Accept Crypto Payments with B2BinPay

Bagaimana Cara Terima Pembayaran Kripto dengan B2BinPay

Reading time

Pada hari ini, pembayaran kripto tidak hanya sebagai satu trend yang diiperkenalkan oleh peneraju industri. Ia merupakan teknologi praktikal yang memberi pulang yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada perniagaan untuk membuat pembayaran bersama, memudahkan, mempercepatkan dan membuat proses pembayaran selamat.

B2BinPay, memperkenalkan trend dalam pemprosesan coin digital dan penyelesaian pembayaran kripto. Ia menawarkan infrastruktur lengkap dengan akses kepada alat (tools) profesional untuk berfungsi dengan pembayaran dalam token fiat dan digital. Namun, bagaimana cara anda terima pembayaran kripto melalui B2BinPay?

Dalam artikel ini, anda akan mendapat jawapan tentang mengapa penerimaan pembayaran kripto begitu penting, apa itu penyelesaian Pedagang (Merchan) dari B2BinPay dan bagaimana penyelesaian tersebut boleh digunakan untuk aset digital.

Isi Penting

  1. B2BinPay merupakan penyedia pemprosesan kripto yang canggih untuk memproses asset digital.
  2. Model Enterprise (Perusahaan) menawarkan alat serba lengkap untuk terima pembayaran dan transaksi lain dalam perniagaan yang menggunakan coin digital.

Mengapa Penerimaan Terhadap Pembayaran Kripto Begitu Penting Ketika Ini?

Dunia kewangan, seperti yang kita lihat hari ini, adalah hasil daripada transformasi mendalam terhadap aspek proses operasi perniagaan. Salah satu daripadanya adalah pesanan pemprosesan pembayaran elektronik (transaksi kripto). Konsep ini telah menjalani perubahan besar dengan kedatangan teknologi mata wang kripto. 

Di sinilah lahirnya perkembangan dalam projek sistem pembayaran di mana model pemprosesan pembayaran berfungsi dengan penggunaan aset digital.

crypto adoption chart

Penggunaan perkhidmatan pemprosesan aset digital berskala besar dalam sistem pembayaran syarikat moden, tidak kira jenis aktiviti yang dijalankan, membuatkan daya saing lebih meningkat di pasaran dengan menawarkan cara inovatif untuk pembayaran yang dipersetujui bersama kepada pelanggan. Selain itu, ia juga dapat memperolehi pengalaman berharga melalui interaksi bersama model dan algoritma teknologi kripto baharu, yang juga menjadi asas bagaimana pemprosesan pembayaran kripto B2BinPay berfungsi. Situasi ini memberi peluang kepada syarikat membangunkan sendiri produk yang serupa.

Setakat ini, B2BinPay telah membuat kemas kini yang penting dengan menggabungkan dua modul pada produknya menjadi satu, untuk menyediakan akses tunggal yang bermanfaat kepada semua pengguna.

Fakta Ringkas

B2BinPay —  Sistem Pemprosesan Aset Digital yang Inovatif

B2BinPay ialah sebuah syarikat yang telah lama beroperasi dalam industri mata wang kripto. Syarikat ini telah membangunkan dan mengunakan penyelesaian bijak untuk pemprosesan kripto, simpanan, dan menukarkan aset kripto. 

Syarikat ini juga telah mencipta sistem mata wang kripto pelbagai fungsi dan inovatif yang diperkenalkan sebagai dompet kripto untuk pedagang dan pelanggan korporat. Ini membolehkan pedagang dan pelanggan korporat terus menggunakan perkhidmatan B2BinPay dengan serta-merta. Semua penyelesaian ini membentuk ekosistem untuk sebuah sistem yang dikenali sebagai Model Perusahaan B2BinPay. Model ini telah membantu memudahkan transaksi mata wang kripto dan dalam masa yang sama, memastikan keselamatan dan keselesaan untuk semua penggua.

Berdasarkan kemaskini terkini, pelanggan Pedagang dan Perusahaan kini mendapat akses yang disatukan (unified) dengan caj onboarding untuk sekali yang sama ($500). 

Model Perusahaan B2BinPay ini merupakan ekosistem penyelesaian pembayaran yang sangat canggih dan versatil. Ia direka khusus untuk pelanggan perusahaan, termasuk broker Forex dan pertukaran kripto. Model ini menawarkan integrasi dompet coin kripto yang lancar untuk membolehkan perniagaan menjalankan pelbagai operasi dengan aset digital dan mata wang fiat. 

Penyelesaian pembayaran ini menawarkan pelbagai kelebihan. Ia merupakan alat berharga untuk perniagaan dan platform e-dagang untuk menggunakan manfaat teknologi mata wang kripto, terutamanya pemprosesan kripto.. 

Dengan B2BinPay, pihak syarikat boleh menikmati transaksi pembayaran untuk kedua-dua transaksi on-chain dan off-chain yang lebih pantas, selamat dan selesa yang jauh mengatasi sistem pembayaran klasik sedia ada.

Model Perusahaan B2BinPay merupakan penyelesaian pembayaran yang membolehkan perniagaan menerima pembayaran kripto dan menguruskannya dengan mudah. Ia menawarkan pelbagai ciri-ciri yang membuatkan model ini sebagai produk yang mendapat permintaan tinggi, seperti keupayaan untuk simpan dan tukaran mata wang kripto dan kebebasan untuk mengubah suai pilihan pembayaran berdasarkan model perniagaan. 

Penyelesaian ini semakin popular disebabkan ciri-ciri fleksibiliti dan kegunaan yang dimiliki. Ini membuatkan ia pilihan ideal untuk perniagaan yang ingin menggunakan mata wang kripto dalam sistem pembayaran, termasuk juga kelebihan berikut.

Main Features of B2BinPay's Enterprise Model

1. Buku Alamat

Pengguna penyelesaian Perusahaan B2BinPay boleh simpan sebarang jenis alamat pada kegemaran pengguna. Kemudahan in membolehkan pembayaran pada masa akan datang dapat dicipta dengan pantas. Selepas masukkan alamat baru, [elanggan hanya perlu pilih ruangan yang sesuai yang akan disimpan dalam Buku Alamat untuk kegunaan pada.

2. Pegeluaran Bank

B2BinPay menawarkan cara yang selesa dan pantas untuk pengguna dompet korporat menerima pembayaran Bitcoin dan tukar aset digital kepada wang fiat. Dengan keupayaan untuk menggunakan kedua-dua pembayaran SWIFT dan SEPA, pengguna boleh terima pembayaran secara terus ke akaun bank. Selain itu, pengguna boleh memilih antara pengeluaran sekali atau pembayaran kerap yang berjadual. Ini dapat memberikan fleksibiliti dalam menguruskan kewangan pengguna. 

3. Penggantian Caj

Jika pelanggan perusahaan telah tetapkan komisen rendah untuk pindah yang masih menunggu pengesahan, pelanggan tersebut boleh menggantikan denan nilai yang lebih tinggi, dengan mudah. Proses ini mudah dan boleh dilakukan dengan klik pada butang “Ganti dengan komisen” di tetapan pindahan. Pelanggan akan ditawarkan nilai komisen baru yang lebih tinggi dari sebelum ini. Ini membolehkan transaksi dilengkapkan dengan lebih pantas. 

4. Pembayaran yang Fleksibel

Model Perusahaan B2BinPay direka untuk menawarkan pilihan pengeluaran yang fleksibel. Pengguna boleh menggunakan kripto terbaik untuk pembayaran dalam pelbagai mata wang, kecuali mata wang dompet. Ciri-ciri sangat bermanfaat untuk syarikat yang lebih selesa untuk menggunakan pelbagai coin digital dan sistem blockchain. Dengan menyediakan keupayaan untuk fleksibel dalam pelbagai mata wang, Model Perusahan B2BinPay membolehkan pengguna selarikan proses pembayaran dan menoraki pasaran baru yang lain.

5. Sistem Notifikasi

B2BinPay menawarkan model perusahaan yang dilengkapi pusat notifikasi yang hebat. Fungsi ini dapat memastikan pelanggan perusahaan menerima semua jenis notifikasi perisian, termasuk notifikasi status dompet kripto. Pelanggan boleh mendapatkan notifikasi ini melalui e-mel dengan mendaftarkan alamat e-emel yang sesuai di ruangan “Alamat Notifikasi”. Fungsi ini sangat berguna dengan memastikan perkara penting dimaklumkan kepada pelanggan.

6. Kawalan Caj Transaksi

Model Perusahaan B2BinPay menawarkan penyelesaian pembayaran yang memberi pelanggan korporat kawalan lebih tinggi terhadap kelajuan transaksi rantaian. Komisyen yang lebih tinggi membolehkan pelanggan menikmati transaksi yang lebih pantas dalam sistem. Selain itu, pelanggan juga boleh tetapkan komisyen individu berdasarkan pelbagai faktor transaksi pembayaran, seperti jenis, kuantiti, dan faktor lain. Ini membolehkan pelanggan memiliki fleksibiliti dan kawalan yang lebih tinggi terhadap transaksi.

Bagaimana Cara Terima Pembayaran Kripto Menggunakan B2BinPay

B2BinPay merupakan platform yang boleh dipercayai. Platform ini memudahkan perniagaan untuk mengendalikan transaksi mata wang kripto secara dalam talian dengan berkesan. Ia juga membolehkan pengguna mengirim, menerima dan menyimpan pembayaran mata wang digital dengan selamat dan kos lebih rendah berbanding gerbang pembayaran dalam talian tradisional. 

B2BinPay semakin menjadi pilihan utama broker Forex, pertukaran mata wang kripto, stro dalam talian dan pedagang lain diperingkat global untuk transaksi kripto/kripto dan kripto/fiat. Ia merupakan penyelesaian yang efektif dari segi kos. Ini membuatkan platform ini pilihan ideal untuk mengurangkan kos transaksi dan dalam masa yang sama memastikan keselamatan transaksi dalam talian pelanggan.

How to Accept Crypto Payments Utilising B2BinPay?

Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu diambil untuk mengguna pakai gerbang pembayaran ini ke dalam sistem pembayaran. Ia bagi membolehkan perniagaan menerima pembayaran dalam talian mata wang kripto, dengan menggunakan gerbang pembayaran B2BinPay. Sebagai peraturan, proses ini bermula dengan memasang perisian yang sesuai dan infrastruktur dalam modul pembayaran. Sebagai contoh, pemasangan pada laman web perniagaan sebagai cara pembayaran yang boleh digunakan untuk buat pemabayaran. 

Kemudian, API pembayaran kripto dihubungkan dan dikonfigurasi, yang berfungsi sebagai penghubung antara gerbang pembayaran dan pelanggan syarikat. Selepas itu, antaramuka (interface), dompet pelanggan, pilihan coin tersedia, token, dan stablecoins akan dikonfigurasi untuk mengakses kripto.

how does crypto payment works?

Backend untuk penyelesaian ini dikonfigurasi mengikut kesesuaian. Ini akan memberi akses untuk mengubah dan memantau banyak parameter dompet digital, melihat dan mengumpulkan maklumat analitik bagi setiap pindahan. Selain itu, pelanggan juga boleh melakukan analisis yang kompleks terhadap akaun mengikut kriteria dan syarat tertentu, buat pembayaran pada transaksi dalam rangkaian blockchain yang berbeza, dan menganalisis sebut harga untuk semua instrumen kripto pada semua pasaran yang digunakan.

Sistem pemprosesan kripto B2BinPay menawarkan gerbang pembayarn kripto terbaik dalam industri untuk menerima pembayaran kripto secara dalam talian apabila menggunakan sebarang aset kripto dalam rangka kerja dengan sebarang jenis perniagaan. 

Fleksibiliti dalam pengubahsuaian dalam membuat tetapan parameter berasingan serta aspek dalam operasi dan kebolehskalaan, membolehkan kefungsian sistem gerbang mengadaptasi terhadap perubahan operasi. Ini akan memberi kelebihan dalam penyelesaian ini. Semua perkara tersebut membantu anda menerima pembayaran kripto dalam apa-apa situasi dan keadaan.

Kesimpulan

Pada hari ini, apa yang diperlukan untuk terima pembayaran kripto adalah internet, sedikit modal dan komitmen untuk mengikuti perkembangan semasa, mematuhi standard baharu dan mengikuti trend yang mengubah dunia kewangan dan pembayaran.

B2BinPay sedang membina masa depan pembayaran digital dengan mengintegrasi pengalaman meluasnya dengan sistem teknologi kripto dalam pendekatan yagn diambil. Selain itu, ia juga menyediakan penyelesaian universal untuk pembayaran sebarang perkhidmatan dan produk dengan menggunakan mata wang digital. 

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024