Analysing Open-Source Payment Gateways

Adakah Anda Perlu Pertimbangkan Gerbang Pembayaran Sumber Terbuka?

Reading time

Dekad 2020-an menyaksikan industri pemprosesan pembayaran berkembang dengan pesat. Ia menghasilkan pasaran baru untuk syarikat bukan blockhain menggunakan penyelesaian pembayaran kripto. Situasi ini membuatkan status kripto sebagai alternatif untuk mata wang fiat semakin meluas. Kini terdapat lebih daripada 500 juta pemilik kripto bersedia untuk menggunakan mata wang digital mereka untuk membuat pelbagai pembelian. 

Bukanlah satu rahsia lagi bahawa menerima pembayaran kripto merupakan cara yang bagus untuk menjana lebih banyak keuntungan pada 2024. Namun, mekanisme yang manakah menjadi cara terbaik untuk anda kendalikan pembayaran? Untuk menjawab persoalan penting ini, artikel ini akan menganalisis gerbang pembayaran sumber terbuka dan mengenal pasti kelemahan serta kelebihannya. 

Isi Penting

  1. Gerbang pembayaran kripto semakin popular disebabkan aktiviti pembelian menggunakan kripto di seluruh dunia.
  2. Terdapat tiga pilihan gerbang utama yang tersedia – penyelesaian in-house, perisian label putih, dan alternatif sumber terbuka.
  3. Secara teorinya, penyelesaian sumber terbuka ditawarkan secara percuma dan dapat membantu perniagaan mengeluarkan produk ke pasaran lebih pantas.
  4. Namun, perisian sumber terbuka biasanya sukar difahami serta kurang ciri-ciri keselamatan dan dokumentasi lengkap.

Mengapa Gerbang Pembayaran Kripto Begitu Penting?

Industri pembayaran online telah berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Perniagaan e-Dagang kini mengambil alih kedudukan industri runcit sebagai pemain utama. Pada hari ini, kebanyakan produk dan perkhidmatan boleh dibeli dan dijual secara online, dan setiap tahun pembayaran kripto semakin popular dalam pasaran digital. Setakat 2024, lebih 15,000 syarikat bersaiz besar telah menerima kripto sebagai pilihan pembayar yang sah. 

Namun, untuk mengintegrasi keupayaan pemprosesan transaksi kripto, sektor pernigaan perlu memiliki gerbang pembayaran sendiri. Terdapat tiga pilihan utama untuk perniagaan: membangunkan sistem pemprosesan pembayaran sendiri dari mula, bekerjasama dengan penyedia gerbang pembayaran, atau menggunakan perisian pembayaran sumber terbuka. 

Different Types of Crypto Gateways

Pilihan in-house lebih sesuai untuk syarikat bersaiz besar yang memiliki sumber yang mencukupi dan bahagian pengaturacaraan (programming) yang khusus untuk mengendalikan gerbang pembayaran tersebut. 

Sekiranya manfaat yang ditawarkan diambil kira, penyelesaian in-house melibatkan kos yang begitu tinggi untuk kebanyakan syarikat. Gerbang pembayaran label putih yang disediakan oleh pihak ketiga mungkin menjadi pilihan yang lebih sesuai. Namun, mata wang yang disokong dan kelajuan pemprosesan oleh gerbang tersebut agak terbatas. Bezanya, penyedia gerbang pihak ketiga mengenakan caj gerbang yang rendah dan dapat memenuhi keperluan syarikat bersaiz kecil. 

Pilihan terakhir, iaitu gerbang sumber terbuka, menggabungkan beberapa manfaat kedua-dua mekanisme yang disebutkan sebelum ini. Namun, terdapat beberapa isu yang timbul hasil daripada gabungan ciri-ciri tersebut. Mari kita lihat lebih mendalam. 

Apa Itu Gerbang Pembayaran Kripto Sumber Terbuka?

Gerbang sumber terbuka adalah gerbang pembayaran kripto percuma sepenuhnya dan tersedia secara online. Perisian ini tidak mengenakan sebarang bayaran dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang memiliki sambungan internet yang stabil dan pengetahuan asas tentang API gerbang pembayaran kripto

Why do Open-Source Projects Exist?

Anda boleh memuat turun dan mengintegrasi gerbang pembayaran sumber terbuka ke infrastruktur anda tanpa membara royalti kepada pencipta perisian tersebut. Anda mungkin terfikir mengapa gerbang pembayaran sumber terbuka dicipta? Bukankah gerbang yang direka dengan baik lebih menguntungkan dalam dunia dagangan online? Mengapa pencipta perisian tersebut menawarkan secara percuma? 

Jawapannya begitu mudah—Pembangun (developer) biasanya membenarkan produk digital digunakan oleh semua pihak di internet melalui projek sumber terbuka yang bertujuan untuk menarik usaha sama dan pelabur. 

Namun, kualiti perisian sumber terbuka sangat berbeza-beza, begitu juga dengan gerbang pembayaran. Jadi, mari kita lihat potensi kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih untuk menggunakan integrasi gerbang sumber terbuka. 

Kelebihan Gerbang Sumber Terbuka

Walaupun bukanlah satu penyelesaian terbaik, gerbang pembayaran sumber terbuka memiliki kos permulaan yang rendah dan boleh membantu anda memasarkan produk dengan lebih cepat. Berikut adalah kelebihan gerbang sumber terbuka. 

Benefits of Using Open-Source Gateways

Fi dan Kos Operasi yang Rendah

Seperti yang dinyatakan di atas, gerbang sumber terbuka boleh digunakan tanpa sebarang kos. Ini termasuk komisyen yang perlu dibayar kepada mana-mana pihak ketiga. Pencipta sumber terbuka tidak mengenakan sebarang caj dalam apa-apa bentuk, memandangkan tujuannya adalah untuk berkongsi teknologi tersebut secara percuma. 

Jadi, secara teorinya, penggunaan gerbang sumber terbuka boleh menjadi pilihan paling murah untuk pihak pemula (startup) yang masih bergelut untuk mendapatkan modal operasi. Walaupun gerbang sumber terbuka hanya perlukan ubah suai teknikal dan pakar pengaturcaraan, ia tidak memerlukan bahagian IT yang khusus. Dalam kebanyakan situasi, satu atau beberapa pembangun sahaja sudah mencukupi untuk melakukan semua pengubahsuaian yang diperlukan. 

Lebih Pantas untuk Mengeluarkan Produk

Memandangkan kebanyakan perisian telah siap dibina dan hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian, gerbang sumber terbuka boleh terus terus digunakan untuk pasaran. Kebiasaannya, untuk melengkapkan pengubahsuaian bergantung pada kepakaran tenaga teknikal dan tahap kerumitan infrastruktur anda. Namun, secara purata, gerbang sumber terbuka mengambil masa yang lebih singkat. 

Dalam situasi tertentu, gerbang sumber terbuka terbaik mungkin tidak memerlukan pengubahsuaian yang besar untuk sedia dilancarkan. Dalam keadaan optimum sebegitu, perisian sumber terbuka mungkin boleh menjadi penyelesaian paling sesuai untuk startup baru yang perlu lebih kreatif dan usaha berganda memandangkan saiz perniagaan yang kecil. 

Sejarah perisian sumber terbuka bermula pada tahun 1953. Namun, projek sumber terbuka yang benar-benar memberi impak hanya bermula pada awal 2000, seiring dengan kemunculan internet mula digunakan secara global.

Fakta Ringkas

Teori Vs. Praktikal: Kelemahan Gerbang Sumber Terbuka

Walaupun menawarkan manfaat seperti di atas, penyelesaian gerbang sumber terbuka jarang sekali dapat berfungsi seperti yang diharapkan. Penyelesaian sumber terbuka terdedah kepada pelbagai isu berkenaan pemprosesan bayaran dan batas teknikal. 

Jadi, gerbang sumber terbuka berpotensi untuk meningkatkan lagi kos, pelbagai ralat dalam operasi dan gagal berfungsi dengan baik. Mari kita bincangkan tentang perkara ini. 

Open-Source Gateway Software in Practice

Kos Tersembunyi dan Sukar Diselenggara

Walaupun perisian sumber terbuka boleh digunakan secara percuma, namun versi perisian yang anda guna mungkin tidak mempunyai semua ciri-ciri yang anda inginkan. Sebagai contoh, sesebuah gerbang sumber terbuka mungkin bukan sebuah gerbang pembayaran kripto yang dihoskan oleh anda sendiri. Situasi ini akan menyebabkan anda perlu gunakan perkhidmatan gerbang pembayaran pihak ketiga untuk melengkapkan infrastruktur sumber terbuka anda. Ini sudah pasti bertentangan dengan tujuan anda menggunakan versi percuma. 

Selain itu, selepas dilancarkan program sumber terbuka berpotensi mengalami masalah bug dan masalah teknikal yang rumit. Bug dan isu teknikal ini tidak hanya akan meningkatkan kos penyelenggaraan berkala, malah ia juga mengurangkan kualiti perkhidmatan. Pelanggan akan berasa kecewa dengan tempoh pemprosesan dan tidak berpuas hati dengan kelewatan pembayaran atau pembatalan. 

Pengaturcaraan yang Rumit dan Kurang Dokumentasi

Kebanyakan penyelesaian sumber terbuka dicipta oleh syarikat pembangunan gerbang pembayaran kripto. Tujuannya adalah untuk mencuba teknologi baru. Memandangkan perisian sumber terbuka adalah bersifat eksperimental, struktur teras pengaturcaraan perisian tersebut mungkin sukar difahami pembangun (developer) bertaraf junior atau pertengahan. 

Jadi, anda mungkin menghadapi masalah ketara dalam pengubahsuaian kod dan proses integrasi. Situasi ini akan menyebabkan anda terpaksa menggunakan pembangun yang lebih berkemahiran dan berpengalaman untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan pastinya meningkatkan lagi kos. 

Dokumentasi yang tidak mencukupi berpotensi menimbulkan masalah kerana pembangun anda tidak memiliki garis panduan. Keadaan ini menyebabkan keseluruhan integrasi dan proses setup bertambah sukar.  

Isu Keselamatan

Penyelesaian sumber terbuka biasanya boleh diperolehi dalam bentuk perisian GitHub gerbang pembayaran kripto. Ini bermakna perisian tersebut dimuat naik ke repositori GitHub dan tersedia untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalaminya. 

Walaupun anda memiliki ruang untuk memilih, keadaan ini menimbulkan isu keselamatan memandangkan sesiapa sahaja boleh membaca kod tersebut dan mengenalpasti kelemahan dan potensi untuk titik pencerobohan. Jadi, sekiranya anda menggunakan penyelesaian sumber terbuka, anda perlu peruntukkan bajet tambahan untuk alat dan amalan keselamatan siber.

Kesimpulan – Penyelesaian Gerbang Pembayaran Kripto yang Manakah Terbaik untuk Anda?

Walaupun penyelesaian sumber terbuka begitu popular dalam perkembangan terkini industri pembayaran, ia juga memiliki kontroversi disebabkan oleh sebab-sebab di atas. Isu seperti kurang piawaian, aspek teknikal yang rumit, dan langkah keselamatan merupakan masalah besar, terutamanya dalam industri perkhidmatan kewangan, di mana pengguna meletakkan kepercayaan akaun mereka kepada syarikat. 

Jadi, walaupun penyelesaian gerbang adalah pilihan paling murah di pasaran, ia memliki banyak kelemahan yang akhirnya membuatkannya menjadi mekanisme pemprosesan pembayaran termahal. 

Atas sebab itulah, anda dinasihatkan untuk memilih gerbang pembayaran kripto label putih. Walaupun diperingkat awal ia agak mahal, namun kos yang dapat dijimatkan dari segi keselamatan, penyelenggaraan dan sokongan teknikal dapat menyamai atau lebih menguntungkan berbanding kos yang dapat dijimat melalui perisian sumber terbuka.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024