Difference Between Crypto and Fiat

Apa Beza Antara Pemproses Pembayaran Kripto dan FIat?

Reading time

Pembayaran Bitcoin semakin popular sebagai alternatif yang lebih ringkas dan murah berbanding kad kredit dan memberi manfaat kepada perniagaan. Walaupun nilai mata wang kripto tidak stabil, pakar meramalkan terdapat pertumbuhan dalam penggunaan mata wang kripto untuk tahun mendatang. Namun, wang fiat masih menjadi pilihan untuk pembayaran dalam dan luar talian. 

Dalam artikel ini, kami akan menerokai perbezaan antara pemproses pembayaran kripto dan fiat dan ketahui bagaimana pemproses bayaran berfungsi.

Isi Penting

  1. Pemproses bayaran bertanggungjawab untuk meunguruskan logistik pembayaran dan melengkapkan pembayaran.
  2. Pemproses bayaran fiat menerima dan memproses pembayaran dalam mata wang negara.
  3. Pemproses bayarankripto membenarkan pedagang untuk menerima mata wang digital sebagai bayaran.
  4. Beza antara pemproses bayaran kripto dan fiat adalah jenis mata wang yang diproses, penglibatan pihak ketiga, caj, dsb.

Penerangan Tentang Konsep Pemproses Bayaran

A Pemproses bayaran (or gateway) merupakan vendor yang bertanggungjawab untuk menguruskan logistik pembayaran kad. Ia memindahkan data kad dari pelanggan ke rangkaian pembayaran dan bank yang terlibat dalam transaksi.

Pemproses pembayaran bertanggungjawab untuk melengkapkan pembayaran kad: ia memindahkan wang dari akaun kad pelanggan ke akaun pedagang.

Cara proses tersebut dilakukan adalah:

  1. Pelanggan memberi maklumat kad kepada pedagang melalui pelbagai cara, seperti terminal stor, halaman pembayaran dalam talian, atau cara lain. Maklumat ini dihantar melalui pemproses bayaran.
  2. Pemproses bayaran akan memulakan transaksi dengan menghantar kepada rangkaian kad seperti Mastercard atau Visa untuk kelulusan.
  3. Selepas transaksi diluluskan dan dilengkapkan dengan pedagang, pemproses bayaran akan memaklumkan pengeluar kad pelanggan untuk menghantar dana ke bank pedagang.
  4. Pedagang menerima dana tersebut. Dana boleh diterima sama ada secara serta-merta atau dalam masa beberapa hari bekerja, bergantung kepada penyedia pembayaran.

Sistem pemprosesan bayaran memudahkan dagangan, menyokong e-dagang, dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Sektor perniagaan akan bergantung kepada sistem ini untuk menguruskan aliran tunai dan operasi kewangan yang lain. Sesebuah sistem yang berfungsi dengan baik dapat mengurangkan risiko penipuan, memastikan keselamatan data, dan mengekalkan pematuhan terhadap piawaian kawal selia dan industri.

Menurut laporan tertentu, hanya 39% dari pelanggan percaya bahawa mata wang kripto perlu digunakan sebagai pembayaran lazim untuk barangan dan perkhidmatan.

Fakta Ringkas

Bagaimana Pemprosesan Pembayaran Kripto Berfungsi

Pemproses bayaran kritpo atau gerbang (gateway), merupakan perkhidmatan yang membolehkan peruncit (retailer) terima mata wang digital sebagai bayaran di pelbagai platform, laman web, aplikasi mudah alih, dan luar talian. Ia berfungsi sama seperti pemproses bayaran yang standard, cuma aset digital yang diterima berbanding tunai fiat.

Gerbang pembayaran mata wang kripto merupakan infrastruktur pemprosesan yang selamat dan dinamik yang membolehkan pedagang dan penyedia menerima pembayaran kripto dan membolehkan pengguna memindahkan wang antara dompet.

Fungsi utama gerbang pembayaran penting untuk menghantar data berkaitan dompet yang sensitif, dengan selamat ke perisian pedagang. Ini membuatkan ia menjadi semakin popular dalam kalangan perniagaan yang mencari kaedah pembayaran yang menguntungkan, selamat dan cepat.

Ekosistem blockchain, yang menyokong gerbang pembayaran kripto, menawarkan keadaan yang tidak berubah (immutability) dan ketelusan transaksi. Struktur tidak berpusat ekosistem ini menghapuskan pengantara seperti bank, mempercepatkan transaksi dan mengurangkan prosedur pemprosesan. Ciri-ciri ini menggalakan penggunaan mata wang digital dan populariti gerbang yang tidak berpusat.

Berperanan seperti penghubung antara mata wang kripto dan perbankan tradisional, gerbang pembayaran kripto memastikan cara yang mudah dan selamat untuk membuat pembelian menggunakan mata wang kripto.

Berikut adalah senarai yang menerangkan bagaimana pemprosesan pembayaran kripto berfungsi:

  1. Pelanggan memulakan dengan memilih token mata wang kripto sebagai kaedah pembayaran.
  2. Gerbang pembayaran kripto akan menja kod khas untuk transaksi — satu rentetan aksara huruf dan nombor (alphanumeric) unik yang berkaitan dengan transaksi tersebut.
  3. Pelanggan perlu hantar token yang diperlukan ke alamat ini.
  4. Rangkaian blockchain akan mengesahkan transaksi tersebut, dan gerbang pembayaran kripto akan menukarkan nilai token serta-merta kepada mata wang yang diterima dengan meluas seperti US Dollar atau Euro. Melalui cara ini, penjual tidak perlu terlibat dalam penukaran mata wang kripto.
  5. Selepas penukaran, amaun yang telah ditukar akan dipindahkan ke akaun penjual, di mana penjual akan terima bayaran sama seperti sebarang transaksi konvensional lain.
How Crypto Payment Processing Works?

Gerbang pembayaran kripto menyediakan perniagaan lebih dari sekadar pilihan pembayaran. Ia dapat meningkatkan jualan dan menggalakan ketelusan transaksi dan keselamatan disebabkan struktur tidak berpusat blockchain. Pemproses ini digunakan oleh perusahaan bersaiz kecil, sederhana dan besar. Ia menawarkan potensi untuk menghapuskan sistem mencatat rekod dan kos storan data. Sasaran pasaran adalah terhadap individu dan perniagaan dalam talian. Gerbang pembayaran kripto dijangka akan berkembang pesat memandangkan, kini ia juga digunakan oleh perusahaan.

Kelebihan Pemproses Pembayaran Kripto

Lebih banyak bank, perniagaan, dan pengguna yang telah mula gunakan sistem pembayaran digital dengan penyelesaian kewangan berasaskan lejar (ledger-based) yang diagihkan oleh blockchain. Penyelesaian yang menjadi satu revolusi ini menawarkan cara selamat, segera, dan kos yang efektif untuk memproses pembayaran menggunakan mata wang kripto. Mari ketahui lebih mendalam manfaat yang ditawarkan oleh pemproses pembayaran kripto.

Pros of Crypto Payment Processors
  • Kos transaksi lebih rendah – Sistem kewangan tradisional dan rangkaian pembayaran biasanya melibatkan caj dan pihak pengantara. Pembayaran kripto telah menghapuskan orang tengah, kurangkan kos untuk pedagang dan pengguna. Pemproses pembayaran kripto secara tipikalnya menawarkan caj transaksi lebih rendah.
  • Keselamatan dan privasi yang ditambah baik – Gerbang pembayaran kripto menggunakan ciri-ciri keselamatan teknologi seperti penyulitan (encryption) dan tidak berpusat (decentralisation) untuk mengurangkan risiko penipuan dan penggodaman. Ia juga menjaga ketanpanamaan (anonymity) pengguna, tidak seperti cara pembayaran tradisional yang memerlukan perkongsian maklumat sensitif.
  • Mengurangkan penipuan – Teknologi blockchain yang merekodkan transaksi mata wang kripto dan memaparkannya kepada semua peserta, telah banyak mengurangkan risiko aktiviti penipuan dan ini sememangnya memberi manfaat besar kepada perniagaan.
  • Mengurangkan ketidakstabilan (volatitity) – Mata wang kripto tidak stabil. Namun banyak pemproses pembayaran menawarkan penukaran serta-merta, di mana pedagang boleh terima dan tukar pembayaran kripto untuk stabilkan mata wang fiat, seterusnya risiko ketidakstabilan harga.
  • Transaksi serta-merta – Mata wang kripto menawarkan pengesahan transaksi dan pembayaran (settlement) serta-merta. Ciri-ciri ini tidak bergantung kepada waktu operasi standard perbankan dan menjadi kelebihan penting dalam dunia e-dagang yang serba pantas.
  • Keserasian – Mata wang kripto serasi/sesuai dengan semua sistem operasi. Ini membuatkan pedagang lebih mudah untuk membuat tetapan pembayaran kripto pada peranti mereka. Integrasi ini tidak perlukan sebarang pengetahuan tentang kod serta peranti tidak perlu diubahsuai atau naik taraf.
  • Akses global – Gerbang pembayaran kripto menyediakan akses global. Transaksi kripto boleh dilakukan oleh individu dan perniagaan dari mana-mana lokasi. Keistimewaan ini dapat menarik lebih ramai pelanggan dan tidak terbatas sebagaimana rangkaian perbankan tradisional atau transaksi rentas-sempadan yang berkos tinggi.
  • Ketanpanamaan (anonymity) terjamin – Peminat kripto inginkan ketanpanamaan dalam bayaran didorong oleh ketidakpercayaan terhadap bank. Mekanisma tidak berpusat seperti gerbang pembayaran kritpto menghapuskan prosedur KYC, melindungi data sensitif. Dengan menawarkan pilihan pembayaran kripto, ia mencerminkan privasi kepada pelanggan dan membolehkan perniagaan mendapat manfaat dari ketanpanamaan pelanggan serta mengutamakan nilai privasi dalam dunia digital.

Kekurangan Pemproses Pembayaran Kripto

Cons of Crypto Payment Processors

Walaupun mata wang kripto menawarkan pelbagai kelebihan. Namun, penting untuk sesebuah laman web yang menerima pembayaran kripto mengetahui isu yang mungkin akan berlaku.

  • Ketidakpastian undang-undang – Mata wang kripto beroperasi dalam persekitaran undang-undang yang berkembang pesat dan setiap negara mempunyai kawal selia yang berbeza. Situasi kurangnya keseragaman kawal selia ini boleh memberi cabaran kepada perniagaan yang menerima pembayaran kripto memandangkan ada bidang kuasa yang membenarkan dan ada juga yang mengharamkan mata wang kripto.
  • Kurang kefahaman pengguna – Mata wang kripto semakin popular. Namun, pelanggan mungkin memilih untuk tidak gunakan mata wang kripto sebagai cara bayaran, bertentangan dengan popularitinya. Ini boleh membataskan pasaran perniagaan. Platform yang mesra pengguna boleh memudahkan proses pembayaran kripto dan ini mampu merapatkan jurang tersebut.
  • Penglibatan pihak ketiga – Pada mulanya, mata wang kripto direka untuk mengelakkan pengantara. Namun, gerbang pembayaran telah mengkompromi teras tidak berpusat mata wang kripto di mana pedagang perlu mempercayai dan bergantung kepada penyedia perkhidmatan bayaran.
  • Risiko ketidakstabilan- Kebanyakan penyedia menawarkan penukaran fiat serta-merta untuk mengurangkan risiko, namun masih terdapat risiko perubahan harga yang drastik sebelum penukaran berlaku.

Bagaimana Pemprosesan Pembayaran FiatBerfungsi

Gerbang pembayaran fiat menerima mata wang negara sebagai bayaran, menghantar maklumat transaksi secara digital atau fizikal melalui perkhidmatan berasaskan laman web dan API. Gerbang ini popular dalam kalangan pelanggan e-dagang dan runcit.

Gerbang pembayaran fiat merupakan penyedia perkhimatan pihak ketiga yang berperanan sebagai pengantara antara pelanggan dan pedagang. Ia memproses maklumat pembayaran seperti butiran kad kredit dan memindahkan ke akaun pedagang.

Gerbang pembayaran Fiat, seperti PayPal, Stripe dan Square digunakan secara meluas untuk pembelian dalam talian dan fizikal. Ia merupakan teknologi back-end yang penting dalam sistem pemprosesan bayaran elektronik, bertanggunjawab untuk mereka dan membina interface laman web dan menghantar maklumat pelanggan ke bank yang memproses transaksi.

Transaksi Fiat-Kripto dan Kripto-Fiat

Pemproses fiat juga digunakan dalam menukarkan fiat ke kripto atau sebaliknya. Pemproses ini berfungsi sebagai penghubung antara kewangan tradisional dan kewangan tidak berpusat. Gerbang pembayaran fiat membenarkan pelanggan untuk membeli mata wang digital dengan menggunakan mata wang fiat tradisional. 

Proses ini juga dikenali sebagai kripto on-ramp. Proses berbalik ini, dipanggil off-ramp, memerlukan sebuah gerbang kripto ke fiat. Perkhidmatan on-ramp tersedia secara meluas di dalam talian dan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran seperti pindahan bank, pembayaran kad kredit dan debit, dan PayPal.

On-Ramp Flow

Objektif utama penyelesaian gerbang pembayaran fiat ke kripto adalah untuk membolehkan pengguna membeli kripto menggunakan wang fiat. Proses ini melibatkan penukaran wang fiat ke kripto, di mana wang dari dompet fiat pengguna ditukarkan kepada dompet kripto. Proses operasi ini mengandungi tiga langkah mudah.

  1. Pengguna masuk ke perkhidmatan/Aplikasi menggunakan fiat on-ramp dan perlu mengisi pesanan pembelian untuk mulakan proses pembelian kripto, menentukan pasangan mata wang secara spesifik, jumlah kripto yang ingin dibeli, dan alamat dompet kripto yang tepat.
  2. Pembeli akan memilih kaedah pembayaran paling sesuai untuk lengkapkan transaksi tersebut, seperti Visa, Mastercard, Google Pay, Apple Pay, atau pilihan pembayaran domestik yang lain.
  3. Pembelian akan berlaku dengan serta-merta. Namun, untuk transaksi blockchain mungkin mengambil masa lebih lama, dari beberapa minit sehingga ke satu jam..

Perkhidmatan fiat on-ramp untuk perniagaan yang mengendalikan mata wang kripto, menghubungan antara kewangan tradisional dan dunia Web3. Perkhidmatan ini memudahkan pembelian, menyediakan pengalaman pengguna yang positif kepada pengguna. 

Kripto on-ramp juga menawarkan platform yang selamat dan telus untuk operasi kewangan, dengan langkah keselamatan canggih untuk melindungi pengguna dan penggodam dan penipuan. Ia juga menyediakan rekod terperinci untuk tujuan pematuhan dan audit. Kripto on-ramp penting untuk ekosistem mata wang kripto. Ia menyediakan alat dan sumber kepada perniagaan untuk menawarkan kepada pengguna cara paling mudah dan selesa untuk membeli kripto.

Kebaikan dan Kelemahan Pemproses Pembayaran Fiat

Pemproses pembayaran fiat merupakan bahagian penting dalam sistem kewangan. Sama seperti pemproses pembayaran kripto, ia juga memiliki banyak kelebihan.

Kelebihan

Mari kita lihat beberapa kelebihan utama menggunakan pemproses pembayaran fiat.

  • Penukaran fiat ke kripto yang mudah – Gerbang fiat menghapuskan risiko transaksi perangkai padan (peer-to-peer). On-ramp menawarkan pembelian mata wang digital yang pantas dan mudah dengan pelbagai pilihan pembayaran, termasuk kad kredit dan debit, pindahan bank dan pindahan kawat (wire). Ini membolehkan pengguna mencari cara yang sesuai dengan keperluan mereka. 
  • Potensi peningkatan penggunaan mata wang kripto – Kripto on-ramp menawarkan kebolehakses dan kemudahan untuk menukarkan mata wang tempatan kepada mata wang kripto, dengan potensi penggunaan yang lebih besar. Keadaan ini memberi manfaat kepada mereka yang masih baru atau tanpa akses terhadap pertukaran tradisional. Ia akan meningkatkan jumlah pengguna kripto dan menggalakkan penerimaan mata wang kripto di arus perdana sebagai pembayaran sah dan nilai pegangan.

Kelemahan

Gerbang pembayaran fiat mempunyai beberapa kelemahan ketara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih pemproses pembayaran ini.

  • Bayaran – Kripto on-ramp biasanya akan mengenakan caj untuk perkhidmatan yang diberikan, seperti deposit, pengeluaran, dan penukaran, sama ada dalam bentuk fiat atau bayaran dalam bentuk peratusan.
  • Risiko keselamatan –  Perkhidmatan fiat on-ramp terdedah kepada pencerobohan keselamatan, termasuk serangan siber dan fizikal. Penggodam (hackers) boleh menggunakan phishing, malware dan ransomware untuk mengakses sistem gerbang dan mencuri data sensitif atau dana. 

Beza Antara Pemproses Pembayaran Kripto dan Fiat

Gerbang pembayaran fiat merupakan gerbang pembayaran yang hanya menerima fiat (mata wang negara) untuk pembayaran, tidak seperti gerbang pembayaran kripto yang menerima kedua-duanya. Ia akan menghantar maklumat transaksi melalui perkhidmatan berasaskan laman web atau terminal pembayaran.

Difference Between Crypto And Fiat Transactions

Sasaran kedua-dua gerbang pembayaran adalah untuk membolehkan pedagang untuk menerima pembayaran untuk barang-barang dan perkhidmatan. Namun, masing-masing menawarkan perkhidmatan yang berbeza. Berikut adalah beberapa perbezaan antara gerbang pembayaran mata wang fiat dan mata wang kripto:

  • Caj – Kripto menawarkan kebekesanan dan pembayaran antarabangsa dengan caj rangkaian yang rendah, disebabkan oleh ketiadaan banyak pihak pengantara. Pemproses pembayaran fiat pula biasanya mengenakan caj lebih tinggi dan ada kemungkinan terdapat caj tersembunyi untuk operasi tersebut seperti pengeluaran dana, deposit, dsb.
  • Kelajuan – Pembayaran kripto terkenal dengan pindahan yang hampir serta-merta. Ciri-ciri ini boleh dilakukan kerana blockchain membenarkan transaksi dilakukan dengan pantas, tidak kira di mana pelanggan atau pedagang berada. Bergantung kepada mata wang kripto, rekaannya, protokol dan lain-lain, bayaran mungkin berjaya sampai di stor dalam masa beberapa saat atau sepuluh minit. Transaksi fiat biasanya mengambil masa lebih lama, mungkin sehingga beberapa hari, disebabkan penglibatan pihak ketiga dan bergantung kepada waktu operasi bank.
  • Keselamatan – Teknologi blockchain menawarkan ketanpanamaan (anonymity) dan ketelusan. Ia membolehkan sesiapa sahaja yang memiliki alamat dompet untuk melihat butiran transaksi dan pindahan wang. Perkhidmatan pemprosesan fiat terdedah kepada bahaya serangan siber dan fizikal yang mungkin akan menjejaskan maklumat sensitif dan menyebabkan kehilangan dana. Selain itu, transaksi blokchain juga tidak boleh dibalik semula (irreversible) dan melindungi peruncit dari penipuan chargeback. Ini berbeza dengan gerbang pembayaran fiat, di mana pembayaran biasanya akan hilang.
  • Penglibatan pihak ketiga – Tidak seperti pembayaran fiat, pembayaran kripto adalah berpusat, menghapuskan penglibatan pihak ketiga. Namun, aspek ketanpanamaan dalam teknologi blockchain dan ketiadaan pengesahan transaksi oleh pihak ketiga mungkin menjadi punca penerimaan bayaran dari pemilik perniagaan jenayah
  • Risiko ketidakstabilan – Kebanyakan penyedia menawarkan penukaran fiat serta-merta untuk mengurangkan risiko, namun ada kemungkinan perubahan harga yang drastik mungkin berlaku sebelum penukaran.

Kesimpulan

Gerbang pembayaran penting untuk memproses maklumat pesanan dan memindahkan bayaran kepada penjual. Pemproses pembayaran kripto pula penting memandangkan lebih lebih ramai orang dan lebih banyak perusahaan yang menerima pembayaran mata wang kripto. Pada masa yang sama, pembayaran fiat kekal diterima secara meluas dan cara paling popular untuk pembayaran. Jadi, pengetahuan terhadap kedua-dua pilihan pembayaran begitu penting dan memahami perbezaan antara pemproses pembayaran kripto dan fiat apabila memilih sesebuah gerbang.

Soalan Lazim

Apa itu dompet fiat, dan apakah perbezaannya dengan dompet kripto?

Dompet kripto mengendalikan mata wang digital tidak berpusat, sementara itu dompet fiat mengendalikan mata wang tradisional dan yang dikawal selia oleh kerajaan.

Bagaimana cara pindahkan dari dompet kripto ke dompet fiat

Pilih pertukaran yang bereputasi tinggi untuk menjual mata wang kripto ke mata wang fiat, buat akaun, sahkan identiti anda, pindah mata wang kripto ke platform, jual untuk mata wang fiat, dan buat pengeluaran ke akaun bank atau kad debit.

Apakah kelebihan wang fiat berbandaing mata wang kripto?

Secara umumnya, wang fiat lebih stabil berbanding mata wang kripto, dengan mata wang utama mengalami perubahan nilai yang kurang drastik berbanding ketidakstabilan pasaran kripto.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024