Securing Customer Data When Using a Crypto Payment System

Bagaimana Cara Melindungi Data Pelanggan Ketika Menggunakan Sistem Pembayaran Kripto

Reading time

Mata wang kripto, dilindungi oleh kriptografi dan beroperasi pada teknologi blockchain. Mata wang ini telah mengubah landskap pembayaran dagangan di seluruh dunia. Menurut kajian dilakukan oleh Triple-A, ketika ini jumlah individu yang memiliki dan melakukan aktiviti tukaran token kripto melebihi 420 juta. Jumlah ini menunjukkan pembayaran mata wang digital semakin diterima ramai, begitu juga sistem pembayaran kripto yang menjadi semakin popular.

Walaupun menawarkan pelbagai manfaat, sifat blockchain yang telus dan terbuka membuatkan ia memiliki cabaran yang unik. Ini kerana rekod transaksi yang kekal (immutable) berpotensi mendedahkan lebih banyak maklumat secara tidak sengaja dari apa yang pengguna jangkakan.

Untuk mengawal risiko dengan lebih berkesan, penggunaan amalan keselamatan pembayaran kripto terbaik perlu menjadi keutamaan kepada perniagaan yang ingin menyediakan pembayaran yang boleh dipercayai dan selamat kepada pelanggan. Dalam artikel ini, kami akan menerokai beberapa praktis terbaik yang perlu diamalkan oleh perniagaan untuk melindungi privasi dalam landskap transaksi mata wang kripto yang dinamik.

Isi Penting

  1. Mata wang kripto menawarkan ketanpanamaan (anonimity), namun keadaan tersebut tidak berlaku sepenuhnya disebabkan rekod transaksi umum.
  2. Langkah perlindungan keselamatan yang ketat dan pematuhan terhadap undang-undang perlu untuk perniagaan yang terlibat dalam transaksi mata wang kripto.
  3. Untuk menjaga privasi pelanggan, sektor perniagaan perlu menggunakan gerbang pembayaran kripto yang selamat, mengambil pendekatan pelbagai cara untuk melindungi privasi, dan mengamalkan praktis terbaik untuk aspek keselamatan.

Isu Privasi dalam Mata Wang Kripto

Mata wang kripto merupakan sebuah alternatif untuk sistem kewangan tradisional dalam dunia digital pada hari ini. Dalam mata wang kripto, semua perkara adalah berkaitan antara satu sama lain dan privasi data sangat penting. Semakin ramai individu yang menggunakan mata wang kripto seperti Bitcoin, di mana transaksi dilakukan tanpa perlu mendedahkan maklumat peribadi.

Anonymity vs Ketelusan

Mata wang kripto beroperasi melalui teknologi blockchain. Teknologi ini membolehkan transaksi perangkai padan (peer-to-peer) dilakukan tanpa mendedahkan butiran peribadi. Ciri-ciri tersebut telah menjadi faktor penting yang membuatkan Bitcoin sebagai rangkaian kewangan pilihan. Namun, walaupun mata wang kripto menawarkan ketanpanamaan (pseudonymity), konsep tersebut bukanlah dipraktikkan sepenuhnya.

Transaksi yang berlaku pada blockchain direkod secara umum. Transaksi tersebut boleh dilihat oleh orang ramai yang mempunyai akses pada rangkaian tersebut. Sebaik sahaja sesebuah alamat dipadankan dengan identiti, transaksi tersebut boleh dikenal pasti untuk individu itu.

Untuk mengatasi isu privasi dalam kripto, coin seperti Monero and Zcash menggunakan teknik kriptografi canggih untuk menyembunyikan transaksi. Namun disebabkan coin privasi sebegini semakin banyak digunakan, pihak pengawal selia khuatir ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram.

Perlindungan Data dan Undang-Undang

Pencerobohan yang berlaku pada mata wang kripto dan sistem pembayaran kripto menunjukkan pihak perniagaan perlu mengimplementasi langkah keselamatan yang kukuh. Pada 2023, walaupun jumlah dana yang dicuri telah menurun sebanyak 54.3% setiap tahun (disebabkan kurang penggodaman berlaku dalam protokol DeFi), namun ia masih melibatkan sejumlah $1.7 billion. Jumlah tersebut masih lagi menjadi satu jumlah yang membimbangkan. 

the graph of number of hacks in crypto

Kerana itulah, dalam EU, sebagai contoh, di bawah GDPR (Peraturan Perlindungan Data Umum), perniagaan yang mengendalikan data peribadi perlu mendapatkan kebenaran yang nyata dan memaklumkan kepada pelanggan bagaimana data tersebut akan digunakan.

Selain itu, pertukaran dan platform mata wang kripto mesti mematuhi panduan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan Know Your Customer (KYC). Platform dan pertukaran perlu melaksanakan prosedur pengesahan identiti yang ketat, memantau transaksi untuk aktiviti mencurigakan, dan sebarang perilaku yang mencurigakan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

AML vs KYC

Menggunakan Gerbang Pembayaran Kripto yang Selamat

Salah satu cara untuk melindungi data sensitif ketika menggunakan sistem pembayaran kripto adalah dengan menggunakan payment gateway yang selamat dan boleh dipercayai. Tumpukan pada beberapa aspek penting untuk memastikan transaksi berjalan lancar dan selamat, melindungi kepentingan anda dan juga pelanggan anda. Berikut adalah senarai beberapa faktor penting untuk dipertimbangkan:

Langkah Keselamatan

Sentiasa pilih gerbang yang memiliki protokol keselamatan yang kukuh, termasuk pengesahan dua faktor (2FA) dan penyulitan yang canggih, sebagai perlindungan terhadap akses tanpa kebenaran dan pencerobohan data.

Integrasi dan Pengalaman Pengguna (UX)

Pilih gerbang pembayaran yang selamat yang menawarkan integrasi lancar dengan sistem yang anda gunakan sekarang. Ini dapat memastikan pengalaman pengguna yang selesa serta gangguan yang minimum untuk operasi anda.

Untuk memudahkan proses setup, cuba lihat pilihan pemasangan low-code, pastikan gerbang pembayaran menyediakan laman checkout yang mesra pengguna serta responsif untuk peranti mudah alih.

Sokongan Pelanggan dan Pematuhan

Pastikan khidmat sokongan pelanggan yang efisyen untuk melayan sebarang isu atau pertanyaan dengan pantas.

Selain itu, pastikan gerbang tersebut mematuhi prosedur KYC dan AML untuk pematuhan undang-undang yang berterusan.

what to look for in a secure crypto payment gateway

Langkah Perlindungan Privasi yang Penting untuk Perniagaan

Syarikat perlu menggunakan pelbagai cara untuk melindungi privasi pelanggan ketika mereka sedang melakukan transaksi pembayaran mata wang kripto, dengan memakai strategi perlindungan yang proaktif.

Privasi melalui Rekaan

“Privacy by design” bermaksud mewujudkan privasi dalam setiap proses perniagaan. Prinsip ini merupakan salah satu cara yang penting untuk melindungi privasi pengguna. Dengan menggunakan kaedah ini, privasi diwujudkan dalam setiap proses pembangunan produk, berbanding dengan di tambah pada pengakhiran proses. Untuk perniagaan kripto secara khusus, konsep ini boleh bermaksud:

  • Jana alamat baru bagi setiap transaksi untuk mengelakkan alamat diguna semula dan meningkatkan konsep ketanpanamaan.
  • Dapatkan kebenaran secara jelas daripada pengguna sebelum memproses data pengguna. Ini dapat memastikan pematuhan terhadap undang-undang seperti GDPR.
  • Untuk melindungi keselamatan data sensitif pengguna terhadap ancaman siber, pastikan ciri-ciri privasi mudah digunakan oleh pengguna dan peruntukkan bajet untuk langkah keselamatan siber yang kukuh.

Amalan Keselamatan Terbaik

Bagaimana kita boleh mengurangkan risiko pencerobohan keselamatan dan memastikan kerahsiaan dan integriti pada data pelanggan? Perniagaan mesti mengikut amalan keselamatan terbaik apabila menggunakan sistem pembayaran kripto, contohnya seperti:

  • Jalankan audit keselamatan dengan kerap untuk mengenal pasti dan membaik pulih sistem.
  • Gunakan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end) dan pengesahan pelbagai faktor untuk melindungi data pembayaran yang sensitif semasa transaksi dilakukan.
  • Pastikan dompet perkakas (hardware) dan perisian anda sentiasa dikemas kini, dan pastikan transaksi sentiasa diawasi untuk mengenal pasti transaksi mencurigakan dengan pantas.

Strategi Perlindungan yang Proaktif

Selain daripada aspek teknikal, perniagaan juga perlu menggunakan strategi perlindungan proaktif untuk menguatkan lagi mekanisme pertahanan terhadap pencerobohan data. Antara strategi tersebut adalah:

  • Mendidik pekerja tentang risiko keselamatan dan amalan terbaik untuk menghalang akses tanpa kebenaran atau pendedahan maklumat sensitif yang tidak disengajakan.
  • Membangunkan penyelesaian untuk setiap perniagaan secara spesifik, berbanding menggunakan pendekatan keselamatan yang berfungsi untuk semua perniagaan.
  • Gunakan alatan dan teknologi canggih untuk mengesan dan mencegah ancaman dalaman dan kebocoran data dengan proaktif.

Menggunakan Teknik Penyulitan (Encryption) Data yang Kukuh

Dalam landskap sistem pembayaran kripto, penyulitan data yang kukuh begitu penting dalam memastikan perlindungan transaksi dan privasi pelanggan. Berikut adalah cara bagaimana perniagaan boleh menggunakan teknik penyulitan yang efektif:

Pilih Jenis Penyulitan yang Tepat

  • Penyulitan Simetrik Menggunakan algoritma seperti AES, DES, TDES, dan Twofish. AES sangat disarankan kerana ia boleh digunakan secara global untuk melindungi fail, aplikasi dan komunikasi di pelbagai paltform.
  • Penyulitan Tidak Simetrik (Asymmetric): Menggunakan kaedah seperti RSA dan ECC. RSA sesuai untuk menyulitkan dokumen dan mesej dalam skala yang lebih kecil. Sementara itu, ECC memberi perlindungan yang lebih tinggi dengan saiz key yang lebih kecil. Ciri-ciri tersebut bermanfaat untuk peranti mudah alih.

Penggunaan Penyulitan untuk Pelbagai Keadaan Data:

  • Data in Transit: Melindungi data ketika ia bergerak ke pelbagai rangkaian menggunakan protokol SSL/TLS, kebiasaannya menggunakan penyulitan AES.
  • Data at Rest: Melindungi data yang disimpan, seperti pada server atau pangkalan data, dengan menyulitkan ruang simpanan media atau setiap fail.
  • Penyulitan End-to-End: Memastikan data kekal dalam keadaan disulitkan daripada penghantar ke penerima, menghalang pihak pengantara daripada mengakses data yang boleh dibaca.

Mendidik Pelanggan Terhadap Privasi Data

Anda perlu mendidik pelanggan tentang cara mengendalikan maklumat peribadi dengan betul. Untuk membantu pengguna melindungi aset digital mereka, berikut adalah beberapa tip dan sumber penting:

Maklumkan Kepada Pelanggan Tentang Risiko Privasi

Pelanggan perlu waspada berkenaan risiko privasi yang terdapat pada transaksi mata wang kripto. Penting untuk pelanggan memahami bahawa rekod transaksi blockchain adalah bersifat terbuka dan bagaimana transaksi yang mereka lakukan boleh dikenal pasti dengan identiti mereka yang sebenar.

Berikan Tip Perlindungan yang Praktikal

Harus diingat, pelanggan anda bukanlah seseorang yang pakar dalam keselamatan siber atau kriptografi. Jadi, tanggungjawab anda adalah untuk memberikan tip yang praktikal bagi melindungi transaksi mata wang kripto mereka. Antara tip yang boleh diberikan adalah:

  • Lindungi dompet dengan kata laluan yang kuat dan unik.
  • Gunakan dompet perkakas (hardware) untuk simpan mata wang kripto dengan selamat.
  • Sentiasa kemas kini perisian untuk melindungi terhadap risiko keselamatan.
  • Gunakan pengesahan dua faktor (2FA) atau biometrik sebagai lapisan keselamatan tambahan.
  • Semak akaun secara berkala untuk mengesan sebarang tansaksi tanpa kebenaran.

Sentiasa Peka dengan Pematuhan Peraturan dan Undang-Undang Privasi

Dalam dunia mata wang kripto yang sentiasa berubah, sektor perniagaan perlu memikirkan cara untuk sentiasa menjaga keselamatan privasi pelanggan dan dalam masa yang sama mematuhi peruntukan undang-undang. 

Faktor populariti pembayaran digital dan aset kripto yang semakin meningkat membuatkan skop undang-undang untuk sistem pembayaran kripto semakin ketat. Pihak berkuasa semakin aktif merangka peraturan dan rangka kerja yang lebih jelas untuk memantau operasi stablecoin, Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC), dan aset digital yang lain. 

Pihak syarikat perlu sentiasa pęka dan responsif terhadap undang-undang tersebut. Antara aspek yang menjadi tumpuan undang-undang tersebut adalah:

  • Keselamatan dan Konsistensi Data: Memastikan rangkaian dan perkhidmatan yang disediakan adalah selamat dan dapat berfungsi dengan baik.
  • Likuiditi dan Pengalaman Pengguna (UX): Menjamin likuiditi yang mencukupi untuk beroperasi dan pengalaman pengguna yang lancar.
  • Penyelesaian Pertikaian dan Perlindungan Pengguna: Merangka protokol yang jelas untuk mengendalikan pertikaian dan melindungi pengguna daripada penipuan.

Syarikat juga perlu memberi perhatian bagaimana cara mengendalikan pertikaian dan tuntutan yang dibuat oleh pengguna. Ini kerana pihak berkuasa, pejabat pendakwaan, dan penggubal undang-undang sentiasa memerhatikan perkara-perkara tersebut.

Untuk memastikan pematuhan terhadap kawal selia dan undang-undang privasi yang efektif, syarikat perlu mempertimbangkan langkah-langkah berikut:

  • Pematuhan terhadap KYC dan AML Compliance: Melaksanakan polisi Know Your Customer dan Anti-Pengubahan Wang Haram dengan ketat untuk menghalang aktiviti haram.
  • Kesedaran dan Adaptasi terhadap Kawal Seliaan: Sentiasa peka dengan perubahan undang-undang dan amalan perniagaan disesuaikan mengikut peraturan semasa untuk mengelakkan inovasi terbantut.
  • Pencukaian dan Pelaporan: Di Amerika Syarikat, transaksi mata wang kripto mesti dilaporkan sebagai pendapatan kasar berdasarkan nilai pasaran adil, di mana setiap transaksi tertakluk pada pencukaian. IRS mengkategorikan mata wang kripto sebagai “harta”. Situasi tersebut menambah kerumitan buat perniagaan yang mengendalikan pelbagai transaksi harian.

Sektor perniagaan perlu membuat kajian berterusan dan mematuhi undang-undang tempatan, mengadaptasi terhadap perubahan seperti MiCA oleh EU, yang bertujuan untuk meningkatkan lagi perlindungan terhadap pelanggan dan mewujudkan peraturan yang lebih jelas dalam industri.

Kesimpulan

Memandangkan pasaran digital kini semakin meluas, perlindungan privasi pelanggan dalam mata wang kripto menjadi semakin kritikal. Penggunaan gerbang pembayaran kripto yang selamat dan mendidik pelanggan tentang privasi secara proaktif merupakan langkah penting yang perlu diambil oleh pihak perniagaan untuk memastikan persekitaran transaksi yang selamat dan mematuhi undang-undang.

Disebabkan mata wang kripto sentiasa berubah, sektor perniagaan perlu lebih berhati-hati dan membuat perancangan awal untuk terus selari dengan perubahan undang-undang dan menjaga keselamatan data pelanggan. Ekonomi digital yang selamat dan inovatif mampu dibina sekiranya syarikat mengamalkan praktis terbaik tersebut.

SOALAN LAZIM

Bagaimana cara menjaga keselamatan privasi pada blockchain?

Keselamatan privasi pada blockchain dijaga melalui cara penyulitan, ketanpanamaan dan pendedahan secara selektif. Blockchain umum menggunakan transaksi tanpa identiti (pseudonymous) untuk seimbangkan antara privasi dan ketelusan. Keseimbangan tersebut penting untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai. Blockchain persendirian pula mungkin menawarkan ciri-ciri privasi tambahan.

Bagaiamana Bitcoin menawarkan privasi yang lebih selamat berbanding sistem kewangan tradisional?

Protokol Bitcoin meningkatkan privasi pengguna dengan cara tidak mendedahkan maklumat peribadi pengguna, seperti nama atau alamat, untuk sesuatu transaksi. Jadi, pihak ketiga tidak dapat menjejak aktiviti kewangan pengguna dengan mudah. Ini memberi keadaan privasi yang lebih tinggi berbanding sistem perbankan tradisional.

Apakah faktor yang mempengaruhi kepercayaan pengguna dalam pembayaran kripto?

Kajian mendapati kepercayaan pengguna dalam pembayaran kripto sangat dipengaruhi oleh persepsi terhadap risiko privasi maklumat mereka, sejauh mana mereka rasakan ketanpanamaan dilindungi, dan sama ada transaksi tersebut boleh dikaitkan dengan identiti mereka.

Apakah kelemahan dalam menggunakan pembayaran mata wang kripto?

Antara kekurangan dalam menggunakan mata wang kripto sebagai kaedah bayaran adalah kurang perlindungan undang-undang, iaitu tidak seperti transaksi yang menggunakan kad debit dan kad kredit, ciri-ciri pembayaran mata wang kripto yang tidak boleh dibalik semula, serta ada kemungkinan butiran transaksi boleh diakses oleh umum.

Artikel terkini

How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024
Joining The World’s Elites at The Blockchain Life Expo
Navigating The Most Advanced Technologies at the Blockchain Life Expo 2024
16.08.2024