Bridging in crypto

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Bridging Kripto?

Reading time

Penciptaan mata wang kripto dan ekonomi tidak berpusat telah membuka ruang kepada inovasi pelbagai jenis alat dan program yang membuatkan teknologi dan ini lebih bermanfaat dan meluaskan lagi kefungsiannya (use cases).

Pindahan wang kripto bergantung kepada blockchain. Ini kerana blockchain menjadi tulang belakang untuk ketidakberpusatan (decentralisation) dan transaksi perangkai padan (peer-to-peer), merekodkan segala aktiviti pada rangkaian yang dikongsi.

Blockchain Bitcoin merupakan lejar tidak berpusat yang pertama. Ia merekodkan transaksi BTC. Namun, pertumbuhan pesat dalam DeFi dan Web 3.0 telah menyaksikan penubuhan pelbagai blockchain dan rangkaian. Platform ini berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan alat bridging (penghubung) kripto.

Secara mudahnya, bridging kripto berfungsi sebagai penghubung antara ekosistem blockchain berbeza. Mari kita bincangkan dengan lebih mendalam apa itu bridging dalam kripto dan mengapa ia penting.

Isi Penting

  1. Bridging kripto merupakan alat yang menghubungkan dua blockchain yang berbeza.
  2. Penggunaan bridges digunakan kerana blockchain menggunakan protokol, undang-undang, dan peraturan kriptografi yang berbeza. Faktor tersebut membuatkan mustahil bagi bridges untuk berinteraski tanpa penglibatan pengantara.
  3. Bridging dalam kripto digunakan untuk menukar mata wang, mengirim aset digital, atau menyertai pools likuiditi atau dApp yang lain.
  4. Blockchain bridges berbeza dengan pertukaran. Ini disebabkan ia melibatkan lebih sedikit langkah dan membolehkan pengguna berinteraksi secara terus tanpa perlu berurusan dengan platfrom berpusat dan dompet.

Memahami Bridging Kripto

Kewangan tidak berpusat terdiri daripada ekosistem blockchain, rangkaian, aplikasi, platform pertukaran dan banyak lagi. Alat-alat tersebut berinteraksi bersama untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan berbeza. Antara perkhidmatan tersebut adalah pindahan wang, pembelian barangan dan perkhidamatan, pembangunan program, dan mengendalikan perisian, dsb.

Namun, setiap blockchain ditulis dalam bahasa pengaturcaraan (programming) berbeza dan menggunakan pendekatan tersendiri. Sebagai contoh, Ethereum menggunakan advanced consensus protocol yang membolehkan pelbagai jenis coin, token, aplikasi, permainan dan platfrom dicipta.

Sementara itu, blockchain Bitcoin digunakan untuk menyimpan dan memulakan transaksi BTC dalam persekitaran cloud yang selamat, disahkan oleh kriptografi dan infrastruktur public key yang sofistikated untuk membuatkan pindahan tersebut selamat.

Blockchains tersebut perlu berkomunikasi bersama, dan dengan rangkaian lain untuk memudahkan pindahan coin digital, keupayaan dApp untuk beroperasi dengan sistem lain (interoperability) dan pengesahan transaksi. Namun, memandangkan blockchain dicipta dengan cara berbeza, ia mungkin mengalami kesukaran untuk memahami antara satu sama lain.

Di sinilah bridging kripto memainkan peranannya. Ia berfungsi sebagai pengantara antara rantai berbeza dan menyediakan titik persamaan yang menghubungkan perbezaan untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna akhir.

Jadi, penghubung rantai silang (cross-chain) akan meluaskan lagi kegunaan blockchain dan menyumbang kepada keseluruhan keberkesanan ekonomi tidak berpusat.

crypto bridges

Bagimana Cara Bridges untuk Blockchain Berfungsi?

Penghubung (bridges) untuk blockchain memudahkan tukaran antara coin yang berbeza dan token yang didaftarkan pada rangkaian berbeza. Sebagai contoh, katakan anda ingin melabur dalam permainan crypto tertentu di blockchain Ethereum blockchain. Namun, anda cuma hanya memiliki Bitcoin sahaja. 

Kebiasannya, anda perlu menukar dan mengeluarkan pegangan BTC anda kepada wang fiat. Kemudian, anda perlu membeli ETH dengan wang fiat yang anda perolehi sebelum ini. Namun, bridging kripto dapat memudahkan proses ini dengan hanya perlu menukar BYC kepada nilai BTC yang sama pada rangkaian ETH.

Melalui cara tersebut, bridges akan mengunci BTC milik anda, kemudian akan menukarkan BTC tersebut dengan BTC di Ethereum untuk mengekalkan keseimbangan bekalan BTC.

how crypto bridges operate

Jenis-Jenis Bridges dalam Kripto

Bridges dalam ekonomi tidak berpusat in the decentralised mempunyai fungsi yang sama, namun cara berbeza. Bergantung kepada jenis operasi dan mata wang kripto yang terlibat, anda mungkin akan menemui alat yang kami senaraikan ini.

types of crypto bridges

Centralised (Berpusat) Bridges

Centralised bridges merupakan cara yang lazim digunakan untuk menukar coin dan token digital, seperti tukaran kripto. Penghubung ini membolehkan anda melakukan kripto swap melalui langkah yang ringkas.

Entiti ini beroperasi melalui pools kripto yang berbeza. Ia akan mengunci coin yang ditukarkan, kemudian akan memberi coin yang sama nilai di rangkaian yang anda sedang gunakan. Sebagai contoh, ia akan mengunci BTC anda, dan memberi anda BTC dari ETH. Melalui cara ini, BTC yang telah dibeli tidak akan berada dalam peredaran (circulation).

Centralised bridges memerlukan kepercayaan yang tinggi. Transaksi dilakukan hanya melalui platform yang boleh dipercayai. Ini kerana, anda akan melepaskan pegangan kripto anda, untuk ditukar kepada coin lain tanpa sebenarnya membeli produk lain.

Decentralised (Tidak Berpusat) Bridges

Decentralised memerlukan tahap kepercayaan yang lebih rendah (juga dikenali sebagai trustless bridges). Ini kerana anda tidak akan berurusan dengan entiti tertentu. Sebaliknya, anda akan berinteraksi dengan sistem smart contracts dan advanced protocols yang melaksanakan operasi sebaik sahaja kriteria tertentu dipenuhi.

Katakan anda ingin menjual BTC anda di dApp yang berasaskan Ethereum. Decentralised bridges akan mengunci wang anda dan dengan serta-merta akan melepaskan Bitcoin di ETH yang terdapat pada dompet anda, melalui transaksi yang memerlukan kurang interaksi, dan seterusya tahap kepercayaan yang lebih rendah.

Namun, kelemahan proses ini adalah rangkaian ini terdedah kepada ancaman keselamatan dan penggodaman kripto yang mensasarkan transaksi dan mengubah haluan transaksi tersebut ke arah penggodam. Tindakan ini telah menyebabkan kehilangan berjuta dollar dari dompet.

centralised and decentralised crypto bridges

Hybrid Bridges

Bridges hibrid menggunakan kedua-dua ciri-ciri penghubung berpusat dan tidak berpusat. Sebagai contoh, bridge pelbagai rantai (multi-chain) mungkin mengendalikan transaksi dengan menggunakan cara berpusat. Namun, untuk pengesahan dan memaparkan operasi tersebut pada blockchain, ia menggunakan smart contract.

Federated Bridges

Federated brides merupakan sekumpulan nod yang boleh dipercayai. Nod ini berfungsi untuk mengesahkan transaksi antara blockchain berbeza. Setiap nod pengesahan bertanggungjawab untuk rangkaian yang khusus dan akan memproses operasi pada rantai masing-masing.

Entiti ini dipilih berdasarkan pelbagai kriteria dan biasanya dipercayai dalam kalangan komuniti kripto. Ini akan memudahkan lagi transaksi antara rantai yang berbeza.

Layer 2 Bridges

Layer 2 merupakan jenis rangkaian yang dibina pada rangkaian utama (mainnet) untuk mengendalikan transaksi blockchain. Ia membuatkan transaksi dan pemprosesan lebih pantas. Penghubung ini membantu rangkaian layer 2 yang lain untuk menyokong keupayaan beroperasi dengan sistrem lain (interoperability) dan kebolehskalaan blockchain tersebut.

Liquidity Bridges

Penyelesaian ini menghubungkan pemilik kripto dengan pelbagai pools mata wang digital untuk menukar coin dan token. Ia menggunakan penyedia likuiditi berbanding centralised bridge atau decentralised bridge. Ini membuatkan liquidity bridge memerlukan tahap kepercayaan lebih rendah dan menyediakan likuiditi yang efisyen dan penyelesaian swap

Interoperability Bridges

Interoperability bridges menyokong penukaran aset digital serta penciptaannya di rantai yang berbeza. Penghubung cross-chain ini akan memulakan operasi untuk menghasilkan dan mengurus dApp. Ini akan membolehkan platfrom dan aplikasi beroperasi pada lebih daripada satu blockchain.

Setakat Januari 2024. terdapat lebih 4,500 dApp di rangkaian Ethereum sahaja, pertambahan dari 3,000 aplikasi pada Oktober 2023.

Fakta Ringkas

Pertukaran Kripto vs Bridges Kripto

Pertukaran kripto dan bridges kripto mungkin kelihatan sama. Ini kerana kedua-duanya memudahkan pertukaran mata wang kripto dan aset digital antara platfrom. Namun, pendekatan yang diambil oleh kedua-dua operasi ini adalah berbeza.

Katakan anda memiliki Bitcoin, tetapi ingin turut serta dalam staking pool yang berasaskan Ethereum-based staking pool kerana ia menawarkan APY% yang lebih tinggi. Terdapat dua cara untuk menyertainya: melalui pertukaran kripto atau bridge dalam kripto.

Melalui pertukaran kripto: Anda menjual BTC untuk wang fiat. Kemudian, anda akan membeli coin ETH yang diinginkan. Alternatif kepada cara tersebut, anda boleh tukar Bitcoin untuk Ethereum dan hantarkan coin ETH ke dompet yang sesuai.

Menggunakan bridge: Anda boleh sertai kempen staking tersebut. Ini kerana bridge akan menukar coin asal dengan spesifikasi Ethereum (Wrapped Ethereum, WETH) untuk diserasikan (compatible) dengan rangkaian.

Apakah perbezaan antara dua operasi ini? Mari kita bincangkan perkara ini dari perspektif blockchain trilemma.

  • Kebolehskalaan Penggunaan bridge akan mengurangkan penglibatan pengatara. Ini akan membuatkan transaksi lebih murah dan lebih pantas berbanding pendekatan pelbagai langkah yang dipraktikkan oleh pertukaran.
  • Keselamatan: Operasi yang dikendalikan pada sesebuah pertukaran perlukan tahap kepercayaan tinggi. Ini disebabkan operasi tersebut berlaku pada server. Server ini sama ada boleh dikompromi atau terkesan dengan ketidakstabilan harga berpunca daripada proses yang mengambil masa.
  • Ketidakberpusatan: Transaksi bridge lebih serasi dengan teras DeFi. Pengguna boleh merahsiakan identiti dan menggunakan ekosistem tidak berpusat untuk memindahkan aset atau coin.

Kepentingan Bridges Kripto

Bridges dalam mata wang kripto penting untuk meluaskan kefungsian (use cases) dan mengembangkan penggunaan dApp dan platfrom DeFi pada rangkaian blockchain berbeza. Berikut adalah sebab mengapa bridges itu penting.

benefits of crypto bridges

Pindahan Kripto

Bridges sangat penting dalam memindahkan coin dan token kripto pada blockchain berbeza. Sebagai contoh, jika anda ingin menukarkan coin Ethereum BNB Binance, operasi bridging akan membantu anda mendepositkan coin dan terima ETH dalam nilai yang sama di Binance Smart Chain.

Aplikasi ini sangat berguna untuk swap (tukar) atau beli mata wang kripto tanpa perlu melalui pelbagai transaksi dan perlu membayar caj berlainan. Selain itu, ia juga lebih pantas kerana dilaksanakan menggunakan smart contract, berbanding platfrom berpusat dan pertukaran off/on-ramp.

Membantu dApp

Aplikasi tidak berpusat merupakan elemen penting dalam ekosistem kripto. Ia digunakan untuk membangunkan permainan, alat, aset dan utiliti lain dan kemudian menawarkannya kepada komuniti digital.

Namun, terdapat dApp tertentu yang boleh dibina pada blockchain yang spesifik. Jadi, bridges kripto membolehkan melabur, berbelanja dan berinteraksi dengan aplikasi menggunakan rantai, coin dan token berbeza.

Likuiditi Kripto

Selain daripada menghubungkan pengguna dengan liquidity bridges untuk menukar mata wang, crypto bridges membantu platform berkembang dan mempelbagaikan perkhidmatan degan membolehkan pengguna beli dan jual antara mata wang kripto yang berbeza. 

Jadi, ia akan meningkatkan lagi jumlah transaksi dan coin yang tersedia di pasaran.

Pembakaran (Burning) Kripto

Bridges menggunakan smart contract dan algoritma yang kompleks untuk mengekalkan keseimbangan bekalan coin dan token. 

Jadi, operasi bridging kripto antara mata wang yang berbeza, akan membuatkan kripto yang didepositkan dikunci atau dihapuskan. Token baru (bridge token) dicipta untuk mengekalkan bilangan token dalam peredaran serta mengelakkan berlakunya ketidakstabilan harga yang tinggi.

Proses Pengesahan

Layer 2 dan interoperability bridges digunakan untuk mempercepatkan lagi transaksi dan proses pengesahan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan sejumlah besar transaksi yang sedang berjalan dari rangkaian utama (mainnet). Melalui cara ini, pindahan dan transaksi kripto diproses dan dilengkapkan dalam masa yang lebih pantas dan kos lebih rendah.

Pembalikan Asset

Platfrom bridging kripto menyokong operasi berbalik. Ini bermakna, jika anda ingin swap (tukar) kembali mata wang asal anda, cross-chains akan mengembalikan semula coin telah didepositkan pada mulanya. 

Sebagai balasan, bridging kripto akan menghapuskan (burn) atau mengunci token yang khusus blockchain tertentu, yang baru dicipta dalam kontrak khas dan akan dikeluarkan dari peredaran.

Proses Bridging dalam Mata Wang Kripto

Interaksi bersama bridging kripto agak lancar dan pada kebanyakan keadaan, pengguna tidak menyedari sedang menggunakan operasi bridging kripto. Ini kerana bridge dalam kripto merupakan alat komunikasi antara dua rangkaian blockchain yang berbeza. Berikut adalah bagaimana proses tersebut berlaku.

  1. Pengguna menghantar coin yang dicipta pada blockchain A, namun ia tidak serasi dengan blockchain B. 
  2. Smart contracts untuk blockchain A akan memproses operasi tersebut dan menghubungkan bridge dengan mengunci aset yang telah didepositkan.
  3. Bridge A akan menyampaikan butiran transaksi berkenaan mata wang dan amaun, dengan Bridge B.
  4. Bridge B menghasilkan kripto baru yang sama nilai dengan kripto yang telah didepositkan dalam bentuk coin natif pada blockchain B.
bridging cryptocurrencies

Transaksi yang telah dihubungkan (bridged) beroperasi secara dua hala. Jadi, jika pedagang ingin menggunakan coin baru (wrapped), proses pembalikan akan mula mengunci coin baru dan melepaskan coin asal.

Memilih Crypto Bridge yang Tepat

Terdapat beberapa platform DeFI dan rantai silang (cross-chains) yang menyediakan perkhidmatan yang serupa, iaitu menghubungkan bersama rangkaian blockchain yang berbeza. Namun, memilih penghubung kripto (crypto bridge) terbaik dapat memastikan keselamatan dana dan identiti anda. Berikut adalah ciri-ciri penghubung DeFi yang boleh dipercayai.

  • Mudah Digunakan: Platfrom berpusat biasanya lebih mudah digunakan kerana platform ini jelas dan mudah serta mengutamakan ketelusan, Ia juga memiliki ciri-ciri mesra pegguna memandangkan perkhidmatan disediakan untuk jumlah pengguna yang lebih besar.
  • Berfungsi dengan Baik: Penting untuk mendapatkan platform yang boleh dipercayai dan berfungsi dengan baik. Ini dapat memastikan keselamatan dana dan kelajuan transaksi. Ia begitu penting memandangkan transaksi kripto bersifat kekal dan pernah digodam dan diceroboh.
  • Sokongan: Semak platform, dApp dan mata wang yang disokong. Selain itu, pastikan ia menawarkan perkhidmatan yang anda perlukan, sama ada anda menyertai dalam staking pools atau hanya ingin menukar dua mata wang kripto.
  • Caj: Platfrom bridges dan swap platforms akan mengenakan pelbagai jenis caj. Caj tersebut bergantung kepada permintaan, mata wang dan polisi platfrom. Jadi, lihat struktur harga dan pastikan tidak terdapat caj tersembunyi yang mungkin mengurangkan nilai aset digital anda.
top crypto bridges

Isu Keselamatan untuk Bridging Kripto

Keselamatan siber merupakan topik hangat dalam mata wang kripto dan platfrom tidak berpusat. Jadi, penting untuk pertimbangkan cabaran isu keselamatan yang dhadapi oleh platform dan bridges untuk DeFi.

Menukar mata wang menggunakan bridges tidak berpusat sangat berisiko tinggi. Ini kerana ia melibatkan interaksi secara tidak diketahui (anonymous) antara dua pengguna. Jika satu pihak berniat jahat, ia bermakna anda mungkin membuat deposit dana tanpa mendapat apa-apa sebagai balasan.

Selain itu, waspada terhadap program penipuan (scam) kripto yang menjanjikan jangkaan yang tidak realistik tentang projek atau dApp tertentu, mengumpan anda untuk gunakan bridge tertentu sebelum lesap bersama aset anda.

Kesimpulan

Bridges kripto merupakan alat tidak berpusat yang memulakan interaksi antara dua rantai untuk memudahkan transaksi kripto, swap, kebolehskalaan dApp dan banyak lagi.

Beberapa platform menggunakan pendekatan berbeza tentang bagaimana blockchain bridge, sama ada untuk membekalkan likuiditi, menyokong interoperabilty atau mempercepatkan proses pengesahan pada rantai berbeza. Jadi, pengguna berinteraksi dengan bridges yang berbeza, yang bergantung kepada kemahuan pengguna.

Bridges berbeza daripada pertukaran kripto. Ia lebih pantas, murah dan berfungsi dengan lebih baik. Namun, sebagai alat tidak berpusat, alat bridging memiliki risiko kesalamatan. Jadi, sebelum memilih bridges, ia perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati.

Soalan Lazim

Bagaiman bridging berfungsi dalam kripto?

Bridging kripto merupakan proses menghubungkan rangkaian blockchain berbeza untuk memudahkan transaksi antara aset dan mata wang yang dihasilkan pada rantai berbeza.

Berapa lama masa diambil untuk bridging kripto?

Proses ini bergantung pada loading time rangkaian, kesesakan, dan platform yang digunakan. Kebiasaannya, tempoh transaksi mengambil masa dari beberapa saat sehingga 10 minit.

Apakah perbezaan antara bridging kripto dan tukaran kripto?

Tukaran kripto boleh dilakukan melalui sama ada swap (tukar) mata wang dengan wang fiat sebagai pengantara atau menukar mata wang kripto pada platfrom berpusat untuk menyimpan dana anda. Namun, bridging kripto membolehkan anda berinteraksi dengan rantai berbeza dengan terus menggunakan coin anda.

Mengapa perlu menggunakan bridging kripto?

Bridging kripto lebih pantas dan murah berbanding dengan melakukan pindahan wang digital, mengirim aset digital, dan melabur dalam Web 3.0 staking atau pools likuiditi, tidak kira mata wang kripto anda gunakan.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024