how to recover a crypto wallet

Bolehkan Anda Dapatkan Semula Kripto yang Telah Hilang?

Reading time

Pengguna kripto sering kali berdepan dengan dilema sama ada ingin meletakkan kepercayaan terhadap penjaga pihak ketiga seperti pertukaran kripto berpusat, untuk memegang private key mereka, atau mengendalikan sendiri dengan dompet bukan jagaan (non-custodial). Menurut laporan Crystal Blockchain dan Cointelegraph, dana yang dicuri melalui penggodaman pertukaran kripto dalam tempoh sedekad, adalah melebihi $15.6 billion. Situasi membimbangkan ini membuatkan keselamatan pilihan bukan jagaan (non-custody) dipersoalkan.

Hasilnya, lebih ramai pengguna memilih menggunakan dompet kripto bukan jagaan, di mana pengguna memiliki kawalan penuh terhadap dana dan risiko. Namun, key yang diuruskan sendiri memiliki risiko yang berat – sebarang kesilapan atau kehilangan dompet anda boleh menyebabkan aset kripto anda hilang buat selama-lamanya.

Ketiadaan jaminan untuk dapatkan semula aset yang hilang, menimbulkan persoalan: adakah kripto dari dompet yang hilang, boleh dikembalikan?

Isi Penting

  1. Untuk kes kehilangan akses dompet, ia boleh dikembalikan dengan frasa pemulihan.
  2. Terdapat penyelesaian alternatif yang tersedia dalam industri.
  3. Jika anda hilang frasa rahsia, peratusan untuk mendapatkan semula dompet adalah sangat rendah.

Asas dalam Dompet Kripto

Fungsi dompet kripto adalah untuk memegang key (kunci) kriptografi yang digunakan untuk membuktikan sesebuah aset kripto dimiliki oleh anda. Key ini digunakan untuk menandatangani (mengesahkan) transaksi pada blockchain dan mengesahkan hak milik aset.

Private Key

Komponen paling penting untuk dompet kripto adalah private key. Ia terdiri daripada rentetan aksara yang panjang, kompleks dan tidak boleh dibaca oleh manusia. Ia berfungsi sebagai tandatangan digital untuk membenarkan transaksi. Private key ini perlu sentiasa dirahsiakan, memandangkan sesiapa sahaja boleh mengakses private key tersebut boleh mengawal aset pengguna di blockchain.

private key example

Frasa Seed

Salah satu komponen penting dompet kripto adalah frasa seed (seed phrase) atau frasa pemulihan (recovery). Frasa ini terdiri daripada 12 atau 14 perkataan secara rawak yang berfungsi sebagai master key untuk dompet kripto. Jika seseorang pengguna kehilangan peranti atau lupa kata laluan, pengguna tersebut boleh mendapatkan semula dana menggunakan frasa ini.

crypto wallet seed phrase

Frasa seed dijana berdasarkan algortima standard yang dikenali sebagai BIP-39. Frasa ini direka memudahkan manusia untuk menyalin dan mengingatinya, dan dalam masa yang sama sangat sukar diteka atau dihasilkan semula oleh pihak lain.

Frasa seed tersebut juga tidak seharusnya didedahkan kepada orang lain. Frasa ini sama seperti PIN bank dan boleh memberi akses kepada dana pengguna.

Jenis penggodaman kripto paling popular pada hari ini adalah serangan phishing, malware dan kejuruteraan sosial.

Fakta Ringkas

Bagaimana Cara Mendapatkan Semula Kripto Menggunakan Frasa Pemulihan

Jika anda kehilangan akses pada dompet, tetapi anda masih memiliki frasa pemulihan, proses mendapatkan semula akses agak mudah:

  • Buka aplikasi dompet atau extension pada pelayar anda.
  • Cari pilihan “Recover Wallet” dalam aplikasi dan jenis frasa.
  • Pastikan frasa pemulihan anda dimasukkan dengan betul.
  • Set semula kata laluan untuk melindungi dompet anda di peranti tersebut.
  • Sahkan kata laluan.
  • Tunggu sehingga beberapa minit, untuk dompet disegerakkan (synchronise) dengan blockchain.

Apa yang Anda Patut Lakukan Jika Frasa Pemulihan Anda Hilang?

Malangnya, lebih sukar untuk anda mendapatkan semula dompetjika anda hilang frasa pemulihan. Namun, anda boleh gunakan beberapa pilihan ini:

  • Hubungi penyedia dompet: Penyedia dompet mungkin dapat membantu anda mendapatkan semula dompet anda jika anda dapat memberi maklumat secukupnya, seperti alamat e-mel atau nombor telefon berkaitan akaun tersebut.
  • Ada kata laluan dompet anda: Jika anda masih lagi ingat kata laluan dompet, peluang anda untuk dapatkan semula dompet lebih tinggi.
  • Gunakan pakar pemulihan data untuk bantuan lanjut: Ini merupakan cara pilihan terakhir dan tidak dijamin keberkesanannya. Pakar pemulihan data mungkin mampu mendapatkan semula fail yang mengandungi frasa pemulihan yang telah dipadan jika fail tersebut disimpan secara elektronik.

Harus diingat, mendapatkan semula dompet tanpa frasa, kemungkinan besar tidak akan berjaya.

Mengapa Frasa Pemulihan Perlu Dijaga dengan Baik

Dengan melindungi frasa pemulihan, anda dapat memastikan hanya anda sahaja yang boleh mengakses kripto milik anda. Jangan sesekali kongsikan maklumat data pemulihan anda dengan sesiapa, termasuk ahli keluarga, rakan, atau agen sokongan pelanggan.

Sangat disarankan untuk menyimpan frasa seed anda di luar talian untuk mengurangkan risiko penggodaman. Elakkan menyimpan data dompet Bitcoin pada komputer atau telefon. Ini kerana penggodam boleh menyerang peranti tersebut. Sebaliknya, anda boleh pertimbangkan untuk menyimpan frasa pemulihan aset kripto anda di tempat yang kalis api, selamat atau gunakan dompet cold perkakas (hardware) yang menawarkan langkah keselamatan yang tinggi.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mencipta beberapa sandaran (backup) untuk frasa seed anda. Melalui cara ini, sekiranya salah satu daripada dompet backup anda hilang atau rosak, anda masih boleh dapatkan semula dana yang hilang. Pastikan anda simpan frasa seed backup di lokasi berbeza untuk mengelakkan risiko hilang secara serentak.

Alternatif untuk Keselamatan Dompet

Walaupun frasa seed merupakan cara lazim untuk mendapatkan semula aset Bitcoin yang hilang, inovasi kripto telah memperkenalkan alternatif untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna tanpa menjejaskan aspek keselamatan. Mari kita lihat beberapa alternatif tersebut:

Modul Keselamatan Perkakas

Modul keselamatan perkakas (HSM) ialah peranti fizikal yang disambungkan pada komputer atau pelayan (server) rangkaian dan juga peranti yang menyimpan dan melindungi maklumat sensitif, seperti private key.

Ia tidak boleh diubah dan biasanya memerlukan pengesahan pelbagai faktor untuk mengakses fungsinya. Secara umumnya, digunakan dalam perusahaan, namun terdapat syarikat yang membangunkan penyelesaian lebih ringkas untuk pengguna individu.

Penggunaan HSM meningkatkan lagi aspek keselamatan berbanding menggunakan dompet berasaskan perisian. Memandangkan private key disimpan secara luar talian dan tidak boleh diakses oleh penggodam secara terpencil (remote), risiko kecurian dan kehilangan dapat dikurangkan dengan ketara. Selain itu, HSM menggunakan algoritma penyulitan dan protokol untuk melindungi key yang disimpan. Keadaan ini membuatkan agak mustahil untuk mengekstrak key tersebut.

how HSMs work

Namun, HSM memiliki satu kelemahan – kos. Peranti ini sukar dikendalikan dan fungsi yang ditawarkan menjadi faktor ia memerlukan kos yang tinggi. Situasi ini membuatkan adaptasi peranti HSM hanya terbatas untuk organisasi besar atau individu berpendapatan tinggi.

Dompet Multi-sig

Dompet Pelbagai tadatangan (multi-sig) mengagihkan tanggungjawab dalam menguruskan private key kepada beberapa pihak. Dompet ini memerlukan lebih dari satu tandatangan untuk membenarkan transaksi. Ia juga meningkatkan lagi aspek keselamatan dengan mengurangkan risiko titik kegagalan tunggal.

Multisig Wallets

Dompet multisig sangat berguna khususnya untuk perniagaan dan organisasi yang perlu menguruskan mata wang kripto dalam jumlah yang besar. Pihak syarikat boleh mengagihkan tanggungjawab menguruskan dana, kepada beberapa ahli pasukan atau lembaga pengarah melalui dompet multisig. Situasi ini mengurangkan risiko ancaman dalaman atau kesilapan berpunca dari manusia.

Namun, pilihan mempunyai kelemahan tersendiri. Dompet multisig mungkin sukar untuk pengguna individu yang berdepan masalah mencari orang yang boleh dipercayaoi untuk menjadi sebahagian daripada proses pengesahan transaksi. Selain itu, sebarang ketidaksetujuan dan konflik antara pihak yang terlibat boleh menangguh atau masalah dalam melaksanakan transaksi.

Pengesahan Biometrik

Peningkatan teknologi biometrik membuatkan beberapa domept kripto menawarkan pilihan menggunakan kaedah pengesahan biometrik, seperti cap jari dan pengecaman wajah. Kaedah ini tidak memerlukan pengguna mengingati kata laluan yang sukar atau frasa serta memberi lapisan keselamatan tambahan.

Pengesahan biometrik juga menawarkan keselesan. Ini kerana pengguna tidak lagi perlu mengingati frasa pemulihan atau risau frasa tersebut hilang atau dicuri. Namun, kaedah ini masih terdedah kepada teknik penggodaman, seperti deep fake, spoofing dan pencurian data biometrik.

Pemulihan Sosial

Pemulihan sosial merupakan alternatif yang lebih mesra berbanding frasa pemulihan dompet kripto. Ia berfungsi dengan membolehkan pengguna mencipta satu set kenalan yang boleh dipercayai, yang boleh membantu mendapatkan semula dompet sekiranya pengguna terlupa kata laluan atau kehilangan akses di peranti.

social recovery system

Untuk proses ini, frasa pemulihan akan dipecahkan kepada fragmen yang disulitkan (encrypted). Fragmen tersebut akan diagihkan kepada pihak-pihak multisig. Jika digunakan secara sendirian/berasingan, fragmen, tidak mempunyai apa-apa fungsi. Namun, jika digabungkan dengan fragmen lain, ia akan membentuk frasa pemulihan. Kombinasi ini memberi cara yang selamat dan tidak berpusat untuk mendapatkan semula kripto tanpa perlu bergantung pada seorang individu atau entiti.

Namun, sistem pemulihan sosial masih mempuyai kelemahan. Perbalahan antara pihak-pihak mutisig mungkin akan berlaku, dan pihak yang dipilih masih memerlukan tahap kepercayaan tertentu.

Kesimpulan

Tidak kira cara yang ada pilih untuk melindungi coin anda, apa yang penting adalah menjaga data sensitif dan dana dengan berhati-hati dan bertanggungjawab. Harus diingat bahawa dalam penjagaan keselamatan aset digital, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sediakan backup untuk frasa seed anda, dan jangan sesekali dedahkan maklumat sulit kepada orang lain.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024