How to take Crypto Payments as a Business

Bagaimana Cara untuk Anda Terima Pembayaran dalam Bitcoin dan Altcoins

Reading time

Fakta bahawa industri blockchain telah menghadapi cabaran besar dalam dekad terakhir ini, bukanlah menjadi rahsia lagi. Ia telah mengalami kenaikan tertinggi dan diikuti dengan kejatuhan dramatik. Namun, dalam tempoh dua tahun sebelum ini, kita telah menyaksikan perubahan menyeluruh dalam perkembangan kripto, disebabkan industri blockchain yang semakin matang secara perlahan-lahan. 

Setakat 2024, landskap kripto boleh dikatakan tidak lagi sama. Fokus dunia kripto telah berubah kepada mata wang yang berasaskan projek bermanfaat dan memiliki kegunaan, serta kembali semula kepada objektif diperingkat permulaan sebagai pembayaran berkos rendah, pantas dan tidak berpusat. 

Dalam situasi ini, penerimaan mata wang kripto sebagai cara pembayaran tidak hanya sebagai bonus, ia mesti dilakukan jika anda ingin bersaing dengan pesaing anda. Artikel ini akan melihat mengapa anda perlu terima pembayaran kripto pada platform digital anda serta membincangkan beberapa pilihan pembayaran mata wang kripto yang boleh membantu anda terima lebih banyak mata wang kripto. 

Isi Penting

  1. Penerimaan terhadap pembayaran kripto pada tahun 2024 telah menjadi strategi yang bagus untuk perniagaan yang memfokuskan masa hadapan.
  2. Penting untuk menyediakan pelbagai pilihan mata wang untuk pelanggan anda, termasuk semua pilihan popular dalam pasaran semasa.
  3. Bitcoin dan Ethereum masih lagi menerajui pasaran blockchain, namun populariti coin seperti Ripple, Stellar, Cardano, Litecoin, dan Dash semakin meningkat.
  4. Penting untuk anda mendapatkan gerbang pembayaran yang berkualiti tinggi bagi mengelakkan komisyen yang tinggi dan pilihan terhad.

Manfaat Penerimaan Kripto kepada Perniagaan Anda

Pada tahun 2024, terdapat 15,000 syarikat berdaftar yang menerima pembayaran mata wang kripto. Antara syarikat ini termasuklah peneraju dalam industri seperti Amazon, Microsoft, dan AT&T. Syarikat global semakin terbuka terhadap idea menggunakan kripto sebagai cara pembayaran yang sah. Namun mengapa keadaan ini berlaku? Bukankah kripto merupakan salah satu pasaran kewangan paling tidak stabil di dunia? 

Advantages of Adopting Crypto Payments

Kelajuan, Kemampuan dan Saluran Pendapatan Baharu

Walaupun pasaran kripto tidak stabil dan berisiko tinggi, dari segi prinsip Pareto ia menawarkan keberkesanan lebih baik berbanding pembayaran fiat, terutamanya transaksi antarabangsa, Pindahan konvensional menggunakan mata wang fiat mengambil masa sehingga beberapa hari bekerja atau minggu dan melibatkan fi transaksi yang tinggi.

Sebaliknya, pembayaran kripto boleh diproses tanpa campur tangan dari bank pusat dan semakan berlebihan. Situasi ini, membolehkan transaksi mata wang digital dapat dilengkapkan dalam tempoh yang lebih pantas dan kos rendah.  Kripto juga membolehkan pengguna mengelakkan pencerobohan privasi, memandangkan pengguna tidak perlu mendedahkan maklumat peribadi mereka apabila melakukan transaksi. 

Disebabkan faktor populariti kripto yang semakin meningkat dan rangka kerja undang-undang yang lebih ketat, pengguna mula terlibat secara aktif dalam mata wang kripto. Jadi, penerimaan terhadap pembayaran kripto telah menjadi strategi dominan untuk perniagaan digital. Ini kerana perniagaan tersebut boleh menarik pelanggan baru dan mengelak daripada terpaksa membayar caj komisyen yang membebankan. 

Saiz pasaran pembayaran khusus menggunakan kripto telah meningkat secara dramatik pada tahun 2024. Ini bermakna, secara praktikal sumber pendapatan ini masih belum diterokai sepenuhnya dan berpotensi memberi potensi keuntungan yang besar. 

Kelebihan Menjadi Pihak Terawal dalam Pasaran yang Tidak Stabil

Pada 2024, kewujudan pasaran kripto telah mencapai usia lima belas tahun. Namun, dari sudut perniagaan, usia pasaran ini masih dianggap masih terlalu muda, dan masih terdapat peluang pada masa hadapan. Jadi, penerimaan Bitcoin dan pilihan mata wang kripto lain boleh membuka peluang seluas-luasnya kepada syarikat anda. 

A Growing Number of Crypto Owners Worldwide

Pemilik dan peminat kripto begitu teruja untuk membangunkan Internet versi tidak berpusat sepenuhnya di mana mata wang kripto digunakan sebagai cara utama untuk membuat pembayaran. Mana-mana perniagaan yang menyokong idea ini boleh bersedia untuk peluang yang tersedia pada masa hadapan, seperti berubah kepada tidak berpusat, dan mungkin berpotensi untuk berkembang melepasi jangkaan orang ramai. 

Aspek Kepelbagaian Merupakan Faktor Penting

Mana-mana perniagaan yang menerima pembayaran kripto, dilihat memiliki kelebihan dari segi kepelbagaian berbanding pesaing yang hanya menerima wang fiat. Simpanan fiat dan kripto yang seimbang mungkin menjadi cara terbaik bagi perniagaan untuk mengawal risiko, Ini kerana kedua-dua jenis mata wang tersebut biasanya bertentangan antara satu sama lain. Jika mata wang fiat menjadi tidak stabil, nilai mata wang kripto biasanya akan meningkat. 

Namun, jika anda hanya menerima pembayaran Bitcoin sahaja, dan tidak menerima altcoins, peluang untuk meluaskan perniagaan dan keuntungan mungkin terbatas. Jadi, namun penting untuk menggunakan gerbang pembayaran kripto yang menyokong pelbagai dompet kripto. Keadaan tersebut akan membolehkan anda menerima bayaran melalui mata wang digital berbanding hanya beberapa pilihan popular. 

Walaupun Bitcoin dan Ethereum mendominasi pasaran, dalam tahun 2024 semakin banyak projek popular yang melibatkan altcoins. Jadi anda dinasihatkan untuk tidak hanya memilih pilihan paling mudah, malah anda juga patut melakukan integrasi sistem pemprosesan bayaran yang dapat berfungsi dengan pelbagai dompet kripto. 

Mata Wang Kripto Paling Popular dan Bernilai untuk Diterima

Seperti dinyatakan di atas, dalam integrasi pembayaran kripto aspek kepelbagaian tidak hanya penting untuk masa sekarang, malah ia juga penting untuk masa hadapan. Setiap mata wang dan rangkaian berbeza memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, pengguna sasaran anda perlu memiliki pilihan untuk membayar menggunakan mata wang yang diingini serta melalui rangkaian kripto pilihan mereka. Berikut adalah senarai pilihan mata wang kripto paling popular untuk diterima. Selain itu, kami juga akan bincangkan kelebihan unik mata wang tersebut berbanding mata wang lain di pasaran. 

1) Dominasi Bitcoin Masih Lagi Tidak Dicabar

Seperti dijangka, Bitcoin masih lagi mendahului dalam dunia mata wang digital. Dominasi sistem pembayaran Bitcoin tidak dapat disangkal lagi disebabkan ia digunakan di serata dunia dan agak stabil. Bitcoin kekal menjadi ikon kripto disebabkan oleh reputasi dan potensi untuk berkembang yang lebih tinggi. Mata wang utama ini telah dinamakan sebagai antara pelaburan terbaik untuk 2010-an, malah bull run Bitcoin ketika ini melebihi jangkaan semua pihak. 

Bitcoin lebih sesuai untuk pemilik kripto. Ini disebabkan oleh mata wang ini bersifat spekulatif dan harga mata wang ini berpotensi untuk terus meningkat. Ramai pengguna yang masih menggunakan Bitcoin berbanding mata wang lain sebagai pilihan cara pembayaran. Ini kerana Bitcoin merupakan mata wang yang sangat popular dan berprofil tinggi. Jadi, anda seharusnya perlu mengutamakan integrasi API pembayaran Bitcoin cash. 

Penyelesaian API Bitcoin mendominasi pasaran pemprosesan pembayaran, di mana penyedia API utama menawarkan gerbang pembayaran Bitcoin versi tersendiri. Sektor perniagaan boleh mendapatkan perkhidmatan pemprosesan pembayaran tanpa perlu mengorbankan aspek kualiti, keselamatan, atau kebolehaksesan. 

Jika, anda sedang pertimbangkan untuk mengintegrasi mata wang digital dalam infrastruktur digital anda, API Bitcoin Cash digunakan untuk memulakan pilihan pembayaran yang baru. Kebanyakan syarikat besar memilih untuk menerima pembayaran melalui Bitcoin. Faktor ini disebabkan oleh mata wang tersebut dianggap paling selamat dan tidak memerlukan tukaran kripto kepada fiat secara serta-merta. 

2) Ethereum Ekosistem Terbaik untuk Smart Contract

Sama seperti Bitcoin, Ethereum masih kekal menjadi mata wang kedua paling popular. Reputasi Ethereum diperkukuhkan lagi melalui kegunaan yang ekstensif dan teknologi yang bernilai tinggi. Ethereum menawarkan protokol paling dipercayai, boleh diubah suai dan mudah digunakan di dunia. Pihak-pihak yang menyokong Web 3.0 dan penyelesaian tidak berpusat telah giat melabur dalam Ethereum kerana ia memilki ekosistem smart contract yang terbaik. 

Real World Application for Ethereum's Smart Contracts

Kefungsian smart contract meliputi pelbagai aplikasi, termasuk kesihatan, insurans, pengurusan rantai bekalan, kewangan, pengedaran dan banyak lagi. 

Namun, ETH juga memiliki kekurangan untuk pindahan pembelian. Rangkaian Ethereum mengalami isu kesesakan dan fi gas yang meningkat. Namun, sama seperti Bitcoin, ramai pemilik kripto yang memilih ETH berbanding Altcoin disebabkan oleh reputasi dan kestabilan mata wang tersebut. Untuk mendapatkan gerbang pembayaran ETH boleh dikatakan agak mudah dan tidak melibatkan kos yang begitu tinggi, lebih-lebih lagi jika anda sudah pun mempunyai gerbang pembayaran blockchain. 

3) Ripple: Alternatif yang Praktikal untuk SWIFT

Ripple merupakan salah satu Atlcoins tertua di pasaran. Walaupun ia tidak mampu mengekalkan harga melebihi $1, mata wang ini masih lagi menjadi antara mata wang yang digunakan secara meluas, di mana peredaran hariannya melebihi $2.66 billion. Kerancakan aktiviti di pasaran untuk Ripple bukanlah satu kebetulan sahaja; pencipta XRP sengaja mencipta satu sistem yang boleh menyaingi pembayaran SWIFT antarabangsa. 

Difference Between Ripple and SWIFT

XRP boleh dipindahkan dalam masa beberapa saat sahaja dan fi transaksi yang rendah. Keadaan tersebut memboleh pengguna membuat bayaran dengan mudah di serata dunia. Hasilnya, XRP menjadi pilihan pembayaran yang popular untuk perbelanjaan harian dan aktiviti membeli-belah secara online. Namun, satu-satunya kelemahan Ripple adalah harganya yang tidak stabil. Situasi tersebut membantutkan hasrat pemilik kripto menggunakan XRP dalam dagangan harian. 

API Ripple agak mudah untuk diperolehi. Ini kerana API tersebut biasanya datang sekali dengan Altcoins popular lain seperti Ethereum. Jadi, jika anda telah pun memiliki sebarang jenis gerbang pembayaran, anda boleh menerima pembayaran Ripple dengan mudah, tanpa perlu mengeluarkan kos untuk perisian tambahan. 

Pertikaian di Mahkamah oleh Ripple boleh dikatakan telah mengganggu harga XRP. Ini kerana pengguna lebih memilih untuk tidak menggunakan coin yang tidak stabil. Namun, nasib Ripple mungkin berubah, memandangkan syarikat tersebut berkemungkinan besar akan didapati tidak bersalah terhadap pertuduhan SEC.

Fakta Ringkas

4) Stellar Sungguh Mudah Digunakan oleh Kebanyakan Pengguna

Jika strategi Ripple adalah untuk menjadi alternatif untuk industri perbankan dalam transaksi antarabangs, Stellar juga mempunyai objektif yang sama. Cuma, sasaran mata wang ini adalah untuk pedagang biasa dan pemilik kripto. XRP dan Stellar berkongsi banyak persamaan, seperti transaksi berkos rendah dan tempoh pemprosesan yang pantas. Namun, Stellar lebih fokus terhadap kebolehaksesan, dan membuatkan keseluruhan sistem lebih mudah untuk pengguna biasa yang tidak begitu memahami perbankan atau kripto. 

Stellar juga lebih mudah diakses oleh negara dunia ketiga. Ini disebabkan mata wang ini memerlukan bekalan tenaga elektrik dan internet yang rendah. Jadi, jika anda menerima pembayaran melalui stellar, anda mungkin mempunyai sumber pendapatan baru yang terdiri daripada pelbagai negara dan benua. 

5) Cardano sebagai Jawapan untuk Trilemma Blockchain

Rangkaian Blockchain Cardano telah dicipta oleh jurutera dan pembangun dengan satu matlamat – untuk menyelesaikan Trilemma Blockchain. Masalah sememangnya dihadapi oleh Bitcoin dan Ethereum, iaitu gagal memenuhi tiga aspek yang dijanjikan oleh mata wang kripto – keselamatan, tidak berpusat dan kebolehskalaan. Dalam kebanyakan keadaan, coin popular terpaksa mengorbankan elemen kebolehskalaan dalam Blockchain. Namun, pihak kreatif di belakang Cardano telah menemui penyelesaian yang inovatif.

What is Blockchain Trilemma-

Pasukan kreatif di belakang Cardano telah membina protokol pengesahan yang tidak bergantung pada penggunaan tenaga yang tinggi. Selain itu, model tadbir urus Cardano dan variasi algoritma proof-of-stake yang kreatif telah menyumbang kepada kebolehskalaan platform tersebut. Pengesah (validator) dan pencadang (proposer) di rangkaian dipilih melalui model tadbir urus yang demokratik. Latar belakang pihak-pihak tersebut diperiksa dengan teliti untuk mengelakkan risiko manipulasi. 

Jadi, Cardano merupakan rangkaian blockchain lain yang berperanan seperti Ethereum, dengan mengutamakan kemajuan teknologi dan konsep teras tidak berpusat berbanding aspek lain. Namun, tidak seperti Ethereum, Cardano berjaya menghalang isu kesesakan. Penyedia pembayaran Cardano mudah diperolehi kerana API Cardano biasanya didatangkan sekali dengan pilihan pembayaran altcoin popular yang lain. 

6) Litecoin Sangat Sesuai untuk Transaksi Lebih Kecil

Misi Litecoin dalam dunia kripto hamoir serupa dengan Ripple dan Stellar. Ini kerana matlamat ketiga-tiga mata wang tersebut adalah untuk menyediakan transaksi yang pantas, kos rendah dan selamat. Namun, fokus Ripple lebih kepada transaksi antarabangsa dalam jumlah yang besar, manakala Stellar pula mengutamakan aspek ringkas dalam sistemnya. Begitu juga dengan Litecoin, fokus mata wang ini adalah dalam memproses amaun pindahan yang lebih kecil, termasuk transaksi di bawah satu dollar. 

Litecoin begitu berharga untuk individu yang ingin membeli barangan dan perkhidmatan, hanya menggunakan kripto tetapi ingin mengelakkan caj komisyen yang melampau dalam setiap pindahan. 

Selain itu, Litecoin juga berupaya untuk mengekalkan kestabilan harga sejak beberapa tahun ini. Antara faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut adalan polisi tokenomik yang berkesan dan kejayaan dalam pengagihan deflasi. Bekalan Litecoin dihadkan pada 84 juta dan kemungkinan besar jumlah tersebut dapat mencegah harga coin tersebut jatuh di bawah paras $60 untuk masa akan datang.

Litecoin's Price History

Jadi, penggunaan gerbang pembayaran Litecoin merupakan idea yang bagus untuk memberi perkhidmatan kepada bilangan pemilik kripto yang semakin bertambah, terutamanya jika perniagaan anda menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih kecil yang dibeli secara kerap. 

7) Dash: Peneraju dalam Keselamatan Kripto

Blockchain Dash sememangnya dikenali sebagai rangkaian paling selamat dalam dunia kripto. Dengan memiliki protokol keselamatan yang kuat, Dash boleh menyembunyikan maklumat transaksi mata wang kirpto. Ini membolehkan pengguna melakukan transaksi secara ketanpanamaan (anonymity) dengan mudah. 

Selaian itu, Dash juga memiliki fungsi InstantSend feature yang akan mempercepatkan lagi kemampuan pemprosesan transaksi. Fungsi tersebut membolehkan pemilik kripto mampu memproses pembayaran dalam masa beberapa saat. Hasilnya, gerbang pembayaran Dash menjadi semakin popular di serata dunia, di mana ia menyediakan proses pindahan dalam jumlah kecil dengan lancar dan berkesan. Walaupun harga Dash mengalami turun naik dalam dekad terakhir, mata wang tersebut berupaya untuk mengekalkan harga yang stabil dalam tahun sebelum ini. 

Jadi, penggunaan Dash untuk pembelian harian, bukan lagi menjadi risiko besar yang boleh menyebabkan pemilik kripto kehilangan wang dalam jumlah besar. Dash merupakan salah satu altcoins yang paling penting di pasaran ketika ini. Mata wang ini biasanya didatangkan sekali dalam pakej pemproses pembayaran popular untuk mata wang kripto. 

Gunakan Perkhidmatan Pedagang Mata Wang Kripto yang Memiliki Reputasi

Coin dan altcoin yang disebutkan di atas boleh memberi perniagaan anda pelbagai portfolio untuk pilihan pembayaran kripto. Setiap coin memiki kelemahan dan kelebihan tersendiri. Pemilik mata wang kripto kebiasaannya akan setia pada mata wang kripto kegemaran meraka. Jadi, penting untuk anda memiliki pelbagai mata wang altcoin yang popular jika ingin meluaskan lagi pengguna berasaskan kripto sasaran anda. 

Selain daripada kepelbagaian mata wang yang seimbang, anda juga perlu mendapatkan gerbang pembayaran kripto terbaik yang sesuai mengikut kemampuan kewangan anda. Penting untuk anda bekerjasama dengan penyedia gerbang primier jika ingin meluaskan lagi pilihan pembayaran kripto pada masa hadapan. Gerbang pembayaran yang bagus akan membantu anda meluaskan atau menguhbahsuai mata wang yang disokong tanpa menaikkan fi pemprosesan atau perkhidmatan. 

Selain itu, penyedia gerbang berkualiti juga akan memberi anda akses terhadap gerbang kripto-fiat terbaik, iaitu alat penting untuk perniagaan bukan blockchain.  Penukaran kripto ke wang fiat penting untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. Ia membolehkan perniagaan tersebut meningkatkan aliran tunai bulanan dan membayar pembekal atau pemiutang pada masa yang ditetapkan.

Kesimpulan

Penggunaan pelbagai gerbang pembayaran dan menerima mata wang kripto tertentu semakin menjadi strategi dominan untuk perniagaan yang progresif. Namun, penerimaan bayaran melalui kripto sebagai pilihan pembelian di platform anda sahaja tidak mencukupi. Anda perlu peka terhadap pilihan mata wang kripto yang popular. Ia membolehkan anda memiliki portfolio yang seimbang untuk memenuhi pelbagai kemahuan pengguna sasaran anda. 

Ada pengguna yang lebih mengutamakan kos rendah, sementara terdapat juga pengguna yang mementingkan aspek keselamatan tertinggi atau kestabilan harga. Jika anda hanya menyediakan BTC atau ETH untuk pelanggan, ia tidak cukup untuk bersaing dalam niche ini. Jadi, kami sarankan anda untuk mengkaji lebih mendalam terhadap senarai mata wang di atas dan terokai pilihan baru. Ini kerana, landskap kripto semakin berkembang dan berubah dengan pantas. 

SOALAN LAZIM

Bagaimana Cara Menerima Bitcoin?

Menerima mata wang Bitcoin sungguh mudah. Ini kerana terdapat pelbagai penyedia API kripto yag boleh menyediakan pilihan integrasi pembayaran yang lancar untuk perniagaan anda. API BTC boleh diintegrasi dengan mudah pada sistem anda tanpa memerlukan pengaturcaraan atau kos tambahan.

Altcoin jenis apakah yang patut saya terima untuk perniagaan saya?

Ethereum, Ripple, Stellar, Cardano, Litecoin dan Dash merupakan pilihan terbaik. Mata wang tersebut memenuhi keperluan berbeza dalam industri. Coin baru yang lain seperti SUI dan TAO mungkin menjadi pilihan menarik, bergantung pada kejayaan pada masa akan datang dan digunakan secara meluas.

Apa yang patut saya pertimbangkan ketika memilih gerbang pembayaran kripto?

Gerbang pembayaran kripto menjadi semakin popular dan mudah digunakan. Kini, sektor perniagaan boleh mendapatkan gerbang kripto melalui tawaran langganan yang mudah. Namun, anda patut pertimbangkan butiran lanjut tentang gerbang kripto, seperti sambungan dompet mata wang kripto, kemampuan tukaran kripto ke fiat dan kelajuan pemprosesan secara umum.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024