How Will The MiCA Regulations Shape The EU Crypto Market?

Bagaimana Peraturan MiCA Berfungsi dalam Mengawal Seiia Kripto di Eropah?

Reading time

Dalam beberapa tahun yang lalu, pengawal selia dan pihak berkuasa kewangan berusaha keras untuk mengawal selia landskap kripto. SEC telah mencuba beberapa kali untuk menyelaraskan Bitcoin dan Ethereum sebagai sekuriti yang dikawal selia dan dalam masa yang masa telah menyaman pertukaran atas dakwaan memperdagangkan aset yang tidak berdaftar.

Namun, landskap kripto di Eropah sedikit berbeza. Undang-undang sedia ada berkenaan perkhidmatan kewangan memantau dengan ketat pihak pertukaran kripto dan pedagang terhadap pengubahan wang haram dan penipuan (fraud). Selain itu, setiap negara mengeluarkan lesen kripto masing-masing.

Namun, situasi ini akan berubah apabila peraturan MiCA akan dikuatkuasakan pada tahun ini. Pengenalan peraturan tersebut akan membuatkan landskap kripto menjadi lebih selaras dari segi perundangan dan rangka kerja. Mari kita bincangkan undang-undang MiCA baru ini dan bagaimana peraturan tersebut boleh memberi impak pertukaran tidak berpusat serta firma brokeraj.

Isi Penting

  1. MiCA (Markets in Crypto Assets) merupakan pengawal selia kewangan yang bertanggungjawab terhadap aset berasaskan blockchain di Eropah.
  2. MiCA diperkenalkan pada tahun 2022. Pemakaian penuh rangka kerja undang-undang MiCa akan berkuat kuasa di penghujung tahun 2024.
  3. Pengeluaran stablecoin akan dikawal selia oleh pengawal selia aset kripto Eropah.

Memahami Apa Itu Peraturan Kripto MiCA

Markets in Crypto-Assets (MiCA) merupakan entiti pengawal selia kripto bagi Kesatuan Eropah. Ia diperkenalkan pada tahun 2022 untuk memastikan kestabilan kewangan untuk EU dari segi pemilikan, dagangan, dan menawarkan perkhidmatan untuk aset berasaskan blockchain.

Suruhanjaya Eropah telah mengundi untuk menubuhkan badan pengawal selia pertama yang akan mengawasi mata wang kripto dan dagangan aset digital. Berbeza dengan landskap ketika ini, di mana permit dikeluarkan oleh setiap negara, contohnya seperti lesen pertukaran kripto Estonia atau Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus, pasaran untuk aset kripto dijangka akan dikawal selia dalam cara yang sama untuk semua negara EU.

Peraturan ini diperkenalkan untuk melindungi hak-hak pelabur, menyelaraskan fungsi pertukaran kripto, token dan stablecoin serta menawarkan skim insurans sekiranya kerugian berlaku.

objectives of MiCA crypto in Europe

Aset Kripto Di Bawah Peraturan MiCA

Lesen kripto Eropah MiCA yang baharu ini mungkin menjadi isu untuk pertukaran tidak berpusat atau perniagaan yang menyediakan perkhidmatan aset kripto. Namun, objektif lesen ini adalah untuk mengelakkan kejadian seperti keruntuhan TerraLUNA kembali berulang dan memastikan pertukaran dan pembangun token mengurudskan kewangan dengan baik.

Pengawal selia kripto pasaran Eropah telah mengenal pasti tiga kategori aset tertakluk di bawah MiCA.

MiCA crypto asset types

Token Wang Elektronik

Kategori ini termasuk stablecoin dan token kripto yang diikat (pegged) pada satu mata wang fiat tunggal. MiCA mensyaratkan token sebegini disandarkan oleh simpanan tunai, termasuk Euro. Sekiranya syarat tersebut tidak dipatuhi, sekatan yang keras akan dikenakan, seperti mengehadkan transaksi harian maksimum yang menggunakan token yang tidak disandarkan pada mata wang Euro.

Kategori ini juga dikenal pasti sebagai “Token E-Money” disebabkan aset ini digunakan untuk memindahkan wang digital yang mempunyai nilai wang fiat.

Token Rujukan Aset

Ketegori ini merangkumi token dan stablecoin yang disandar oleh pelbagai mata wang fiat, pelbagai aset kripto, komoditi lain atau kombinasi. mata wang dan komoditi tersebut. Peraturan yang dipakai untuk kategori ini diperketatkan apabila sesebuah token menggunakan mekanisme penstabilan beralgortima untuk mengawal harga aset kripto dan dipautkan secara automatik ke sesebuah mata wang kripto.

Aset Kripto yang Lain

Termasuk token yang dikeluarkan oleh blockchain, di mana token tersebut memberi akses terhadap produk atau perkhidmatan tertentu dalam eknonomi pencipta tidak berpusat. Ia juga dikenali sebagai token. Aset ini hanya diterima oleh pihak yang mengeluarkan token tersebut dan digunakan sebagai mata wang berpusat untuk ekosistem rangkaian tersebut.

Lesen Aset Kripto Di Bawah Peraturan MiCA

Peraturan MiCA diluluskan pada 2023. Usaha berterusan giat dilakukan untuk mengenal pasti jenis permit dan operator kripto yang diluluskan oleh pihak berkuasa kewangan EU. 

Pemakaian penuh peraturan tersebut dijangka berlaku pada 2024, apabila syarikat dan individu menjadi tertakluk kepada seksyen (dirujuk sebagai Title) atau lesen yang mengawal aktiviti operator kripto.

MiCA European Crypto regulations

Title I

Fungsi utama seksyen ini adalah menentukan dan menyenaraikan syarikat dan operator yang tertakluk pada peraturan MiCA. Title I menetapkan syarat perundangan untuk platform dagangan dan pertukaran yang terbuka kepada orang ramai, contohnya seperti mempunyai pejabat di sesebuah negara dalam EU dan memiliki protokol pematuhan AML

Selain itu, seksyen ini juga menerangkan bagaimana token utiliti yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat berfungsi, mekanisme konsensus, teknologi lejar teragih (DLT) dan perkhidmatan berkaitan kripto yang lain.

Title II

Seksyen ini menerangkan kriteria untuk menjadi tertakluk di bawah peraturan MiCA dan syarat-syarat untuk menawarkan perkhidmatan kripto. Jadi, untuk mendapat kelayakan sebagai pengeluar atau pedagang kripto yang sah, sesebuah entiti mestilah orang perundangan (legal person), menulis kertas putih, merangka strategi pemasaran, dan menghantar pelan perniagaan tersebut ke negara berkenaan dan memastikan pematuhan undang-undang berterusan. 

Title III

Seksyen ini menyentuh tentang pengeluaran dan pengurusan stablecoin yang disandarkan oleh aset kripto, mata wang kripto dan aset digital lain. Token rujukan aset ini dikawal selia dengan ketat untuk mengelakkan potensi kerugian yang disebabkan oleh ketidakstabilan pasaran yang begitu tinggi.

Entiti yang ingin membangunkan stablecoin perlu didaftarkan sebagai orang perundangan dan institusi kewangan yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MiCA.

Title IV

Sekysen ini mengawal selia operasi stablecoin, atau e-duit, yang disandarkan pada satu mata wang fiat tunggal. Sesebuah entiti perlu didaftarkan sebagai entiti kewangan. Untuk beroperasi di bawah seksyen ini, sesebuah entiti mesti didaftarkan sebagai entiti kewangan atau entiti duit elektronik.

Peraturan ini meliputi tokenonik dalam stablecoin, kefungsian dan pelan pembangunan dan udang-undang yang digunakan pihak berkuasa kewangan Eropah.

Titles III dan IV akan berkuat kuasa dari 30 Jun 2024, sementara peraturan lain pula akan disemak pada Disember 2024.

Fakta Ringkas

Title V

Seksyen ini memberi definisi siapakah yang boleh menawarkan perkhidmatan kripto dan peraturan terpakai untuk pihak tersebut berdasarkan lokasi dalam negara EU. Ini termasuk:

  • Institusi kredit
  • Bank pelaburan
  • Depositori sekuriti pusat
  • Peserta pasaran kripto
  • Pengeluar wang elektronik
  • Pengurus dana pelaburan yang berkelayakan.
  • Syarikat yang beroperasi di bawah undang-undang UCITS.

Title VI

Peraturan di bawah seksyen ini menyentuh tentang manipulasi dalam pasaran serta salah laku oleh peserta dan penyedia aset kripto. Ia menerangkan tentang kesan yang ditanggung sekiranya terlibat dalam dagangan orang dalam, salah gunakan maklumat dalaman dan penyalahgunaan pasaran.

Title VII

Seksyen ini meliputi peraturan digunakan oleh pengawal selia bagi setiap negara EU dan bidang kuasa setiap negara tersebut. Peraturan ini menyatakan setiap negara Eropah mesti memilih pengawal selia sendiri dan memastikan pengawal selia tersebut bekerjasama di bawah satu undang-undang tunggal.

Ahli pengawal selia perlu melaporkan kepada Pihak Berkuasa Perbankan Eropah dan Pihak Berkuasa Sekuriti dan Pasaran Eropah.

MiCA EU pada Tahun 2024

Penguatkuasaan pertama peraturan-peratuan ini akan bermula pada Jun 2024. Pada bulan tersebut, peraturan berkenaan stablecoin akan mula dikuatkuasakan untuk mengawal selia perkembangan dan pengeluaran token kripto yang disandar pada mata satu wang fiat tunggal atau beberapa kripto dan aset digital.

Peraturan MiCA yang lain akan terpakai enam bulan kemudian. Tempoh ini memberi peluang kepada operator kripto dan platform pertukaran untuk melakukan persediaan dan merangka pelan tokenomik dan kertas putih.

MiCA regulations timeline

Di penghujung 2024, peraturan MiCA yang penuh akan terpakai dan penyedia perkhidmatan kripto mesti mematuhi undang-undang dan peraturan tersebut untuk beroperasi secara sah di negara EU. 

Apabila peraturan ini dikuatkuasakan, MiCA akan menilai sama ada kawal seliaan tambahan diperlukan untuk aset yang tidak dimasukkan seperti NFT dan kripto yang berfungsi sebagai instrumen kewangan.

Aset yang Tidak Dimasukkan Dalam Peraturan MiCA

Seperti dinyatakan di atas, peraturan MiCA tidak terpakai untuk NFT, seni digital, dan token kripto bersifat non-fungible yang lain, melainkan ia berfungsi sama seperti token fungible, seperti wang elektronik dan stablecoin.

Mata wang kripto yang menyerupai instrumen kewangan dan sekuriti, tidak tertakluk pada bidang kuasa MiCA, seperti dagangan Bitcoin, Ethereum dan kripto lain.

Selain itu, aplikasi tidak berpusat (dApp) juga tidak tertakluk kepada peraturan MiCA. Ini kerana operasi aplikasi tersebut beroperasi tanpa melibatkan pihak pengantara serta tidak memerlukan dagangan atau tukaran untuk menggunakannya.

Kesimpulan

MiCA merupakan badan pengawalselia aset kripto dan mata wang berasaskan blockchain. Fokus pihak berkuasa Pasaran dalam Aset Kripto (Market in Crypto Assets) adalah terhadap pengeluaran, perdagangan, dan tawaran stablecoin dan token kripto. Ia mengenakan peraturan ketat ke atas mekanisme pegging dan sistem sandaran kedua-dua aset tersebut.

Peraturan MiCA EU berfungsi sebagai prinsip asas untuk pembangun token kripto, termasuk protokol konsensus, pematuhan AML, operasi blockchain, dan aspek-aspek lain yang bertujuan untuk melindungi hak-hak pelabur dan menggalakkan integriti dalam pasaran.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024