Crypto Payment Gateway Services

Bagaimana Servis Gerbang Pembayaran Kripto Dapat Membuatkan Perniagaan Anda Berjaya?

Reading time

Mata wang kripto bermaksud sebuah entiti digital yang telah disulitkan, yang beroperasi tanpa pengawasan kerjaan atau bank pusat. Realiti ini telah menarik lebih ramai individu di serata dunia untuk menggunakannya sebagai cara pembayaran. Blockchain digunakan lebih dari 300 juta orang. Jumlah tersebut menunjukkan pembayaran mata wang kripto semakin popular. 

Trend ini tidak hanya diikuti oleh individu sahaja; syarikat di seluruh dunia telah menggunakan mata wang digital sebagai pembayaran

Syarikat boleh memasuki pasaran baru disebabkan terdapat ramai pengguna kripto. Keadaan ini boleh berlaku terutamanya di sektor di mana sistem kewangan tradisonal sukar digunakan. Mata wang digital menawarkan banyak manfaat untuk perniagaan dalam talian. Ia tidak lagi lagi menjadi segmen kecil seperti sepuluh tahun yang lalu. Kini, mata wang kripto telah menjadi kaedah pembayaran yang diterima dengan meluas. Artikel ini akan membincangkan faktor yang perlu dipertimbangkan serta berkongsi cara untuk perniagaan yang ingin mengintegrasi perkhidmatan gerbang bayaran kripto

Isi Penting

  1. Syarikat yang menggunakan pembayaran mata wang kripto menyediakan perkhidmatan kepada lebih 300 juta pengguna. Selain daripada memenuhi kaedah pembayaran yang diinginkan pengguna, penggunaan bayaran mata wang kripto juga meluaskan lagi pasaran.
  2. Transaksi yang berlaku secara terus antara pengirim dan penerima boleh dilakukan melalui penggunaan gerbang pembayaran kripto, dengan menghapuskan keterlibatan pihak pengantara.
  3. Perniagaan boleh beroperasi secara global tanpa isu tukaran mata wang atau fi tukaran wang asing kerana mata wang kripto boleh digunakan di serata dunia (borderless).
  4. Disebabkan kemampuan teknologi blockchain untuk menyediakan keselamatan dan privasi yang lebih tinggi, transaksi kripto dapat menarik pelanggan lebih meluas, yang mementingkan keselamatan privasi dalam talian mereka.

Maksud Gerbang Pembayaran Kripto

Lebih mudah untuk menerima mata wang digital sebagai cara untuk membayar produk dan perkhidmatan dengan menggunakan gerbang pembayaran kripto. Sektor perniagaan boleh memproses transaksi mata wang kripto menggunakan gerbang tersebut. Selain itu, gerbang pembayaran kripto juga membolehkan peruncit mengendalikan kewangan tanpa perlu memiliki kripto di kunci kira-kira (balance sheet). Ia dapat dilakukan dengan menukar serta-merta pembayaran digital kepada mata wang fiat.

Memahami Gerbang Pembayaran

Sektor perniagaan boleh menerima bayaran melalui gerbang pembayaran kripto dan pemprosesan pembayaran yang khusus. Gerbang ini membuatkan perniagaan tidak perlu mengendalikan mata wang digital, dengan terus menukar kripto kepada wang fiat.

Gerbang pembayaran kripto juga menawarkan perkhidmatan penting yang membantu pelanggan melakukan pembayaran dengan lancar, termasuk, pengurusan dompet, tukaran mata wang, pematuhan undang-undang, dan integrasi teknologi.

Nod, Pelombong, dan Dompet

Nod rangkaian blockchain tidak berpusat akan memantau dan mengesahkan transaksi. Tujuannya adalah untuk menghalang mata wang kripto yang sama digunakan sebanyak dua kali (double-spending). Pelombong (miner) pula akan menjana mata wang baru dan akan menerima fi transaksi sebagai ganjaran untuk menyelesaikan pengiraan.

Untuk melakukan transaksi sulit dan seakan sama dengan transaksi menggunakan PIN, pelanggan perlu menghubungkan private dalam dompet mata wang kripto dan alamat awam berfungsi sebagai nombor akaun mereka. Pemilik dompet non-custodial memiliki kawalan penuh ke atas private key mereka. Sementara untuk dompet custodial pula, ia akan dipantau oleh pihak ketiga.

Blockchain dan Mata Wang Kripto

Teknologi blockchain adalah sebuah sistem lejar tidak berpusat yang beroperasi di beberapa komputer. Sistem ini berbeza berbanding sistem kewangan tradisional yang terbatas dari segi lokasi dan operasi. Ia menjadi teras untuk mata wang kripto.

Mata wang kripto, atau mata wang digital didagangkan di blockhain dan digunakan dalam transaksi. Bitcoin merupakan mata wang paling terkenal dan paling banyak digunakan. 

Perkhidmatan pembayaran untuk mata wang kripto akan menukar mata wang digital ke wang fiat dengan pantas. Fungsi tersebut akan menggalakkan penggunaan mata wang kripto. Transaksi lebih mudah dilakukan dengan membolehkan peruncit menerima pembayaran Bitcoin tanpa perlu menguruskan atau menyimpan mata wang digital tersebut.

Bagaimana Gerbang Pembayaran Kripto Berfungsi

The working flow of crypto payment gateway

Gerbang pembayaran kripto mempunyai prosedur yang ringkas. Di tempat jualan (point-of-sale), pelanggan boleh membayar menggunakan mata wang digital, melalui aplikasi, di stor atau secara online. Pelanggan akan menghantar amaun kripto yang sama dengan nilai transaksi.

Gerbang pembayaran akan menukar amaun kripto tersebut dengan segera ke mata wang fiat yang telah dipilih pelanggan. Kemudian, wang akan didepositkan ke akaun pedagang mengikut terma perjanjian perkhidmatan.

Sistem ini membolehkan pemprosesan transaksi dalam masa sebenar dilakukan dengan memberi lebih banyak alternatif kepada peruncit. Selain itu, ia juga akan menambahbaik keupayaan peruncit dalam menerima pembayaran mata wang kripto.

Terdapat hampir 300,000 vendor di seluruh dunia yang kini menerima pembayaran mata wang kripto dari pelanggan. Antara syarikat besar adalah seperti Subway, Starbucks, BMW, dan Microsoft.

Fakta Ringkas
Companies accepting cryptocurrency as payment

Syarikat yang Menerima Pembayaran Bitcoin

Untuk membolehkan pelanggan membayar menggunakan mata wang kripto, banyak industri, daripada laman web e-dagang sehinggalah kepada syarikat teknologi yang menggunakan gerbang pembayaran kripto. Mari kita lihat beberapa contoh. 

E-dagang dan Runcit

BigCommerce dan Shopify merupakan dua sistem peruncitan online yang menerima pembayaran kripto. Penerimaan ini dilakukan melalui usaha sama dengan pemproses pembayaran seperti B2binPay, BitPay, dan CoinPayments. Kini, platform tersebut boleh menerima Bitcoin dan mata wang digital lain, serta memudahkan lagi jualan produk dan perkhidmatan.

Selain itu, Microsoft dan Overstock juga menjadi contoh syarikat gergasi yang telah menggunakan mata wang digital untuk transaksi e-dagang, seterusnya menyediakan alternatif tambahan kepada pelanggan, dan menerima Bitcoin.

Sektor Teknologi

Firma teknologi terkenal seperti Dell dan ExpressVPN telah mengintegrasi kripto dalam sistem pembayaran. Sektor ini memahami kepentingan untuk menyediakan pilihan pembayaran kripto kepada pelanggan, bagi memenuhi permintaan mereka terhadap sistem pembayaran yang tidak berpusat dan selamat.

Pengehosan dan Perkhidmatan Web

Hostinger, Namecheap, dan syarikat pengehosan (hosting) web lain juga turut serta dalam trend kripto dengan menerima mata wang digital. Adaptasi ini menunjukkan sektor teknologi menuju ke arah pilihan pembayaran yang lebih fleksibel yang boleh digunakan oleh semua orang di serata dunia.

Industri Makanan dan Minuman

Industri makanan dan minuman, seperti Burger King dan Starbucks, juga telah mula menerima pembayaran kripto. Melalui penerimaan tersebut, pelanggan kini mempunyai pilhan pembayaran praktikal dan merupakan langkah penting untuk menerima mata wang kripto yang lebih menyeluruh.

Pelbagai Industri yang Menerima Pembayaran Kripto

Telekomunikasi merupakan salah satu daripada industri lain yang telah menerima mata wang kripto; AT&T menjadi perintis dalam langkah tersebut dengan menerima bayaran untuk perkhidmatan ditawarkan menggunakan Bitcoin. 

Salah satu contoh untuk jenama hotel mewah adalah Pavilions Hotels & Resorts. Rangkaian hotel ini membenarkan pelanggan membayar caj penginapan menggunakan Bitcoin dan mata wang kripto lain. 

Kasino online dan perniagaan berasaskan perjudian juga menggunakan kripto secara meluas dengan menawarkan pengeluaran yang selamat, pantas dan mudah kepada pelanggan.

Meluaskan Lagi Pilihan Pembayaran Kripto

Gerbang pembayaran kripto menyokong penggunaan pembayaran kripto dengan menyediakan tukaran mata wang digital ke wang fiat secara serta-merta dengan lebih mudah. Keadaan ini akan mempercepatkan proses transaksi dan membuatkan stor runcit tidak perlu mengendalikan atau memegang mata wang digital untuk menerima pembayaran Bitcoin.

Penggunaan kod QR dan dompet kripto membuatkan transaksi selamat dan ringkas. Situasi tersebut menggambarkan perubahan yang telah berlaku dalam perdagangan digital dan juga pemprosesan pembayaran.

Potensi besar mata wang kripto untuk digunakan sebagai kaedah pembayaran boleh dilihat pada pelbagai perniagaan yang menerima secara meluas mata wang tersebut. Mata wang kripto menawarkan cara baru untuk perniagaan dan pengguna melakukan transaksi yang selamat dan pantas.

Bagaimana Sektor Perniagaan Menerima Pembayaran Kripto

Definition of crypto payment gateway

Dengan memilih dan menggunakan gerbang pembayaran kripto,, sektor perniagaan boleh menerima mata wang digital sebagai kaedah pembayaran melalui cara yang berstruktur. Mari kita lihat prosedur yang terlibat: 

1. Pilih Pemproses Pembayaran Kripto

Sektor perniagaan perlu mempertimbangkan senarai pilihan pemproses berdasarkan kemampuan teknologi, ketersampaian global, pematuhan, kos dan tempoh pemprosesan. Pemproses yang telah dipilih akan menguruskan bahagian transaksi yang rumit, seperti penukaran ke mata wang fiat dengan segera, untuk mengelakkan perniagaan menanggung risiko ketidakstabilan pasaran kripto.

2. Intergrasi Bersama Platform Perniagaan

Langkah seterusnya adalah mengintegrasi gerbang pembayaran kripto bersama laman web perniagaan tersebut. Ini boleh bermaksud menggunakan laman pembayaran yang dihoskan, membuat tetapan plugin dan API atau perkara lain, bergantung pada infrastruktur syarikat tersebut dan kemampuan gerbang yang dipilih. Untuk membolehkan perniagaan menerima pembayaran kripto, ia mungkin memerlukan peranti yang dapat berfungsi dengan sistem tempat jualan (POS) yang digunakan ketika ini.

3. Optimumkan Pengalaman Pembayaran

Penting untuk anda menambah baik proses checkout bagi membolehkan pembayaran mata wang kripto dibuat. Langkah ini melibatkan perkara seperti memastikan pengguna dapat memilih mata wang kripto dengan mudah dan prosedur pembayaran yang ringkas. Proses pembayaran perlu seringkas mungkin untuk membuatkan lebih ramai pengguna membeli.

4. Pilihan Pembayaran untuk Pelanggan

Pelanggan boleh memilih kripto di laman checkout sebaik sahaja sistem bayaran berfungsi. Selepas menyemak kadar tukaran semasa untuk kripto yang diplih dan bersetuju, pelanggan boleh meneruskan dengan proses bayaran, yang biasanya dapat dilakukan dengan mudah melalui kod QR.

5. Pengesahan Transaksi dan Pembayaran

Selepas memilih kaedah pembayaran yang diingkan, pengguna akan menggunakan dompet ripto untuk lengkapkan pembayaran. Kemudian, transaksi akan diproses dan disahkan oleh blockchain. Stor atau perniagaan tersebut boleh memilih sama ada untuk menyimpan kripto yang diterima dalam dompet digital syarikat atau ditukarkan ke wang fiat dan didepositkan ke akaun bank syarikat.

Blockchain is used to confirm the payment

Perkara Lain yang Perlu Dipertimbangkan

  • Mengawal ketidakstabilan kripto – Sektor perniagaan perlu bersedia terhadap ketidakstabilan mata wang kripto dengan menawarkan perkhidmatan seperti tukaran kripto ke fiat yang pantas sebaik sahaja pembayaran diterima.
  • Buat tetapan dompet atau gerabng kripto – Jika anda ingin memiliki fleksibiliti dalam mengendalikan dana yang diterima, anda boleh gunakan gerbang yang membolehkan tukaran mata wang atau dimasukkan terus ke dompet untuk pembayaran.
  • Fahami undang-undang – Penting untuk anda mengetahui undang-undang serantau berkenaan transaksi kripto untuk menjamin pematuhan, terutamanya tentang pencukaian.

Kelebihan dan Kelemahan Penerimaan Pembayaran Kripto

Sekarang, mari kita bincangkan tentang kelebihan dan kekurangan untuk pilihan pembayaran kripto.

Benefits of crypto payments

Meningkatkan Aspek Keselamatan dan Privasi

Transaksi kripto menawarkan aspek ketanpanamaan (anonimity) dan keselamatan yang lebih tinggi berbanding kaedah pembayaran tradisional. Ini kerana teknologi blockchain melindungi dan tidak mendedahkan maklumat peribadi dalam transaksi. Selain itu, disebabkan teknologi blockchain ini bersifat tidak berpusat, data peribadi tidak begitu diperlukan. Keadaan ini akan mengurangkan risiko penipuan chargeback dan pencurian data.

Kos Lebih Rendah

Kos untuk pihak pengantara dalam pembayaran digital biasanya dalam 3% hingga 5%, seperti fi kad kredit. Namun, jika menggunakan mata wang kripto, fi pengantara tidak akan dikenakan. Transaksi terus antara pengirim dan penerima dilakukan dalam fi yang lebih rendah, dan boleh menjimatkan untuk jangka masa panjang.

Transaksi Pantas

Pembayaran menggunakan mata wang kripto boleh mengelakkan daripada kelewatan tempoh pemprosesan oleh pihak bank dan membolehkan pindahan segera dibuat. Pindahan bayaran yang pantas memberi manfaat kepada kedua-dua pelanggan dan perniagaan.

Akses Terhadap Pasaran Global

Sifat mata wang kripto yang tidak bersempadan membolehkan sektor perniagaan mampu beroperasi secara global. Penggunaan mata wang kripto tidak melibatkan fi perbankan asing atau tukaran mata wang. Situasi ini membuka peluang untuk perniagaan masuk ke pasaran asing, seterusnya membolehkan perniagaan bersaiz sederhana atau kecil bersaing di peringkat global.

Pangkalan Pelanggan yang Lebih Meluas

Penerimaan terhadap pembayaran kripto, mungkin dapat menarik pelanggan yang lebih menggemari mata wang kripto, atau mereka yang khuatir tentang privasi online. Selain daripada mereka yang menggunakan sistem perbankan biasa, ia juga termasuk individu yang tidak menggunakan sistem tersebut, hasilnya pangkalan data akan lebih meluas.

Halangan dalam Penerimaan Bayaran dalam Mata Wang Kripto

Penerimaan bayaran dalam mata wang kripto tidak hanya menawarkan manfaat; terdapat beberapa kelemahan dalam pembayaran kripto. 

Pengalaman Pengguna

Pembayaran menggunakan mata wang kripto masih sedang dibangunkan. Walaupun terdapat sektor tertentu yang memiliki kadar tukaran (conversion rate) yang tinggi, industri pembayaran kripto masih dalam usaha untuk membuatkan ia mudah difahami seperti dalam transaksi e-dagang tradisional.

Ketidakstabilan Harga

Harga kripto yang boleh turun naik dengan begitu cepat membuatkan ia berisiko untuk dipegang. Kebanyakan syarikat mengurangkan risiko ini dengan menggunakan pemproses pembayaran kripto untuk buat tukaran ke wang fiat. Namun, masih terdapat risiko terhadap turun naik harga.

Pematuhan Undang-undang

Undang-undang aset digital semakin berkembang, di mana syarat berbeza dikenakan untuk kawasan berlainan. Pihak perniagaan yang ingin menerima pembayaran kripto mungkin berdepan dengan isu ketidakpastian, kerana undang-undang yang sentiasa berubah.

Interoperabiliti

Apabila transaksi blockchain diintegrasi bersama pelbagai blockchain atau sistem perbankan tradisional, isu teknikal mungkin akan timbul. Namun, terdapat penyelesaian baru sedang dibangunkan untuk mengatasi masalah tersebut, seperti API yang dapat memudahkan lagi pindahan antara rangkaian pembayaran berbeza.

Kesimpulan

Integrasi pembayaran kripto ke perancangan perniagan menawarkan beberapa manfaat yang jelas, seperti memenuhi kemahuan pelanggan untuk membayar menggunakan wang digital, pindahan wang yang lebih pantas, dan kos transaksi lebih rendah berbanding pembayaran tradisional menggunakan kad.

Manfaat sebegitu boleh memberi kelebihan kompetitif kepada syarikat seperti akses pasaran baru yang lebih mudah dan pengurusan aliran tunai yang lebih baik. Bagi perniagaan yang ingin menggunakan pembayaran kripto, pendekatan paling berkesan adalah dengan bekerjasama dengan pemproses pembayaran kripto yang memiliki reputasi. Melalui kerjasama tersebut, isu seperti setup yang sukar, pengurusan berterusan, intergrasi laman checkout, pembayaran, dan pematuhan undang-undang semuanya dikendalikan oleh pemproses tersebut.

Perniagaan tidak perlu melakukan penstrukturan semula prosedur kewangan semasa untuk menerima pelbagai mata wang digital. Ini kerana, terdapat gerbang pembayaran kripto yang menyediakan transaksi yang lancar. Platform tersebut mengutamakan pematuhan terhadap undang-undang dan pengurusan risiko ini. Selain itu, ia menyediakan cara yang selamat dan berkesan kepada perniagaan untuk gunakan mata wang kripto dalam kaedah pembayaran.

SOALAN LAZIM

Bagaimana kripto boleh memberi manfaat kepada perniagaan?

Penggunaan mata wang kripto boleh meningkatkan keberkesanan pemprosesan bayaran. Ia menawarkan beberapa kelebihan ketara untuk prestasi perniagaan. Mata wang kripto berkesan dari segi kos untuk individu dan perniagaan kerana tidak mengenakan fi perkhidmatan seperti kewangan tradisional.

Mengapa gerbang pembayaran kripto digunakan?

Perniagaan boleh menerima pembayaran dari serata dunia dengan menggunakan gerbang pembayaran kripto berbanding struktur kewangan tradisional.

Adakah kripto bagus untuk perniagaan bersaiz kecil?

Dengan bantuan mata wang kripto, perniagaan kecil mungkin dapat meluaskan pangkalan pelanggan dan sebagai pelindung nilai (hedge) terhadap perubahan ekonomi serantau. Selain itu, ia juga membolehkan perniagaan mengakses pasaran antarabangsa tanpa perlu melibatkan kadar tukaran atau isu dalam perbankan tradisional yang lain.

Apakah gerbang pembayaran kripto yang terbaik?

B2BinPay merupakan gerbang pembayaran kripto terbaik untuk tahun 2024. B2BinPay menyokong pelbagai blockchain, mata wang dan stablecoin. Ia juga mempunya front end yang mesra pengguna, pembayaran segera dengan caj rendah dan instant swap. Ia merupakan penyelesaian lengkap yang turut mengandungi dompet digital (pedagang) untuk syarikat FinTech, perniagaan runcit, laman web perjudian, dan banyak lagi. Selain itu, B2BinPay juga menawarkan dompet blockchain (perusahaan) untuk pertukaran kripto, brokeraj, dan pelanggan bertaraf perusahaan yang lain.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024