PSP vs Payment Gateway: Which One is Best for You?

PSP vs Payment Gateway: Yang Mana Patut Diintegrasi ke Perniagaan Anda?

Reading time

Pada 2024, pembayaran digital telah menjadi satu keperluan dan bukan sekadar suatu kemudahan. Pada hari ini, hampir 75% daripada jumlah keseluruhan pembayaran dilkaukan secara digital. Lebih ramai pelanggan yang memilih penyelesaian pembayaran digital. Situasi ini membuatkan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana juga perlu menyediakan sistem pembayaran untuk pembayaran digital. Jika tidak, perniagaan tersebut mungkin akan terlepas sumber untuk menjana pendapatan dari pelanggan digital di seluruh dunia. 

Kini, perniagaan yang mengambil pendekatan tidak beroperasi secara digital, dan hanya fokus pada pasaran tempatan tidak lagi relevan. Anda mesti pertimbangkan untuk menggunakan penyelesaian pemprosesan pembayaran untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat global dan memperolehi lebih banyak bahagian dalam pasaran tempatan. Artikel ini akan membincangkan dua pilihan utama – gerbang pembayaran dan penyedia servis pembayaran. Selain itu, kami juga akan membincangkan pilihan yang mana sesuai untuk operasi perniagaan anda.

Isi Penting

  1. Gerbang pembayaran menyediakan penghubung digital antara pelanggan dan perniagaan untuk pemprosesan bayaran.
  2. Penyedia servis pembayaran menyediakan perkhidmatan yang sama, cuma dalam alat (tools) dalam ekosistem yang lebih besar, lebih banyak pengubahsuaian dan perkhidmatan sampingan lain.
  3. Pemilihan dua alternatif ini bergantung pada bajet dan keperluan terhadap pemperosesan pembayaran segera anda.

Apa itu Pembayaran Pembayaran, dan Mengapa Anda Perlukannya?

Digital Payment Statistics

Pertama sekali, mari kita bincangkan aspek teknikal dan peranan perkhidmatan pembayaran untuk perniagaan moden. Perkhidmatan bayaran merupakan penyelesaian perisian yang akan berfungsi dengan sistem pembayaran sedia ada anda. Ia membolehkan anda menerima pembayaran online dari pelanggan digital. Jika anda masih lagi tidak memiliki sistem pembayaran, penyelesaian digital boleh membantu anda melakukan proses setup untuk keseluruhan proses pembayaran dari mula. 

Sistem bayaran boleh disambungkan secara terus dengan akaun bank perniagaan anda. Sistem ini akan membolehkan anda menerima dana yang dibayar oleh pelanggan untuk produk dan perkhidmatan anda dengan mudah. Bagi pihak pelanggan pula, sistem pembayaran membolehkan pelanggan membayar secara terus. Sistem pembayaran akan memindahkan dana pelanggan ke akaun bank anda. Kebanyakan sistem pembayaran dilengkapi dengan KYC, KYT dan semakan pematuhan yang lain, secara automatik, untuk mengesahkan status kesahan transaksi tersebut. Terdapat dua pilihan sistem pembayaran yang boleh digunakan oleh perniagaan anda. Mari kita bincangkan.

Memahami Apa Itu Gerbang Pembayaran

Jadi, apa itu gerbang pembayaran? Gerbang pembayaran atau payment gateways merupakan perisian digital yang memudahkan pembayaran online dalam bentuk lebih lengkap. Integrasi gerbang pembayaran akan membolehkan sektor perniagaan pengesahan data kad kredit atau dompet digital pelanggan dan pemprosesan pembayaran dilakukan secara automatik.

Sebaik sahaja transaksi dimulakan, gerbang pembayaran online akan menyulitkan (encrypted) permintaan tersebut, kemudian menghantar maklumat kepada pemproses pembayaran seterusnya akan melengkapkan pindahan tersebut. 

How Gateways Work

Akhir sekali, gerbang pembayaran akan menghantar amaun yang dibayar ke akaun peniaga/pedagang dan transaksi akan dilengkapkan. Secara mudahnya, gerbang pembayaran yang selamat akan menghubungkan akaun peniaga dan akaun pelanggan dalam satu sistem tunggal yang berterusan. Keadaan ini dapat memastikan keselamatan dan kelajuan transaksi yang optimum. 

Faktor tersebut juga menjadikan gerbang pembayaran memainkan peranan penting dalam proses setup pembayaran online untuk perniagaan yang tidak mempunyai ekosistem sendiri untuk mencapai objektif tersebut. 

Sembilan daripada sepuluh pelanggan mengatakan mereka menggunakan pembayaran digital dalam bentuk tertentu dalam setahun. Fakta ini membuatkan perniagaan perlu menerima gerbang pembayaran atau bekerjasama dengan PSP.

Fakta Ringkas

Bagaimana Penyedia Servis Bayaran (PSP) Berfungsi?

Kini, mari kita bincangkan – Apa itu PSP? Penyedia servis pembayaran (PSP) merupakan penyelesaian bayaran lengkap untuk perniagaan. Pemproses PSP bukan setakat sebuah perisian, malah ia merupakan seluruh ekosistem yang diperlukan oleh proses pembayaran. PSP menyediakan pelbagai perkhidmatan yang akan memudahkan seluruh proses pemprosesan perniagaan, lebih daripada apa yag ditawarkan oleh gerbang pembayaran yang ringkas. 

How PSPs Work

Selain daripada perkhidmatan pemprosesan bayaran yang dinyatakan di atas, integrasi PSP dapat membantu anda membuat tetapan pada akaun pedagang, meningkatkan langkah perlindungan terhadap penipuan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan sampingan untuk menambah keberkesanan sistem pembayaran anda. Pendek kata, PSP menawarkan perkhidmatan yang lebih meluas dan memenuhi lebih banyak keperluan pemprosesan bayaran untuk perniagaan. 

Penyedia Servis Pembayaran vs Gerbang Pembayaran

Gerbang pembayaran dan penyedia servis pembayaran kedua-duanya mampu menyediakan perkhidmatan pemprosesan bayaran untuk operasi perniagaan anda. Namun, untuk memilih salah satu daripada alternatif tersebut perlu dilakukan dengan teliti. Walaupun penyedia servis pembayaran menawarkan lebih banyak perkhidmatanb, anda perlu lihat kedua-dua pilihan dan pilih pilihan mana sesuai dengan keperluan jangka pendek dan jangka panjang anda. 

PSPs vs Gateways

Ciri-ciri

Seperti dinyatakan di atas, kedua-dua gerbang pembayaran dan PSP menawarkan penyelesaian pemprosesan bayaran. Namun, gerbang pembayaran hanya menyediakan perkhidmatan untuk melaksanakan pembayaran yang dibuat oleh pelanggan syarikat. Sebaliknya, PSP menguruskan semua perkara berkaitan pembayaran digital dari A hingga Z. PSP menyediakan akaun pedagang atau akaun perniagaan yang khusus untuk mempercepatkan proses untuk mendapatkan wang. Akaun pedagang akan diintegrasi dalam sistem pembayaran PSP. Ia membolehkan perniagaan menerima pembayaran yang dibuat oleh pelanggan lebih pantas berbanding gerbang pembayaran luar. 

PSP mengendalikan proses pembayaran (settlement) secara automatik. Jadi, perniagaan dapat menerima bayaran atau pindahan pelanggan tanpa perlu menguruskan sendiri aliran wang. Satu lagi ciri-ciri penting PSP adalah langkah pencegahan penipuan dan semakan transaksi untuk KYC, KYT, pengubahan wang haram, dan pembiayaan anti pengganas. Operator rangkaian bayaran akan mengendalikan hampir semua semakan keselamatan dan meminimumkan penglibatan perniagaan dalam proses pematuhan. 

Pilihan Pengubahsuaian

Dalam sistem pemprosesan bayaran, penting untuk anda memiliki pilihan. Perkara seperti aliran pembayaran, penyelesaian bayaran (settlement) secara automatik, pilihan mata wang dan menetapkan jadual pembayaran yang tetap merupakan aspek kecil dalam pilihan penting yang diperlukan oleh setiap perniagaan. Gerbang pembayaran dapat memenuhi beberapa keperluan tersebut. Namun, ia kebanyakannya terhad pada pengubahsuaian pembayaran secara terus. 

PSP boleh memberi kebebasan penuh kepada anda kerana ia boleh menghubungkan anda dengan semua pilihan pembayaran dan membantu anda dalam proses setup up jadual pembayaran serta bertukar kaedah pembayaran dengan mudah. Selain itu, PSP juga membolehkan anda mengubah suai pemprosesan pembayaran untuk berfungsi dengan ekosistem anda yang lain dengan lebih baik. Sebagai contoh, anda boleh terhubung dengan pemprosesan bayaran lebih cepat dan modul operasi penting yang lain. 

Ciri-ciri Khas dan Integrasi Lebih Lancar

Setakat ini, kelebihan dan ciri-ciri yang dimiliki PSP dengan jelas lebih daripada gerbang pembayaran. Namun, tidak semua perniagaan memerlukan pelbagai fungsi untuk pembayaran digital mereka. Dalam situasi tertentu, pihak perniagaan hanya memerlukan penyelesaian khas untuk masalah yang spesifik. 

Sebagai contoh perniagaan yang mempunyai sistem pembayaran digital sedia ada mungkin dapat menjana lebih banyak pendapatan dengan mengintegrasi gerbang pembayaran tertentu, untuk menambah satu lagi pilihan pembayaran lain seperti mata wang kripto atau kaedah pembayaran lain seperti swap. 

dapatkan gerbang pembayaran yang dapat terhubung dan diintegrasi dengan sistem anda sistem anda. Sementara itu, PSP lebih menyeluruh dan kadang-kala perkhidmatan terlalu teknikal yang mungkin menyukarkan anda jika anda hanya ingin membuat penambahbaikan kecil dalam sistem pembayaran sedia ada anda. Selain itu, anda juga mungkin perlu dapatkan lesen PSP dan ini boleh mengambil masa yang lebih panjang dan kos lebih tinggi untuk melengkapkan proses setup. 

Kos

Kelebihan terbesar yang dimiliki gerbang pembayaran berbanding PSP adalah ia lebih murah. Faktor tersebut membolehkan perniagaan menambah pilihan bayaran tanpa mengeluarkan kos tambahan. PSP menawarkar pakej pemprosesan bayaran yang komprehensif, pilihan integrasi, pengubahsuaian dan perlaksanaan pindahan yang lebih pantas. Namun, keseluruhan pakej tersebut melibatkan kos yang tinggi.

Sementara itu, gerbang pembayaran lebih murah kerana ia mengenakan fi transaksi dan fi bulanan untuk perkhidmatan yang dibekalkan. Malah, terdapat juga gerbang pembayaran yang ditawarkan secara percuma melalui perisian sumber terbuka.

Namun, secara umumnya penyelesaian sumber terbuka tidak begitu disarankan kerana ia tidak begitu selamat dan tidak berupaya menyediakan akaun pedagang yang kurang berisiko. Jadi, penggunaan gerbang pembayaran label putih lebih berkesan dari segi kos jika anda memerlukan perkhidmatan pembayaran yang agak terhad, berbanding keseleruhan ekosistem. 

Kesimpulan

Untuk memilih PSP atau penyedia gerbang pembayaran, anda perlu tahu apakah yang anda perlukan, kemudian tentukan skop dan keperluan pemprosesan pembayaran anda. Walaupun PSP menawarkan servis yang lebih lengkap yang dapat memenuhi keperluan dalam pembayaran anda, gerbang pembayaran pula lebih spesifik dan berkos rendah. 

Jadi, jika anda ingin melakukan proses setup untuk keseluruhan sistem bayaran, PSP adalah pilihan terbaik untuk tujuan tersebut. Namun, sekiranya anda hanya ingin mendapatkan satu penyelesaian bayaran sahaja, gerbang pembayaran boleh memenuhi keperluan anda dalam kos yang rendah.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024