How to Choose an Altcoin Payment Processor

Bagaimana Cara Memilih Pemproses Bayaran Altcoin yang Ideal untuk Perniagaan Anda pada 2024

Reading time

Pada bulan Februari 2024, Bitcoin mencapai rekod $50,000 untuk setiap BTC, satu tahap yang tidak pernah dilihat sejak 2021. Memandangkan harga aset kripto terbesar tersebut terus meningkat, minat dan perhatian terhadap keseluruhan industri semakin bertambah. 

Sekali lagi, topik mengenai pembayaran kripto menjadi perhatian, dan banyak perniagaan yang pertimbangkan untuk memasukkan altcoin dalam pilihan bayaran.

Jadi, jika isu melibatkan Bitcoin membuatkan anda mencari kestabilan, caj rendah dan keselamatan yang lebih tinggi, anda boleh pertimbangkan pemproses bayaran altcoin terbaik sebagai langkah strategik anda yang seterusnya.

Isi Penting

  1. Penggunaan penyelesaian pembayaran kripto boleh memberi kelebihan besar kepada perniagaan, seperti keberkesanan transaksi yang lebih baik, menambahbaik aliran tunai adan ketersampaian pada pasaran global.
  2. Ketika memilih pemproses altcoin, pertimbangkan perkara seperti keberkesanan, sokongan pelanggan, sokongan token, kelajuan transaksi dan kebolehskalaan.
  3. BitPay, CoinsPaid, B2BinPay dan Coinbase Commerce merupakan pemproses altcoin terbaik untuk tahun 2024 disebabkan pelbagai jenis mata wang kripto yang disokong dan ciri-ciri yang mesra pengguna.

Apa Itu Pemproses Pembayaran Altcoin?

Pemproses pembayaran altcoin menghubungkan perniagaan anda dengan pengguna mata wang kripto. Integrasi terhadap perkhidmatan tersebut membolehkan pelanggan anda membayar barangan atau perkhidmatan menggunakan mata wang kripto tidak hanya Bitcoin, dengan mengambil kesempatan terhadap manfaat unik yang ditawarkan oleh setiap altcoin.

Apabila pelanggan membayar perkhidmatan menggunakan token, pemproses akan menukar aset digital kepada mata wang yang anda inginkan secara automatik. Kemudian, mata wang tersebut akan didepositkan secara automatik ke bank akaun. Situasi begitu memudahan pengurusan modal perniagaan anda.

how altcoin payment gateways work

Selain itu, ciri-ciri pemproses pembayaran kripto ini akan menambah baik kestabilan operasi perniagaan anda. Ini kerana, ia dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan ketidakstabilan tinggi yang dimiliki oleh mata wang kripto.

Selain itu, penggunaan pemproses bayaran altcoin dalam platform e-dagang anda boleh memberi beberapa manfaat kepada perniagaan anda:

  • Keberkesanan Transaksi Lebih Tinggi: Transaksi perniagaan lebih pantas dan lebih murah, di mana halangan daripada bank tradisional dapat dielakkan.
  • Menambah Baik Aliran Tunai: Anda akan terus dapat pembayaran dalam mata wang fiat serta bermanfaat untuk perancangan kewangan.
  • Ketersampaian pada Pasaran Global: Anda boleh terima pembayaran kripto di mana sahaja, pelanggan lebih meluas.

Ketika mencari penyelesaian pembayaran altcoin, anda akan dapati pemproses tersebut menyokong pelbagai jenis mata wang kripto. Ada pemproses yang menyokong sehingga 50 alcoin yang berbeza. Selain itu, pemproses tersebut juga boleh mengendalikan transaksi dalam beberapa mata wang fiat.

Pemproses bayaran alcoin terkenal tidak hanya memastikan pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan pengurangan risiko, malah juga memiliki beberapa lesen dan kelulusan dari pengawal selia.

Fakta Ringkas

Faktor Utama yang Perlu Dipertimbangkan Ketika Memilih Pemproses Altcoin

Apabila memilih gerbang pembayaran mata wang kripto terbaik, terdapat pelbagai faktor yang boleh dipertimbangkan kerana terdapat banyak mata wang kripto. 

what to Consider When Choosing an Altcoin Processor

Berikut adalah beberapa faktor utama yang anda perlu pertimbangkan:

Keselamatan

Keselematan merupakan aspek paling utama – penyedia pembayaran altcoin perlu pastikan dana perniagaan anda dan kerahsiaan data pelanggan dilindungi. 

Pilih pemproses yang memiliki langkah keselamatan yang kukuh, termasuk pengesahan pelbagai tahap, penyulitan, dan konsisten audit keselamatan, memberi perlindungan terhadap ancaman dalam dunia digital yang sentiasa berubah.

Interface Pengguna dan Integrasi

Penyelesaian bayaran mesti memiliki antara muka (interface) yang intiutif dan mesra pengguna. Ia tidak hanya akan meringkaskan proses transaksi untuk pengguna, malah termasuk juga tetapan dan operasi harian untuk perniagaan anda. 

Dapatkan pemproses pembayaran altcoin dengan API yang mudah digunakan dan plugin yang dapat diintegrasi dengan mudah dengan platform e-dagang dan Bitcoin.

Keberkesanan Kos

Selain itu, struktur kos juga merupakan aspek yang penting. Gerbang pembayaran berbeza mungkin mengenakan model bayaran berbeza – ada gerbang pembayaran mengenakan fi per transaksi, manakala ada juga mengenakan langganan bulanan. Sebagai contoh, B2BinPay mengenakan fi sekitar 0.4-0.5% per transaksi yang masuk.

Sokongan Pelanggan

Kepentingan sokongan pelanggan tidak boleh dipandang mudah. Sekiranya terdapat masalah, akes terhadap pasukan khidmat pelanggan dalam beberapa saluran (telefon, e-mel, chat secara langsung) sangat berharga. Sokongan sebegitu menjadi nadi penting untuk membolehkan operasi berterusan dan pelanggan berpuas hati.

Selain itu, anda juga perlu beri perhatian pada:

Token yang Disokong

Pemproses pembayaran altcoin yang fleksibel tidak hanya menyokong token popular seperti BTC dan ETH, malah termasuk mata wang kripto lain. Situasi ini akan meningkatkan lagi fleksibiliti pada perniagaan untuk memenuhi keinginan pelanggan.

Kelajuan Transaksi dan Pembayaran

Aliran tunai penting untuk perniagaan terus beroperasi. Pengurusan aliran tunai anda akan lebih mudah jika anda gunakan pemproses yang menjamin pembayaran segera dan dapat menukarkan pembayaran altcoin ke mata wang tempatan dengan pantas.

Kebolehskalaan

Jumlah transaksi akan meningkat seiring dengan perkembangan perniagaan. Pilih pemproses yang boleh mengikut keperluan bisnes anda. Ini dapat mengelakkan gangguan pada perniagaan anda.

Akhir sekali, penting untuk anda fahami jenis transaksi yang disokong oleh pemproses anda:

  • Peer-to-Peer (P2P): Transaksi perangkai padan atau P2P merupakan pilihan popular untuk pengguna individu dan perniagaan kecil disebabkan ia mudah dan mengenakan caj rendah. Melalui P2P, transaksi antara dua pihak berlaku secara terus tanpa penglibatan pihak pengantara.
  • Point-of-Sale (POS): Peniagaan yang mempunyai lot perniagaan fizikal, sokongan transaksi POS memberi manfaat besar. Transaksi jenis ini membolehkan peniaga menerima bayaran mata wang kripto dalam kedai melalui integrasi dengan semua perkakas runcit sedia ada. Situasi ini menambah kemudahan kepada pelanggan dan selaraskan operasi perniagaan menggunakan imbasan kod QR dan rekod inventori.
  • Business-to-Business (B2B): Transaksi ini dapat memenuhi keperluan organisasi lebih besar yang berurusan dengan pelbagai rakan perniagaan dan operasi kewangan yang rumit. Transaksi B2B mungkin melibatkan bayaran secara pukal, transaksi berasaskan kontrak, atau invois khusus.
types of transactions

Memilih gerbang pembayaran kripto terbaik bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Pilihan anda perlu selari dengan permintaan semasa dan jangkaan pertumbuhan pada masa hadapan. 

Pemproses Pembayaran Altcoin Terbaik untuk 2024

Setakat 2024, landskap mata wang digital dibentuk oleh altcoin perintis seperti Solana (SOL), Cardano (ADA), dan Avalanche (AVAX). Semasa merancang strategi e-dagang anda, pilih pemproses pembayaran altcoin terbaik yang boleh menyokong altcoin tersebut dan juga aset lain kerana keputusan yang dibuat boleh memberi kesan transformatif kepada perniagaan anda.

Mari kita lihat lebih dekat tentang gerbang pembayaran kripto terbaik dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap perniagaan anda pada 2024:

best altcoin payment processors
  • BitPay:  Dengan ketersampaian global merangkumi 229 negara dan wilayah, BitPay merupakan pemproses pembayaran terbaik untuk peniagaan yang ingin memasuki pasaran mata wang digital yang kian berkembang. BitPay menawarkan sokongan terhadap 16 mata wang kripto utama dan berfungsi sebagai penghubung antara sistem kewangan tradisional dan ekosistem kripto.
  • CoinsPaid: Salah satu kelebihan CoinsPaid adalah kemampuannya memproses pembayaran dalam jumlah besar, dengan fi rendah, 0.8%. Gerbang ini menyokong lebih 20 aset digital dan tukaran ke lebih 40 mata wang fiat.
  • B2BinPay: B2BinPay sangat ideal untuk perniagaan yang ingin maksimum kelebihan menggunakan altcoin sebagai kaedah pembayaran. Ini kerana gerbang ini memiliki tahap automasi yang tinggi dan kelajuan transaksi yang pantas. Penyelesaian B2BinPay menyokong 53 coin, stablecoin, dan token yang berbeza. Kelebihan ini membolehkan peniaga memiliki pilihan luas untuk terima bayaran dari pelanggan.
  • Coinbase Commerce: Perkhidmatan yang bereputasi tinggi untuk peniaga yang ingin meluaskan lagi pilihan pembayaran. Ia menyokong lebih 10 mata wang kripto popular dan peniaga dapat meluaskan akses pelanggan. Alat (tool) Coinbase Commerce juga menyediakan pandangan mendalam terhadap kewangan pelanggan, menyelaraskan proses perakaunan dan penyesuaian.

SOALAN LAZIM

Adakah pemproses pembayaran altcoin selamat?

Keselamatan merupakan aspek utama untuk syarikat yang ingin mencari perkhidmatan pemprosesan pembayaran. Penyedia pembayaran akan menggunakan beberapa lapisan keselamatan untuk melindungi transaksi dan data pengguna. Antara langkah tersebut adalah protokol penyulitan, pengesahan multi-factor dan audit keselamatan berkala.

Apakah API yang digunakan untuk menerima pembayaran kripto?

API (Application Programming Interface) merupakan satu set protokol dan alat yang membolehkan komunikasi antara sistem perisian berbeza. Tujuan API adalah untuk mengintegrasi penyelesaian dengan perniagaan e-commerce. Ini membolehkan proses pembayaran mata wang kripto lebih berkesan. API juga mungkin menyediakan fungsi tambahan seperti analitik data dan pelaporan.

Bagaimanakah cara untuk saya set up sistem pembayaran kripto?

Untuk membuat tetapan awal sistem pembayaran kripto, ikuti langkah berikut:

1. Pilih pemproses yang bereputasi tinggi yang dapat memenuhi kemahuan anda dan mampu berintegrasi dengan baik dengan platform e-dagang anda.

2. Cipta akaun menggunakan penyedia bayaran kripto yang telah dipilih dan lengkapkan proses pengesahan yang diperlukan.

3. Jana key atau plug in API untuk mengintegrasi API dengan laman web atau aplikasi anda.

4. Ubahsuai proses pembayaran supaya sesuai dengan jenama dan keinginan pelanggan.

5. Ubah tetapan pada pemproses untuk selarikan dengan keperluan perniagaan anda, seperti fi transaksi dan mata wang kripto yang disokong.

6. Uji sistem dengan membuat pembayaran menggunakan mata wang kripto.

7. Pantau transaksi dan ubah suai tetapan untuk prestasi yang optimum.

Artikel terkini

Why Should You Accept Ethereum Payments in 2024?
Cara Terima Pembayaran Ethereum pada Tahun 2024
Pendidikan 09.05.2024
Why and How Can You Add Bitcoin Payment to Website?
Bagaimana Masukkan Pembayaran Bitcoin pada Laman Web
Pendidikan 06.05.2024
Cryptocurrency wallet vs exchange
Dompet Kripto vs Pertukaran Kripto: Ketahui Perbezaannya
Pendidikan 02.05.2024
B2BinPay Celebrates 1 Year of Partnership with Athletic Club
B2BinPay Meraikan Ulang Tahun Pertama Kerjasama Bersama Athletic Club
Berita Korporat 30.04.2024