Has the Bitcoin Bull Run Started?

Bitcoin Bull Run Sudah Bermula – Bagaimana Anda Boleh Gunakan Peluang Ini?

Reading time

bull market merupakan istilah yang digemari oleh pelabur kripto. Ia menandakan peluang pasaran yang hebat untuk menambah kekayaan seseorang dengan melabur dalam Bitcoin dan mata wang digital utama yang lain.

Selepas crypto boom berlaku pada 2021, mata wang digital mengalami trend merudum, di mana kebanyakan harga aset digital jatuh mendadak dan berada pada paras yang jauh dari nilai tertinggi yang pernah dicapai.

Namun, aktiviti terbaru mata wang blockchain dan aset digital menunjukkan memberi isyarat yang kuat akan terdapat pemulihan, memandangkan harga BTC semakin konsisten dengan kemuncak harga baru direkodkan pada 2023.

Pedagang Bitcoin menafsirkan peningkatan harga baru-baru ini akan terjadi pada keseluruhan pasaran sebagai persediaan bull run Bitcoin baharu yang semakin hampir. Mari kita lihat apa yang berlaku pada Bitcoin baru-baru ini dan bagaimana bull market memberi kesan kepada anda.

Isi Penting

  1. Bull run merupakan sebuah peristiwa di mana harga pasaran meningkat untuk tempoh yang lebih lamah, dan dibantu oleh keyakinan pedagang serta jumlah dagangan.
  2. Bitcoin mengalami pertumbuhan besar pada 2023, meningkat dari $16,000 ke $45,000, atau melebihi 180% dalam masa satu tahun.
  3. Berita terkini tentang permohonan perdagangan BItcoin ETF dan acara halving yang akan berlaku pada 2024 merupakan faktor berlakunya Bitcoin boom yang akan datang.
  4. Bitcoin bull run dijangka berlaku pada antara 2024 dan 2025, lebih-lebih lagi selepas peristiwa halving pada April dan juga pertumbuhan semasa ekonomi global.

Sejarah Bitcoin Bull Run

Pasaran kripto menjalani beberapa frasa di mana harga turun dan naik. Keadaan ini berlaku disebabkan sifat coin dan token digital yang spekulatif. Kedua-duanya bergantung kepada permintaan dan pola perdagangan pelabur.

Bitcoin merupakan mata wang blockchain utama, sebagai coin digital pertama dan berkembang paling pantas, meningkat dari kurang $1,000 pada 2016 kepada $65,000 pada 2021, iaitu kenaikan sehingga 6,400%.

Melihat kembali sejarah bear run dan bull run untuk pasaran Bitcoin, boleh dikatakan terdapat pola sentimen pasaran meningkat setiap empat tahun. Adakah sejarah akan berulang kembali, dan adakah BTC bull run akan berlaku tidak lama lagi? Mari kita lihat sejarah bull run untuk pasaran Bitcoin.

2013: Kenaikan Harga yang Pertama

Kenaikan pertama Bitcoin berlaku pada 2013, ketika mata wang kripto semakin mendapat perhatian media dan orang ramai. Harga BTC meningkat dari $10 kepada $200, dan kemudian pada paras tertinggi $1,000 pada Disember 2013. 

Momentum ini disokong oleh peningkatan populariti Bitcoin di China dan penyelesaian futuristik yang diperkenalkan oleh blockchain dan mata wang kripto. Namun, Bitcoin tidak dapat mengekalkan pertumbuhan ini disebabkan kegunaan mata wang ini masih diperingkat awal untuk dinilai di sebalik kerisauan terhadap hilang kawalan.

2017: Pertumbuhan Pesat Pasaran Kripto

Selepas didagangkan pada paras $200 untuk beberapa tahun, pada 2017 Bitcoin boom berlaku sebagai respons kepada pertambahan minat terhadap pelaburan kripto. Harga Bitcoin naik mendadak sehingga $20,000 dan menghasilkan pasaran spekulatif yang menjadi perhatian orang ramai.

Pertumbuhan ini dibantu oleh pertambahan bilangan kripto baharu, perkembangan blockchain Bitcoin, dan perhatian yang diberikan terhadap mesin perlombongan.

2020-21: Kemuncak Rekod Bitcoin

Bull run terbesar Bitcoin berlaku pada 2021, dipengaruhi oleh beberapa faktor kewangan dan ekonomi. Ketika pandemik COVID-19 mula melanda dunia,bank pusat mencetak lebih banyak wang dan menaikkan kadar faedah untuk merangsang ekonomi.

Berikut dengan itu, pedagang khuatir dengan inflasi yang mungkin terjadi dan mengalihkan perhatian kepada Bitcoin, selain daripada peningkatan minat dalam aplikasi Web 3.0, pertukaran kripto dan metaverse. Faktor-faktor tersebut membuatkan harga Bitcoin naik sehingga $65,000.

2020-21: Bitcoin Record Surge

Bitcoin pada 2023

Pelabur kripto menganggap tahun 2023 sebagai tahun pemulihan untuk Bitcoin dan mata wang digital yang lain, memandangkan mereka baru sahaja pulih dari crypto winter pada 2022. BTC bermula pada tahun tersebut dengan harga $16,000 dan terus meningkat sepanjang tahun tersebut.

Peningkatan harga ini disebabkan oleh beberapa peristiwa penting, bermula pada Mac 2023, apabila beberapa siri kegagalan bank komersial di US berlaku, dimulai dengan kejatuhan Bank Silicon Valley Bank, dan pelanggan tidak lagi yakin dalam pasaran kewangan yang terkawal.

Berita ini sahaja sangat membantu harga Bitcoin mencapat paras sedikit di bawah $30,0000, memberi nafas baru kepada mata wang kripto yang telah dinggap mati oleh orang ramai.

Pada bulan Jun, firma pelaburan utama, seperti Black Rock dan Fidelity Investments, membuat permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) Amerika Syarikat untuk menyenaraikan Bitcoin ETF dalam perdagangan firma tersebut. Tidak seperti permohonan lain, SEC tidak menolak permohonan tersebut dengan serta merta. Ini memberi sedikit harapan kepada pelabur yang permohonan tersebut akan diluluskan.

Khabar berita ini, ditambah lagi dengan berita dalaman tentang ada kemungkinan besar ETF akan diluluskan dan tarikh SEC membuat keputusan, membuatkan harga Bitcoin meningkat ke paras baru, iaitu $45,000 dalam minggu pertama dalam bulan Disember.

Carta sejarah bull run untuk Bitcoin, dtiambah dengan situasi tersebut dan peningkatan harga dalam tempoh tertentu, membayangkan pasaran bull run akan berlaku pada masa akan datang.

Jumlah dagangan semasa bull run yang terakhir sebelum ini mencapai $131.21 trillion pada 2021, berbanding $41.21 billion pada 2023.

Fakta Ringkas

Apa yang Mempengaruhi Bitcoin Bull Run?

Bitcoin bull run merupakan fenomena di mana harga pasaran BTC meningkat untuk suatu tempoh yang lama, selain daripada pertambahan keyakinan pelabur dan sentimen pasaran. 

Semasa bull run berlaku, pasaran akan mengalami peningkatan dalan pelaburan dan pembelian Bitcoin yang ketara disebabkan spekulasi positif tentang potensi perubahan harga. Harga Bitcoin akan meningkat dengan mendadak apabila terdapat permintaan ketara untuk mata wang kripto.

Peningkatan janga masa pendek ini bukan semata-mata satu dinamik pasaran yang normal. Sebaliknya, biasanya ia didorong oleh pelbagai faktor. Ini termasuk adaptasi global, kemajuan teknologi dalam ekonomi tidak berpusat dan kawal selia kerajaan dalam perdagangan dan penggunaan kripto.

Apa Kepentingan Bull Run untuk Kripto?

Bitcoin merupakan mata wang digital utama, dengan had pasaran tertinggi dan struktur blockchain yang paling sofistikated. Jadi, Bitcoin bull run akan memberi kesan pada pasaran yang lain. Ini menyebabkan kenaikan mata wang kripto lain dalam nilai pasaran dan membuat kenaikan harga yang lain.

Bull run untuk kripto ini penting untuk mengembalikan semula keyakinan pelabur terhadap mata wang digital, lebih-lebih lagi peristiwa crypto winter pada 2022, di mana harga kripto telah jatuh, pertukaran kripto utama menjadi bankrap dan banyak platform DeFi menanggung kerugian kerana pelabur mengeluarkan dana mereka. 

Oleh itu, bull run untuk pasaran kripto meningkatkan keseluruhan harga pasaran, menaikkan pelaburan dalam platform Web 3.0 dan mata wang dan menggalakkan perkembangan dalam dunia tidak berpusat.

Why is the Crypto Bull Run Important?

Apakah Asas Ramalan Terhadap Crypto Bull Run Seterusnya?

Tidak seperti Bitcoin bull run sebelum ini, peningkatan pada pasaran kali ini didorong oleh beberapa kemas kini dan peristiwa yang dijangkan akan meningkatkan harga Bitcoin ke tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Antara peristiwa tersebut adalah seperti di bawah.

Hari Bitcoin Halving pada 2024

Blockchain Bitcoin mengadakan peristiwa halving terhadap bekalan (supply) Bitcoin setiap empat tahun sekali atau 210,000 blok berdaftar. Ini bermaksud bekalan Bitcoin di pasaran akan dikurangkan kepada separuh dan mengurangkan ganjaran pelombong kepada separuh.

Peristiwa ini penting untuk menghalang inflasi berlaku pada coin digital, terutamanya apabila permintaan meningkat atau aktiviti perlombongan bertambah. 

Jadi, apabila bekalan Bitcoin dikurangkan kepada separuh ketika permintaan semakin meningkat, bilai coin menjadi kekal atau meningkat untuk kestabilan dan perkembangan. 

Peristiwa halving ini penting untuk kitaran hidup Bitcoin. Ini kerana setiap peristiwa halving sebelum ini diikuti oleh bull run pada tahun 2013 dan 2017 dan pengurangan bekalan terkini pada 2020.

Bitcoin Halving Event in 2024

Kelulusan BTC Spot ETF

Untuk beberapa bulan sebelum ini, firma pelaburan utama di Amerika Syarikat, seperti Black Rock dan Fidelity Investments, memfailkan permohonan di SEC untuk kelulusan Bitcoin sebagai sekuriti spot ETF. Namun, suruhanjaya tersebut masih belum memberi keputusan, berikutan ciri-ciri mata wang kripto yang tidak dikawal dan ketidakstabilan coin digital utama.

Usaha tersebut didorong oleh peningkatan kecenderungan untuk mengadaptasi pembayaran BTC dan gambaran kefungsian (use cases) dalam pasaran terkawalselia serta kegagalan sistem perbankan klasik.

Sekiranya diluluskan, permohonan ini akan membuatkan undang-undang yang lebih ketat berkenaan perdagangan dan penyimpanan mata wang kripto. Situasi tersebut bertentangan dengan teras enonomi tidak berpusat. 

Namun, institusi kewangan berpusat semakin menyedari peningkatan nilai BTC dan kripto utama lain sebagai instrumen yang boleh didagangkan dan popularitinya yang semakin meningkat di mata orang ramai.

Keputusan SEC dijangka dibuat pada awal 2024. Pelabur institusi yakin akan menerima jawapan positif memandangkan pihak SEC sendiri mengambil masa yang lebih lama dari sepatutnya untuk membuat keputusan. Proses kelulusan sudah berjalan agak lama ini bermakna suruhanjaya tersebut sedang menunggu masa yang tepat untuk mengumumkan kelulusannya.

BTC Spot ETF Approval

Kelulusan ETH Spot ETF

Syarikat pelaburan dan pengurusan aset di Amerika Syarikat juga telah membuat permohonan Ethereum spot ETF disenaraikan untuk perdagangan.

Kelulusan terhadap permohonan ini lebih realistik berbanding BTC ETF. Ini disebabkan oleh perkembangan pesat dan usaha yang dilakukan oleh rangkaian ETH sejak beberapa tahun ini untuk membangunkan teknologi blockchain dan keselamatan. 

Selain itu, perdagangan niaga hadapan (futures) ETH ETF telah diluluskan oleh SEC pada Oktober 2023, dan sembilan firma utama, seperti Bitwise dan Proshare, menawarkan perdagangan ETH futures ETF.

Namun, keputusan ini dijangka diberikan selepas permohonan perdagangan Bitcoin ETF spot untuk mengelakkan spekulasi berlebihan terhadap harga Bitcoin sebelum keputusan diberikan.

Bila Bull Run untuk Kripto yang Seterusnya Akan Berlaku?

Tiada tarikh tepat yang diketahui untuk bull run untuk Bitcoin dan keseluruhan pasaran kripto yang seterusnya memandangkan khabar berita tersebut adalah berdasarkan spekuasi dan sentimen pasaran. 

Namun, penganalisis yang berpegang kepada teori 4 tahun menyokong fakta bahawa peristiwa halving yang berlaku empat tahun sekali telah menjado pemangkin kepada sentimen pelabur.

Pada kali ini, pasaran yang meningkat (bullish) BTC tidak hanya didorong oleh peristiwa halving, namun lebih banyak berita dan pengumuman tentang kripto yang berlakau pada masa yang sama atau masa yang berdekatan. Ini membuatkan pelabur lebih yakin dan trend ramalan harga BTC yang akan meningkat semakin kuat.

Walaupun terdapat perkembangan dalam harga kripto pada tahun ini, jika dibandingkan dengan kerugian yang dialami semasa keruntuhan kripto pada 2022, Bitcoin dan coin utama yang lain masih lagi pada tahap yang jauh berbanding paras harga tertinggi sepanjang masa.

When is the Next Crypto Bull Run?

Bitcoin mencapai rekod harga tertinggi pada 2021, iaitu sekitar $65,000 dan Etherum mencapai $4,800 pada tahun yang sama. Harga tersebut jauh dari harga semasa BTC, $42,500 dan ETH, $2,200 ketika artikel ini ditulis. Namun, mata wang tersebut mencapai pertumbuhan tahun-ke-tahun yang besar.

Pelabur Bitcoin menjangkakan bull run pada pasaran akan berlaku pada 2024, tidak lama selepas peristiwa halving, terutamanya jika SEC meluluskan permohonan spot ETF sebelum tarikh halving. 

Komuniti kripto yang lain pula bersetuju dengan teori bahawa bull run akan berlaku di pasaran pada 2025 memadangkan pasaran memerlukan masa untuk bersedia dan menyusun semula selepas pengumuman penting pada separuh pertama 2024.

Kesan yang Mungkin Berlaku Terhadap Ramalan Bitcoin Bull Run

Harga Bitcoin bukanlah satu-satunya perkara yang dijangka akan meningkat tinggi semasa bull run, aplikasi dan platform tidak berpusat yang lain juga diramalkan akan bertambah popular dan berkembang.

Metaverse

Platform AR/VR berkembang pesat semasa bull run terakhir sebelum ini, memandangkan lebih banyak projek Metaverse dibangunkan. Namun, banyak projek tersebut ditutup ketika peristiwa crypto winter. Jadi, bull run pada kali ini dijangka akan menyaksikan pertambahan dan minat terhadap platform ini.

Platform DeFi

Pertukaran kripto dan perkhidmatan DeFi mengalami kekurangan likuiditi dan minat pada tahun lalu, dan banyak pertukaran dan perkhidmatan yang berdepan dengan penggantungan SEC dan pelabur hilang keyakinan selepas kejatuhan FTX . Jadi, Bitcoin bull run boleh membekalkan lebih likuiditi kepada platform ini.

GameFi

Gameficiation dan konsep play-to-earn (main untuk dapat) telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, konsep ini akan kehilangan minat pengguna sebaik sahaja kebanyakan mata wang kripto tidak mengalami pertumbuhan.

NFT

Penciptaan yang terhasil dari teknologi blockchain ini telah hilang daya penarik dan gambaran kefungsian (use cases) yang terhad. Namun, bull run mungkin boleh membantu kegunaan NFT dan pemkembangan popularitinya.

Apakah Kesan Negatif yang Boleh Berlaku Disebabkan Bull Market?

Secara umumnya, mata wang kripto dan khususnya BTC, adalah begitu tidak stabil dan tidak dikawal selia. Ini membuatkan semua jangkaan terhadap bull run dan peningkatan harga adalah hanya bersandarkan spekulasi dan peristiwa yang berlaku sebelum ini.

Di awal 2023, pakar ekonomi meramalkan krisis kewangan berlaku pada bila-bila masa pada 2023, atau awal 2024, atau sekurang-kurangnya di Amerika Syarikat, berdasarkan peristiwa ekonomi dan petunjuk penting.

Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah sepuluh kali ganda, daripada kurang 0.25% kepada 5.50%, paras tertinggi baharu sejak 2001. Aktiviti tersebut, ditambah dengan ketidakstabilan geopolitik dan harga emas dan minyak yang tidak stabil, telah menggugat keyakinan pelabur dalam pasaran kewangan terkawal.

Pelabur kripto menjangkakan peningkatan pelaburan dalam Bitcoin adalah lebih selamat berbanding ketidakstabilan jenis aset yang lain, terutamanya emas dan minyak. Namun, peningkatan ketara ini akan mempercepatkan berlakunya krisis kewangan yang akan menyebabkan harga mata wang kripto merudum sebelum mencapai paras potensi penuh.

What Could Go Wrong with the Bull Market?

Kesimpulan

Perkembangan terkini untuk Bitcoin dan kripto lain, serta analisis teknikal, memberi isyarat ada kemungkinan bull run pada pasaran akan berlaku dalam masa terdekat. Persoalannya bukan “jika” bull run akan berlaku, tetapi “bila” ia akan berlaku.

Peristiwa Bitcoin halving yang akan datang dan status permohonan BTC ETF spot trading yang masih belum diketahui merukan dua perkara yang ditunggu dan dianggap oleh pelabur kripto menjadi pemangkin utama untuk kenaikan pasaran yang akan datang.

Soalan Lazim

Bila bull run untuk kripto dijangka akan berlaku?

Tarikh tepat untuk sentimen bull run masih tidak diketahui lagi. Namun, situasi terkini pasaran dan pertumbuhan tinggi dalam kripto utama memberi isyarat peningkatan harga yang ketara akan berlaku bila-bila masa pada tahun hadapan, terutamanya sekitar peristiwa Bitcoin halving pada April 2024.

Adakah bull run untuk pasaran kripto telah bermula?

Bitcoin dan kripto utama yang lain mencapai pertumbuhan pesat pada 2023. Namun, mata wang ini masih lagi jauh ketinggalan berbanding paras harga tertinggi yang pernah dicapai sebelum ini. Jadi, bull run seterusnya dijangka akan berlaku pada 2024, terutamanya bekalan Bitcoin telah dikurangkan dan permohonan perdagangan spot ETF.

Kripto yang mana akan meningkat harganya pada 2024?

Bitcoin, Ethereum, Binance coin dan mata wang kripto utama lain biasanya akan mendapat momentum semasa pasaran bull run. Ini membuatkan mata wang ini dijangka akan mencapai rekod harga berbanding dengan altcoin dan token kripto yang lain.

Kripto yang manakah perlu anda beli pada bull run yang akan datang?

BTC, ETH dan BNB dijangka akan terkesan dengan trend peningkatan tersebut disebabkan perkembangan dan kepentingan kripto ini. Namun. pedagang perlu membuat kajian sendiri terhadap coin yang berkembang dan melabur pada kripto yang betul pada masa yang tepat.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024