Cryptocurrency wallet vs exchange

Dompet Kripto vs Pertukaran Kripto: Ketahui Perbezaannya

Reading time

Memiliki aset dana tidak sama dengan menguruskan dana tersebut. Namun, ia merupakan perkara yang penting. Pertukaran kripto dan dompet kripto boleh dianggap sebagai dua instrumen penting dalam kripto disebabkan fungsinya. 

Dompet kripto merupakan peti/tempat simpanan digital yang menggunakan key atau kunci kriptografi. Ia digunakan untuk pengguna menghantar, menerima dan menyimpan mata wang digital. Dompet kripto tidak menyimpan dana, namun ia menjamin pengguna dapat mengawal sesuatu yang mereka miliki. Sementara itu, pertukaran kripto berfungsi sebagai pasaran di mana pengguna boleh membeli, menjual dan melakukan aktiviti dagangan aset kripto. Pengguna perlu meletakkan kepercayaan kepada platform pertukaran ke atas dana yang didepositkan di platform tersebut.

Perbezaan antara dompet kripto dan pertukaran kripto penting untuk sesiapa sahaja yang memiliki mata wang digital. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan perbezaan asas dari segi fungsi dan risiko keselamatan yang dimiliki oleh setiap alat ini. Selain itu, penting juga untuk anda tahu bila dan bagaimana cara menggunakan platform ini untuk mengurus mata wang kripto dengan selamat dan berjaya.

Isi Penting

  1. Tidak seperti dompet fiat yang menyimpan mata wang yang dikeluarkan oleh kerajaan, dompet kripto menawarkan simpanan selamat untuk aset kripto dan memberi kawalan akses kepada pengguna.
  2. Dompet peribadi kripto menawarkan kebebasan kepada pengguna berbanding mana-mana pertukaran. Pertukaran ini berperanan sebagai pasaran untuk menjual, membeli dan berdagang mata wang kripto dan pengguna meletakkan kepercayaan mereka kepada platform tersebut.
  3. Tindakan mengeluarkan mata wang kripto dari pertukaran dan diletakkan dalam dompet peribadi akan meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko terdedah pada serangan penggodam jika mata wang diletakkan di platform pertukaran.
  4. Melalui pertukaran non-custodial dan dompet private key, pengguna memiliki kawalan penuh dan tanggungjawab ke atas aset kripto mereka. Situasi ini menunjukkan kepentingan dalam mematuhi prosedur pengurusan yang selamat.

Maksud Dompet Kripto

Definition of crypto wallet

Dompet kirpto merupakan platform untuk menyimpan, menghantar, dan menerima mata wang kripto. Tidak seperti dompet fizikal biasa yang mengandungi wang tunai, dompet kripto digunakan untuk menyimpan dan menguruskan dua jenis key digital, iaitu private key dan public key. Kedua-dua jenis key ini alat penting untuk mengakses dan melaksanakan transaksi blockchain. Ini kerana dompet digital menyediakan cara untuk menggunakan aset digital dan penting untuk sesiapa yang menggunakan mata wang digital.

Jenis-jenis Dompet Kripto

Dompet mata wang kripto ditawarkan dalam pelbagai jenis. Setiap jenis dompet memiliki ciri-ciri keselamatan tersendiri dan kegunaan yang dapat memenuhi keperluan berbeza pengguna.

Dompet perkakas merupakan material yang menyimpan private key secara online dan tidak bersambung dengan internet. Jadi, penggodam online tidak dapat menceroboh untuk mencuri private key. Ia dianggap antara dompet paling selamat dan sesuai untuk menyimpan aset untuk tempoh masa yang lama. Dua contoh dompet perkakas yang terkenal adalah Trezor dan Ledger.

Types of crypto wallets

Dompet perisian sesuai digunakan untuk transaksi harian. Dompet ini boleh digunakan melalui komputer atau peranti mudah alih. Dompet perisian boleh terdiri dalam bentuk dompet laman web, yang berfungsi dengan pelayar internet, dompet desktop pada komputer, dan dompet mudah alih yang merupakan aplikasi telefon pintar. Dompet perisian mudah dan selamat digunakan untuk penggunaan harian, namun dompet ini lebih berpotensi digodam secara online berbanding dompet perkakas.

Dompet kertas adalah public key dan private key yang dicetak secara fizikal. Kaedah menyimpan fail penting secara offline dapat mengurangkan risiko serangan penggodaman online dengan drastik. Disebabkan dompet ini bersifat fizikal, ia mesti dikendalikan dan disimpan dengan cermat untuk mengelakkan ia hilang.

Keselamatan dan Kawalan 

Satu perkara penting dalam keselamatan dompet kripto adalah menjaga private key. Private key membolehkan anda mengakses aset digital yang disimpan di blockchain. Untuk melindungi aset digital, kerahsiaan private key perlu dikekalkan. Dompet boleh menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan keselamatan, contohnya seperti pengesahan biometrik dan 2FA. Kedua-dua cara tersebut akan menambah lapisan keselamatan terhadap akses tanpa kebenaran.

Aspek kebebasan terhadap aset digital yang ditawarkan oleh dompet mata wang kripto merupakan sebuah ciri-ciri yang penting. Dompet custodial yang ditawarkan oleh pertukaran kripto, di mana private key disimpan oleh pertukaran kripto, tidak menawarkan kebebasan yang sama. Pengguna mesti meletakkan kepercayaan kepada peraturan dan protokol keselamatan platform pertukaran tersebut.

Dompet Hot vs. Dompet Cold

hot wallets vs cold wallets

Perbezaan utama antara dompet hot dan dompet cold adalah sambungan internet. Dompet hot terhubung dengan internet dan dompet yang mudah digunakan untuk transaksi pantas dan akses mudah. Namun, dompet tersebut juga terdedah pada pencerobohan keselamatan online.

Sebaliknya, disebabkan dompet cold tidak tersambung dengan internet, ia memiliki keselamatan tinggi dengan tidak mendedahkan dana kepada risiko online. Dompet perkakas dan dompet kertas adalah contoh dompet cold dan sangat sesuai digunakan untuk menyimpan mata wang kripto dengan selamat, untuk satu tempoh yang lama.

Isu Keselamatan dan Pemilihan Dompet

Untuk memilih jenis dompet yang ideal, kita perlu melihat kelebihan dan kekurangan dari segi keselesaan dan keselamatan. Walaupun anda boleh menggunakan dompet hot untuk melakukan aktiviti dagangan dan membeli dalam masa sebenar/nyata, dompet ini perlu dijaga dengan selamat kerana ia berfungsi secara online. Dompet cold merupakan pilihan paling sesuai untuk menyimpan mata wang kripto dalam jumlah besar kerana ia mempunyai perlindungan kukuh terhadap serangan penggodam.

Jadi, walaupun terdapat pelbagai permintaan, ia dapat dipenuhi oleh kegunaan dompet mata wang kripto yang bervariasi, iaitu daripada simpanan aset yang selamat sehinggalah kepada dagangan berfrekuensi tinggi. Jika anda ditanya – adakah anda perlukan dompet kripto – anda mungkin boleh buat keputusan yang telahpun mempertimbangkan aspek lain. Selain itu, anda juga perlu pastikan aset digital diuruskan secara selamat dan berkesan dengan memberi perhatian terhadap fungsi, ciri keselamatan dan kaedah kawalan untuk pelbagai jenis dompet.

Dompet Bitcoin yang pertama, Bitcoin Core, telah diperkenalkan pada Januari 2009. Pertukaran kripto pertama ialah BitcoinMarket.com yang mula beroperasi pada 2010.

Fakta Ringkas

Penerangan Tentang Pertukaran Kripto

Explanation of Cryptocurrency Exchanges

Pertukaran atau bursa mata wang kripto berfungsi sebagai stor simpanan di mana pengguna boleh membeli, jual dan melakukan aktiviti dagangan mata wang kripto. Pertukaran kripto memudahkan penukaran mata wang digital ke mata wang fiat seperti US dolar. Ciri-ciri tersebut membuatkan platform ini penting untuk industri mata wang kripto. Terdapat dua jenis pertukaran yang utama, pertukaran berpusat dan pertukaran tidak berpusat.

Operasi pertukaran berpusat dikendalikan oleh syarikat atau entiti tertentu. Pertukaran ini mengurus dan menyimpan dana pengguna. Ia menawarkan tahap kebolehpercayan tertentu dan khidmat pelanggan. Bagi pertukaran tidak berpusat pula, ia menyediakan platform untuk dagangan peer-to-peer antara pengguna. Pertukaran tidak berpusat berfungsi tanpa pihak berkuasa berpusat dan boleh meningkatkan kawal dan privasi terhadap aset digital.

Bagaimana Cara Pertukaran Kripto Berfungsi

Langkah pertama dalam untuk menyertai pertukaran kripto adalah mencipta akaun. Dalam kebanyakan situasi, pengguna perlu mencipta akaun dan melalui proses pengesahan Know Your Customer (KYC). Pengguna mungkin perlu tunjukkan dokumen pengenalan peribadi dalam proses ini. 

Selepas akaun telah disahkan, pengguna boleh menggunakan pelbagai pilihan untuk memasukkan dana dalam akaun pertukaran, seperti kad debit dan kad kredit.

Pertukaran membolehkan pengguna membeli dan menjual kripto dengan memadankan pesanan beli dan jual yang dibuat. Bagi setiap transaksi, platform ini akan mengenakan caj atau komisyen. Selain itu, platform ini biasanya akan menawarkan pelbagai mata wang kripto untuk didagangkan dan juga memiliki ciri-ciri keselamatan seperti penyulitan (encryption), pengesahan dua faktor, dan simpanan cold. Pengalaman pengguna (UX) bergantung pada kualiti aplikasi mudah alih platform pertukaran tersebut, dan pastinya memudahkan lagi dagangan.

Faktor Risiko

Terdapat beberapa isu dalam pertukaran berpusat. Walaupun platform ini mudah digunakan dan menyediakan perlindungan tambahan, keselamatan dana pengguna masih lagi menjadi kebimbangan utama. Ini kerana platform berpusat menyimpan private key pengguna dan faktor ini membuatkan ia sentiasa menjadi sasaran penggodam. Pengguna platform pertukaran mungkin menanggung kerugian besar jika pencorobohan berlaku.

Selain itu, kawalan pengguna terhadap private key mereka menjadi terbatas. Ini disebabkan oleh sifat berpusat pertukaran; yang biasanya diibaratkan seperti ungkapan “bukan kunci anda, bukan coin anda.” Oleh kerana aset digital mesti dikendalikan dan diindungi oleh platform pertukaran, penting untuk anda memilih paltform yang boleh dipercayai dan memiliki sistem keselamatan yang kukuh.

Di sebalik kebimbangan tersebut, ciri-ciri platform berpusat yang mudah digunakan, menawarkan pelbagai produk, dan likuiditi membuatkan ia pilihan popular untuk pedagang baru dan berpengalaman. Namun, pengguna perlu pertimbangkan kemudah yang disediakan dengan potensi risiko yang ada—seperti penipuan dan jenayah siber. 

Ketika menggunakan platform pertukaran mata wang kripto, pengguna perlu pertimbangkan beberapa perkara. Ini termasuk jenis mata wang kripto yang tersedia, ciri-ciri keselamatan, kos transaksi, dan sama ada platform tersebut boleh diakses dari lokasi lain.

centralised vs decentralised exchanges

Langkah pertama adalah dengan memahami apa itu dompet pertukaran/bursa. Tidak kira sama ada dompet tersebut jenis berpusat atau tidak berpusat, perkhidmatan yang ditawarkan penting dalam industri begitu penting untuk membolehkan pelanggan melakukan dagangan dengan berkesan. 

Untuk memilih sama ada DEX dan CEX, pengguna perlu pertimbangkan faktor seperti kawalan ke atas aset digital, keselamtan, dan sama ada mudah digunakan. Pengguna perlu melakukan kajian mendalam, pertimbangkan keperluan unik pengguna, dan ketahui sejauh mana pengguna boleh menerima risiko, ketika memilih sesebuah pertukaran.

Sejauh Mana Platform Pertukaran Mata Wang Kripto Berbeza dengan Dompet Mata Wang Kripto?

Penting untuk memahami perbezaan antara dompet kripto dan pertukaran kripto. Tidak kira sama anda menyimpan kripto anda dalam pertukaran atau dompet, ia mempengaruhi aspek keselamatan dan kawalan ke atas aset digital. Sebagai contoh, apabila menyimpan mata wang kripto, dompet perkakas menyediakan dompet alamat yang selamat dan perlindungan tambahan berbanding menyimpan mata wang kripto yang dipegang di platform pertukaran. Kami akan terangkan perbezaan antara dompet kripto dan pertukaran kripto dalam seksyen di bawah. 

Perbezaan dari Segi Kefungsian

Perbezaan utama anda antara pertukaran mata wang kripto dan dompet kripto adalah dari segi kefungsiannya. Kegunaan utama dompet adalah untuk menyimpan wang dengan selamat. Ia menyimpan key (kunci) kriptografi yang diperlukan untuk mengakses dan menggunakan aset digital di blockchain. Berlainan pula dengan pertukaran mata wang kripto, ia berperanan sebagai pasaran yang memudahkan transaksi beli, jual dan berdagang mata wang kripto. Ia juga menghubungkan penjual dan pembeli serta membolehkan wang fiat ditukar ke wang digital atau sebaliknya. Selain itu, platform pertukaran juga menyediakan platform dagangan mata wang digital.

Aspek Keselamatan

Cara dompet kripto dan pertukaran kripto dibina memberi kesan besar terhadap aspek keselamatannya. Dompet kripto, terutamanya dompet non-custodial memberi pengguna kawalan penuh ke atas private key mereka. Private key tersebut diperlukan untuk mengakses mata wang kripto yang disimpan. Disebabkan pengguna memiliki kawalan penuh, tindakan mereka—seperti cara menyimpan private key dengan selamat—memberi kesan besar pada keselamatan aset tersebut. Sebagai contoh, dompet perkakas menyimpan private key secara di luar talian (offline), dan ini memberi perlindungan terhadap serangan penggodam online.

Sementara itu, pertukaran berpusat pula mungkin mempunyai kelemahan dari segi keselamatan kerana platform ini menyimpan dan mengendalikan private key pengguna. Platform pertukaran menjadi sasaran penggodam kerana ia menyimpan beberapa maklumat pengguna dalam satu tempat. 

Dalam sejarah kripto, terdapat beberapa kejadian penggodaman yang diketahui umum. Serangan tersebut mengakibatkan kerugian wang dalam jumlah yang besar. Selain itu, walaupun menggunakan pertukaran kripto lebih mudah dan selesa untuk aktiviti dagangan, ia lebih berisiko dari segi keselamatan berbanding menggunakan dompet peribadi.

Kawalan ke atas Aset

Dalam membandingkan antara dompet kripto dan pertukaran kripto, perbezaan ketara boleh dilihat dari segi keupayaan mengawal wang pengguna.oleh pengguna. Seseorang individu mempunyai kawalan penuh terhadap aset digitalnya apabila menggunakan dompet kripto, terutamanya dompet non-custodial. 

Pengguna boleh mengendalikan aset mereka dalam cara yang mereka mahukan dan tidak perlu risau kehilangan akses akaun atau potensi dana dibekukan oleh platform pertukaran disebabkan dompet non-custodial bersifat autonomi (berkuasa tanpa kawalan pihak luar).

Sebaliknya, apabila menggunakan pertukaran berpusat, pengguna meletakkan sepenuh kepercayaan pada platform tersebut untuk melindungi keselamtan wang mereka. Platform pertukaran mempunyai kuasa terhadap aset tersebut memandangkan ia memiliki private key untuk setiap dompet pengguna di platform. 

Situasi ini menyebabkan ada kemungkinan pengguna tidak dapat mengakses wang sendiri sekiranya platform pertukaran mengalami masalah operasi, pencerobohan keselamatan, atau isu perundangan. Platform pertukaran tersebut juga mempunyai kuasa untuk mengehadkan sesebuah transaksi, seperti mengehadkan jumlah pengeluaran.

Bila Masa Sesuai untuk Gunakan: Dompet Kripto vs. Platform Pertukaran

When to use wallets and exchanges

Pengguna perlu memillih antara menggunakan pertukaran kripto atau dompet kripto dan ia bergantung pada objektif dan aktiviti pengguna. Dompet perkakas (hardware) sesuai digunakan untuk menyimpan mata wang kripto untuk tempoh masa yang panjang disebabkan oleh ciri keselamatan yang lebih baik. 

Pengguna dapat menjaga private key mereka sendiri. Kerana itu dompet perkakas membolehkan pengguna melindungi mata wang yang dimiliki dan bebas daripada risiko yang sering dikaitkan dengan pertukaran berpusat. Namun, platform pertukaran kripto lebih sesuai digunakan untuk pelanggan yang kerap melakukan transaksi beli, jual dan berdagang mata wang kripto. 

Pertukaran kripto menawarkan pelbagai jenis mata wang digital untuk aktiviti dagangan. Selain itu, ia juga menyediakan insfrastruktur yang diperlukan untuk melengkapkan transaksi kripto dengan pantas.

Bagaimana Cara Keluarkan Kripto dari Pertukaran

Untuk meningkatkan perlindungan terhadap aset digital anda, anda perlu mengeluarkan mata wang kripto dari pertukaran ke dompet. Di bawah ini adalah panduan lengkap cara lakukannya:

  1. Pastikan anda telah membuat tetapan pada dompet kripto dan mengetahui alamat dompet tersebut. Alamat dompet adalah ID unik yang membolehkan anda mengakses aset kripto.
  2. Pergi ke akaun pertukaran mata wang kripto yang anda letakkan coin anda.
  3. Klik pada pautan pengeluaran dan pilih mata wang yang anda ingin hantar.
  4. Masukkan alamat dompet dalam dalam ruangan yang disediakan. Memandangkan transaksi yang dibuat ke alamat yang salah tidak boleh dibalikkan semula atau dibatalkan, sila semak alamat ini untuk memastikan ia tepat.
  5. Sahkan transaksi tersebut. Tempoh masa transaksi bergantung pada platform pertukaran dan kesesakan rangkaian.

Mereka yang ingin melindungi mata wang digital daripada risiko pertukaran berpusat perlu mematuhi prosedur ini. Pengguna boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi pelaburan akses tanpa kebenaran dan potensi pencerobohan keselamatan dengan memindahan mata wang kripto yang dipegang ke dompet peribadi. Dompet tersebut boleh dalam bentuk perkakas yang menyediakan perlindungan maksimum atau dompet mudah alih atau dompet perisian yang mudah digunakan.

Kesimpulan

Untuk pengurusan yang lebih efektif, kita perlu memahami perbezaan antara dompet dan platform pertukaran. Dompet kripto membolehkan pelanggan mengawal aset dan private key dan dalam masa yang sama menyediakan cara yang lebih selamat untuk menyimpan kripto. 

Sementara itu, pertukaran kripto berperanan sebagai pasaran untuk membeli, menjual, dan berdagang aset kripto. Namun, pelanggan perlu mempercayai platform tersebut untuk menjaga keselamatan dana mereka. Dengan memahami perbezaan antara dua platform tersebut, aspek keselamatan dan pengurusan dapat ditingkatkan kerana anda boleh tahu bila masa yang sesuai untuk gunakan dompet atau platform. Ini termasuk untuk menyimpan aset untuk jangka masa panjang dan aktiviti dagangan secara aktif. 

Melalui pengetahuan mendalam ini, pelanggan mungkin mampu menguruskan mata wang digital dengan selamat dan berkesan, serta dapat membuat keputusan setelah mempertimbangkan semua faktor.

SOALAN LAZIM

Adakah meletakkan kripto di platform pertukaran satu idea yang baik?

Biasanya anda dinasihatkan tidak meletakkan sejumlah besar dana di dompet custodial. Ini kerana tindakan tersebut berisiko dari segi keselamatan walaupun tindakan memilih platform pertukaran yang boleh dipercayai mungkin dapat mengurangkan risiko tersebut.

Apakah perbezaan alamat platform pertukaran dan alamat dompet?

Pertama, laman pertukaran biasanya dipautkan dengan alamat pertukaran. Dengan menggunakan alamat tersebut, anda boleh deposit atau keluarkan wang kripto. Alamat dompet pula biasanya digunakan untuk tujuan peribadi dan dikawal oleh individu.

Adakah platform pertukaran boleh dianggap sebuah dompet?

Dompet dan pertukaran merupakan dua cara utama untuk menyimpan aset kripto. Pertukaran kripto membolehkan anda membeli, jual dan lakukan aktiviti dagangan mata wang digital. Namun, dompet kripto berfungsi sebagai bank peribadi yang anda boleh gunakan untuk simpan aset dengan selamat.

Artikel terkini

oin Us at The iFX Asia Expo - Check Out Our Agenda
Returning to The iFX Asia Expo with More Updates and Innovative Solutions
19.07.2024
B2BinPay at The Forex Expo Dubai – Don’t Miss out! |
Joining The World’s Elites at The Forex Expo Dubai
19.07.2024
Buy Now, Pay Later (BNPL) Can Boost Your Sales - Here’s How
Bagaimana Konsep Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) Berfungsi dalam Mata Wang Kripto?
Pendidikan 11.07.2024
What Should We Expect From The Ethereum Pectra Upgrade?
Apa Yang Kita Harapkan Dari Peningkatan Ethereum Pectra?
Pendidikan 10.07.2024