How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide

Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya

Reading time

Kini terdapat banyak platform pertukaran dan penyedia dompet disebabkan pengguna memerlukan lebih banyak cara untuk berbelanja, swap dan menyimpan kripto. Dompet kripto, biasanya dalam bentuk dompet perisian dan peranti fizikal, menguruskan pegangan kripto pengguna di blockchain dan mempunyai alamat huruf dan abjad (alphanumeric) untuk menerima dan menghantar mata wang kripto dengan selamat. Sama seperti alamat e-mel, alamat dompet akan mengenalpasti dompet sebagai alamat yang digunakan untuk menghantar semasa pembayaran kripto.

Jadi, apa itu alamat dompets, dan bagaimana cara untuk dapatkan alamat dompet BTC wallet, secara khusus? Ketahui melalui artikel ini.

Isi Penting

  1. Dompet kripto digunakan untuk menyimpan dan menguruskan mata wang digital anda.
  2. Alamat dompet boleh tersedia dalam pelbagai jenis, seperti Legacy, Taproot, atau SegWit.
  3. Untuk mendapatkan alamat dompet Bitcoin berbeza bagi setiap dompet, namun langkah utama adalah sama untuk mana-mana aplikasi dompet.

Apakah Dompet untuk BTC Anda?

Dompet kripto merupakan perisian atau perkakas (hardware) yang digunakan untuk menguruskan dana di blockchain. Dompet ini memudahkan transaksi seperti belanja, menghantar, atau menerima mata wang digital. Dompet BTC seakan sama seperti akaun bank digital yang membolehkan pengguna menguruskan Bitcoin mereka. Dengan memiliki dompet, pengguna boleh mengawal aset digital mereka. Namun, pengguna juga mempunyai tanggungjawab terhadap aspek keselamatan dompet. 

Bitcoin tidak disimpan dalam dompet, tetapi ia disimpan pada blockchain. Blockchain merupakan lejar digital yang merekodkan semua transaksi. Dompet digunakan sebagai bukti bahawa coin tertentu dimiliki oleh pengguna, dan membolehkan pengguna menguruskan dan menghantar coin. Fungsi ini seakan sama dengan pengeluaran wang tunai melalui ATM.

Dompet kriupto merupakan alat yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan blockchain. Ia berperanan seperti pihak pengantara antara pengguna dan mata wang kripto yang dimiliki pengguna. Semua dompet mempunyai kunci dan ia diperlukan untuk mengakses aset kripto pengguna. 

Sama seperti akaun bank, public key boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja yang ingin mengirim/menghantar mata wang kripto. Sementara itu, private key pula seakan sama dengan kod pink akaun bank anda. Ia perlu dilindungi dengan cermat. Apabila seseorang pengguna ingin menghantar mata wang kripto, pengguna tersebut akan memasukkan public key dompet yang ingin dihantar serta amaun yang diinginkan. Apabila seseorang pengguna ingin menerima kripto, transaksi tersebut mesti ditandatangan menggunakan private key, bergantung pada jenis dompet.

Apakah Dompet BTC yang Patut Anda Pilih?

Dompet tersedia dalam pelbagai, daripada dompet yang mudah digunakan sehinggalah kepada dompet perkakas offline yang lebih rumit. 

Secara asasnya, dompet boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan: medium, kesambungan (connectivity), dan jagaan (custodianship).

Untuk kategori medium, dompet bitcoin terbahagi kepada dompet perisian, kertas, dan perkakas. Aplikasi dompet perisian merupakan program komputer atau aplikasi mudah alih yang menyimpan private key secara online dan menyambungkan dompet ke rangkaian BTC melalui nod yang boleh dipercayai, perkhidmatan berpusat atau nod penuh sendiri. Dompet perisian terdapat dalm tiga jenis: desktop, mudah alih dan dompet berasaskan laman web. 

Wallet types in terms of medium

Dompet perkakas merupakan sebuah peranti kecil dan mudah alih (portable) yang menyimpan private key secara offline. Walaupun dompet ini menyediakan lapisan keselamatan tambahan, namun ia agak rumit dikendalikan dan mahal. Sementara itu, dompet kertas pula dihasilkan dengan memuat turun perisian dan gunakan secara offline untuk menjana pasangan public key dan public key.

Untuk kategori sambungan, terdapat dompet hot atau cold. Dompet hot boleh diakses melalui internet atau pelayar laman web pada peranti mudah alih yang memiliki sambungan internet. Sementara itu, dompet cold pula tidak memerlukan sambungan internet dan mustahil untuk dicuri secara online. Untuk mengakses dompet cold secara fizikal, penggodam perlu mencuri peranti tersebut.

Wallet types in terms of connectivity

Dompet kripto boleh dikategorikan berdasarkan custody (jagaan). Dompet custodial dikawal oleh entiti yang boleh dipercayai seperti CEX. Dompet ini membolehkan pengguna mengakses kandungan dalam dompet melalui antara muka (interface) laman web. Namun, dompet custodial berisiko terhadap penggodaman atau kehilangan semua kripto yang dimiliki. 

Pengguna dompet non-custodial memiliki kawalan penuh terhadap dana dan private key atau frasa seed. Namun, pengguna perlu bertanggungjawab sendiri ke atas keselamatan dompet ini. Tiada pihak ketiga atau custodian (penjaga) yang akan menjaga keselamatan dompet. Jika anda hilang atau terlupa frasa seed, anda tidak boleh mengakses kripto.

Apa itu Alamat Dompet Bitcoin?

Dompet blockchain mempunyai dua jenis key: yang pertama adalah public key, yang seakan sama seperti nombor akaun dan yang kedua adalah private key, yang membenarkan akses terhadap dana mata wang kripto anda.  

Alamat dompet Bitcon merupakan aksara yang dijana secara rawak. Alamat ini digunakan untuk menerima transaksi dalam dompet blockchain. Ia merupakan public key versi hashed, dan digunakan untuk menghantar transaksi ke dompet. Pemilik dompet boleh menjana alamat pada bila-bila masa.

Untuk menerima Bitcoin, pengguna akan memilih mata wang kripto yang diinginkan, dan dompet tersebut akan menyulitkan (hash) public key untuk Bitcoin. Proses penyulitan ini akan menghasilkan alamat dompet kripto dan alamat tersebut boleh dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang ingin menghantar Bitcoin. Secara alternatifnya, pengguna juga boleh menghantar sendiri Bitcoin. Ini disebabkan kebanyakan platform pertukaran kripto menyimpan Bitcoin dalam dompet custodialnya. 

Alamat dompet mungkin berubah setiap kami alamat baru dijana. Ia bergantung pada mata wang itu sendiri. Untuk Bitcoin, setiap alamat adalah unik, manakala ETH dan coin lain pula tidak berubah.

Anda boleh berikan alamat Bitcoin anda kepada rakan, keluarga, atau kenalan perniagaan tanpa perlu risau dana anda akan dicuri. Ini kerana dana tidak boleh dicuri dengan hanya menggunakan alamat sahaja — private key anda juga diperlukan. Jadi, jangan sesekali kongsikan private key anda. Ia membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun dan mencuri mata wang kripto anda. Selain itu, mana-mana pihak yang mengetahui alamat Bitcoin anda boleh mengetahui baki dan transaksi anda melalui block explorer Bitcoin. 

Jenis-Jenis Alamat

Peraturan dalam menjana alamat dompet adalah berbeza bagi setiap rangkaian. Jadi, ia memudahkan untuk mengenal pasti jenis mata wang kripto yang digunakan. Sebagai contoh, alamat Bitcoin bermula dengan 1, 3 atau bc1. Sementara itu, alamat ETH pula Bermuda dengan 0x dan mengandungi 40 aksara. 

Terdapat empat jenis alamat dompet Bitcoin yang paling biasa digunakan: Segwit, Legacy, Compatibility, dan Taproot.

SegWit

Alamat SegWit, bermula dari bc1q, digunakan untuk mengehadkan maklumat simpanan dan mengurangkan fi dengan cara tidak menyimpan tanda tangan dan skrip dalam transaksi. Cara ini dapat menjimatkan hampir 16% berbanding alamat P2SH dan 38% untuk alamat legacy. Situasi ini membuatkan SegWit merupakan alamat dompet standard yang paling banyak digunakan.

SegWit address example

Legacy

Alamat Legacy bermula dari 1. Alamat ini kurang popular disebabkan saiz transaksi yang besar. Ia juga dikenali sebagai P2PKH dan merupakan satu-satunya cara untuk menjana alamat dompet sewaktu Bitcoin diperkenalkan pada 2009. Alamat ini dijana dengan menggunakan fungsi kriptografi (hash) public key ke private key dan merupakan jenis dompet paling mahal.

Legacy address example

Pada hari ni, kebanyakan pengguna hanya menggunakan alamat ini jika dompet lama mereka tidak serasi (incompatible) dengan alamat baru. Pada hari ini, alamat ini hanya digunakan oleh pengguna jika dompet lama pengguna tidak dapat digunakan dengan alamat baru. Sekiranya tidak terdapat isu keserasian (incompatibity), pengguna lebih memilih menggunakan jenis alamat yang lain.

Compatibility

Alamat Pay-to-Script-Hash (P2SH), atau Compatibility membolehkan beberapa fungsi boleh digunakan, seperti memerlukan beberapa tanda tangan digital sebelum transaksi dibenarkan. 

Compatibility address example

Alamat jenis ini bermula dengan 3 dan bukan sebuah public key yang disulitkan. Ia merupakan skrip yang mengandungi peraturan tersembunyi untuk transaksi. Alamat P2SH boleh menggunakan SegWit untuk mengurangkan fi transaksi dan 26% lebih murah berbading menggunakan alamat dompet legacy. Skrip tersebut membuatkan transaksi lebih berkesan dan selamat.

Taproot

Taproot atau alamat BC1P, bermula dengan bc1p. Ia menawarkan aspek privasi dan membuka kefungsian smart contract.

An Example of a Taproot Address

Alamat Taproot masih lagi tidak digunakan secara meluas. Namun rangkaian BTC telah melakukan kemas kini soft fork pada bulan November 2021. Kemas kini tersebut membolehkan keupayaan smart contract dan meningkatkan lagi aspek privasi.

Transaksi Taproot lebih besar sedikit berbanding SegWit. Namun, ia lebih kecil berbanding alamat legacy disebabkan oleh public key. Alamat Taproot lebih murah berbanding SegWit dan menjimatkan ruang untuk transaksi yang lebih rumit. Ini membuatkan alamat ini pilihan yang bagus untuk fi rangkaian yang rendah dan tinggi.

Alamat Ethereum

Alamat blockchain ETH bermula dari “0x” dan mengandungi 40 aksara, boleh dibaca dengan menggunakan perkidmatan seperti Unstoppable Domains untuk menghasilkan satu alias yang boleh dikenal pasti untuk alamat dompet ERC-20. Alamat samaran tersebut boleh berfungsi untuk ETH dan token ERC-20 yang lain.

Ethereum address example

Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC

Untuk mendapatkan alamat dompet, ia bergantung pada dompet yang anda gunakan. Namun, konsep asasnya lebih kurang sama untuk mana-mana penyedia dompet. Mari kita lihat cara dapatkan alamat dompet BTC.

Untuk dapatkan alamat Bitcoin, anda perlu mencipta dompet Bitcoin. Jadi, untuk mencipta alamat Bitcoin, buka dompet anda dan pilih pilihan “Addresses” atau “Alamat”. Dompet tersebut akan menjana alamat baru, biasanya dalam bentuk huruf dan nombor. Alamat ini boleh dikongsikan bersama pengirim atau digunakan untuk tujuan lain. Beberapa alamat boleh dicipta untuk mengasingkan transaksi atau mengasingkan transaksi untuk tujuan yang berbeza.

Sebagai contoh, untuk mendapatkan alamat dompet Coinbase yang unik, log masuk ke akaun anda dan pergi ke alamat Crypto. Kemudian, pilih kripto yang spesifik daripada drop-down di Tradeable asset dan paparkan kod QR atau salin alamat tersebut. Anda juga boleh tambahkan label pada kod QR tersebut. 

Pada aplikasi mudah alih, tekan Receive atau Terima dan pilih aset yang anda ingin terima. Kod QR dan alamat akan dipaparkan, dan anda boleh imbas atau masukkan kod pada laman web anda. 

Salin alamat atau tanda tangan secara digital pada mesej. Sesebuah aset kripto boleh memiliki lebih daripada satu aset yang dipautkan kepadanya, selagi alamat tersebut alamat yang betul untuk kripto tersebut.

Kesimpulan

Jenis alamat Bitcoin penting dalam ekosistem kripto. Seni bina Bitcoin membolehkan dana dari alamat jenis baru seperti Taproot dihantar ke format lama seperti alamat Legacy. Setiap jenis alamat mewakili peringkat unik dalam evolusi Bitcoin. Dengan memahami setiap jenis alamat tersebut dan cara mendapatkan alamat dompet BTC akan membantu pengguna mendalami dengan penuh keyakinan dalam dunia coin digital yang sentiasa berubah ini.

Artikel terkini

Why Should You Accept Ethereum Payments in 2024?
Cara Terima Pembayaran Ethereum pada Tahun 2024
Pendidikan 09.05.2024
Why and How Can You Add Bitcoin Payment to Website?
Bagaimana Masukkan Pembayaran Bitcoin pada Laman Web
Pendidikan 06.05.2024
Cryptocurrency wallet vs exchange
Dompet Kripto vs Pertukaran Kripto: Ketahui Perbezaannya
Pendidikan 02.05.2024
B2BinPay Celebrates 1 Year of Partnership with Athletic Club
B2BinPay Meraikan Ulang Tahun Pertama Kerjasama Bersama Athletic Club
Berita Korporat 30.04.2024