White-label Crypto Payment Gateway

Apa Itu Gerbang Pembayaran Label Putih & Siapakah yang Patut Gunakannya?

Reading time

Data menunjukkan lebih daripada 400 juta orang menggunakan kewangan tidak berpusat. Jadi tidak hairanlah pihak syarikat ingin menggunakan gerbang pembayaran kripto. Disinilah fokus utama artikel kami, iaitu konsep Label Putih.   

Setiap bisnis memiliki aktivitas tersendiri. Memiliki tim in-house mungkin akan menyita biaya dan karena alasan ini, banyak bisnis yang mengimplementasikan white label untuk urusan pembayaran. Jadi, bisnis akan mengimplementasikan payment gateway white label untuk mengurus semua pembayaran kripto dengan simpel.

Isi Penting

  1. Perisian ini menyediakan penyelesaian pembayaran lengkap, jadi pihak perniagaan boleh membuat pembayaran dengan mudah.
  2. Penggunaan sistem ini boleh memberi manfaat kepada perniagaan dalam pelbagai sektor. Gerbang label putih akan meningkatkan kepelbagaian dalam pembayaran dan pelanggan lebih berpuas hati.
  3. Melalui pematuhan terhadap KYT, pembayaran yang fleksibel, bon yang pantas dan selamat, ketersampaian secara global, polisi tiada chargeback, dan integrasi mudah, B2BinPay menjadi pilihan utama untuk syarikat yang ingin memenuhi permintaan pembayaran kripto yang semakin bertambah.

Konsep Gerbang Pembayaran Kripto Label Putih

Concept of White-label Crypto Payment Gateways

Pihak syarikat boleh mengendalikan transaksi kripto dengan menggunakan gerbang pembayaran kripto label putih. Gerbang tersebut boleh diubah suai dan dijenamakan semula menggunakan logo dan identiti perniagaan tersebut, membuatkan ia seperti perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tersebut. Gerbang label putih membantu syarikat yang ingin menerima transaksi mata wang kripto, tetapi tidak begitu memahami konsep blockchain.

Gerbang label putih berfungsi sebagai infrastruktur yang sedia untuk digunakan, dan menawarkan perkhidmatan lengkap, seperti protokol keselamatan, dan sokongan. Dengan menggunakan penyelesaian label putih, sektor perniagaan dapat menerima pembayaran kripto dengan mudah pada operasi sedia ada. Kaedah ini tidak memerlukan pengetahuan teknikal mendalam atau perlu mencipta sistem unik dari awal.

Perisian gerbang bayaran kripto label putih membuatkan pelbagai model perniagaan dapat memasuki industri dengan lebih mudah. Ia menawarkan penyelesaian pemprosesan bayaran label putih yang selamat dan boleh berfungsi dengan baik, serta menyokong pelbagai jenis mata wang digital. Situasi ini membolehkan pihak syarikat untuk lebih fokus terhadap skop kepakaran mereka.

Mengapa Agensi Anda Patut Pertimbangkan Penyelesaian Label Putih (WL)?

Ada banyak sebab untuk pertimbangkan penyelesaian WL. Platform WL boleh membantu anda mengurangkan kos, meningkatkan keberkesanan dan meluaskan pasaran. Mari kita lihat manfaat utama yang ditawarkan:

Kos yang Efektif

Gerbang bayaaran label putih mengurangkan bayaran. Ia tidak memerlukan kajian berperingkat yang memakan masa, pembangunan, dan pengujian yang biasanya diperlukan untuk penyelesaian lain. Pihak syarikat boleh memasuki pasaran kripto dengan kos lebih murah melalui strategi ini.

Fungsi Pilihan untuk Keberkesanan dan Pengubahsuaian

Perkhidmatan bayaran mata wang kripto dipercepatkan lagi dengan penggunaan perisian gerbang bayaran kripto label putih. Syarikat boleh memberi maklum balas terhadap permintaan pasaran dengan lebih cepat, tidak perlu menjalani proses menghasilkan sistem bayaran dari awal.

Gerbang tersebut boleh diubah suai untuk disesuaikan dengan jenama entiti perniagaan tersebut. Kombinasi logo, warna, dan UI, pihak syarikat boleh memberi pengalaman menarik kepada pelanggan dengan mudah. 

Customisable payment gateway

Keselamatan dan Kelebihan Kompetitif

Produk label putih mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini. Aspek tersebut menjamin transaksi yang selamat untuk syarikat dan pelanggan, termasuk pengesan penipuan, penyulitan dan pematuhan terhadap undang-undang.

Penggunaan gerbang pembayaran mata wang kripto label putih membolehkan perniagaan menjadi lebih inovatif. Melalui cara ini, sektor perniagaan boleh menawarkan cara terkini untuk membayar, mendapatkan lebih ramai pelanggan dan kekal berdaya saing di pasaran.

Pada 17 Mac, 2010, Bitcoinmarket mula beroperasi dan menjadi pertukaran mata wang kripto pertama yang berfungsi sebagai pemproses bayaran dan tukaran kripto.

Fakta Ringkas

Siapa yang Akan Mendapat Manfaat daripada Gerbang Pembayaran Kripto Label Putih?

Banyak organisasi dan instirusi yang mendapat manfaat sekiranya menggunakan gerbang WL. Ia memudahkan lagi penerimaan kripto serta menjimatkan kos dengan ketara. Kami senaraikan entiti yang menerima manfaat hasil daripada penggunaan penyelesaian label putih di bawah ini:

Platform E-dagang

Gerbang pembayaran label putih sangat berguna untuk platform e-dagang dan transaksi dalam taliannya. Gerbang tersebut akan menambah baik proses pembayaran dan memberi lebih banyak kaedah pembayaran untuk pelanggan di serata dunia.

Crypto payment gateway functionality

Pasaran Online

Gerbang pembayaran label putih berguna untuk pasaran yang menghubungkan pembeli dan vendor. Disebabkan perbezaan lokasi, sistem pembayaran konvensional telah menjadi perlahan, membebankan dan berkos tinggi. Gerbang bayaran label putih memudahkan dagangan antarabangsa dengan memudahkan transaksi dalam pelbagai mata wang kripto. 

Broker Forex dan Kripto

Pemproses bayaran label putih digunakan oleh broker dalam industri Forex dan mata wang kripto untuk memberi variasi pilihan kepada pelanggan untuk membuat deposit dan pengeluaran. Adaptasi ini menambah baik persekitaran dagangan.

Permainan (Gaming) dan Laman Perjudian Terkawal

Gerbang pembayaran label putih digunakan sebagai pemproses pembayaran oleh platform permainan dan perjudian untuk menyediakan transaksi yang selamat dan privasi. Ciri-ciri tersebut sememangnya dapat menarik pengguna yang mengutamakan privasi dalam transaksi.

Khidmat Konsultasi

Gerbang bayaran label putih digunakan oleh syarikat konsultasi yang menerima pembayaran antarabangsa, untuk meningkatkan aspek keberkesanan dan keselamatan. Gerbang ini akan menyelaraskan prosedur untuk pelanggan yang membayar menggunakan mata wang kripto>

B2BinPay: Sebuah Penyelesaian Canggih

Selepas bercakap tentang gerbang pembayaran dan ekosistem konsep label putih, kini mari kita lihat tentang B2BinPay, penyedia utama dalam sektor pembayaran ini. 

B2BinPay - an advanced solution

Sektor perniagaan mungkin boleh menawarkan perkhidmatan kepada ramai pelanggan, hasil daripada keupayaan B2BinPay yang menyokong pelbagai coin dan stablecoin utama. Platform memiliki reputasi dengan kemampuan memproses transaksi dengan pantas dan selamat, seterusnya mengurangkan risiko dan meningkatkan lagi keberkesanan. 

Selain itu, B2BinPay juga dikenali kerana boleh digunakan oleh sebarang saiz syarikat disebabkan ia berkos rendah dan prosedur tetapan akaun yang mudah. Malah, ia juga memiliki ciri-ciri pematuhan undang-undang. Ia memberi jaminan bahawa pengguna mematuhi undang-undang/peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kewangan.

B2BinPay berbeza dengan platform lain disebabkan kemampuannya untuk mengakses pool likuiditi yang ekstensif. Akses tersebut menjamin tukaran mata wang yang lancar, dan memberi pengalaman pembayaran terbaik untuk pengguna. Sementara ini, likuiditi penting untuk syarikat yang memiliki pelbagai mata wang kerana ia membolehkan transaksi dilaksanakan dengan mudah dan pantas tanpa kelewatan atau risiko silppage dalam pasaran yang tidak mempunyai likuiditi yang mencukupi.

Ciri-Ciri dan Kelebihan B2BinPay

B2BinPay’s Features and Benefits

Pematuhan KYT

B2BinPay mematuhi dengan ketat panduan pematuhan Know-Your-Transaction (KYT). Kombinasi alat pengesan automatik dan semakan secara manual dapat memastikan pematuhan maksimum terhadap undang-undang terkini dan keselamatan tinggi dalam pindahan mata wang. Aspek ini menambah baik proses keselamatan dengan menjamin transaksi tersebut dipantau untuk aktiviti yang mencurigakan.

Pembayaran yang Boleh Diadaptasi dan Transaksi Selamat

Teknologi B2BinPay membolehkan pihak perniagaan memproses pembayaran dalam pelbagai mata wang. Perniagaan yang beroperasi diperingkat global boleh mendapat manfaat daripada kemampuan adaptasi ini. Hasilnya, perniagaan boleh menghasilkan aliran kerja yang sesuai dengan kemampuannya.  B2BinPay memastikan transaksi pantas dan selamat. Sektor perniagaan dan pelanggan mungkin akan berasa lebih selamat memandangkan setiap transaksi yang dilakukan, dilindungi oleh standard penyulitan dan keselamatan yang canggih.

Sokongan Rangkaian yang Kuat

Terdapat kakitangan sokongan yang komited dan sentiasa bersedia untuk membantu sebarang pertanyaan atau isu. Ini dapat memberi jaminan kepada syarikat akan mendapat bantuan secukupnya dan tidak perlu menunggu lama untuk sokongan. Portal bantuan 24/7 akan memastikan tiada masalah yang tidak diselesaikan dalam tempoh masa yang munasabah. 

Ketersampaian Global

Infrastruktur B2BinPay menyediakan perkhidmatan kepada semua pelanggan di serata dunia. Faktor ketersampaian global ini membuatkan perniagaan mampu menerima pembayaran kripto dari mana-mana sahaja. Tidak seperti sistem pembayaran SWIFT, pemprosesan bayaran B2BinPay tidak terbatas dengan faktor lokasi dan isu perundangan. Situasi ini membuatkan keseluruhan proses berjalan lebih pantas dan lebih berkesan. 

Tiada Chargeback dan Integrasi Mudah

Platform ini tidak mempunyai polisi chargeback. Ini kerana setiap transaksi adalah muktamad dan kemungkinan pembayaran berunsurkan penipuan dan dipertikaikan tidak akan berlaku. Prosedur KYC dan AML yang diamalkan oleh B2BinPay mengurangkan risiko berkaitan pelanggan. Selain itu, integrasi B2BinPay ke sistem sedia ada dipermudahkan dengan API, tanpa mengganggu operasi perniagaan. Hasilnya, anda dapat menggunakan kemampuan pemprosesan kripto dengan lancar serta tanpa sebarang kelewatan. 

Jadi, dapat dikatan bahawa B2BinPay merupakan penyelesaian pembayaran label putih terbaik. Ia menyediakan alat untuk membina sendiri gerbang pembayaran kripto label putih kepada perniagaan. B2BinPay menawarkan perkhidmatan pedagang label putih yang kukuh dan pembangunan gerbang bayaran yang boleh digunakan dalam pelbagai industri. 

Kesimpulan

Sekiraranya syarikat anda ingin menambah pembayaran melalui mata wang kripto dalam operasi hariannya, anda patut mulakan dengan meilih gerbang pembayaran label putih terbaik. Dari segi butiran pembayaran, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, B2BinPay, merupakan perintis dalam pembangunan gerbang pembayaran mata wang kripto dan memudahkan bayaran menggunakan kripto. Ia dapat memastikan pihak syarikat berupaya mengendalikan transaksi dengan mudah.  

Platform label putih ini memberi sokongan terhadap kemampuan sesebuah organisasi untuk menginovasi dan juga menyelaraskan transaksi. Jadi, anda perlu berhati-hati dalam memilih penyedia pembayaran mata wang kripto yang tepat. Ia mungkin menjadi langkah besar untuk kejayaan anda.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024