where to store your seed phrase

Panduan untuk 10 Penyelesaian Simpanan Seed Phrase Terbaik

Reading time

Kripto merupakan konsep inovatid yang bergantung pada aset yang dilindungi dan jagaan (custody) yang selamat. Ini disebabkan oleh aspek teknikal operasi kripto yang begitu rumit dan penipuan yang kerap berlaku dalam dunia kripto. 

Situasi ini mendorong kepada pembangunan sistem keselamatan yang membolehkan instrumen kripto disimpan secara selamat menggunakan pelbagai cara penyelesaian. Salah satunya adalah melalui seed phrase (frasa benih kripto).

Artikel ini akan menerangkan apa itu seed phrase dan cara ia berfungsi. Anda juga akan mempelajari tentang 10 penyelesaian simpanan seed phrase terbaik di pasaran untuk membolehkan instrumen kripto anda sentiasa selamat.

Isi Penting

  1. Seed phrase merupakan satu set perkataan nemomik unik dalam susunan tertentu. Ia digunakan sebagai cara untuk penyulitan data dengan bantuan perisian dan program khusus untuk memastikan keselamatan dompet.
  2. Terdapat banyak cara untuk menyimpan seed phrase tersebut, antaranya adalah menggunakan kertas, pemacu USB dan pemacu keras (hard drive) dan cara paling popular, iaitu dompet keluli.

Apa Itu Seed Phrase dalam Kripto?

mnemonic-sentence-generation

Seed phrase merupakan satu urutan nemonik yang terdiri daripada 12 (atau jumlah lain, bergantung pada pemakaian) perkataan dalam Bahasa Inggeris (biasanya 24) yang disusun dalam susunan yang khusus. Kelebihan utama kaedah pemulihan secara seed phrase ini adalah ia mudah digunakan dan dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana seed phrase membolehkan penjanaan dompet kripto pada bila-bila masa, yang merupakan urutan private key dengan setiap satunya sepanjang 256 bit. 

Sekali imbas, urutan perkataan tersebut nampak seperti satu set perkataan rawak yang tidak membawa apa-apa maksud. Namun, ia sebenarnya key (kunci) untuk mendapatkan semula dompet tidak kira bilangan transaksi atau dana yang tersimpan di dalamnya.

encoding-entropy-to-mnemonic-sentence

Key dalam bentuk seed tersebut tidak menggambarkan dompet dan kandungan dompet secara sepenuhnya. Terdapat satu prosedur kriptografi yang dikenali sebagai “hierarchically deterministic wallet atau dompet bertentuan hirarki.” Ia akan menterjemahkan seed key tersebut kepada Master key. Dari situ, semua key yang lain akan dikembangkan dalam susunan yang telah ditetapkan. 

Memandangkan seed key merupakan urutan bertentuan yang dijana secara matematik, ia berfungsi tanpa perlu bergantung pada jenis dompet. Apa menjadi isu adalah terdapat dua jenis standard seed key.

mnemonic-sentence-

Walaupun seed key dan Master key telah diselaraskan secara sama rata, terdapat dua algoritma yang digunakan secara meluas untuk mendapatkan semula key dan alamat dompet. Dua algoritma tersebut dikenali sebagai BIP32 dan BIP44. Cuma, sekiranya seed tersebut dicipta menggunakan dompet BIP44 seperti Bither, jika anda ingin mendapatkan semula seed tersebut menggunakan dompet BIP32 seperti Electrum, hanya akan menunjukkan dompet yang kosong. Jadi, penting untuk anda ketahui dompet mana yang sesuai untuk proses pemulihan menggunakan seed phrase.

converting-mnemonic-sentence-to-the-seed

Secara teori, seed phrase merupakan urutan perkataan dalam bahasa Inggeris. Namun, secara praktikalnya, ia boleh dibentuk menggunakan perkataan dalam bahasa lain.

Fakta Ringkas

Cara Utama untuk Menyimpan Seed Phrase Kripto

Pada hari ini teknologi seed digunakan secara meluas, dan terdapat banyak cara untuk menyimpan frasa rahsia yang akan melindungi aset kripto anda sepanjang masa. Antara tempat simpanan utama adalah:

Kertas

Pen dan kertas merupakan cara paling mudah untuk simpan frasa pemulihan kripto. Walaupun anda boleh gunakan sebarang jenis kertas, mungkin lebih baik jikagunakan kertas yang bermakna kepada anda atau ahli keluarga yang anda percaya pada masa akan datang. Kertas tersebut juga boleh mengandungi arahan kepada mereka yang tidak begitu arif tentang mendapatkan semula wang.

Hard Drive (Pemacu Keras) atau USB

Kaedah ini melibatkan menghasilkan dan menyimpan salinan seed phrase dalam bentuk digital dalam USB atau hard disc (cakera keras). Kaedah ini lazim digunakan kerana ia ringkas dan mudah. Namun, cara ini tidak begitu selamat. Jadi, anda perlu menjaga keselamatan sistem penyimpanan kerana perkakas ini hanya untuk menyimpan data, tanpa penyelesaian keselamatan. 

Peti Keselamatan Deposit Peribadi

Seed phrase boleh disimpan pada sebarang medium. Namun untuk keselamatan terbaik, ia seharusnya disimpan di tempat yang selamat atau dilindungi. Selain itu, tempat simpanan tersebut mestilah hanya boleh diakses menggunakan kata laluan atau kombinasi yang sukar lain.

Kaedah ini tidak popular ketika ini disebabkan oleh kos yang tinggi dan agak kompleks jika dibandingkan dengan kaedah lain. Namun, ia merupakan alternatif terbaik sekiranya tiada pilihan lain. 

Penyelesaian Sandaran (Backup) Logam

Kaedah simpanan seed phrase ini melibatkan penggunaan perisian dan perkakas khusus yang dibina untuk perlindungan tahap tinggi terhadap frasa rahsia. Selain itu, kepantasan pemulihan, pindahan dan fungsi backup bergantung pada kefungsian penyelesaian ini. 

Perkakas ini direka untuk melindungi seed phrase dan mempunyai banyak fungsi yang membuatkannya mudah, pantas dan selamat untuk digunakan.

10 Penyelesaian Simpanan Seed Phrase Terbaik

Setiap cara yang dinyatakan di atas, sudah pasti memiliki kelebihan dan kekurangan serta ciri-ciri yang membolehkan ia digunakan dalam situasi sebenar tertentu.

Namun, oleh sebab teknologi kripto begitu popular ketika ini, penyelesaian kreatif yang meyimpan seed phrase secara digital telah dicipta. Penyelesaian ini dikenali sebagai “metal seed storage” atau “simpanan seed logam”. Ia menggunakan algoritma untuk menyulitkan data.

Mari kita lihat antara simpanan seed logam terkenal:

1. Coinplate Alpha

Coinplate-Alpha-seed-phrase-storage-solution

Coinplate Alpha merupakan projek backup kukuh yang dihasilkan daripada keluli tahan karat. Material berkualiti tinggi ini menjamin ketahanan terhadap kerosakan air, hakisan, dan suhu melampau. Ia mampu menahan sehingga 1,400 darjah Celcius. Peranti ini mempunyai sistem backup seed phrase yang mesra pengguna, dan terbahagi kepada 24 seksyen, setiap satunya diukir dengan huruf.

2. Trezor Legacy Bundle

Trezor-seed-phrase-storage-solution

Dua daripada pilihan terbaik untuk mata wang kripto terdapat dalam Trezor Legacy Bundle: Cryptotag Zeus dan dompet. Jika membeli dalam bentuk bundle berbanding pembelian berasingan, pembeli dapat jimat lebih daripada $30. 

Trezor menawarkan Legacy pada harga yang agak mahal, iaitu $276. Namun, pembelian bundle Trezor sangat ideal jika anda ingin memulakan perjalanan kripto dalam cara yang tepat dan ingin menggunakan penyelesaian yang paling inovatif dan terbukti berkesan.

3. Cryptosteel Capsule Solo

Cryptosteel-seed-phrase-storage

Cryptosteel keluaran Capsule Solo ini menawarkan simpanan berkualiti tinggi sebagai sebahagian daripada perkhidmatan backup. Ia sememangya dikenali sebagai salah satu penyedia backup terbaik. Kapsul bersilinder ini mempunyai dua bahagian utama: luaran (shell) dan teras dalaman. Seed boleh disimpan dengan memasukkan jubin (tile) berhuruf satu per satu ke teras dalaman dan lungsurkan ke dalam.

Terdapat jubin pemisah yang akan memisahkan setiap perkataan dalam ayat. Untuk memastikan simpanan 24 perkataan seed phrase secara selamat, perkataan tersebut perlu diberi dalam bentuk yang pendek, yang boleh digunakan untuk seed phrase sepanjang 12 perkataan dan 24 patah perkataan.

4. The Billfodl

Billfodl-seed-phrase-storage

Tidak diragunakan lagi bahawa Billfodl merupakan antara pilihan terbaik untuk simpanan logam seed phrase. Ia diperbuat daripada logam kuat. Bekas logam elegan dan ringan ini mempunyai ketahanan tinggi terhadap air dan api. Helaian spesifikasi produk ini mendakwa Billfodl boleh tahan kejutan elektrik sehingga 1 juta volts, dan juga tahan suhu dua kali lebih panas berbanding suhu ketika kebakaran rumah, dan dihasilkan untuk tahan kakisan sepenuhnya.

5. Keystone Tablet Plus

Keystone-Tablet-Plus-seed-phrase-storage

Sebuah sistem backup untuk mendapatkan seed phraserypto seed phrase recovery backup system, Keystone Tablet Plus, dipasarkan sebagai komponen logam tidak boleh pecah yang menyimpan seed phrase dalam bentuk kaset dalam orientasi potret. Ia boleh menyimpan sehingga 12 atau 24 perkataan dalam setiap kaset. 

Sebaik sahaja skru ditanggalkan dari peranti, masukkan empat huruf pertama bagi setiap perkataan menggunakan jubin keluli. Seed phrase pemulihan ini kemudian akan dikunci menggunakan 13 skru berbeza untuk memastikan jubin keluli yang dimasukkan telah diskru dan tidak bergerak.

6. EllIpal Seed Phrase Steel

EllIpal-seed-phrase-storage

Penyelesaian Ellipal merupakan platform simpanan seed phrase logam yang dapat memastikan simpanan selamat untuk frasa 12 atau 24 perkataan. Penyimpan ini berbeza dengan dompet lain di pasaran kerana ia dibina daripada aluminium dan dalam bentuk clamshell.

Dompet ini dibina dengan kualiti kalis air, kalis api, anti serangga perosak. Ciri-ciri tersebut memberi perlindungan kukuh terhadap ancaman fizikal. Namun, harus diingat bahawa dompet ini tidak mempunyai ketahanan fizikal sepenuhnya. Sebagai contoh, jika dompet ini ditarik atau dihempap oleh objek yang besar, ia mungkin mengalami kerosakan.

7. Cryptosteel Cassette

Cryptosteel-Cassette-seed-phrase-storage

Cryptosteel Cassette mungkin ideal untuk individu yang gemarkan Cryptosteel Capsule namun dalam bentuk kaset. Ia memiliki rekaan menarik dan tradisional Cassette Solo dan berupaya menyimpan aturan seed phrase untuk jangka masa lama. 

Jubin berhuruf digunakan untuk memasukkan perkataan dan dimuatkan dalam salah satu baris yang telah diukir pada badan bersegi empat. Ini bermakna, sama seperti dompet berbentuk kaset, produk ini boleh digunakan lebih dari sekali dan sekiranya terdapat kesalahan ejaan, ia dapat dibetulkan.

8. SafePal Cypher Seed Board

SafePal-Cypher-seed-phrase-storage

SafePal Cypher merupakan penyelesaian simpanan cold yang dapat berfungsi dengan SafePal, Ledger, Trezor, dan KeepKey. Ia digunakan sebagai tempat sandaran set perkakas dan juga dompet perisian seed phrase nemonik Bitcoin dan kripto. Logam keluli khas digunakan untuk membuatkan SafePal Cypher kalis air, tahan kakisan dan tidak boleh dipecahkan, seterusnya melindungi keselamatan seed phrase.

SafePal Cypher menawarkan seed phrase nemonik 12, 18, and 24 (hanya memerlukan empat huruf pertama), dan bersesuaian dengan semua dompet perkakas dan perisian BIP39. Secara keseluruhannya terdapat 288 huruf. Pendekatan paling selamat adalah dengan menyimpan seed phrase nemonik 100% di luar talian; anda tidak perlu risau tentang risiko penggodaman. Dompet ini sangat mesra pengguna dan mudah digunakan serta ideal untuk menyimpan urutan seed phrase dengan selamat.

9. imKey Pro

imKey-Pro-seed-phrase-storage

Bagi mereka yang masih baru dalam dunia kripto, imKey Pro merupakan dompet perkakas yang selamat dan mesra pengguna. Dompet ini terhubung dengan perisian dompet imToken dan cukup kecil untuk dibawa ke mana sahaja. Dengan memuat turun aplikasi mudan alih, anda boleh melihat baki dan percepatkan transaksi tanpa merisikokan data sensitif yang lain.

imKey Pro juga selamat kerana mempunyai beberapa tahap keselamatan untuk melindungi pengguna. Anda tidak perlu risau dompet dicuri atau terdapat pihak berniat jahat yang cuba memerhatikan. Ini kerana anda boleh menghalang penggodam mengakses dompet kripto dengan menggunakan langkah keselamatan tahap tinggi.

10. Chaindeck

Chaindeck-seed-phrase-storage

Chaindeck merupakan sistem seed phrase yang berfungsi sebagai tempat simpanan dengan rekaan unik. Terdapat pilihan tambahan untuk satu dek yang mengandungi 100 kad. Untuk menyulitkan seed phrase, pengguna perlu tuliskan seed phrase di bahagian tepi dek, dalam aturan yang telah ditetapkan (berdasarkan PIN tiga digit). Kemudian dek kad perlu dikocok (shuffle). Jika anda pertama kali membuat backup menggunakan cara ini, anggaran masa yang diambil adalah sekitar 45 minit.

Kesimpulan

Seed phrase merupakan cara selamat untuk menyulitkan akses terhadap aset kripto pada dompet. Bergantung pada kemahuan khusus pengguna, secara umumnya mana-mana tempat simpan seed phrase yang ada ketika ini berupaya menyimpan sebarang jumlah seed phrase. Ini membuatkan ia sebagai cara terbaik untuk menyimpan kata laluan seed kripto.

Artikel terkini

Why Should You Accept Ethereum Payments in 2024?
Cara Terima Pembayaran Ethereum pada Tahun 2024
Pendidikan 09.05.2024
Why and How Can You Add Bitcoin Payment to Website?
Bagaimana Masukkan Pembayaran Bitcoin pada Laman Web
Pendidikan 06.05.2024
Cryptocurrency wallet vs exchange
Dompet Kripto vs Pertukaran Kripto: Ketahui Perbezaannya
Pendidikan 02.05.2024
B2BinPay Celebrates 1 Year of Partnership with Athletic Club
B2BinPay Meraikan Ulang Tahun Pertama Kerjasama Bersama Athletic Club
Berita Korporat 30.04.2024