga Bitcoin. Ketika artikel ini ditulis, harga BTC adalah lebih kurang $42,000. Setakat 2024, bekalan BTC dalam peredaran mencapai 19.6 juta unit. Sekarang, kita boleh darabkan kedua pemboleh ubah dan akan mendapat $825 Billion. Jumlah tersebut hampir menyamai nilai keseluruhan BTC di pasaran.
Walaupuan jumlah permodalan pasaran sentiasa boleh diperolehi di dalam talian, pengiraan nilai ini merupakan proses yang mudah dan anda sendiri boleh lakukannya.
Kita telah pun mempunyai jumlah permodalan pasaran untuk BTC. Seterusnya, kita perlu mengira nisbah BTC dominance. Untuk melakukannya, kita perlu membahagikan permodalan pasaran BTC, dengan jumlah keseluruhan permodalan pasaran kripto, yang ketika ini berjumlah $1.65 trillion.
Hasilnya, nisbah BTC dominance adalah 50%. Peratusan tersebut menunjukkan betapa pentingnya kewujudan Bitcoin di pasaran berbanding keseluruhan kripto. Setelah memahami konsep asas, mari kita bincangkan kepentingan dan kegunaan praktikal nisbah paling popular dalam kripto ini.
Mengapa BTC Dominance Penting dalam Landskap Kripto
Seperti yang telah dibincangkan di atas, Bitcoin kekal menjadi pilihan popular dalam pasaran mata wang kripto. Nisbah BTC dominance ratio, dinamakan sempena mata wang terbesar tersebut, masih menjadi mata wang paling stabil dalam pasaran kripto.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Bitcoin sentiasa mampu mengekalkan permodalan pasaran yang kukuh. Sementara itu, untuk altcoin lain, masuk dan keluar dari pasaran atas pelbagai sebab.
Oleh itu, apabila dominasi Bitcoin dicabar dalam pelbagai cara, ia merupakan isyarat yang bagus untuk peluang pelaburan yang baru. Secara umumnya, nisbah BTC dominance akan jatuh apabila npasaran bull sedang berlaku atau kemunculan coin baru yang menarik atau sesuatu perkara lain berlaku yang mempunyai impak yang sama.
Nisbah BTC dominance ratio memberi isyarat apabila pasaran kripto sedang mengalami perubahan tektonik. Situasi tersebut seperti membuka peluang terbaik untuk memilih posisi short atau long pada aset tertentu.
Agak mudah untuk mengetahui mengapa pedagang pakar, kerap menggunakan BTC dominance. Ini kerana ia merupakan isyarat yang jelas untuk menunjukkan perubahan pada pasaran. Walaupun nisbah ini ringkas, ia sangat berkesan untuk pedagang yang bijak di mana nisbah tersebut membolehkan pedagang menyesuaikan diri dengan pantas sekiranya terdapat perubahan pada pasaran.
Apakah Faktor dan Pemboleh Ubah yang Boleh Memberi Kesan Terhadap BTC Dominance?
Nisbah BTC dominance boleh berubah disebabkan oleh beberapa pemboleh ubah dan keadaan yang berlaku di dalam dan luar pasaran kripto. Namun, terdapat beberapa punca yang anda boleh analisis.
Coin Baharu yang Mengganggu Pasaran
Punca paling ketara yang menyebabkan nisbah BTC dominance berubah adalah kemunculan altcoin baru. Pasaran kripto masih dalam usia yang masih muda, dan ini bermakna industri ini mengalu-alukan kemunculan mata wang yang memperkenalkan teknologi baru, kegunaan, kefungsian smart contract dan inovasi lain. Sekali-sekala akan ada projek kripto baru yang memasuki pasaran, diiringi oleh harapan tinggi terhadap idea baru yang dibawa.
Apabila altcoin sebegitu muncul, nilai permulaan altcoin tersebut boleh meningkat dengan cepat dan seterusya akan memberi impak kepada jumlah permodalan pasaran kripto. Dalam kebanyakan kes, altcoin baru akan mengalami satu kitaran penilaian yang berlebihan dan kemudian akan berkubur. Semuanya disebabkan oleh keterujaan terhadap teknologi baru.
Dalam kebanyakan waktu, jangka masa dominasi altcoin boleh dikatakan pendek. Namun, terdapat altcoin yang mampu melepasi cabaran dan terus mengukuhkan kedudukan di pasaran secara global. Contoh terbaik ialah Ethereum. Ia diperkenalkan pada 2014 dan dengan pantas telah menguasai sejumlah peratusan dalam permodalan pasaran kripto.
Invasi Lain dalam Pasaran
Selain daripada altcoin baru, pasaran kripto telah mengalami banyak gangguan disebabkan pelbagai faktor lain yang dibina di atas teknologi blockchain. NFT, kefungsian smart contract, DAO dan konsep stablecoin merupakan antara contoh popular bagi teknologi baru yang diperkenalkan dan mempunyai permodalan pasaran yang besar. Namun, terdapat inovasi yang kekal bertahan berbanding inovasi lain.
Smart contract telah menjadi sebahagian daripada industri dan menjadi tulang belakang untuk coin kedua paling bernilai dalam pasaran, Ethereum. Namun, dari sudut yang lain pula, NFT boleh dikatakan telah kehilangan nilai dalam bentuk asalnya.
Secara logiknya, bukan semua inovasi akan memberi impak pada nisbah BTC dominance, walaupun untuk tempoh masa yang panjang. Dalam kebanyakan kes, inovasi akan didorong oleh elemen keterujaan dan mengakibatkan perubahan sementara yang kecil untuk BTC dominance. Perubahan tersebut boleh dikenal pasti dengan mudah oleh pedagang yang pakar dalam industri ini.
Kemunculan Stablecoin
Satu contoh yang lebih spesifik untuk faktor yang dinyatakan sebelum ini, stablecoins telah mengubah pasaran kripto secara kekal pada 2018. Apa yang berlaku ketika itu, ia mengurangkan metrik BTC dominance dengan mendadak. Stablecoin muncul sebagai alternati untuk mata wang kripto utama yang paling selamat dan dikawal selia. Ia membolehkan pelabur melabur dalam kripto tanpa perlu menanggung risiko ketidakstabilan tinggi dalam pasaran.
USDT dan USDC merupakan stablecoin generasi pertama. Kedua-duanya mencabar dominasi Bitcoin, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan memiliki bahagian pasaran dalam jumlah yang agak tinggi. Malah ketibaan stablecoin telah mewujudkan satu lagi nisbah yang dikenali sebagai nisbah bekalan stablecoin (SSR), dikira dengan cara membahagikan permodalan pasaran Bitcoin dengan jumlah keseluruhan permodalan pasaran stablecoin.
Walaupun banyak coin yang lain telah tenggelam dalam pasaran, stablecoin tidak mengalami nasib yang sama. Ini kerana stablecoin memiliki kestabilan dan penukaran ke fiat yang lebih mudah. Jika dilihat, setakat awal 2024, bahagian pasaran yang dimiliki oleh stablecoin hanya 8%, namun ia semain berkembang.
Faktor Politik dan Undang-Undang
Beberapa faktor luaran juga memberi kesan pada nisbah BTC dominance. Ini termasuklah faktor poilitik, undang-undang dan ekonomi. Keadaan yang tidak dijangka berlaku, kadang-kala boleh memberi impak positif atau negatif terhadap metrik BTC dominance. Pandemik COVID-19 merupakan contoh terbaik untuk black swan event. Peristiwa tersebut telah mengubah ekonomi global dan akhirnya mendorong kepada bull run kripto paling besar dalam sejarah.
Trend undang-undang terkini juga merupakan faktor penting. Pemakaian undang-undang KYC yang lebih ketat dan anti pengubahan wang haram telah mengubah keseluruhan ekosistem kripto. Tambahan lagi, pihak kerajaan secara mencari cara untuk mengehadkan risiko dalam pasaran kripto. Tindakan tersebut sudah pasti akan memberi kesan pada keseluruhan pasaran. Namun, altcoin akan mengalami kesan yang lebih ketara dalam keadaan ini. Ini kerana, Bitcoin sememanghya merupakan salah satu mata wang kripto yang dikawal selia dengan ketat.
Akhir sekali, prestasi memberangsangkan sektor fiat akan sentiasa dikaitkan dengan kripto, dan secara spesifiknya, pertumbuhan Bitocoin. Setiap kali pasaran kripto mengalami ketidakstabilan dan ketidakpastian yang tinggi, ramai pelabur yang akan menjual pelaburan kripto dan kembali ke mata wang fiat yang lebih selamat. Walaupun situasi ini tidak semestinya tepat, persepsi orang ramai lebih mempercayai simpanan fiat.
Semua faktor yang disebutkan di atas boleh meningkatkan atau mengurangkan nisbah BTC dominance. Keadaan ini boleh membuka peluang pelaburan positif atau sebaliknya. Jadi, penting untuk anda memahami BTC dominance dalam konteks yang lebih besar berbanding perspektif kecil.
Aplikasi Praktikal untuk Carta BTC Dominance
Terdapat banyak kegunaan untuk metrik BTC dominance. Pedagang baru dan berpengalaman boleh menganalisis nisbah ini, untuk memahami apa yang sedang berlaku pada Bitcoin dan pasaran kripto secara umum.
Walaupun pakar dalam industri boleh membangunkan strategi dagangan Bitcoin yang sukar, BTC dominance boleh difahami dengan mudah. Apabila menganalisis hubungan antara harga BTC dan metrik BTC dominance, terdapat empat kemungkinan yang mungkin akan berlaku. Mari kita lihat setiap senario tersebut.
Harga BTC Meningkat, dan Dominance Meningkat
Senario pertama agak jelas. Harga Bitcoin meningkat, sementara harga altcoin lain tidak berubah. Dalam keadaan ini, bull run dijangka akan berlaku, namun hanya untuk coin BTC. Kemungkinan ini berlaku atas pelbagai sebab. Kadang-kala, populariti BTC meningkat disebabkan oleh pelabur baru yang biasanya akan menggunakan strategi dagangan konservatif. Selain itu, ia juga disebabkan oleh perkembangan positif tentang coin BTC, contohnya langkah keselamatan baru atau telah ditambah baik atau pengenalan undang-undang baru.
Harga BTC Meningkat, Tetapi Dominance Jatuh
Keadaan kedua menunjukkan secara amnya, bull run akan tiba dalam dunia kripto. JIka harga BTC meningkat, permodalan pasaran BTC juga akan turut meningkat. Namun, jika BTC dominance jatuh, ini bermaksud nilai altcoin lain meningkat lebih cepat berbanding BTC. Jadi, jika syarat ini dipenuhi, bull run semakin hampir atau sedang berlaku. Situasi yang sama juga boleh terpakai jika harga BTC kekal berubah secara lateral.
Harga BTC Price Jatuh, Tetapi Dominance Meningkat
Senario ini terbalik berbanding sebelum ini. Kali ini, permodalan pasaran BTC semakin jatuh, namun coin lain dalam pasaran mengalami kejatuhan lebih teruk. Keadaan ini memberi isyarat pasaran bear untuk altcoin dalam keseluruhan industri. Ia hampir pasti berlaku selepas bull run tamat. Sukar untuk membuat kesimpulan bahawa prestasi BTC meningkat ketika keadaan ini sedang berlaku. Ini kerana harga BTC itu sendiri terjejas ketika pasaran bear. Keadaan yang sama mungkin akan berlaku sekiranya harga BTC kekal.
Harga BTC Jatuh, Dominance Jatuh
Keadan terakhir yang mungkin berlaku adalah pasaran bear akan berlaku hanya pada BTC. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Secara umumnya, pasaran bear untuk BTC tidak berlaku secara berasingan. Coin lain juga akan turut sama terjejas. Namun, walaupun jarang berlaku, BTC akan terjejas paling teruk teruk di pasaran. Besar kemungkinan fenomena ini disebabkan oleh utiliti sebenar dan kefungsian smart contract BTC yang semakin berkurangan.
Jika pasaran bear hampir pasti berlaku, pelabur akan menjual BTC terlebih dahulu berbanding menjual Ethereum. Ini kerana Ethereum memiliki utiliti teras yang lebih kukuh dengan smart contract.
Melihat Carta BTC Dominance “Sebenar” dan Kegunaannya
Pada peringkat ini, anda mungkin tertanya-tanya: Adakah adil untuk membandingkan permodalan pasaran BTC dengan coin lain di pasaran kripto? Ramai pedagang pakar yang bertanyakan soalan yang sama, dan mereka telah mencipta formula berbeza, yang dikenali sebagai nisbah BTC dominance “sebenar” atau “real”. Formula ini dan carta yang dihasilkan daripada formula tersebut menyingkirkan mata wang kripto yang tidak boleh dibandingkan secara terus dengan Bitcoin.
Sebagai contoh, nisbah ini tidak memasukkan stablecoin, mata wang berpusat, atau mana-mana projek kripto yang tidak berfungsi secara mekanisme proof-of-work (PoW) yang telah dipersetujui (consensus). Hasilnya, nisbah BTC dominance “sebenar” akan kelihatan seperti ini:
Walaupun formula ini memberi gambaran lebih jelas tentang keadaan BTC dalam industri. Pengiraannya jauh lebih sukar. Ketika ini, tiada cara yang mudah untuk mengesan semua PoW untuk coin yang tersedia di pasaran. Platform indeks paling popular pun hanya menunjukkan nisbah BTC dominance yang asas sahaja.
Sebagai contoh, anda boleh mengakses carta tradingview untuk Bitcoin dominance dengan pantas dan dapatkan nisbah yang tepat, melalui sejarah kewujudan BTC. untuk nisbah BTC dominance “sebenar”, pilihan yang ada lebih terhad. Namun, anda masih boleh mendapatkan nisbah “sebenar” di laman web tertentu.
Kesimpulan
Nisbah Bitcoin dominance adalah alat yang penting untuk mana-mana pedagang dan usahawan kripto. Petunjuk nisbah yang ringkas, namun sangat berguna ini boleh memberi pelbagai maklumat dan membantu anda memahami pasaran jika perubahan drastik dijangka akan berlaku.
Walaupun BTC dominance boleh memberi isyarat kepada pelbagai perkara, ia amat mudah untuk difahami dan gunakan isyarat tersebut sebagai satu kelebihan yang kompetitif. Namun, ciri-ciri BTC dominance yang mudah tersebut juga memberi membolehkan kita membuat pelbagai tafsiran.
Jadi, sebelum membuat keputusan muktamad dalam pelaburan, pastikan anda semak kesimpulan tersebut dengan rakan atau gunakan nisbah sampingan untuk mendapatkan kepastian.
SOALAN LAZIM
Apakah maksud BTC dominance
BTC dominance bermaksud satu nisbah yang membandingkan permodalan pasaran Bitcoin, dengan keseluruhan permodalan pasaran kripto. Ia boleh menunjukkan keadaan semasa Bitcoin dan biasanya memberi isyarat berkenaan perubahan yang mungkin akan berlaku di pasaran.
Adakah Bitcoin dominance akan jatuh?
Bitcoin telah mendominasi pasaran kripto dengan ketara pada sekitar awal sehingga pertengahan 2010. Namun, kemunculan smart contract dan stablecoin telah membuatkan bahagian pasaran Bitcoin jatuh berkurangan.
Mengapa Bitcoin dominance penting?
BTC dominance ialah nisbah ringkas yang berguna untuk semua orang dalam pasaran kripto. Ia boleh dianalisis dengan cepat dan akan menunjukkan jika terdapat perubahan yang berlaku pada pasaran.