Accept Gemini Dollar Payments - GUSD

Bagaimana Masukkan Pembayaran Bitcoin pada Laman Web

Reading time

Pembayaran kripto telah memberi kesan besar pada sektor pembayaran online. Kaedah ini telah memberi saingan kepada sistem pindahan tradisional dan memberi pilihan penyelesaian yang lebih lancar dan murah kepada pengguna. Pilihan pembayaran kripto yang semakin meningkat telah menarik minat banyak perniagaan untuk menerima coin tidak berpusat dalam kaedah pembayaran. Ia membolehkan perniagaan menjana saluran pendapatan yang baru. 

Bitcoin masih lagi menjadi peneraju dalam kaedah pembayaran ini dengan lebih 15,000 sektor perniagaan telah menerima mata wang tersebut sebagai cara pembayaran kripto utama. 

Jika anda ada menjalankan perniagaan dalam sebarang bentuk digital, pasti anda berhadapan dengan satu persoalan mudah, tetapi agak mencabar – “adakah saya perlu tambah kaedah bayaran Bitcoin di łaman web? Dan jika jawapannya ya, apakah cara yang perlu dilakukan untuk menerima kaedah pembayaran itu?” 

Melalui artikel ini, kami akan menjawab dua persoalan tersebut, iaitu menerangkan manfaat menerima Bitcoin sebagai kaedah bayaran utama serta memberi panduan bagaimana melakukannya dengan lancar. 

Isi Penting

  1. Penerimaan mata wang kripto pada laman web boleh menambah pendapat dan membuatkan anda mendahului pesaing.
  2. Bitcoin merupakan mata wang yang popular dalam pilihan pembayaran di laman web anda.
  3. Untuk melakukan proses setup pembayaran Bitcoin, anda perlu memahami aspek perundangan, mendapatkan penyedia pembayaran, setup front-end dan mengendalikan khidmat pelanggan.

Bitcoin dan Masa Depan Pembayaran Digital

Dalam masa yang singkat, industri kripto kini dikenali secara global. Industri tersebut berjaya bangkit daripada krisis yang hampir berlaku, bukan hanya sekali, malah dua kali. Pada tahun 2024, kripto telah berkembang menjadi alternatif yang bagus untuk mata wang fiat, pasaran dagangan dan pembayaran runcit. 

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahawa Bitcoin masih lagi menjadi mata wang kripto pilihan untuk pelbagai tujuan. Ia memiliki kestabilan, kebolehpercayaan dan potensi pelaburan terbaik. 

Dalam situasi semasa, potensi Bitcoin masih belum diterokai sepenuhnya dałam pelbagai aspek, termasuk sektor pembayaran digital. Setiap kaedah pembayaran wang fiat semakin sukar digunakan, jadi orang ramai mula mencari cara yang selamat dan boleh dipercayai untuk menjimatkan kos, masa dan aliran kewangan yang terbaik. 

Situasi ini sememangnya benar-benar berlaku untuk perniagaan dan individu. Kedua-duanya seakan sudah bosan sistem tradisional yang mengambil masa lama dan tidak berfungsi dengan baik. Walaupun, terdapat kontroversi terkini dan beberapa isu yang hampir berlaku, mata wang kripto telah kembali semula dengan kuat pada 2023–2024. Ia mengukuhkan kedudukannya sebagai penerus kesinambungan dalam isu penting tersebut. Namun, mengapa Bitcoin? Dalam industri yang mengandungi variasi coin yang memiliki pelbagai fungsi, adakah dengan menerima Bitcoin masih lagi menjadi idea yang bagus berbanding penyelesaian lain? Mari kita bincangkan. 

Mengapa Bitcoin Masih Mendominasi Industri

Sebagai mata wang kripto pertama yang memulakannya, kewujudan Bitcoin telah ada sejak dari awal industri blockchain. Sejak dari saat itu, Bitcoin telah berjaya menerajui pasaran dan pada masa yang sama mengalami kejatuhan besar. Walapun kejayaan tersebut tidak konsisten, Bitcoin masih kekal sebagai pilihan paling dipercayai disebabkan rekod prestasi 15 tahun, pematuhan yang ketat, dan ketelusan. 

Bitcoin's Dominant Features.

Walaupun terdapat kemunculan mata wang kripto lain dan memiliki fungsi yang lebih canggih, ciri-ciri yang lebih berpusat dan kegunaan yang inovatif, tiada satu pun mata wang tersebut berjaya mengekalkan tahap kestabilan dan konsistensi seperti Bitcoin. Walaupun kejayaan Bitcoin sejak kebelakangan ini boleh dikatakan disebabkan kemunculan awal mata wang ini di pasaran, masih terdapat beberapa faktor praktikal yang menyumbangkan kepada status dominannya. 

Ketelusan, Kebolehpercayaan

Sebagai sebuah organisasi, Bitcoin mengekalkan aspek ketelusan dan mematuhi piawaian dan peraturan industri. Walaupun diketahui umum bahawa landskap pengawalseliaan kripto masih lagi sedang berkembang, dan syarikat coin kripto perlu berhadapan dengan pelbagai udang-undang dan peraturan baru. 

Sebagai pilihan pembayaran, coin kripto perlu mematuhi sepenuhnya undang-undang yang ditetapkan, Sekiranya gagal mematuhi udang-undang pihak pengawal selia, ia mungkin memberi kesan kejatuhan nilai coin. Ada syarikat yang tidak boleh menerima Bitcoin disebabkan undang-undang tertentu. 

Selain itu, sekiranya operasi organisasi tidak begitu jelas, pelabur mungkin akan khuatir dan akan melabur di tempat lain. Situasi ini membuatkan coin kripto kurang berkesan sebagai kaedah pembayaran. Ketika ini, Bitcoin masih lagi merupakan pilihan selamat untuk mengelakkan isu dalam jangka masa panjang. Kestabilan dan kegunaan praktikal mata wang ini memberi keyakinan kepada pengguna. 

Perlindungan Terhadap Ketidakstabilan dan Kejatuhan Pasaran

Perkara kedua terpenting adalah ketidakstabilan yang sentiasa ada dan berlaku dalam kripto. Walaupun terdapat peraturan ketat dan ketelusan penuh, nilai mata wang kripto sememangnya tidak stabil. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan ini, seperti industri yang masih baru, tiada praktis standard dan faktor tidak berpusat itu sendiri. 

Crypto Volatility in 2020s

Tidak seperti sistem fiat konvensional, pertukaran kripto dan dana terkumpul (pool) tidak terhubung antara satu sama lain. Selain itu, tidak terdapat cara untuk menstabilkan aliran wang antara pertukaran dan dana tersebut. Keadaan ini menyebabkan secara praktikalnya, tiada cara yang tersedia untuk mengawal ketidakstabilan harga yang drastik. Walaupun pada masa hadapan, tahap ketidakstabilan ini sudah pasti akan berkurangan disebabkan lebih banyak peraturan diperkenalkan dan praktis standard digunakan, landskap kripto ketika ini masih tidak stabil. 

Keadaan tersebut membuatkan Bitcoin masih lagi merupakan pilihan yang paling selamat. Ini kerana Bitcoin mampu bertahan dalam pasaran yang sangat tidak stabil. Ada mata wang lain yang mungkin jatuh di bawah paras likuiditi, malah ada juga yang hilang keseluruhan nilai. Namun, Bitcoin akan menjadi mata wang digital terakhir yang akan jatuh dengan teruk. Ini kerana walaupun pasaran mengalami kerugian besar, kebanyakan pelabur akan kembali melabur dalam Bitcoin sebelum keluar sepenuhnya dari pasaran. Jadi, Bitcoin akan kekal stabil walaupun ketika keadaan yang paling teruk. 

Dengan peristiwa halving yang akan datang, harga Bitcoin dijangka akan meningkat. Ini merupakan peluang terbaik untuk menggunakannya sebagai penyelesaian pembayaran.

Fakta Ringkas

Cara Menambah Pembayaran Bitcoin pada Laman Web

Kita telah pun ketahui mengapa Bitcoin masih menjadi pilihan utama perniagaan sebagai kaedah pembayaran kripto. Sekarang mari kita lihat proses teknikal yang terlibat. Adaptasi pembayaran Bitcoin pada laman web anda mungkin satu tugas yang rumit, walaupun ketika beberapa tahun lepas. Proses tersebut agak sukar dilakukan dari segi teknikal dan mengambil masa yang lama disebabkan ketiadaan penyelesaian atau penyedia servis yang sesuai. 

Integrasi Bitcoin sebagai kaedah pembayaran lebih mudah dalam dalam landskap teknologi moden. Namun, jika anda ingin menerima pembayaran kripto, anda masih perlu menjalani proses integrasi yang rumit dan terperinci. Mari kita lihat. 

How to Add Bitcoin Payments to Your Website

Ketahui Undang-undang Kripto

Seperti yang dibincangkan di atas, landskap pengawalseliaan kripto masih diperingkat awal. Terdapat banyak undang-undang yang sentiasa dipinda. Memandangkan secara umumnya Bitcoin dan kripto lain merupakan jenis mata wang yang sepenuhnya baru, agak sukar untuk mengkategorikan dan memantau mata wang tersebut jika menggunakan kaedah konvensional. Oleh itu, setiap negara telah merangka undang-undang unik mengenai cara menerima pembayaran kripto. Situasi ini membuatkan penting untuk anda memahami undang-undang tempatan dan global sebelum anda menerima pembayaran kripto. 

Crypto Regulations Across the Globe

Sebelum menerima pembayaran Bitcoin, anda mesti memahami struktur pencukaian, fi transaksi yang perlu dibayar ke pihak pengawal selia dan protokol pengawalseliaan lain. Selain itu, anda juga perlu tentukan cara untuk pemakaian KYC, KYT, AML atau prosedur penting yang ditetapkan undang-undang. Perkara lain yang perlu dipertimbangkan lesen operasi untuk perniagaan berkaitan kripto dan kelulusan tertentu yang anda perlu dapatkan daripada pihak berkuasa negara anda.

Dapatkan Gerbang atau Penyedia Perkhidmatan Pembayaran

Sebaik sahaja aspek perundangan telah diuruskan, anda perlu memilih antara dua penyedia pembayaran utama—gerbang pembayaran kripto atau penyedia perkhidmatan bayaran. Kedua-dua penyelesaian tersebut memiliki kelebihan. Pemproses bayaran Bitcoin (gerbang/gateway) adalah lebih murah dan dapat memenuhi kemahuan anda. 

Pilihan A – Gerbang Pembayaran

Proses setup gerbang pembayaran adalah mudah. Penyedia gerbang akan membantu perniagaan anda dari A hingga Z dalam proses pembangunan. Namun, gerbang pembayaran mungkin memerlukan bantuan teknikal jika sistem tidak dapat diintegrasi secara optimum. 

Selain itu, keupayaan gerbang adalah terbatas. Ia hanya menyediakan penghubung antara anda dan pelanggan anda. Anda bertanggungjawab pada perkara lain, seperti tukaran Bitcoin-tunai, tetapan akaun bank, integrasi front-end, pemprosesan bayaran dan tugasan lain. Jika syarikat anda tidak mempunyai sistem pembayaran yang kukuh, pilihan yang lebih baik adalah mendapatkan penyedia perkhidmatan pembayaran. 

Pilihan B – Penyedia Servis Pembayaran

Penyedia perkhidmatan pembayaran menawarkan perkhidmatan yang lebih lengkap. Ia dapat menyediakan lapisan keselamatan tambahan, yang akan memastikan aliran wang dilindungi daripada sebarang pencerobohan. PSP juga boleh memberi anda akaun mereka sendiri (natif). Akaun ini membolehkan anda dapatkan dana Bitcoin dengan lebih pantas dan tukarkannya mata wang fiat dengan serta-merta. 

PSP juga akan bertanggungjawab tentang aspek teknikal, termasuk fi transaksi untuk rangkaian Bitcoin, pertikaian pembayaran yang berpunca dari transaksi bermasalah dan sebarang isu kesesakan rangkaian. PSP akan mempercepatkan keseluruhan proses dengan mengendalikan tukaran dan pengesahan rangkaian. Hasilnya, anda boleh mengintegrasi sistem pemprosesan pembayaran Bitcoin yang lengkap, berbanding menggunakan penghubung yang terhad yang ditawarkan oleh gerbang. 

Namun, harus diingat bahawa PSP jauh lebih mahal berbanding gerbang disebabkan perkhidmatan yang jauh lebih lengkap. Jadi, pemilihan anda perlu bergantung pada sebesar mana bantuan yang anda perlukan untuk proses setup. 

Jika anda tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran teknikal dalam pemprosesan bayaran, anda disarankan untuk menggunakan syarikat pemprosesan pembayaran berbanding menggunakan gerbang. Namun, jika anda hanya ingin melakukan integrasi ke laman web yang sedia ada dan ekosistem yang telah berfungsi dengan baik, anda boleh menggunakan gerbang. 

Lakukan Tetapan Front-End

Setelah penyelesaian pemproses bayaran telah diuruskan, seterusnya anda perlu sambungkan kaedah bayaran Bitcoin dengan sistem bayaran sedia ada dan front end. Dalam kebanyakan situasi, penyedia pembayaran kripto akan menyediakan sekali penghubung API. Ia akan menghubungkan penyelesaian bayaran tersebut ke sistem anda dengan lancar. 

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin memerlukan sedikit bantuan teknikal untuk membuat pengubahsuaian yang diperlukan seperti tukaran automatik, laporan automatik untuk tujuan kewangan dan alat perbankan canggih untuk pelbagai akaun. Namun, proses ini tidak terlalu sukar dan tidak mengambil masa lebih daripada beberapa hari. 

Adding Bitcoin Payment Options on Website

Proses setup untuk front-end kurang teknikal namun lebih mencabar dari segi rekaan. Anda boleh tentukan sendiri bentuk dan promosi kaedah pembayaran Bitcoin yang baru. Namun, penting untuk anda tawarkan pilihan yang jelas dan mudah kepada pelanggan. Secara umumnya, anda disarankan untuk menggunakan sistem tiga klik iaitu pengguna boleh ke laman checkout untuk membuat bayaran tidak lebih daripada tiga klik. 

Pelanggan perlu boleh memautkan dompet kripto mereka ke laman web anda dengan cepat dan mudah untuk mula membayar. Jika sebaliknya berlaku, pilihan pembayaran Bitcoin anda mungkin perlu lebih mudah digunakan bagi membolehkan lebih ramai pengguna menggunakannya. Pilihan ideal untuk anda adalah menawarkan kombinasi pilihan pembayaran kad kredit pada laman harga. Satu lagi pilihan lain adalah dengan menghantar “one-time click” pada pelanggan, namun bagi pelanggan biasa cara ini agak terbatas. 

Integrasi Pilihan Kripto pada Pelaporan

Walaupun proses setup front end penting, anda juga perlu memberi perhatian pada aspek kewangan. Mungkin pada peringkat awal, pemproses pembayaran kripto tidak banyak memproses transaksi, namun lama-kelamaan jumlah transaksi saluran bayaran tersebut akan bertambah dan memerlukan pelaporan kewangan yang teratur. Jadi, penting untuk anda lakukan konfigurasi aliran kewangan supaya apabila anda mula terima pembayaran kripto, rekod kewangan akan terus ditambah secara automatik pada baki aset semasa anda. 

PSP boleh menbantu anda melakukan proses setup bahagian kewangan yang dapat berfungsi dengan sistem pelaporan dan mempunyai aliran data secara langsung dan laporan automatik. Hasilnya, anda boleh mengintegrasi pembayaran mata wang kripto dengan lancar tanpa sebarang percanggahan rekod kewangan. Tanpa menggunakan PSP, integrasi bahagian kewangan mungkin sedikit rumit. Namun kebanyakan sistem pelaporan mempunyai cara untuk menghubungkan melalui API. Ini bermakna, tidak sukar untuk menguruskan aspek kewangan back office anda. 

Menguruskan Pelanggan Melalui Sokongan

Mana-mana laman web yang mempunyai produk dan perkhidmatan seharusnya mempuyai portal pelanggan untuk bertanyakan soalan dan masalah teknikal. Laman bantuan sangat penting apabila menerima pembayaran mata wang kripto seperti Bitcoin. Walaupun pilihan pembayaran laman web anda ringkas dan mudah, pasti akan ada pengguna yang keliru dan mengalami masalah untuk melengkapkan pembayaran mereka. 

Types of Customer Support

Jika keadaan tersebut berlaku, penting untuk laman web anda memiliki laman sokongan pelanggan dan soalan lazim (FAQ), chatbot yang menyediakan jawapan yang telah diautomatikkan dan chat secara langsung bersama bantuan pakar jika melibatkan kes yang rumit. Semua bantuan ini akan membuatkan isu yang dialami oleh laman web berkenaan pemprosesan bayaran akan diselesaikan dengan cepat. Ini kerana kadang-kala pelanggan menjadi penilai paling tepat untuk menilai kelancaran aspek teknikal laman web anda. 

Walaupun laman web anda telah direka dengan begitu telili dan intiutif, pelanggan akan masih mempunyai pertanyaan dan berhadapan dengan isu tertentu. Jadi laman sokongan yang responsif masih penting. 

Gunakan Pilihan Pertukaran BTC keTunai

Bahagian terakhir dan mungkin paling penting adalah memiliki pilihan tukaran dalam urusniaga melibatkan mata wang kripto.Walaupun anda menerima pembayaran yang dibuat dalam bentuk mata wang popular seperti Bitcoin, anda masih perlukan simpanan tunai (menukarkan kepada tunai) jika anda ingin gunakan hasil jualan untuk operasi perniagaan. Kebiasaannya, PSP menawarkan pilihan tukaran tunai secara automatik. 

Selain itu, anda juga boleh buat tetapan pada proses tukaran yang menggunakan akaun bank syarikat dan pautkan sistem pembayaran anda ke buku pesanan (order book) platform pertukaran. Namun, anda perlu pertimbangkan fi komisyen yang tidak tetap dan fi gas yang dikenakan untuk menukarkan Bitcoin anda. 

Kesimpulan – Adakah Anda Sememangnya Perlu Terima Pembayaran Bitcoin?

Dalam era moden ini, mata wang kripto telah menjadi pemain utama dalam industri pembayaran global. Untuk terus menerajui trend semasa, anda dinasihatkan untuk menerima pembayaran Bitcoin pada laman web anda. Dalam proses ini, Bitcoin menjadi pilihan utama kerana terus menjadi pilihan terbaik dalam keseluruhan landskap kripto. Namun, anda perlu pertimbangkan dengan teliti risiko yang berpotensi dalam menguruskan Bitcoin. Ini kerana mata wang kripto yang utama ini masih terdedah kepada ketidakstabilan jangka masa panjang. 

SOALAN LAZIM

Bagaimana cara menerima pembayaran Bitcoin sebagai sektor perniagaan?

Jika anda ingin mengadaptasi pembayaran Bitcoin untuk perniagaan anda, pilihan terbaik adalah dengan mendapatkan penyedia gerbang bayaran atau PSP. Selain itu, anda juga perlu pertimbangkan aspek perundangan, kaedah bayaran pilihan anda, dan pengurusan sokongan pelanggan ketika di awal penerimaan tersebut.

Bagaimana untuk tambahkan pembayaran Bitcoin ke laman web saya?

Untuk menerima pembayaran Bitcoin secara online, anda mesti lakukan integrasi sama ada menggunakan PSP atau gerbang dalam sistem bayaran anda, lakukan proses setup pada front end pilihan pembayaran untuk pelanggan, dan bangunkan sistem aliran wang ke akaun bank anda. Selain itu, anda juga disarankan untuk membangunkan sistem penukaran Bitcoin ke tunai yang lancar.

Adakah Bitcoin merupakan pilihan terbaik?

Bitcoin merupakan mata wang kripto yang paling boleh dipercayai dan kurang berisiko di dalam dunia. Pada masa kini, Bitcoin menjadi pelaburan paling selamat untuk pemilik kripto. Ciri-ciri tersebut membuatkan Bitcoin pilihan terbaik sebagai pilihan pembayaran yang utama.

Artikel terkini

oin Us at The iFX Asia Expo - Check Out Our Agenda
Returning to The iFX Asia Expo with More Updates and Innovative Solutions
19.07.2024
B2BinPay at The Forex Expo Dubai – Don’t Miss out! |
Joining The World’s Elites at The Forex Expo Dubai
19.07.2024
Buy Now, Pay Later (BNPL) Can Boost Your Sales - Here’s How
Bagaimana Konsep Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) Berfungsi dalam Mata Wang Kripto?
Pendidikan 11.07.2024
What Should We Expect From The Ethereum Pectra Upgrade?
Apa Yang Kita Harapkan Dari Peningkatan Ethereum Pectra?
Pendidikan 10.07.2024