Accept Stellar Payments - XLM

Cara Terima Pembayaran Ethereum pada Tahun 2024

Reading time

Ethereum (ETH) merupakan sistem blockchain berpusat sumber terbuka paling terkenal. Ia juga platform blockchain yang menjadi pilihan peniaga/pedagang mata wang dan industri fintech. Mata wang kripto Ethereum, iaitu Ether semakin popular dan diterima sebagai pembayaran barangan dan perkhidmatan oleh beribu-ribu syarikat.

Penerimaan terhadap ETH merupakan langkah strategik untuk syarikat terus mendahului inovasi pembayaran dan teknologi pemindahan aset digital. Dalam artikel ini, kami akan menerokai cara menerima pembayaran Ethereum dan akan membincangkan potensi manfaat dan cabaran dalam usaha ini.

Isi Penting

  1. ETH kini diterima sebagai kaedah pembayaran dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan digital, e-dagang, permainan, dsb.
  2. Untuk menerima ETH, anda boleh gunakan dompet, API dan gerbang pembayaran.
  3. Ketidakstabilan, isu teknikal, dan aspek perundangan yang rumit merupakan antara cabaran utama yang dihadapi oleh pembayaran ETH.
  4. Apabila mengintegrasi pembayaran ETH, anda perlu mencipta akaun dompet.

Siapakah yang Menerima Pembayaran Ethereum pada Tahun 2024?

Mata wang kripto, terutamanya Ethereum, menjadi semakin popular untuk transaksi online pada tahun 2024.

ETH, dinilai berharga $140 billion, merupakan mata wang kripto kedua terbesar di dunia. Mata wang ini diterima oleh pelbagai perniagaan, termasuk kad hadiah, servis digital, pelancongan, permainan, fesyen, dan lain-lain disebabkan ia mata wang yang versatil, keupayaan transaksi pantas, dan popular.

Sebagai contoh, sektor pelancongan diketahui mempunyai hubungan kuat dengan mata wang kripto. Anda boleh menyewa kereta, menempah hotel, atau membayar tiket penerbangan dengan Ether. Perkhidmatan digital seperti pengehosan web, VPN, VPS, dan perkhidmatan sewa proksi juga biasanya menerima pembayaran melalui mata wang kripto, dan industri e-sukan dan perjudian merupakan antara sektor terawal yang menerima kripto. Kesemua situasi tersebut membuatkan Ether sebagai pilihan pembayaran yang berguna.

Pembayaran kripto membolehkan pengguna membeli gajet, bermain dalam eSukan, buat tempahan, dan menerima pembayaran daripada platform bukan ETH seperti Amazon. Menerima pembayaran ETH tidak hanya bermanfaat untuk industri tertentu, ia juga memberi kelebihan kompetetif berbanding pesaing yang lain yang masih baru tentang kripto.

Keupayaan ETH untuk mengendalikan transaksi mikro dan fungsi smart contract membolehkan pembelian dilakukan dengan selamat dan sistem ganjaran automatik. Ethereum merupakan pilihan popular untuk aktiviti online disebabkan oleh ciri-ciri ketanpanamaan (anonymity) dan keselamatan.

Platform Ethereum menggunakan Solidity sebagai bahasa pengaturcaraan dan adalah teknologi blockchain sumber terbuka. Ini membolehkan pengguna membina dan membangunkan kripto dan DApp tanpa sebarang gangguan (downtime), penipuan atau campur tangan pihak ketiga.

Fakta Ringkas

Mengapa Anda Perlu Pertimbangkan untuk Menerima Pembayaran ETH

ETH adalah lebih dari sekadar coin digital.  smart contracts Ethereum berfungsi secara automatik dan terdapat di blockchain. Ia melaksanakan perjanjian digital sebaik sahaja syarat tertentu telah dipenuhi. Kontrak ini boleh diumpamakan seperti kepingan puzzle digital. Ia diprogram untuk melakukan tindakan tertentu dan melengkapkan transaksi seperti memindahkan aset atau mengautomatikkan pembayaran insurans. 

Kebolehramalan dan keberkesanan sistem ini mengurangkan risiko kesilapan manusia atau keberpihakan (bias). Keupayaan smart contract melambangkan perubahan besar dalam transaksi dan perjanjian digital. Ia membolehkankan pembangun (delevoper) mencipta pelbagai jenis aplikasi tidak berpusat, yang akan memberi kebebasan dan keselamatan satu tahap yang baru kepada interaksi digital.

Benefits of accepting ETH payments

Integrasi ETH sebagai kaedah pembayaran menawarkan pelbagai manfaat, seperti kos lebih rendah, keselamatan dan kepantasan lebih tinggi dan banyak lagi. Mari kita fokuskan manfaat utama dalam penerimaan pembayaran Ethereum.

Keberkesanan Kos

ETH mengurangkan kadar komisyen berbanding perbankan tradisional dan pindahan online. Jadi, ia bermanfaat untuk pendagang dan pengguna. Sifat ETH yang tidak berpusat boleh mengurangkan fi transaksi dengan ketara, terutamanya transaksi rentas sempadan, dengan menyingkirkan penglibatan pihak pengantara seperti bank.

Ethereum mengenakan fi $1-2 per transaksi. Jumlah tersebut sangat rendah berbanding fi kad kredit dan lebih dirasai dalam transaksi besar. Sebagai contoh, syarikat yang memproses $1 juta dalam pembayaran bulan berpotensi membayar fi sebanyak $35,000 jika menggunakan kad kredit. Namun, melalui kaedah bayaran ETH fi tersebut hanya $1,000 dengan $1 fi per transaksi. Perbezaan jumlah ini dapat memberi penjimatan besar tanpa meningkatkan kos perbelanjaan tetap (overhead).

Kelajuan dan Keberkesanan

Transaksi ETH diketahui dengan kepantasan: transaksi pada blockchain ETH biasanya diselesaikan dalam masa 15 saat atau di bawah 2 minit. Tempoh ini jauh lebih pantas berbanding kaedah perbankan tradisional seperti pindahan kawat (wire). 

Rangkaian berpusat Ethereum membolehkan pembayaran yang pantas dan efisyen. Ciri-ciri tersebut dapat meningkatkan produktiviti dan kesambutan (responsiveness) dalam industri. Ia menghapuskan tempoh menunggu yang lama dan clearing house yang berpusat. Jadi, nilai mata wang digital dapat dihantar dari satu titik ke titik lain dalam hampir masa nyata. Ini dapat mempercepatkan aliran tunai, meningkatkan likuiditi, mengurangkan risiko ketidakpastian yang berpunca daripada tempoh penyelesaian pembayaran yang lama.

Keselamatan dan Mengurangkan Risiko Penipuan

Ethereum merupakan platform berpusat yang menggunakan kriptografi canggih untuk melindungi pemprosesan bayaran. Platform ini beroperasi secara global, rangkaian perangkai padan (peer-to-peer) tanpa titik kawalan berpusat, dan mengurangkan risiko kegagalan sistem. Lejar blockchain mengandungi transaksi yang telah disulitkan (encrypted) dan dipautkan pada transaksi terdahulu.

Smart contract merupakan inovasi penting Ethereum. Kontrak ini akan melaksanakan kontrak secara automatik tanpa pihak pengantara, dan menyingkirkan risiko penglibatan pihak ketiga. Smart contract akan melaksanakan perjanjian digital apabila syarat tertentu telah dipenuhi,  mengurangkan risiko penipuan dan pihak-pihak gagal menjalankan kewajipan ditetapkan (default).

Transaksi Ethereum dilaksanakan di blockhain berpusat dan kekal (immutable). Ciri-ciri tersebut menghalang potensi penipuan chargeback dan transaksi berbalik.

Syarikat akan menerima pembayaran Ethereum terus ke dompet digital mereka. Jadi, syarikat tidak perlu menyimpan maklumat sensitif pelanggan. Dalam sistem tradisional, maklumat tersebut kerap menjadi sasaran pencerobohan data. Kombinasi tidak berpusat dan teknologi blockchain ini menghasilkan proses pembayaran yang selamat.

Ketersampaian Global

Penggunaan Ethereum secara global memberi kelebihan besar kepada pedagang antarabangsa. Ini kerana semua transaksi tidak terbatas dengan waktu operasi perbankan konvensional atau fi rentas sempadan. Ini membolehkan pemindahan antarabangsa dilakukan dengan lancar. Situasi ini memberi manfaat kepada perniagaan dalam talian kerana mereka boleh menerima bayaran dalam Ethereum di serata dunia tanpa tempoh pemprosesan yang lama atau caj tinggi yang biasanya dikenakan oleh bank conventional. Faktor tersebut menjadikan Ethereum sebagai pilihan popular untuk pedagang global.

Aspek Privasi Dipertingkatkan

Transaksi Ethereum menyediakan tahap ketanpanamaan lebih tinggi berbanding kaedah pembayaran tradisional. Ia menawarkan transaksi yang selamat, jelas, dan kekal serta menjaga privasi kerana tidak memerlukan maklumat peribadi. Jadi, pihak perniagaan boleh menggunakan ciri-ciri privasi untuk menarik pelanggan yang mengutamakan aspek privasi serta menekankan potensi manfaat dalam menerima ETH.

Ekosistem yang Stabil dan Kukuh

Ekosistem ETH yang stabil dan kukuh, dan juga pembangun (developer) yang proaktif dan terdapat kepelbagaian dApp menjadikan ETH sebagai popular altcoin. Ekosistem ETH menawarkan kestabilan, keselamatan, dan komitmen terhadap sokongan berterusan dan alat inovatif. 

Fleksibiliti Ethereum dalam mengintegrasi penyelesaian fintech memberi kesan besar terhadap penerimaannya. Ia menarik minat pedagang menerima kemajuan teknologi dan terus berkembang dalam landskap perniagaan yang inovatif.

Syarikat yang menerima penyelesaian pembayaran Ethereum menggambarkan kesediaan untuk menggunakan teknologi maju. Usaha tersebut menunjukkan komitmen syarikat terhadap inovasi dan adaptasi. Penyelesaian ini sangat menarik perhatian terutamanya untuk demografi golongan muda yang memahami teknologi yang tertarik dengan visual unik dan penjenamaan berkaitan dengan kripto.

Integrasi kefungsian pembayaran kriptografi ke model sesebuah jenama memiliki potensi pemasaran viral yang besar. Ia menunjukkan prinsip berkaitan akses kewangan dan ketidakberpusatan. Pendekatan sebegini mendekatkan perniagaan dengan generasi lebih muda, dan membentuk masa depan perdagangan serta berkongsi komitmen yang sama untuk terus berkembang.

Akses Pangkalan Pelanggan Baharu

Adaptasi terhadap Ethereum semakin meningkat. Situasi ini menarik minat kumpulan baru peminat kripto demografi dan memudahkan transaksi kripto global, seterusnya menarik pelanggan baru.

Penerimaan Ethereum membolehkan perniagaan mendapatkan pangkalan pelanggan dalam ekonomi digital yang semakin meningkat, dengan terdapat lebih daripada 1 juta dompet. Dengan jumlah aset melebihi $20 bilion, pihak syarikat berpeluang untuk mendominasi bahagian pasaran sektor peruncitan berasaskan mata wang kripto, serta menjalankan urus niaga bersama institusi yang memfokuskan teknologi. 

Membina hubungan dengan pelanggan Web3 dapat membuka peluang untuk perdagangan NFT dan usaha sama dengan organiasi autonomi tidak berpusat. Situasi ini akan memberi potensi besar untuk terus berkembang.

Kaedah Bayaran Ethereum

Pembayaran Ethereum memerlukan alamat dompet. Alamat tesebut boleh dicipta secara percuma. Kebiasannya, syarikat akan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk mengautomatikkan proses kutipan bayaran kripto. Proses ini menggunakan gerbang pembayaran khusus untuk Ethereum berbanding membangunkan sendiri saluran pembayaran yang rumit.

ETH payment methods

Perniagaan menggunakan pelbagai kaedah bayaran Ethereum untuk menerima ETH, sebagai bayaran untuk produk atau servis. Terdapat banyak cara untuk mengintegrasi transaksi ETH. Mari kita beberapa cara yang popular.

Dompet Ethereum

Dompet Ethereum merupakan alat digital untuk menyimpan, menerima dan menghantar pembayaran Ethereum dengan selamat. Transaksi tersebut dilakukan dengan memberi butiran dompet. Ia boleh diberikan dengan memasukkan turutan aksara atau diimbas menggunakan kod QR. Ethereum merupakan pilihan popular untuk menyimpan, berdagang dan menggunakan mata wang natif rangkaian tersebut atau aset berasaskan Ethereum yang lain seperti token ERC-20 dan NFT.

Untuk menerima pembayaran Ethereum, pilih dompet yang seimbang dari segi mudah digunakan, keselamatan dan praktikal. Antara pilihan popular adalah MetaMask, Coinbase Commerce, dan BitPay. Setiap dompet ini memiliki fungsi dan keupayaan teknologi tersendiri, termasuk API dompet Ethereum.

API Pembayaran

API blockchainEthereum membolehkan aplikasi terhubung dengan nod Ethereum di blockchain. Sambungan tersebut membolehkan pembangun (developer) berkomunikasi dengan data pada rantai (on-chain) dan menghantar pelbagai transaksi. API tersebut mengikut piawaian JSON-RPC, protokol lazim yang ringan, tanpa keadaan (stateless) untuk berkomunikasi dengan Ethereum.

Intergrasi pembayaran Ethereum melalui API perlu menggunakan kod API pada laman web. Proses ini mungkin agak sukar untuk pelanggan biasa.

Gerbang Pembayaran

Gerbang pembayaran Ethereum merupakan perisian yang beroperasi pada server dan membolehkan laman web, aplikasi atau platform menerima pembayaran kripto. Ia juga merekodkan transaksi pada blockchain. Gerbang ini membantu perniagaan yang menerima Ethereum dengan menyediakan API, plugin e-dagang, dan invois. Ini dapat memastikan penerimaan yang selamat dan lancar, di mana mata wang tradisional boleh ditukar pada masa nyata dan pedagang tidak perlu memiliki pengetahuan mendalam mengenai blockchain.

Platform E-dagang

Utiliti pembayaran ETH boleh diintegrasi pedagang pada stor online untuk memudahkan proses pembelian menggunakan Ethereum.

Plugin pembayaran ETH untuk platform e-dagang popular seperti Prestashop, WHMCS, dan WooCommerce membolehkan pelanggan membayar menggunakan ETH dan mata wang kripto lain. Kaedah ini juga pantas dan memerlukan proses setup yang mudah.

Pemproses Bayaran

Pemproses bayaran Ethereum menyediakan penyelesaian yang mudah dan sedia untuk digunakan untuk menggunakan Ethereum pada platform e-dagang. Perkhidmatan ini mengendalikan perkara yang rumit dalam transaksi ETH, seperti kadar tukaran dan pengurusan dompet. Situasi ini membuatkan blockchain tersebut mudah digunakan pengguna. 

Tidak kira sama ada menggunakan direct code atau pemproses pihak ketiga, proses integrasi Ethereum ke proses pembelian di laman web akan memberi kelebihan kepada stor online anda. Selain itu, ia juga menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk pelanggan berinteraksi dengan jenama anda.

Smart Contract

Smart contract merupakan program komputer yang selamat, jelas dan tidak boleh diubah. Ia akan melaksanakan perjanjian secara automatik tanpa penglibatan pihak ketiga. Ciri-ciri tersebut membuatkan smart contract ideal untuk pelbagai aplikasi perniagaan.

Smart contract, ditulis terus dalam kod, membolehkan pedagang menerima pembayaran ETH dengan berkesan dan selamat. Dengan mengautomatikkan proses perniagaan, smart contract menghapuskan penglibatan pihak pengantara dan kesilapan manual, seterusnya mengurangkan kos. Kontrak ini akan melaksanakan transaksi apabila syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi. Ini dapat mengurangkan kesilapan dan menjimatkan masa, seperti proses bekalan permintaan.

Sebagai contoh, smart contract boleh digunakan untuk mengautomatikkan proses bekalan permintaan atau perjanjian kontrak antara pihak.

Kontrak ini melancarkan transaksi, menjimatkan masa dan wang syarikat dengan mengelakkan kelewatan, kos dan isu perundangan. Selain itu, ia juga menghapuskan penglibatan pihak pengantara dan peguam dalam transaksi penggabungan dan pengambilalihan (M&A) tradisional.

Cabaran yang Berpotensi Apabila Menerima Pembayaran ETH

Malalaupun penerimaan ETH menawarkan banyak kelebihan, ia juga mempunyai beberapa isu seperti kewangan dan teknikal yang rumit, kesedaran pengguna, ketidakstabilan dan isu perundangan.

ETH payment challenges

Untuk mengatasi kerumitan dalam aspek teknikal, fahami teknologi blockchain Ethereum dan dapatkan nasihat daripada pakar atau sumber dari internet. Dengan memahami struktur harga transaksi ETH dan bersedia terhadap ketidakstabilan harga mata wang kripto, ia dapat membantu anda mengatasi cabaran yang ada. Selain itu, ia juga membolehkan arahan yang jelas dapat dipaparkan pada laman web untuk menggunakan pembayaran ETH dan memastikan pelanggan berpuas hati.

Sama seperti kebanyakan mata wang kripto lain, ETH juga mengalami masalah ketidakstabilan dan tidak boleh dijangka. Harga ETH boleh berubah dengan drastik sepanjang masa. Ketidakstabilan harga ini dipengaruhi pelbagai faktor seperti spekulasi pasaran, had likuditi, isu berkenaan teknologi, faktor makroekonomi, dan pengaruh media. Seiring dengan pasaran yang semakin berkembang, pemakaian polisi diperkenalkan untuk mengawal dan menstabilkan harga. Situasi ini dapat menyediakan eskosistem jualan online yang lebih mudah dijangka dan selamat kepada perniagaan.

Kerumitan dalam undang-undang yang mengawal selia mata wang kripto, terutamanya ETH adalah berbeza bagi setiap negara. Keadaan ini membuatkan operasi perniagaan e-dagang menjadi sukar. Pihak syarikat perlu mematuhi undang-undang Know Your Client (KYC) dan Anti Pengubahan Wang Haram (AML), perlesenan atau syarat pendaftaran, dan pencukaian. Syarikat e-dagang perlu sentiasa peka dengan perubahan terkini dan mendapatkan nasihat dari pakar undang-undang.

Panduan Lengkap Cara Menerima Pembayaran ETH

Penerimaan terhadap pembayaran Ethereum boleh memberi manfaat kepada perniagaan anda. Keuntungan dapat dimaksimumkan, pelanggan lebih meluas, dan terdapat ruang untuk memgembangkan perniagaan anda. Namun, proses adaptasi ini kelihatan sukar. Namun, berikut adalah lima langkah asas yang boleh diikuti untuk memudahkan proses integrasi pembayaran ETH.

How to start accepting ETH
  1. Untuk menyimpan dan menguruskan aset ETH anda, anda memerlukan dompet kripto. Anda boleh pilih mana-mana dompet yang mudah digunakan, namun pastikan dompet tersebut memiliki keselamatan maksimum. Antara pilihan popular adalah MetaMask, Exodus, Coinbase, dan Trezor. Akaun dompet membolehkan anda menggunakan alamat umum dompet tersebut untuk pelanggan membuat pembayaran.
  2. Menerima ETH atau kripto lain pada laman web anda boleh dilakukan melalui pelbagai platform seperti Shopify, WooCommerce, atau BitPay. Anda perlu lakukan proses integrasi sistem pemprosesan bayaran, API, gerbang dan penyedia pemprosesan bayaran lain untuk menerima bayaran ETH pada laman web anda dan mengeluarkan wang yang telah ditukar ke akaun bank anda.
  3. Tambahkan butang khas pada laman web untuk memaklumkan kepada pelanggan bahawa pembayaran kripto kini tersedia untuk membayar perkhidmatan atau produk anda.
  4. Maklumkan kepada pelanggan pilihan tentang pembayaran ETH yang tersedia pada laman web anda. Selain itu, anda boleh menggalakkan pelanggan untuk menggunakan Ethereum berbanding kaedah bayaran tradisional seperti kad kredit atau PayPal, yang biasanya mengenakan caj lebih tinggi.
  5. Ketepatan rekod transaksi ETH perlu dijaga untuk tujuan pencukaian. Ambil maklum sebarang perubahan dalam polisi cukai atau udang-undang negara anda untuk mematuhi peraturan dan keperluan berkenaan transaksi kripto di negara anda.

Kesimpulan

Penerimaan terhadap ETH sebagai kaedah bayaran untuk perniagaan online memberi manfaat seperti transaksi lebih pantas, fi lebih rendah dan meluaskan pangkalan pelanggan. Pasaran modal ETH hanya di belakang Bitcoin dan ia menawarkan pilihan pembayaran yang mudah dan selamat. Ia membuka pintu pasaran global, teknologi inovatif, dan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan.

Pelbagai perkhidmatan pemprosesan bayaran boleh digunakan untuk proses integrasi ke laman web anda, seterusnya memudahkan proses pembayaran. Strategi ini membolehkan perniagaan menggunakan kelebihan populariti mata wang kripto yang semakin meningkat dan menarik pelanggan baru. Selain itu, penerimaan tersebut juga membuatkan perniagaan anda dianggap berfikiran jauh dan inovatif dalam dunia e-dagang.

Jika anda bersedia untuk melakukan revolusi terhadap perniagaan anda dan menjana lebih banyak keuntungan dan pelanggan, lakukan proses integrasi pilihan pembayaran kripto untuk menerima pembayaran Ethereum.

SOALAN LAZIM

Adakah pembayaran ETH selamat untuk pelanggan dan perniagaan?

Teknologi lejar teragih ETH menawarkan tahap keselamatan tinggi, di mana setiap transaksi disulitkan dan direkodkan pada lejar tidak berpusat. Proses ini akan mengurangkan risiko akses tanpa kebenaran untuk pelanggan dan juga pihak syarikat.

Sejauh mana kepantasan transaksi ETH?

Kepantasan transaksi ETH bergantung pada kesesakan rangkaian dan fi gas. Namun, biasanya ia hanya mengambil beberapa saat sehingga beberapa minit.

Syarikat apakah yang menerima pembayaran ETH pada 2024?

Syarikat seperti Overstock, Shopify, Travala, Gipsybee, Sotheby’s, Crypto Emporium, NordVPN, Chipotle, Twitch, dan Pacaso menerima Ethereum sebagai kaedah bayaran.

Adakah pemprosesan pembayaran ETH akan dikenakan sebarang bayaran?

Transaksi ETH melibatkan fi gas dan fi ini bergantung pada kesesakan rangkaian dan kerumitan transaksi. Selain itu fi pemprosesan mungkin berbeza mengikut penyedia bayaran.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024