How to Transfer Bitcoin to Bank Account

Bagaimana Cara Pindahkan Bitcoin ke Akaun Bank dalam Langkah Mudah

Reading time

Mata wang kripto menjadi semakin popular di pelbagai laman web dan platform online. Ketika mula-mula diperkenalkan dahulu, mata wang ini diiringi oleh keraguan dan ketidakpastian, tidak seperti keadaan sekarang. Disebabkan potensi kegunaan mata wang ini, kewangan berpusat dan bank menjadi lebih berminat terhadap platform tidak berpusat.

Peningkatan populariti mata wang kripto telah mendorong kepada penubuhan pelbagai penyedia perkhidmatan, seperti dompet kripto, pertukaran kripto tidak berpusat, dan gerbang pembayaran. Kemudahan ini membolehkan pengguna dapat memindahkan Bitcoin ke akaun bank dengan lancar dan melakukakan pelbagai transaksi. 

Pembayaran menggunakan Bitcoin mungkin agak mencabar bagi mereka yang baru menyertai atau pengguna berpengalaman, terutamanya dengan pelbagai dompet dan coin digital. Oleh itu, mari kita bincang bagaimana cara pindahkan Bitcoin ke akaun bank.

Isi Penting

  1. Memindahkan Bitcoin ke akaun bank boleh dilakukan melalui pindahan P2P atau pengeluaran bank di pertukaran kripto.
  2. Platform pertukaran tidak berpusat dan berpusat menyokong pindahan BTC dengan pelbagai caj transaksi dan masa pemprosesan.
  3. Pindahan perangkai padan (peer-to-peer) merupakan cara paling pantas dan mudah untuk tukar BTC kepada tunai. Namun cara ini mempunyai beberapa risiko.
  4. Bank pusat dan pemproses semakin meningkatkan sokongan terhadap akaun kripto. Ini memudahkan penjagaan (custodial) kripto-fiat dan pertukaran dalam akaun bank.

Memahami Transaksi Kripto

Pertama sekali, mari lihat penerangan tentang transaksi kripto dan bangaimana ia berlaku. Transaksi tidak berpusat menggunakan coin digital atau token seperti Bitcoin dan Ethereum untuk hantar dan terima wang. 

Apabila satu pihak memulakan transaksi, dompet pengirim akan berkomunikasi dengan blockchain dan menggunakan smart contracts. Kontrak ini akan membuat semakan sama ada dompet mempunyai dana yang mencukupi dan memenuhi standard transaksi seperti yang ditetapkan oleh blockchain.

Smart contract ini menyulitkan (encrypt) akan memindahkan dana menggunakan private key, kemudian akan menyembunyikan dan melindungi pindahan tersebut. Kemudian, transaksi tersebut akan dirantai dan disenaraikan sebagai blok baru pada blockchain.

how crypto transactions happen

Sebaliknya, pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian melalui laman web atau berbeza, situasinya berbeza. Pada laman checkout, pengguna akan memilih mata wang kripto yang ingin dipilih dan menghubungkan dompet pengguna untuk memulakan transaksi. 

Gerbang pembayaran dalam laman web akan mula beroperasi dengan berkomunikasi dengan dompet pengirim dan blockchain. Ini akan mengaktifkan smart contract dan mengulang semula proses, seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Sebaik sahaja transaksi didaftarkan dalam blockchain, dompet penerima akan menyulitkan mesej menggunakan public key, kriptografi dan memindahkan dana ke dalam dompet. 

Transaksi kripto berlaku secara serta-merta dan menyediakan sistem keselamatan lebih tinggi untuk memindahkan dana di serata dunia tanpa memikirkan tentang kadar tukaran dan caj.

Peranan Dompet Kripto dalam Transaksi Blockchain

Salah satu komponen utama dalam setiap transaksi blockchain adalah dompet kripto. Ia merupakan alat dalam talian yang membolehkan anda menyimpan aset digital, seperti coin kripto, token dan NFT.

Dompet kripto yang bagus adalah dompet yang dilengkapi dengan seed phrases, iaitu 12-24 perkataan yang dijana secara rawak. Pengguna akan menyimpan perkataan-perkataan ini dan menggunakannya apabila ingin terhubung dengan dompet pada platform baru.

Setiapdompet digital direka dengan alamat dompet yang unik. Ia mengandungi sehingga 60 aksara. Jadi, dari segi aspek keselamatan, agak sukar untuk menghafal atau meneka alamat dompet tersebut. 

Ketika memindahkan kripto ke akaun bank, anda boleh gunakan dompet kripto berpusat. Dompet ini membolehkan anda jual kripto untuk wang fiat dan keluarkannya ke bank akaun anda.

Panjang dompet kripto membuatkan terlalu sukar untuk digodam menggunakan kebarangkalian. Terdapat 2¹⁶⁰ kebarangkalian untuk alamat dompet atau 1, 461, 501, 637, 330, 902, 918, 203, 684, 832, 716, 283, 019, 655, 932, 542, 976 kebarangkalian alamat dompet.

Fakta Ringkas

Bagaimana Cara untuk Kirim Bitcoin dari Dompet Kripto

Untuk menghantar BTC atau kripto lain, ia memerlukan akaun di dompet kripto yang boleh dipercayai. Kemudian, anda memerlukan alamat dompet penerima, biasanya sepanjang 40 aksara. 

Lihat pilihan kiriman pada dompet anda, masukkan alamat dompet penerima, pilih rangkaian yang betul, dan pilih amaun dan mata wang yang anda ingin kirim. Selepas itu, anda perlu sahkan transaksi dan caj gas dari aplikasi dompet anda untuk meneruskan pembayaran.

Satu lagi pilihan adalah dengan mengimbas kod QR dompet penerima untuk masukkan amaun mata wang kripto dan buat kiriman dengan pantas.

Bagaimana Cara Kirim Bitcoin Menggunakan Pindahan P2P

Pertama sekali, apa itu pembayaran P2P? Pembayaran perangkai padan atau peer-to-peer merupakan rangkaian yang membolehkan pindahan kripto secara terus antara dua pihak tanpa menggunakan pengantara. Konsep ini adalah asas dalam blockchain dan tidak keberpusatan (decentralisation), di mana ia menggalakkan transaksi dilakukan secara terus dan segera. 

Transaksi blockchain adalah perangkai padan. Ini bermakna ia tidak diproses oleh pihak berkuasa pusat seperti bank dan penyedia pembayaran.

Jadi, pembayaran P2P lebih pantas dan lebih mudah memandangkan ia tidak memerlukan dokumentasi dan isu percukaian.

Peer-to-peer payments in the UK 2023

Bagaimana Cara Pindahkan Bitcoin ke Akaun Bank

Ketika mata wang kripto mula-mula diperkenalkan, bank pusat dan institusi kewangan enggan mengadaptasi mata wang ini atas faktor khuatir dan ketidakpastian terhadap potensi dan risiko keselamatan. Namun, dengan perkembangan semasa Web 3.0 dan teknologi blockchain, kripto menjadi semakin popular di pelbagai laman web dan platform.

Pada hari ini, beberapa fasilitator dan penyedia pembayaran berpusat mula mengadaptasi teknologi DeFi dan menerima pindahan Bitcoin atau salah satu darinya. Situasi ini juga dipengaruhi oleh permintaan terhadap penggunaan kripto yang semakin meningkat, dengan menggunakan kepantasan dan keselamatan kripto.

Ketika ini, pertukaran kripto antara dompet digital dan akaun bank menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan dalam beberapa cara.

Pindahan SWIFT vs. SEPA

Salah satu cara lazim digunakan untuk menukar kripto dan wang tradisional adalah melalui SWIFT (Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunications) dan SEPA (Single Euro Payments Area), protokol paling terkenal untuk komunikasi maklumat dan penyatuan pembayaran antara rantau berbeza di dunia.

Pertukaran kripto menggunakan kedua-dua protokol ini untuk membolehkan jual dan beli coin kripto pada platform menggunkan wang fiat, seperti USD atau EUR. 

Melalui cara ini, pengguna boleh guna USD untuk beli Bitcoin, sebagai contoh. Selain itu, pengguna juga boleh jual aset kripto kepada pertukaran dan buat pengeluaran Bitcoin ke akaun bank. Alat-alat ini dikenali sebagai kripto on-ramp dan kripto off-ramp. Ia bermaksud pertukaran dua hala untuk kripto dan wang fiat.

Beberapa dompet kripto hanya menyediakan pertukaran kripto ke coin kripto dan token lain. Jadi, anda tidak boleh gunakan wang fiat untuk jual atau beli mata wang digital.

Pindahan P2P

Pindahan perangkai padan (peer-to-peer) juga boleh digunakan untuk menukar Bitcoin ke akaun bank anda. Pindahan secara terus ini tidak memerlukan penggunaan khidmat pengantara seperti bank pusat atau platform. Ini membuatkan pindahan ini lebih mudah dan pantas.

Pindahan P2Pjuga lebih mudah dikendalikan. Ini kerana pindahan ini tidak memerlukan dokumen dihantar atau prosedur yang melecehkan. Apa yang anda perlu lakukan adalah dapat entiti yang ingin membeli aset digital anda.

Platform tidak berpusat menawarkan pertukaran kripto perangkai padan untuk individu yang ingin beli atau jual mata wang kripto menggunakan wang fiat. Dalam pasaran P2P, anda boleh dapatkan beberapa peserta dengan mata wang terpilih yang diterima pada harga tertentu. 

Sebaik sahaja anda telah menemui pembeli yang berminat, tawarkan pegangan Bitcoin anda dan cadangkan pembelian BTC pada harga tertentu. Sebaik sahaja anda bersetuju, anda boleh kirim mata wang digital dan, sebagai balasan, terima wang fiat. 

zPembelian kripto lebih mudah dengan gunakan P2P. Namun, terdapat beberapa risiko untuk menjadi mangsa skim penipuan jika pihak yang satu lagi tidak mengirim yang dijanjikan atau dana anda lambat diterima.

risks of peer to peer payments

Bank Kripto

Bank pusat dan bank pelaburan mula mengadaptasi alat mata wang kripto dan Web 3.0 dan alat mata wang kripto ekoran daripada kemajuan teknologi dan permintaan semakin meningkat terhadap penidahan wang menggunakan BTC, ETH, dan coin digital yang lain.

Bank pelaburan terkenal seperti Morgan Stanley dan pemproses pembayaran berpusat seperti PayPal mula menerima kripto sebagai cara pembayaran dan instrumen perdagangan. Situasi ini mula berlaku setelah hampir sedekad menghentikan pilihan pembayaran ini dan tidak mempercayai potensi dan fungsiannya (use case).

Morgan Stanley memperkenalkan kaunter urusan kripto untuk pengguna beli dan jual pelbagai mata wang digital dan simpan. Ia membolehkan pengguna menguruskan pemilikan fiat dan kripto dalam satu akaun dan menggalakkan penggunaan wang digital.

PayPal juga telah menambah mata wang kripto utama dalam senarai cara pembayarannya. Ini membolehkan pengguna di pasaran tertentu mengirim dan menerima BTC, ETH, LTE, BCH, dan token natifnya, their native token, PYUSD.

Selain itu, bank digital yang khusus, Revolut, ditubuhkan dengan fokus terhadap pembayaran dalam talian dan wang digital. Ia membolehkan pengguna membuat pindahan rentas sempadan untuk kripto dan wang konvensional.

Bank Mesra Kripto Terbaik

Perkembangan pesat kripto dan permintaan untuk membayar dan berdagang dengan Bitcoin yang semakin meningkat telah menggalakkan bank tradisional untuk mengadaptasi perubahan terkini, yang dikenali sebagai crypto-friendly banks.

  • FV Bank: FV Bank menawarkan akaun bank kripto untuk individu dan syarikat. Kad debit kripto digunakan pembayaran BTC yang lancar.
  • JPMorgan Chase: Pada 2019, JPMorgan Chase mengadaptasi perkhidmatan kripto dengan membenarkan pemegang akaun menukar kripto dan wang fiat selain daripada perdagangan pelbagai aset digital.
  • BankProv: Provident Bank ialah institusi kewangan yang memfokuskan terhadap perkhidmatan kripto, seperti aset digital dan pengurusan dana, dan pertukaran off/on-ramp pantas antara wang digital dan fiat untuk perniagaan dan individu.

Langkah untuk Mengeluarkan Bitcoin ke Akaun Bank

Terdapat pelbagai cara untuk pindahkan kripto ke bank anda. Namun, cara paling biasa dan mudah digunakan adalah dengan menggunakan platform pertukaran untuk mejual aset kripto anda. Anda hanya perlukan dompet kripto dan dana digital untuk lakukan langkah berikut.

How to withdraw Bitcoin to bank account

1. Dapatkan Platfrom Pertukaran yang Boleh Dipercayai

langkah pertama adalah dengan buat kajian terhadap pasaran untuk memilih platform kripto yang paling sesuai. Platform tersebut perlu menyokong mata wang kripto yang anda ada dalam dompet dan mata wang fiat yang anda ingin tukar dengannya. 

Lihat ulasan yang diberikan terhadap pertukaran tersebut untuk mengetahui sama ada ia laman web yang sah dan dana anda akan selamat. Selain itu, lihat juga langkah keselamatan yang diambil platform tersebut, pastikan tiada caj tersembunyi dikenakan dan ketahui berapa lama masa diambil untuk pindahan kripto.

Daftar akaun anda pada pertukaran yang telah dipilih, ikut langkah yang diberikan, seperti prosedur AML dan KYC, hantar dokumen tambahan untuk mengesahkan akaun anda.

2. Kirim BTC ke Pertukaran

Objektif di sini adalah untuk memindahkan kripto dari dompet anda ke pertukaran dan jual kripto tersebut untuk wang fiat yang anda boleh keluarkan ke akaun bank tradisional anda.

Sebaik sahaja proses pengesahan dilengkapkan dan akaun anda tersedia, anda perlu mencari pilihan untuk deposit atau pindahan. Pilihan ini akan membolehkan anda menghantar coin digital dari dompet ke akaun anda dalam pertukaran. Dapatkan alamat dompet pertukaran khusus untuk akaun anda dan buat kiriman Bitcoin ke akaun baru anda.

Jika anda tidak mempunyai sebarang dana kripto dalam dompet anda, anda boleh beli secara terus dari platform pertukaran. Cari pilihan untuk menambah atau beli Bitcoin, dan lihat cara pembayaran yang ditawarkan, seperti kad kredit/debit. Pilih amaun Bitcoin yang anda ingin pindah/beli, dan ia akan terpapar di akaun anda yang baru dicipta tersebut.

top crypto exchange platforms

3. Jual Dana Kripto Anda

Sebaik sahaja anda telah memiliki wang kripto dalam akaun, anda perlu jual di pasaran untuk USD, EUR, atau sebarang mata wang yang anda inginkan.

Cari pilihan untuk jual atau dagang untuk jual BTC yang anda miliki. Pastikan pertukaran tersebut menyokong pasangan terlibat dalam transaksi anda seperti BTC/USD atau BTC/EUR. Semak kada tukaran yang ditawarkan.

Laksanakan pesanan (order) untuk jual, dan anda akan dapat duit dalam akaun anda tidak lama selepas itu.

4. Pengeluaran ke Bank Akaun Anda

Langkah terakhir adalah untuk mengeluarkan wang dari akaun di pertukaran ke akaun/kad bank anda. Dalam langkah ini, anda perlu beri butiran akaun anda, seperti nombor IBAN atau kod SEIFT/BIC. Ia bergantung kepada sama ada anda menggunakan pindahan SEPA atau SWIFT. 

Jika anda memiliki lebih dari satu akaun bank, semak jika salah satu menawarkan pengeluaran yang lebih cepat dan caj pengeluaran lebih rendah.

Dapatkan pilihan untuk mengeluarkan wang fiat anda dari platfrom pertukaran dan pilih butiran bank yang anda baru dafrkan, dan wang anda akan dipindahkan ke bank akaun anda. Masa pemprosesan dan caj pertukaran berbeza antara platform dan pilihan pembayaran yang dipilih

Amalan Keselamatan Terbaik dalam Pertukaran Kripto

Mengirim mata wang kripto ke akaun bank anda adalah proses yang berjalan lancar. Namun, terdapat risiko untuk transaksi dilakukan dalam talian, terutamanya pelbagai ancaman siber dan penggodaman kripto setiap tahun, yang mengakibatkan kerugian berbilion dollar dari dompet pengguna.

Crypto hacks stolen money

Berikut adalah beberapa amalan keselamatan yang anda perlu amalkan untuk memastikan keselamatan aset kripto anda.

  • Pilih dompet yang selamat: Dompet kripto merupakan salah satu sasaran utama penggodam. Penggodam akan menjejaki transaksi dan cuba menceroboh kriptografi private key untuk mengubah hala transaksi kepada penggodam. Pastikan penyedia dompet menggunakan protokol paling selamat, seperti pemprosesan berkelompok, dan zero-knowledge proofs.
  • Lindungi private key anda: private key memberi akses terhadap dompet dan transaksi anda. Jika anda menggunakan dompet perkakas (hardware) atau kertas (paper), pastikan tiada sesiapa memopunyai akses terhadap dompet tersebut dan ia disimpan ditempat selamat. Jika anda menggunakan dompet dalam talian, pastikan seed phrases anda tidak dikompromi. Selain itu, gunakan langkah keselamatan seperti pengesahan 2-factor dan cap jari.
  • Jangan pandang rendah terhadap kepentingan kata laluan yang kuat: Penggodam menggunakan algoritma dan kebarangkalian yang sofistikated untuk meneka kata laluan. Jadi, pastikan anda gunakan kata laluan yang kuat, yang tidak mengandungi maklumat peribadi dan tukar kata laluan dari semasa ke semasa/

Kesimpulan

Untuk menukar Bitcoin ke Fiat sungguh mudah; lebih banyak platform dan laman web telah mengadaptasi mata wang kripto dan token digital, proses tersebut menjadi lebih lancar.

Tidak seperti waktu sebelum ini, di mana transaksi dan platform web DeFi adalah terhad, kini pengguna baru yang tidak tahu cara memindah Bitcoin ke akaun bank boleh melakukannya melalui proses yang ringkas dan alat yang mudah digunakan

Pemegang kripto boleh menggunakan platform pertukaran untuk memindah dan mengeluarkan BTC ke akaun bank menggunakan transaksi SEPA dan SWIFT atau gunakan rangkaian perangkai padan (peer-to-peer) dan dapatkan pihak yang berminat untuk menukar kripto dengan fiat.

Namun, pindahan sebegitu mesti dilakukan secara berhati-hati. Ini kerana risiko keselamatan siber semakin meningkat dalam ketidakberpusatan. Jadi, gunakan dompet kripto paling sesuai dan selamat, lindungi dana anda dengan kata laluan yang kuat, dan jaga private key dan data supaya tidak mudah diambil.

SOALAN LAZIM

Bolehkah saya pindahkan wang dari Bitcoin ke akaun bank saya?

Boleh, anda mesti dapatkan platform pertukaran yang menyokong mata wang fiat, seperti USD, EUR, atau mata wang pilihan anda yang lain. Beli BTC dari pertukaran atau pindahkan jika anda memiliki mata wang tersebut dalam dompoet kripto anda. Kemudian, jual BTC untuk fiat dan keluarkan amaun tersebut ke bank akaun anda.

Bagaimana cara anda jual Bitcoin untuk tunai?

Dapatkan platform pertukaran yang menyokong pindahan wang fiat. Pindahkan BTC anda dari dompet kripto ke platform pertukaran. Kemudian, dagangkan BTC/EUR atau BTC/USD. Anda juga boleh gunakan ATM Bitcoin untuk mengeluarkan wang melalui pengimbas dompet kripto.

Apakah cara terbaik untuk pindahkan Bitcoin?

Penggunaan rangkaian P2P adalah cara yang lazim dan pantas untuk pindahkan BTC. Cara ini menyokong transaksi secara terus antara dua pihak yang telah mencapai persetujuan. Namun, terdapat risiko keselamatan pada cara ini. Jadi, pastikan anda berurusan untuk tukaran BTC dengan pihak yang boleh dipercayai.

Setelah jual Bitcoin, berapa lama saya boleh buat pengeluaran selepas itu?

Masa pemprosesan bergantung kepada cara yang digunakan. Pindahan perangkai padan adalah segera dan anda boleh terima tunai selepas Bitcoin anda dipindahkan serta-merta. Jika anda gunakan pindahan bank SEPA/SWIFT, masa yang diambil adalah dari segera sehingga kepada dua hari bekerja.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024