Preparing for the BItcoin Halving Dates

Apa Persediaan untuk Bitcoin Halving yang Akan Datang?

Reading time

Rangkaian Bitcoin merupakan mata wang penting dalam keseluruhan sektor kripto. Bitcoin telah membantu industri berkembang menjangkaui peringkat awal dan menjadi bidang yang kompetitif dalam ekonomi global. Bitcoin mempunyai kewajipan besar untuk mengekalkan ketelusan, sentiasa berharga dan kukuh memandangkan ia merupakan tunjang utama dalam landskap kripto. 

Untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan harga, Bitcoin telah memperkenalkan satu konsep unik – BTC halving. Peristiwa ini akan memotong ganjaran melombong Bitcoin kepada separuh. Pelombong menjadi kurang bermotivasi untuk menghasilkan blok baharu. Tidak lama lagi, peristiwa bitcoin halving seterusnya semakin mendekati kita dan artikel ini akan kongsikan apa yang anda perlu tahu untuk mendapatkan manfaat dari peristiwa ini. 

Isi Penting

  1. Peristiwa Bitcoin halving berlangsung empat tahun sekali dan ganjaran melombong BTC akan dipotong kepada separuh.
  2. Setiap peristiwa halving akan menaikkan harga BTC secara drastik untuk tempoh tertentu.
  3. Peristiwa halving yang akan datang dijangka berlaku pada pertengahan 2024. Ia mungkin menjadi pemangkin kepada kenaikan harga yang mula berlaku pada penghujung 2023.

Apa itu Peristiwa Bitcoin Halving?

Blockchain Bitocoin merupakan rangkaian beroperasi tertua dalam kripto. Ia masih menggunapakai ganjaran melombong dan protokol proof-of-work untuk menjana blok data baharu yang mewakili unit mata wang Bitcoin baharu. 

Pelombong masih menjadi tenaga utama di sebalik penghasilan blok baharu. Mereka menerima ganjaran melombong terhadap usaha yang dilakukan. Bilangan Bitcoin dihadkan kepada 21 juta unit, dan ini memberi pengaruh kekurangan (scarcity) dalam pasaran. 

Namun, harga Bitcoin masih lagi bergelut untuk mengekalkan kadar pertumbuhan yang konsisten disebabkan oleh sifatnya yang spekulatif. Walaupun pencipta Bitcoin telah berusaha sebaik mungkin dan penciptaan BTC ordinals’, mata wang penting ini bergantung kepada minat pelabur untuk memacu perkembangannya.

Jika Bitcoin menjadi sangat popular, pelanggan mungkin tidak mempunyai manfaat atau kegunaan dari mata wang ini. Jadi, pengawalan harga merupakan aspek penting untuk Bitcoin, dan halving telah diperkenalkan untuk menambah baik situasi ini. 

Bagaimanakah Cara Bitcoin Halving Berfungsi?

Bitcoin halving berlaku setiap empat tahun sekali untuk melawan inflasi tetap dan ketidaktentuan harga di pasaran. Prinsip umum peristiwa ini adalah untuk memastikan ganjaran blok untuk perlombongan Bitcoin akan menurun secara perlahan-lahan seterusnya memberi kesan kekurangan yang akan mendorong peningkatan harga Bitcoin. Kesan daripada ini, harga Bitcoin akan menjadi sama ada meningkat atau stabil untuk setiap empat tahun walaupun dalam ketidakstabilan pasaran.

The Complete BTC Halving Cycle

Penerangan Tentang Kitaran 4 Tahun Bitcoin

Cuma, mengapa setiap empat tahun? Secara teknikalnya, peristiwa halving tidak berlaku betul-betul setiap empat tahun. Sebaliknya, ia akan berlaku bila rangkaian Bitcoin mengeluarkan 210,000 unit baru, iaitu kira-kira 1% daripada keseluruhan bekalan Bitcoin, dengan jumlah maksimum 21 juta. Sasaran halving untuk mengurangkan ganjaran melombong secara perlahan untuk mematuhi garis mata yang disasarkan untuk pengeluaran Bitcoin. 

Selain itu, pergerakan harga empirik Bitcoin menunjukkan terdapat pergerakan harga dalam kitaran selang masa untuk empat tahun. Harga Bitcoin telah meningkat secara dramatik pada tahun 2013, 2017, dan 2021. Tempoh halving bertindakbalas sama dengan kitaran perubahan harga Bitcoin dan membantu mata wang ini mengurangkan kemungkinan trend pasaran merundum. 

Kesan kepada Pelombong Bitcoin

Seperti yang dinyatakan di atas, Bitcoin masih menggunakan algoritma proof-of-work yang bergantung pada sistem perlombongan untuk mengesahkan blok data baharu. Dalam aliran kerja ini, pelombong merupakan tenaga utama dalam penghasilan coin baharu. Pelombong menggunakan kuasa pengiraan untuk menyelesaikan persamaan matematik yang kompleks dan mengesahkan unit baharu. 

Sebagai ganjaran, pelombong akan menerima BTC token dalam jumlah tertentu. Setakat hari ini, tiga peristiwa halving sedikit demi sedikit telah mengurangkan ganjaran melombong ini kepada separuh. Ganjaran yang lebih rendah membuatkan penghasilan blok yang lebih perlahan. 

Walaupun strategi ini berfungsi dengan kadar kejayaan yang berbeza-beza, secara umumnya trend menunjukkan harga BTC naik selepas setiap kali peristiwa halving. Jadi, mekanisme halving ini telah berjaya membuatkan pelombong kurang menggunakan sumber pengiraan dan memperlahankan penghasilan Bitcoin. 

Untuk menggambarkan perkara ini lebih mendalam, mari kita lihat carta halving Bitcoin untuk beberapa tahun: 

The Timeline Of Bitcoin Halving Events

Ramalan Harga Bitcoin Halving

Ramalan terhadap Bitcoin, secara optimisnya menunjukkan ada kemungkinan harga Bitcoin meningkat selari dengan peningkatan pasaran kripto yang akan datang. Seperti ramalan trend tersebut, Bitcoin dijangka akan meningkat sehingga $100,000, satu jumlah yang tidak pernah dicapai sebelum ini, pada penghujung 2024. 

Walaupun sasaran ini tampak tidak realistik berdasarkan situasi semasa, di mana harga Bitcoin hanya mencapai $42,000 pada minggu lalu, data empirikal membayangkan sasaran $100,000 boleh dicapai. 

Peristiwa Bitcoin halving terakhir sebelum ini berlaku serentak dengan peningkatan pasaran tahun 2021 dan menghasilkan peningkatan sehingga 550% untuk harga mata wang tersebut. Jadi, jangkaan pertumbuhan yang sama mungkin berlaku lagi. Namun, pemerhatian terhadap dinamik pasaran untuk beberapa minggu akan datang boleh menjadi langkah bijak dalam mengurangkan risiko ketidakstabilan pasaran. 

Setiap kali Bitcoin halving berlaku sebelum ini, akan memberi kesan peningkatan kadar pertumbuhan sekurang-kurangnya 250%. Ketika peristiwa halving yang pertama, kadar pertumbuhan meningkat sehingga 8000%.

Fakta Ringkas

Sejauh Mana Halving Akan Mempengaruhi Bull Run 2024?

Bitcoin halving seperti ditakdirkan untuk memangkin pasaran jadi meningkat (bull run) dengan ketara. Bitcoin telah pun dilaporkan mengalami kadar pertumbuhan yang baik selepas peristiwa crypto winter yang berlaku pada 2022.

Jadi, kombinasi dua kuasa yang memacu harga baru Bitcoin ke paras lebih tinggi ini, dengan mudah dapat menjadikan Bitcoin sebagai kripto terbaik untuk tahun 2024, dari segi peningkatan pertumbuhan. 

Pada hari ini, Bitcoin telah pun mencapai nilai $42,000, iaitu jumlah yang tidak dijangka boleh dicapai, selepas separuh tahun yang mengecewakan untuk 2023. Kadar pertumbuhan semasa untuk jangka masa enam bulan adalah 100%, iaitu sangat positif. Selain itu, trend untuk semua pasaran menunjukkan Bitcoin bersedia untuk membuat kemunculan semula pada 2024. Pengenalan BTC ordinal, utiliti baharu, dan pengagihan perlombongan yang disemak semula akan memberi kesan positif terhadap trend harga Bitcoin.

Namun, sesuatu yang menarik jika jika trend pasaran secara umum menyokong perkembangan kripto. Akhir sekali, mekanisme Bitcoin spot ETF telah tersedia di pasaran dan ia membolehkan pedagang merencana stratergi perdagangan yang lebih kompleks untuk Bitcoin. 

Langkah Penting dalam Persediaan untuk Peristiwa Halving

Bagi peminat kripto dan Bitcoin, tahun 2024 mungkin tahun yang akan tercatat dalam buku sejarah. Paras terendah Bitcoin yang dilaporkan dalam tempoh separuh tahun seperti sudah berlalu dan pasaran yang meningkat seakan semakin hampir berlaku dalam ekonomi global yang berkembang. 

Namun, terdapat dua langkah penting perlu anda pertimbangkan untuk memaksimumkan keuntungan daripada kenaikan harga kripto yang akan datang. 

Important Tactics to Employ During A BTC Halving

Langkah # 1 – Analisa Sentimen Pasaran dan Trend Umum

Ketika ini, dunia kripto dipenuhi oleh trend dan perkembangan positif. Selain daripada Skandal Binance, kebanyakan syarikat utama menunjukkan pertumbuhan positif dan tanda-tanda kemunculan pasaran meningkat. Namun, perlu diingat bahawa pasaran kripto terdedah kepada banyak risiko, dari dalam dan luaran industri.

Sebagai contoh, kadar faedah umum dan aktivit pelaburan memainkan peranan oenitng dalam pembangunan sekstor kripto. Jika pelabur runvit memiliki lebih banyak likuiditi dan kuasa pelaburan melalui kadar faedah dan inflasi yang rendah, mereka akan lebih terbuka untuk melabur dalam kripto.

Faktor politik juga mempunyai pengaruh besar dalam dunia kripto. Undang-undang dan kawal selia ditentukan oleh kerajaan. Jadi, penting untuk memerhatikan perkara ini dan faktor penting lain untuk berada di barisan hadapan dan memahami arah pasaran dalam jangka masa pendek. 

Langkah # 2 – Melabur dengan Berhati-hati dan Bijak

Khabar angin yang mengujakan pada keseluruhan pasaran boleh membuatkan kita terikut-ikut. Tempoh pasaran meningkat yang berlaku dua kali sebelum ini menyaksikan khabar angin kosong yang akhirnya menjejaskan kenaikan harga dipenghujung tempoh. Ramai pelabur yang melabur dalam jumlah besar untuk mendapatkan keuntungan maksimum daripada kenaikan harga tersebut. 

Ini bukanlah satu stratergi yang bijak kerana sektor kripto memiliki ketidakpastian yang tinggi. Tempoh bull run yang panjang boleh merundum dalam masa beberapa minggu sahaja. Jadi, pelaburan mesti dilakukan secara berhati-hati dan sedikit demi sedikit. Ini dapat memastikan dalam keadaan yang paling teruk sekalipun, portfolio anda tidak terdedah kepada kerugian secara total. 

Selain itu, peristiwa halving sentiasa menunjukkan pertumbuhan positif, namun untuk jangka masa panjang ia juga telah mengakibatkan kejatuhan harga. Oleh itu, pelaburan Bitcoin seharusnya dilakukan secara bertahap, berbanding melaburkan kesemua aliran tunai anda dalam pelaburan tersebut. 

Kesimpulan

Pengiraan detik untuk peristiwa Bitcoin halving telah pun bermula dan menjanjikan sesuatu yang terbesar. Keadaan ini membantu mata wang Bitcoin mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Namun, penting untuk anda bersabar dan analisis pasaran dengan cermat. Ini kerana keseluruhan pasaran kripto boleh mengalami krisis tanpa sebarang tanda-tanda awal. Jadi, berhati-hati dan melabur dalam lingkungan keupayan kewangan anda adalah cara terbaik berbanding mempercayai bulat-bulat khabar angin semasa peristiwa Bitcoin halving yang akan datang!

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024