How to choose a crypto wallet

Bagaimana Memilih Dompet Kripto 2024 – Cara Terbaik untuk Simpan Mata Wang Kripto Anda

Reading time

Sebagai mata wang digital baru yang boleh dlikaukan transaksi secara dalam talian menggunakan teknologi blockchain, mata wang kripto semakin menjadi alternatif mudah kepada dompet tradisonal dan simpanan fizikal.

Ketika kemunculan mata wang kripto, beberapa kemajuan telah dicipta untuk meningkatkan kefungsian mata wang dan membuatkan operasi platform tidak berpusat labih mudah. Dompet kripto maya penting dalam ekosistem ini kerana ini tempat anda simpan wanfg digital dan berinteraksi dengan blockchain berbeza.

Namun, terdapat beberapa jenis dompet yang menawarkan tujuan berbeza dan menggunakan teknologi eksklusif. Jadi, bagaimana memilih dompet kripto yang sesuai dengan keperluan anda dan bagaimana cara gunakannya? Kami akan jawab persoalan tersebut dalam artikel ini.

Isi Penting

  1. Dompet kripto menyimpan wang dan aset digital anda serta transaksi dengan pengguna lain.
  2. Keselamatan merupakan kriteria utama ketika memilih dompet kripto disebabkan beberapa serangan godaman yang menjadikan alat ini sebagai sasaran.
  3. Dompet cold dan hot adalah dua jenis simpanan kripto. Ia merujuk kepada sama ada private key disimpan di dalam peranti fizikal atau platfrom online.
  4. Beberapa faktor menjadi penentu penyedia dompet terbaik, seperti pilihan keselamatan, keserasian (compatibility), kegunaan dan integrasi.

Memahami Dompet Kripto

Dompet kripto merupakan alat tidak berpusat yang anda boleh simpan aset digital dan mata wang kripto. Anda juga akan gunakan dompet tersebut untuk kirim wang ke pengguna lain yang dikuasakan oleh transaksi perangkai padan (peer-to-peer). Apabila anda mendaftar untuk dompet, anda akan menerima alamat yang dijana secara sistematik. Anda boleh kongsikan alamat ini untuk menerima bayaran.

Alamat dompet kripto mengandungi 20-60 aksara, antara huruf dan nombor. Ini menyukarkan pengguna atau penggodam untuk menghafal, lebih-lebih lagi kepada penggodam kripto yang menggunakan algoritma untuk meneka informasi. Jadi dengan memiliki alamat dompet sebanyak 60 digit membuatkan usaha jahat mereka kelihatan mustahil.

Untuk memulakan pembayaran kripto, masukkan alamat dompet penerima dan masukkan amaun yang ingin dipindahkan. Ada beberapa dompet yang menggunakan kod QR yang mengandungi alamat. Anda boleh imbas kod tersebut untuk memilih amaun dan hantar dengan pantas.

Sebenarnya, apabila anda memiliki kripto dalam dompet, pada kebanyakan masa, dompet tersebut bukan milik anda. Namun, anda diberikan akses untuk berinteraksi dengan wang digital anda menggunakan platform penyedia dompet.

Ketika anda menghantar bayaran anda gunakan private key yang akan mengesahkan pemilikan dan membenarkan anda melakukan operasi pada dompet, seperti bayaran dan aktiviti lain.

Sebaik sahaja pengguna membuat transaksi kripto, private key akan menyulitkan (encrypt) bayaran tersebut dalam mesej dan menghantar kepada blockchain. Apabila transaksi tersebut diluluksan oleh nod, dompet penerima akan menyahsulit (decrypt) mesej dan menerima dana.

crypto wallet private key

Jenis-jenis Dompet Kripto

Perkara asas untuk dompet ini agak mudah. Namun, perkembangan terkini dompet kripto memperlihatkan pelbagai jenis dompet yang berfungsi dengan cara berbeza. Kami akan kongsikan bersama anda di bawah ini.

Dompet Hot

Dompet hot merupakan storan dalam talian di mana anda menyimpan coin dan token. Anda boleh akses coin dan token menggunakan penyedia dompet kripto. Dompet perisian merupakan dompet hot paling biasa digunakan untuk simpan, pindah dan berinteraksi dengan blockchain dan membuat bayaran kripto.

Mereka yang masih baru (beginner) dan mereka yang melakukan transaksi tidak berpusat dengan gemar menggunakan dompet hot dalam talian kerana ia mudah digunakan dan boleh diakses dalam masa singkat. Namun, tindakan menyimpan aset digital dalam talian membuatkan ia terdedah kepada serangan penggodaman dan kripto.

Disebabkan itulah, dompet kript tidak berpusat dalam talian menggunakan pendekatan keselamatan berteknologi tinggi untuk menjaga dana dan melindungi pengguna dompet. Dompet ini dilindungi oleh private key dan public key yang diintegrasi ke struktur penyedia. Kedua-dua key ini digunakan setiap kali pengguna memulakan pindahan dari dompet mereka.

Dompet kripto pertama dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto, pengasas keseluruhan sistem blockchain dan Bitcoin. Interaksi dompet memerlukan anda untuk memuat turun keseluruhan sejarah blockchain BTC.

Fakta Ringkas

Dompet Cold

Aset kripto boleh dikumpulkan dalam storan fizikal atau bukti hakmilik nyata seperti kertas dan perkakas (hardware) yang dipanggil dompet cold. Dompet kripto kertas merupakan sehelai kertas, seperti sijil atau kad, yang mengandungi private key dan public key untuk aset digital anda.

Seperti yang kami terangkan sebelum ini, pemilikan kripto di dalam dompet bermaksud memiliki kunci (key) penyulitan yang membenarkan anda mengakses kripto dan NFT anda. Jadi kunci penyulitan anda akan dicetak pada dompet kertas bersama kod QR yang boleh diimbas untuk transaksi pantas.

Storan jenis cold ini dianggap sebagai paling selamat kerana anda yang anda perlu lakukan adalah menjaga dompet kertas ditempat selamat yang tidak boleh ditemui secara fizikal oleh penggodam kripto.

Satu jenis lain adalah peranti hardware (perkakas), seperti pemacu kilat (flash drive) USB. Peranti ini boleh dicucuk pada komputer anda dan mengandungi private key yang akan menyulitkan kripto. Ia digunakan dengan hanya menekan butang pada dompet perkakas. Melalui cara ini, mustahil bagi penggodam untuk mengakses dompet anda.

Penggunaan dompet kripto cold terbaik memberi perlindungan hampir 100% daripada serangan siber dan penggodam. Ini kerana alat tersebut dipegang secara fizikal dan tidak tersedia di internet, jauh dari pegangan mana-mana pihak lain.

Namun, dompet kripto terbaik yang dilengkap dengan sistem keselamatan canggih juga menghadapi ancaman penggodaman. Selain itu, ia juga berisiko terhadap dana dan dompet yang terdedah kepada bot penipuan. Jadi, amalan terbaik untuk memilih dompet adalah dengan menggunakan kedua-dua dompet hot dan cold serta elakkan menyimpan amaun yang besar dalam satu-satu dompet.

types of crypto wallets

Sejauh Mana Tukaran Mata Wang Kripto Berbeza dari Dompet Mata Wang Kripto?

Terdapat perbezaan ketara antara dompet dan tukaran mata wang kripto dari segi perkhidmatan yang disediakan. Aset mata wang kripto seperti coin, token, dan NFT disimpan di dalam dompet digital tidak berpusat. Setiap dompet memiliki alamat unik yang mungkin digunakan untuk memulakan transaksi. 

Pasaran tidak berpusat atau dikenali sebagai pertukaran mata wang kripto menyediakan perkhidmatan beli dan jual pelbagai mata wang dan token digital. Selepas dompet dipautkan, pengguna boleh tukar (swap) aset-aset yang disenaraikan pada laman tersebut. Petukaran mungkin diklasifikasikan sama ada berpusat atau tidak berpusat. Ia bergantung kepada bagaimana private key dikawal dan bagaimana aktiviti diuruskan.

Pertukaran berpusat, seperti Binance dan Coinbase, mengendalikan transaksi dengan memasukkan private key pada jaringan (network) dan bertindak sebagai orang tengah. Apabila anda gunakan transaksi perangkai padan (P2P) dikuasakan oleh pertukaran tidak berpusat, seperti Uniswap dan Pancakeswap, anda tidak perlu menyerahkan kawalan private key dompet anda.

how crypto trading works

Faktor yang Dipertimbangkan Apabila Mencipta Dompet Kripto

Pengguna mempunyai pelbagai pilihan memandangkan terdapat beberapa penyedia dompet yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Jadi, ada kriteria yang perlu difahami dalam membuka dompet kripto.

Keselamatan

Keselamatan dompet menjadi keutamaan utama dalam memilih dompet tidak berpusat anda. Ini kerana semua aset digital dan wang akan terkumpul di sana. Sudah pasti anda tidak mahu storan anda terdedah kepada serangan atau penipuan siber.

Kewangan tidak berpusat dan dompet dalam talian telah menjadi sasaran penggodam kripto sejak lama dahulu. Aktiviti penggodaman telah menyebabkan kecurian berjuta-juta dolar. Penting untuk anda menyemak ciri-ciri keselamatan dompet, struktur smart contracts, dan interaksi dengan blockchain.

Untuk mengetahui sama ada perisian dompet kripto itu bagus atau sebaliknya, anda boleh semak sejarah pencerobohan dan godaman pada dompet tersebut, Selain itu anda juga boleh lihat sama anda custodial (jagaan) atau non-custodial (bukan jagaaan). Faktor tersebut akan menentukan lokasi coin anda di simpan.

Kebolehgunaan

Dompet kripto boleh menjadi sesuatu perkara yang sukar kepada pengguna baru atau mereka yang kurang pengalaman. Selain itu, interface (antara muka) dompet kripto juga mungkin sukar untuk difahami. Jadi, pilih dompet perisian yang memiliki interface yang mesra pengguna dan layout (susun atur) dan ciri-ciri yang jelas.

Anda juga boleh semak sama ada dompet tersedia tersedia dalam bentuk aplikasi. Aplikasi memudahkan untuk melihat maklumat storan dan memulakan transaksi tanpa perlu tukar tetingkap (window) dan tab.

Memiliki dompet yang mudah digunakan penting untuk memahami aliran transaksi tanpa memasukkan input yang salah. Penggunaan dompet hardware boleh dikatakan sebagai lebih mudah dari dompet dalam talian. Ini kerana, dompet hardware melibatkan interaksi dan campur tangan yang minimum dari pengguna.

Keserasian (Compatibility)

Selain daripada memiliki dompet yang paling selamat, dompet yang mempunyai keserasian tinggi dengan pelbagai integrasi dan listing (penyenaraian) juga penting. Semak sama ada sesebuah dompet itu menyokong kripto yang anda minat dan berapa banyak coin yang anda boleh simpan. Dompet yang berbeza, berinteraksi dengan blockchain dengan cara yang berbeza, menentukan caj gas dan keselesaan dalam mengendalikan transaksi.

Semak jika anda boleh integrasi dompet anda dengan pertukaran, platform Web3.0 tidak berpusat dan permainan kripto berbeza. Faktor ini membolehkan anda menggunakan wang digital dan berinteraksi dengan ekosistem tidak berpusat dengan lancar.

crypto wallet integration

Private key

Private key merupakan cara untuk mengakses dompet dan wang kripto anda. Penting untuk anda simpan private key anda ditempat selamat, tidak kira sama ada anda gunakan dompet cold atau hold. Keselamatan private key lebih mudah dijaga dengan dompet cold memandangkan anda boleh simpan peranti USB atau sijil secara fizikal di tempat selamat seperti peti keselamatan atau ditempat yang anda boleh jumpa.

Sementara itu, penggunaan dompet atas talian lebih berisiko kerana maklumat dan key anda disimpan pada dompet dan platform digital. Jadi, pilih dompet yang menggunakan pengesahan two-factor(2FA) dan langkah keselamatan lain yang menyukarkan akses ke private key anda.

Struktur bayaran

Setiap dompet yang berinteraksi dengan blockchain dengan cara berbeza dan mempunyai pelbagai struktur bayaran. Dompet kripto terbaik membenarkan interaksi cross-chain (rantaian silang). Untuk interaksi ini, dompet kripto akan imbas beberapa blockchain dan jaringan untuk mendapatkan caj paling murah dalam kelajuan tinggi.

Tedapat dompet yang memiliki preset untuk struktur bayaran bagi kelajuan transaksi yang berbeza. Sebagai contoh, jika anda ingin cepatkan pindahan anda, bayaran dikenakan lebih tinggi. Walaupun anda boleh memilih caj gas yang lebih rendah, namun transaksi tersebut akan memakan masa yang lebih lama.

Bagaimana Memilih Dompet Kripto

Memilih dompet kripto merupakan langkah yang penting kerana anda perlu pertimbangkan banyak kriteria dan langkah untuk menjaga keselamatan aset dan wang digital anda. Berikut adalah bagaimana anda boleh memilih dompet kripto.

choosing a crypto wallet

Tetapkan Jangkaan Anda

Dapatkan objektif mengapa anda ingin miliki dompet kripto fahamkan bagaimana ia berfungsi. Pilih kegunaan dompet, sama ada anda ingin gunakan untuk peribadi atau perniagaan, apakah jenis coin kripto yang anda ingin simpan dan berapakah jumlah yang ingin disimpan. Faktor-faktor tersebut boleh membantu anda tahu apa yang anda inginkan dalam memilih dompet kripto yang tepat.

Pertimbangkan Isu Keserasian

Ketahui sama ada dompet tersebut mempunyai aplikasi mudah alih dan serasi dengan peranti anda. Lihat proses transaksi dompet dan pelajari bagaimana untuk memulakan transaksi dengan mudah atau tukar antara window (tetingkap) dan aplikasi.

Ulasan Dompet

Lihat ulasan dan maklum balas yang diberikan untuk dompet tersebut. Cara ini boleh memberi anda idea tentang apa yang anda boleh jangka dan tahap perkhidmatan penyedia tersebut. Anda juga boleh semak sejarah sama ada penyedia tersebut pernah diceroboh atau digodam dalam talian.

Ulasan Ciri-Ciri Keselamatan

Semak jika dompet tersebut dilengkapi dengan langkah keselamatan seperti 2FA, frasa rangkaian (seed phrases), akses cap jari, kata laluan sekali (one-time), dan langkah lain yang menjaga keselamatan aset kripto anda.

Bagaimana Cara Set Dompet Kripto

Setelah mengetahui tentang dompet tidak berpusat dan bagaimana ia berfungsi, langkah seterusnya iaitu mencipta dompet menjadi lebih mudah. Namun, langkah ini mungkin berbeza, bergantung kepada apa yang anda inginkan dari dompet.

  • Carai penyedia dompet kripto seperti B2BinPay, Coinbase, atau Binance. Penyedia tersebut menawarkan persekitaran terbaik dan paling selamat untuk simpan, pindah dan bayar dengan kripto. daftara akaun dan lengkapkan profil anda di laman web atau platform penyedia.
  • Simpan seed phrases yang dijana oleh dompet. Selepas pendaftaran kali pertama, dompet kripto akan menunjukkan frasa rahsia yang unik kepada anda, “seed phrase”, yang mengandungi 12-24 perkataan. Anda perlu memasukkan perkataan tersebut dan simpan di tempat yang selamat. Perkataan tersebut perlu disimpan dengan selamat kerana ia memberi akses ke dompet anda. Sekiranya sesuatu berlaku kepada seed phrase anda, anda mungkin akan kelihangan akses ke dana anda.
  • Buat tetapan akses keselamatan untuk dompet anda, seperti pengesahan two-faktor (2FA), ID muka, atau akses cap jari di aplikasi mudah alih. Langkah sebegitu peting untuk menjaga keselamatan kripto anda.
  • Hubungkan dompet anda dengan pertukaran dan platform tidak berpusat jika anda ingin mulakan transaksi dan menghantar bayaran kepada blockchain. Anda boleh hubungkan ke DEX untuk membeli kripto atau terokai platform play-to-earn di mana anda boleh bermain game dan dapatkan token.

Dompet Multi-Sig

Dompet pelbagai tandatangan (multi-signature) biasanya tersedia untuk penggunaan korporat. Untuk dompet multi-sig ini, lebih dari seorang individu diperlukan untuk mengendalikan dan membuat transaksi pada dompet yang sama. Dompet perisian ini mungkin memasukkan lebih dari satu pengguna. Transaksi hanya akan diluluskan jika terdapat persetujuan dan memerlukan bilangan majoriti untuk mengesahkan operasi.

Setiap pengguna pada dompet multi-sig mungkin memiliki konfigurasi dan akses berbeza terhadap dana yang disimpan. Pihak admin boleh menambah atau mengeluarkan pengguna dompet. Cara ini meningkatkan keselamatan dana serta memastikan tiada pihak yang menyalahgunakan dompet atau wang yang disimpan.

multi-sig crypto wallets

Kesimpulan

Dompet kripto tidak berpusat merupakan alat untuk menyimpan wang digital anda. Alat ini menawarkan dompet secara dalam talian atau luar talian untuk terima, bayar, dan melakukan transaksi kripto di platfrom dan laman web berbeza.

Terdapat beberapa dompet dan jenis yang memiliki ciri-ciri berbeza. Anda boleh dapatkan dompet cold yang menggunakan peranti fizikal untuk menyimpan wang atau dompet hot untuk simpan wang digital anda secara dalam talian di paltform dan penyedia berbeza.

Untuk memilih dompet kripto berdasarkan apa yang anda mahukan, anda perlu tetapkan kriteria dalam memilih dompet kripto. Selain itu, anda juga perlu pertimbangkan langkah-langkah keselamatan yang diambil sebelum anda mencipta akaun. Memilih dompet yang tepat membantu anda menyimpan kripto dalam jumlah yang besar dalam persekitaran yang selamat dari penggodam. Anda boleh gunakan dompet kripto dengan selamat untuk berinteraksi dengan pengguna lain atau kembangkan bisnes kripto anda.

Soalan Lazim

Bagaimana cara memilih dompet kripto?

Ketahui apa yang anda mahu dari dompet tersebut – ingin gunakan dengan kerap untuk beli kripto dan kirim bayaran atau untuk keperluan perniagaan di mana aset dan dana dikirim dalam jumlah yang besar.
Semak langkah keselamatan yang dimiliki oleh penyedia dompet, seperti 2FA dan akses dompet. Selain itu, anda juga perlu periksa isu keserasian bagi membolehkan integrasi dan interaksi dengan platform dan blockchain dilakukan dengan mudah.

Apakah faktor penting ketika memilih dompet Bitcoin?

Langkah keselamatan merupakan faktor paling penting. Ini kerana platform dan dompet tidak berpusat menjadi sasaran utama penggodam. Dapatkan dompet dengan sistem terbaik seperti 2FA, jenis akses terhadap private key anda, kelajuan transaksi, seed phrase dan banyak lagi.

Apakah tiga jenis dompet yang biasa?

Dompet boleh wujud dalam bentuk storan perisian, perkakasan (hardware) atau kertas. Dompet perisian (dompet hot) disimpan secara dalam talian. Ini membolehkan anda mengakses dana kripto anda. Dompet hardware merupakan peranti USB yang boleh dihubungkan pada komputer anda, manakala maklumat alamat anda pada kertas boleh dicetak dengan kod QR.

Apakah jenis dompet kripto paling popular?

Dompet hot (atas talian) merupakan jenis dompet paling popular di pasaran. Ini kerana dompet ini mempunyai keserasian yang tinggi dengan pelbagai platfom dan pertukaran. Anda boleh mengintegrasi dompet ini dengan mudah untuk melakukan transaksi kripto.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024