Preparing For The Next Crypto Bull Run

Bersiap Sedia untuk Bull Run Kripto Seterusnya – Langkah Penting yang Perlu Dipertimbangkan

Reading time

Setakat ini, dunia kripto boleh dikatakan sebagai sektor termuda di serata dunia dalam kewangan dan aset yang boleh didagangkan di seluruh dunia. Dengan usia yang baru menjengah sedekad sejak diperkenalkan, industri kripto berada dalam tahap formatif. Jadi, kripto mengalami perubahan harga mendadak dan kekerapan turun naik yang lebih tinggi berbanding industri konvensional. 

Secara mudahnya, sektor ini masih belum memasuki peringkat terakhir, dan terdapat peluang yang besar untuk mengaut keuntungan daripada ciri-ciri kripto yang sangat tidak stabil. Bull run tersenarai sebagai peluang besar untuk mendapatkan keuntungan dalam kripto, dan semestinya bull run kripto yang seterusnya hampir tiba. Mari ketahui sifat bull run dan bagaimana anda boleh membuat keuntungan dari situasi ini.

Isi Penting

  1. Bull run menunjukkan pergerakan harga yang meningkat dengan ketara dalam pasaran kripto.
  2. Bull run menunjukkan permintaan pada pasaran melebihi bekalan dan kenaikan harga akan berlarutan sehingga tempoh masa tertentu.
  3. Bull run yang utama telah berlaku sebanyak dua kali dalam dunia kripto – pada 2017 dan 2021. Kedua-dua trend berakhir pada crypto winter atas beberapa punca yang berbeza.
  4. Bull run yang seterusnya akan berlaku, dan terdapat beberapa langkah penting yang boleh dipertimbangkan untuk musim pelaburan yang rancak nanti.

Apa itu Pasaran Bull Run dalam Kripto?

Bull market adalah istilah ramalan yang bersangkutan dengan satu lagi frasa dalam pasaran kripto – crypto bears. Kedua-dua istilah ini dinamakan untuk menggambarkan perubahan ketara dalam dunia kripto, sama ada nilai yang meningkat dengan ketara atau kejatuhan harga yang besar. 

Pasaran bull dinamakan sempena tanduk lembu jantan yang menujah ke atas, sebagai simbol trend kenaikan harga dan pelaburan agresif. Sementara itu, pasaran bearish dinamakan sempena kuku pencakar beruang yang ke bawah. Ia menggambarkan pergerakan harga dan aktiviti pelaburan yang merudum. 

Bullish Vs Bearish Crypto Runs

Bull run tidak hanya terpakai untuk pasaran kripto sahaja; ia merupakan istilah terkenal dalam keseluruhan landskap perdagangan. Selain daripada kenaikan harga dan pola pelaburan yang aktif, bull run juga memberi isyarat permintaan pasaran jauh melebihi bekalan semasa. 

Selain itu, untuk diklasifikasi sebagai bull run, keseluruhan kenaikan pasaran mesti berlaku dalam tempoh berpanjangan. Dalam kata lain, kenaikan kecil untuk beberapa hari tidak dianggap sebagai bull run. Untuk bear run pula, situasi menjadi terbalik – pelaburan tidak konsisten, permintaan jatuh dan berlaku penurunan harga. 

Mendalami Sejarah Bull Run dalam Kripto

Industri blockchain pernah mengalami beberapa pasaran bull run sejak kebelakangan. Jika beberapa kes kecil tidak diambil kira, terdapat dua bull run yang berlaku sebelum ini, iaitu pada 2017 dan 2021. Dalam kedua-dua kes tersebut, kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum dan altcoin popular yang lain telah menyaksikan kenaikan harga yang tidak pernah berlaku sebelum ini, jumlah pertumbuhan yang tidak pernah dilihat dalam sektor dagangan konvensional.

Bull Run yang Pertama

Punca disebalik terjadinya bull run pada 2017 agak mudah dan jelas – secara umumnya, ketika itu pasaran Bitcoin dan mata wang kripto mula diperkenalkan. Sebelum 2017, orang ramai tidak begitu mengetahui tentang teknologi blockchain atau mata wang digital. Apabila orang ramai mula mempelajari tentang subjek tersebut dan faham potensi kenaikan harga dengan memiliki token kripto, pasaran mengalami kenaikan mendadak dalam masa beberapa minggu. 

Pelabur runcit mengkaji rekod pertumbuhan kripto dan menyedari sektor ini boleh memberi keuntungan yang berlipat ganda. Tidak lama selepas ini, masyarat umum dilanda demam kripto, memulakan pergerakan global dan pelaburan yang agresif. Ini membuatkan dunia kripto menjadi sensasi dalam sekelip mata.

The Unprecedented Bitcoin Appreciation During 2017 Bull Run

Bull Run yang Kedua

Pada 2021, dunia masih dalam proses pemulihan dari pandemik COVID-19. Namun, kadar faedah di serata dunia dikurangkan untuk menggalakkan perbelanjaan dan menambah baik keadaan ekonomi global. Kombinasi dengan populariti NFT yang semakin meningkat, pasaran kripto kembali semula dan meningkat luar dari jangkaan. Faktor ketara kali ini adalah terdapat penekanan pada projek menarik yang menerokai konsep metaverse dan Web 3.0. Namun, kemudian industri mengalami kerugian besar tidak lama selepas tempoh yang sangat menguntungkan pada 2021.

Berapa Lama Tempoh Bull Run dalam Kripto akan Berlaku?

Biasanya, bull run akan berlanjutan dari beberapa bulan sehingga keseluruhan satu tahun kalender. Bull run terakhir sebelum ini berlangsung kira-kira tujuh bulan. Ia membantu Bitcoin dan kripto utama lain mencapai harga tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Tempoh bull run bergantung kepada pelbagai faktor, termask ekonomi, politik dan perniagaan semasa. Sebagai contoh, bull run pada 2021 sangat dipengaruhi oleh kadar faedah yang pada mulanya longgar, kemudian diperketatkan dan dipantau oleh FED, FED (rizab persekutuan), pihak berkuasa kewangan utama Amerika Syarikat 

Sebaik sahaja kadar faedah dinaikkan untuk mengawal inflasi, bull run untuk kripto pada 2021 telah berhenti. Sementara itu, kegagalan NFT dan projek Web 3.0 juga menjadi faktor penyumbang kepada kejatuhan bull run pada kripto. Akhirnya, kebanyakan mata wang jatuh semula ke paras harga lama. Malah, ada coin yang jatuh lebih teruk, di mana pada satu ketika, harga coin menjunam kepada $20,000. 

Bila Bull Run Kripto yang Seterusnya akan Berlaku?

Industri kripto telah berjaya pulih selepas kejatuhan pada 2022, dan bear run yang berlaku selepas itu. Secara perlahan-lahan, trend pasaran mula beralih daripada pasaran yang didorong oleh spekulasi dan projek yang boleh dipersoalkan kepada penyelesaian fintech, token pembayaran dan pemula (startup) yang didorong oleh nilai. Setakat Disember 2023, bull run kripto yang seterusnya semakin hampir, dengan harga Bitcoin meningkat sehingga $41,000 beberapa minggu lepas. 

Altcoin lain juga mengalami situasi yang sama, dan pasaran kini sedang bersedia untuk pelaburan agresif. Walaupun faktor ekonomi dan politik tidak begitu memberangsangkan dalam dua tempoh fiskal terakhir, bermulanya tahun 2024 memberi harapan dalam mengurangkan inflasi, kadar faedah yang lebih rendah dan pertambahan dalam perbelanjaan pelaburan. 

Semua tanda-tanda menunjukkan bull run yang semakin hampir yang mungkin telah mula dicetuskan sekitar Disember. Momentum yang dikumpulkan Bitcoin menunjukkan tanda positif setakat ini, merekodkan pertumbuhan sebanyak 120% dalam tahun semasa. Ramai pakar yang percaya trend tersebut akan terus menjadi lebih kukuh untuk tahun mendatang. Malah, terdapat pakar yang mendakwa nilai Bitcoin boleh mencapai $100,000 di penghujung 2024. 

Bitcoin Price Trend in 2023

Bull Run Token yang Mana Paling Berpotensi untuk Berjaya?

Biasanya, pilihan paling nyata untuk pelaburan bull run adalah Bitcoin, dan diikuti oleh Ethereum. Kedua-dua coin utama ini memiliki sokongan paling besar dan dilindungi dari pelbagai risiko pasaran, termasuk ketidakstabilan, dan untuk kes tertentu, kebankrapan. Namun, terdapat beberapa alternatif menarik jika tahap toleransi risiko anda lebih tinggi dan anda ingin pelbagaikan portfolio anda dengan projek hebat yang berpotensi.

Solana dan Cardano merupakan calon terbaik untuk pelaburan bull run. Kedua-duanya disokong oleh teknologi inovatif dan utiliti yang tangible. Selain itu, ia juga mempunyai kelemahan terbesar yang sama dengan Bitcoin, iaitu sifat spekulatif dan kurang bermanfaat untuk dunia sebenar. 

Perhatian yang diberikan terhadap Solana datang dari kebangkitan projek NFT dan Web 3.0 yang didorong dengan nilai. Namun, kedua-dua pelaburan adalah berisiko dan boleh menyebabkan kerugian besar sekiranya bull run bertukar kepada bear run, atas sebab-sebab yang tidak dijangka. 

Walaupun ramai beranggapan keuntungan hanya boleh berlaku ketika pasaran mengalami bull run, masih ramai pedagang yang boleh mendapat manfaat dari trend bear run jika mereka berdagang dalam tempoh singkat.

Isi Penting

Persediaan untuk Bull Run Kripto 2024

Terdapat pelbagai strategi yang sesuai untuk pasaran yang mengalami bull run. Secara umumnya, pelabur akan menggunakan dua metodologi berbeza – trend pelaburan meningkat dan peraturan purata. 

Trend pelaburan meningkat melibatkan beli dengan harga rendah dan jual pada harga tinggi. Pelabur perlu segera menyertai bull run menggunakan analisis candlestick untuk memahami perubahan pada pasaran. Sebaik sahaja terdapat kebarangkalian harga mencapai tahap tertinggi, ia adalah masa yang sesuai untuk jual dan kaut keuntungan.

Sementara itu, peraturan purata pula menyatakan bull run tidak akan dapat mengekalkan harga tertinggi sepanjang masa, dan selepas beberapa ketika pasaran akan jatuh semula. Motivasi pelabur untuk strategi ini adalah membeli untuk jangka masa pendek dan tunggu sehingga bull run berlaku. Strategi ini untuk jangka masa panjang, tetapi telah terbukti pilihan yang selamat berdasarkan data bull run untuk pasaran kripto sebelum ini. 

Tidak kira strategi yang mana pun, terdapat beberapa langkah yang perlu anda ambil sebagai persediaan untuk bull run dan kekal terhubung dengan perkembangan pasaran. Mari lihat langkah-langkah tersebut. 

Essential Steps For The Next Crypto Bull Run

Langkah # 1 – Lakukan Kajian Mendalam

Setiap perniagaan dalam sektor kripto bermula dengan kajian yang mendalam dan komprehensif tentang pelaburan berpotensi dan strategi yang sesuai. Sebagai sebuah pasaran yang masih dibangunkan secara aktif, industri kripto menawarkan banyak informasi yang anda boleh pelajari setiap hari. 

Begitu juga dengan bull run. Ia memerlukan kajian lengkap dan analisis terhadap sentimen pasaran. Pertama sekali, anda perlu peka dengan kemungkinan berlakunya false bull run. Ini berlaku apabila trend kenaikan harga dan pola pelaburan hanya untuk tempoh pendek. Tanpa kajian, anda mungkin tersalah anggap bull run yang palsu/salah sebagai bull run sebenar. 

Kedua, projek kripto yang didorong oleh nilai dan disemak, diakui mempunyai peluang yang lebih besar untuk berdepan dengan bear run yang pasti akan berlaku selepas itu. Jadi, kajian mendalam terhadap setiap altcoin sangat penting. Informasi tentang Bitcoin, Ethereum, dan stablecoins boleh didapati dari pelbagai sumber dan telus. Namun, coin lain yang tidak begitu dikenali memerlukan kajian yang ekstensif. Walaupun proses ini akan mengambil masa, ia berbaloi dan berfungsi sebagai taktik terbaik untuk mengurangkan risiko. Maklumat berharga dapat membantu anda memahami pasaran dengan lebih baik dan melakukan penyelarasan taktik pada waktu yang tepat.

Langkah # 2 – Kenal pasti Strategi yang Sesuai 

Seperti yang dibincangkan di atas, arah strategi yang digunakan, secara umumnya adalah pendekatan panjang dan pendek. Namun, terdapat banyak lagi variasi selaihan dua strategi ekstrim ini. Strategi theta gang, pilihan dagangan sosial dan juga peluang arbitaj boleh digunakan secara meluas semasa bull run berlaku. Jadi, penting untuk anda pilih strategi yang sesuai atau gabungan taktik berbeza yang dapat berfungsi dengan baik,

Sebelum memilih satu teknik, anda perlu periksa dengan teliti jenis dan kefungsian teknik tersebut. Ramai pedagang baru yang mengalami kerugian kerana tidak memahami sepenuhnya mekanisme perdagangan atau strategi yang dipilih. Jadi, anda perlu pelajari selok-belok strategi perdagangan yang kompleks dan memahami sepenuhnya ciri-ciri strategi tersebut. 

Strategi theta gang adalah contoh yang bagus. Ia memerlukan waktu dan perlaksaan yang betul-betul tepat untuk dapatkan keuntungan. Jika pelabur tidak memahami isyarat yang betul dan pencetus yang diperlukan untuk melaksanakan theta gang wheel, mereka akan hilang keseluruhan pelaburan. Pulangan besar ketika bull run berlaku di pasaran membuatkan risiko berkenaan salah paham alat dan pendekatan perdagangan yang sukar, menjadi lebih besar. 

Langkah # 3 – Jangan Panik dengan Harga yang Kerap Berubah

Boleh dikatakan bahawa kemahiran paling penting dalam mana-mana sektor perdagangan adalah kesabaran tinggi dan kekal bertenang dalam pasaran yang sangat tidak stabil. Walaupun bull run cenderung memiliki trend yang positif, pendakian ke ke puncak mungkin menjadi mencabar dalam masa yang singkat. 

Carta candlestick dapat menunjukkan dengan baik tentang perubahan harga dan perlu dipelajari dengan mendalam. Ini kerana, tidak semua trend merudum menggambarkan isyarat bermulanya trend bear run. 

Kadang-kala, halangan yang terjadi berpunca dari pergerakan pasaran bebas dari perubahan strategi pelaburan secara besar-besaran. Jadi, penting untuk anda kekal bersabar pada masa yang tidak menentu dan mempunyai pemahaman mendalam terhadap rangka masa pelaburan anda.  

Tidak semua strategi akan memberi hasil positif dengan serta-merta. Jadi, ia memerlukan kesabaran. Kajian dan peka terhadap apa yang berlaku adalah kualiti yang diperlukan. Ini kerana kadang-kala ketidakstabilan pasaran boleh memberi masalah. 

Langkah # 4 – Gunakan Strategi Pengurangan Risiko

Akhir sekali, bull run melibatkan ketidakpastian perubahan pada pasaran yang begitu tinggi dan pelbagai risiko. Pengurangan risiko penting untuk memasuki bull run pada pasaran. Ini kerana pergerakan harga berlaku luar dari jangkaan normal. 

Jadi, perubahan kecil pada pasaran mampu memberi kesan berterusan yang akan melenyapkan serta-merta keuntungan yang dibuat ketika bull run. Jadi, mempelbagaikan portfolio kripto dan strategi pengurangan risiko yang lain sangat diperlukan.

A Good Balance in a Crypto Portfolio

Bull run memberi kelebihan kepada coin kripto tertentu berbanding yang lain. Dalam kebanyakan keadaan, penting untuk anda memiliki porfolio yang mengandungi coin utama dan terkenal dan altcoin yang ingin dicuba dalam jumlah yang seimbang. Selain itu, pengasingan aset mengikut sektor dan kualiti teknologi juga merupakan tindakan yang bagus. 

Sebagai contoh, token yang didorong oleh ulititi dan spekulatif boleh menjadi peluang hebat untuk mempelbagaikan portfolio anda. Melalui cara ini, jika satu jenis aset merundum, pelaburan yang lain tidak akan turut sama terjejas. 

Kesimpulan

Bull run merupakan peristiwa bermakna yang memberi kesan mendalam kepada pasaran kripto, mencabar asas dan menguji ketahanan coin utama. Boleh dikatakan bull run seterusnya untuk kripto masih diperingkat awal, dan tahun 20234 mungkin menjadi tahun pertumbuhan eksponen. 

Walaupun situasi tersebut membuatkan pelabur kripto teruja, penting untuk anda belajar, lakukan kajian mendalam dan kekal terhubung dengan berita terkini dalam industri. Bull run boleh memberi kesan yang sangat teruk jika tidak digunakan dengan betul atau diambil serius. Akibatnya, dalam keadan yang paling teruk boleh berlaku, anda akan menanggung kerugian portfolio yang besar.

Soalan Lazim

Apakah bull run kripto terbaik yang pernah berlaku?

bull run yang berlaku pada 2021 menyaksikan kenaikan harga paling tinggi dalam sejarah. Bitcoin mencapai harga yang tidak pernah dicapai sebelum ini, iaitu $70,000. Namun, ada pihak yang mengatakan crypto winter yang berlaku selepas itu lebih teruk.

Adakah bull run untuk pasaran kripto telah bermula?

Walaupun terdapat tanda-tanda awal kenaikan, bull run untuk kripto masih belum memasuki frasa utama, Jumlah kenaikan kripto menunjukkan tanda-tanda positif namun masih belum layak dianggap trend bull run.

Apakah persediaan yang saya perlu buat untuk bull run untuk kripto yang seterusnya?

Bull run perlukan pelbagai kemahiran untuk dikuasai. Daripada strategi pengurangan risiko yang cukup dan kaedah kepelbagaian sehinggalah kepada mendalami taktik perdagangan.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024