Advantages of Integrating Ethereum Payment API

Kelebihan Unik dalam Mengintegrasi API Pembayaran Ethereum

Reading time

Pembayaran digital telah menjadi aspek penting dalam ekonomi moden. Sektor eDagang telah menguasai industri runcit dan menjadi gergasi global. Fokus industri kewangan dan yang sealiran dengannya telah berubah kepada online. Ia menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan tanpa batas sempadan. Peranan yang dimainkan oleh kripto dalam perkembangan ini begitu besar dan semakin bertambah setiap tahun disebabkan pilihan pembayaran kripto lebih murah dan pantas berbanding fiat. 

Namun, kaedah pembayaran mata wang kripto yang mana paling sesuai untuk anda integrasikan sebagai perniagaan? Walaupun terdapat pelbagai pilihan di pasaran, kaedah bayaran Ethereum telah menjadi pilihan dominan dalam pasaran yang kompetitif disebabkan oleh pelbagai manfaat dan ciri-ciri unik yang dimiliki oleh mata wang kripto tersebut. 

Artikel ini akan membincangkan mengapa anda perlu menerima pembayaran Ethereum dan menerangkan setiap proses yang terlibat dalam integrasi gerbang pembayaran. 

Isi Penting

  1. Ethereum merupakan cara terbaik untuk perniagaan menerima bayaran kerana mata wang ini begitu stabil dan mempunyai ciri-ciri baru seperti smart contract.
  2. Dengan menambah gerbang pembayaran Ethereum, ia dapat membantu meluaskan pangkalan pelanggan untuk syarikat anda.
  3. Penyedia gerbang pihak ketiga telah membuatkan proses integrasi gerbang pembayaran Ethereum lebih ringkas.
  4. Walaupun proses integrasi lebih ringkas, sektor perniagaan masih perlu memantau prestasi API, menyelaraskan skema harga, dan mengoptimumkan keberkesanan tukaran kripto kepada fiat.

Mengapa Ethereum Mengukuhkan Kedudukan sebagai Rangkaian Kedua Terbesar

Sejak dilancarkan pada 2014, Ethereum kekal menjadi mata wang kripto kedua terbesar di dunia, dibelakang Bitcoin. Walaupun semakin mendekatkan jurang dengan mata wang kripto utama tersebut, Ethereum memiliki niche yang berbeza. 

Objektif utama Ethereum adalah untuk membangunkan konsep smart contract dalam bidang pembayaran mata wang kripto. Ia membuka jalan kepada sektor perniagaan untuk mengautomasikan sistem pembayaran, menghasilkan kontrak maya, dan membina sendiri penyelesaian mengikut keperluan operasi perniagaan tersebut. 

Ketika ini, Ethereum masih mendahului dalam sektor smart contract. Ia menawarkan ekosistem paling komprehensif dan boleh diakses dalam industri. Malah, Ethereum juga telah membangunkan bahasa pengaturcaraan sediri, iaitu Solidtiy untuk pembangunan smart contract. Keadaan ini membuatkan infrastruktur Ethereum menjadi lebih mudah digunakan dan difahami. 

Ini menyebabkan rangkaian Ethereum masih menjadi rangkaian blockchain terbaik yang memfokuskan terhadap perkhidmatan berguna. Dengan asas yang begitu kukuh, nilai Ethereum biasanya tinggi dan tidak mengalami perubahan harga yang begitu ketara berbanding altcoin lain di pasaran. 

Faktor Penerimaan Pembayaran dalam Ethereum

Ethereum mempunyai kedudukan yang kukuh dalam industri mata wang kripto. Situasi tersebut menjadi faktor pendorong prestasi baik ETH dalam pasaran hari ini. Ramai pemilik kripto di serata dunia telah memilih Ethereum sebagai pembayaran mata wang kripto disebabkan oleh kestabilan, harga, dan transaksi selamat. Mari kita terokai manfaat pemprosesan pembayaran.

Benefits of Ethereum

Fi Komisyen dan Pemprosesan Bayaran yang Dioptimumkan

Jika dibandingkan dengan kaedah pembayaran tradisional menggunakan wang fiat, perkhidmatan pembayaran Ethereum jauh lebih murah. Perbezaan ini lebih ketara pada transaksi antarabangsa. Gerbang pembayaran fiat perlu melalui sistem SWIFT. Protokol SWIFT merupakan cara yang biasa digunakan untuk mengirim wang fiat. Ia menghubungkan bank pusat dan bank komersial, bagi membolehkan transaksi diperiksa oleh setiap bank secara berasingan.

Kebanyakan pembayaran perlu melalui sekurang-kurangnya tiga semakan berbeza. Ini menyebabkan pembayaran SWIFT akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam atau beberapa hari untuk diproses. Setiap bank akan mengenakan kos transaksi dalam proses tersebut. 

Sistem tidak berpusat Ethereum tidak memerlukan proses yang lama dan rumit untuk mengesahkan proses pembayaran. OIeh sebab hanya terdapat satu semakan, fi transaksi dalam gerbang pembayaran ETH agak rendah, dan tempoh pemprosesan hanya mengambil masa beberapa saat atau minit. Walaupun kadang-kala Ethereum mengalami masalah kesesakan, secara purata masa pemprosesannya lauh lebih pantas berbanding fiat. 

Kefungsian Smart Contract

Seperti dinyatakan di atas, smart contract menjadi tarikan utama untuk Ethereum, di mana ia melengkapkan pembayaran kripto dengan keupayaan berfungsi secara automatik. Pada mulanya, smart contract direka untuk meringkaskan lagi pemprosesan pembayaran. Namun, selepas itu smart contract telah mempelbagaikan kegunaan dan meningkatkan nilainya. Pada hari ini, smart contract boleh menghasilkan perjanjian antara pihak dan dilaksanakan secara automatik. Keadaan ini dapat mengelakkan risiko manipulasi dan counterparty. 

How Smart Contracts Work

Aplikasi smart contract juga digunakan dalam industri yang lain, seperti kesihatan, perbankan, pengurusan rantai bekalan, logistik, pembuatan. Manfaat secara tidak langsung rangkaian Ethereum ini telah menjadi dorongan pada pelbagai perniagaan untuk menggunakan ETH sebagai penyelesaian bayaran mata wang kripto yang utama. 

Ethereum sedang berusaha ke arah menambah baik kefungsian dan aplikasi smart contract. Ini dapat meningkatkan populariti mata wang ETH dalam transaksi digital. 

Kelemahan dalam Penerimaan Ethereum sebagai Pembayaran

Walaupun penyelesaian pembayaran Ethereum menawarkan manfaat dari segi keselamatan, utiliti, pemprosesan pantas dan kos rendah, terdapat bebarapa kelemahan yang perlu dipertimbangkan. 

Pertama sekali, perkembangan pesat rangkaian Ethereum sejak dekad terakhir telah menyebabkan masalah kesesakan yang berpunca dari isu kebolehskalaan. Ethereum telah memperkenalkan penyelesaian layer-2 untuk mengurangkan kesesakan. Namun, penyelesaian ini tidak begitu membuahkan hasil. 

Ethereum Congestion Problems

Disebabkan keadaan ini, kadang-kala Ethereum tidak berfungsi dengan baik sebagai gerbang pembayaran. Tempoh pemprosesan menjadi tidak konsisten dan fi transaksi yang lebih tinggi. Anda juga perlu mengambil kira harga Ethereum yang turun atau naik dengan drastik ketika pasaran bull dan bear. Walaupun harga Ethereum agak stabil berbanding mata wang digital lain, sebagai alternatif kepada fiat, ketidakstabilannya masih tinggi. 

Walaupun manfaat yang dimiliki Ethereum jelas sekali melebihi kelemahannya, namun sektor perniagaan masih perlu peka dengan keseluruhan keadaan ketika memilih gerbang pembayaran mata wang kripto. 

Langkah-Langkah Integrasi API Pembayaran Ethereum

Beberapa tahun lalu, sektor perniagaan perlu mengeluarkan kos tinggi untuk menggunakan gerbang pembayaran Ethereum. Syarikat perlu memiliki pasukan pembangun yang lengkap dan menggunakan pelbagai alat perisian. Tidak cukup dengan itu, penggunaan gerbang pembayaran berasaskan Ethereum juga melibatkan banyak masalah disebabkan penyelenggaraan yang rumit. 

Namun, situasi poada hari ini jauh berbeza. Ini kerana gerbang pembayaran yang mudah digunakan dan penyelesaian digital telah tersedia di pasaran. Namun. begitu, proses integrasi ini masih lagi tidak begitu mudah. Mari kita lihat mengapa. 

A Guide to Integrating Ethereum Payment OPtion

Kemas kini yang akan datang untuk Ethereum, iaitu Dencun akan membolehkan data layer-3 disimpan sementara pada mainnet rangkaian tersebut. Ini dapat merendahkan fi transaksi untuk pengguna. Kemaskini ini dijangka akan meningkatkan lagi populariti Ethereum.

Fakta Ringkas

Lakukan Kajian pada API Gerbang Pembayaran Ethereum

Langkah pertama dalam proses integrasi adalah mendapatkan pemproses pembayaran Ethereum yang dapat berfungsi dengan ekosistem sedia ada dan dengan mudah dapat memenuhi kuota jumlah pembayaran anda. Terdapat tiga pilihan untuk anda: gerbang in-house yang anda perlu bangunkan sendiri, usaha sama dengan pemproses (label putih), dan alternatif sumber terbuka. 

How Gateways Work

Kos untuk in-house agak tinggi untuk syarikat kecil, Ini kerana untuk menggunakannya, syarikat tersebut perlu memiliki bahagian IT yang khusus. Sementara itu, gerbang pembayaran sumber terbuka Ethereum boleh digunakan secara percuma. Namun, penyelesaian sumber terbuka kerap mengalami masalah bug, dan kurang ciri-ciri keselamatan. Selain itu, ia juga tidak memilki dokumentasi yang mencukupi, yang boleh menimbulkan kekeliruan semasa proses integrasi dilakukan. 

Akhir sekali, penyedia gerbang merupakan pilihan yang seimbang untuk syarikat bersaiz kecil dan sederhana. Ini kerana gerbang sebegini menyokong pelbagai jenis mata wang, fi transaksi yang kompetitif serta tempoh pemprosesan yang optimum. Gerbang label putih tidak menawarkan piliha ubah suai seperti in-house, namun ia masih boleh memenuhi keperluan syarikat yang memiliki platform digital. 

Ketika memilih pilihan label putih, semak tentang masa permintaan pembayaran Ethereum. Ini kerana ia akan menjadi penentu kepantasan anda mendapatkan wang dari pelanggan dan anda dapat membekalkan produk atau perkhidmatan kepada mereka. Selain itu, aspek seperti pilihan harga, keupayaan integrasi dompet dan saluran pindahan terus ke akaun anda juga begitu penting. Gerbang yang bagus seharusnya dapat memenuhi semua pilihan dompet popular dan memiliki sistem pengagihan wang yang berkesan untuk akaun perniagaan anda. 

Integrasi Pilihan Bayaran pada Back-End dan Front-End

Sesuatu gerbang pembayaran dikatakan bagus hanya jika anda dapat mengintegrasi API berfungsi dengan infrastruktur anda. Aspek ini biasanya akan dikendalikan oleh penyedia gerbang tersebut. Ia akan menawarkan penyelesaian API yang telah siap yang akan dihubungkan dengan sistem pembayaran syarikat tersebut. 

Namun, penting untuk anda menyemak prestasi integrasi tersebut dan memantau kesan sambungan API yang baru dengan ekosistem sedia ada anda. Dalam situasi yang jarang berlaku, API boleh menyebabkan keseluruhan sistem menjadi perlahan. 

A Proper Front-End Payment Menu

Pada bahagian front-end, penyediaan pilihan bayaran yang mudah untuk pengguna begitu penting. Anda tidak digalkkan untuk memaparkan menu yang sukar difahami dan langkah pengesahan yang berulang-ulang. Ini kerana langkah yang rumit sebegitu akan membuatkan pelanggan meninggalkan laman web anda. Sebaliknya, pengguna sepatutnya boleh lengkapkan transaksi dalam tiga langkah dan dilakukan dengan penuh selesa. Namun, ini tidak bermakna anda patut mengkompromi aspek keselamatan dan langkah pengesahan hanya untuk keselesaan pengguna. Anda perlu mencari cara yang seimbang dengan menggunakan semakan 2FA atau kaedah pengesahan yang hampir sama. 

Menyediakan Sambungan Dompet kepada Pengguna

Pengguna yang menggunakan pembayaran Ethereum secara online biasanya menggunakan dompet popular seperti MetaMask, Coinbase atau Exodus. Namun, masih terdapat beberapa lagi pilihan popular di pasaran yang anda boleh pertimbangkan. Secara umumnya, lebih banyak sambungan dompet yang dimiliki, ia lebih bagus untuk sistem pembayaran mata wang kripto anda. Dompet yang kurang popular ketika ini mungkin akan menjadi popular di kemudian hari, dan syarikat anda mungkin mendapat manfaat sebagai antara pihak terawal yang menggunakannya. 

Pelanggan tidak seharusnya mengalami masalah apabila menghubungkan dompet mereka dengan platform anda. Oleh itu, buat semakan terperinci sebelum melancarkan pilihan pembayaran Ethereum dan lihat sejauh mana ia berfungsi untuk pengguna. Kebanyakan penyedia gerbang pembayaran menyediakan sistem sambungan dompet yang lancar. Namun, dengan melakukan semakan tambahan, anda dapat mengenal pasti sebarang isu yang berpotensi dalam integrasi. 

Tetapkan Struktur Harga

Untuk kebanyakan situasi, pihak syarikat akan menghubungkan kadar penerimaan Ethereum dengan buku pesanan masa nyata untuk memberikan pilihan kepada pelanggan mereka. Namun, untuk keadaan tertentu, lebih baik untuk dapatkan kadar tetap, terutamanya jika rekod/buku pesanan anda mengalami masalah slippage. 

Terdapat syarikat yang bertukar-tukar antara dua pendekatan tersebut mengikut keadaan pasaran. Bagi syarikat yang tidak begitu arif dengan pergerakan Ethereum dan trend harga kripto secara umum, syarikat tersebut dinasihatkan untuk mulakan dengan skema harga pembolehubah. Namun, sekiranya syarikat anda berpengalaman tentang pasaran, anda boleh tetapkan kadar ETH untuk memaksimumkan keuntungan anda. 

Buat Tetepan Sistem Pengeluaran yang Lancar

Mana-mana pemilik perniagaan yang menerima Ethereum sebagai cara bayaran pada platform mereka, pastinya akan mengatakan tukaran kripto kepada fiat boleh memberi masalah jika tetapan tidak dibuat dengan betul. Memandangkan tiada pilihan tukaran yang standard untuk mata wang kripto dan fiat, keseluruhan proses mungkin tidak akan konsisten dengan kadar tukaran dan tempoh pemprosesan. 

Sekiranya sistem tukaran kripto kepada fiat tidak ditetapkan dengan betul, ada kemungkinan perniagaan anda akan terlepas banyak saluran likuiditi. Situasi ini boleh mendatangkan masalah kepada industri tertentu. Dengan memiliki akses segera terhadap likuiditi sentiasa memberi kelebihan kepada perniagaan anda, dan anda boleh lakukannya dengan sistem tukaran terbaik. 

Penyedia gerbang pembayaran biasanya akan menawarkan pilihan kripto kepada fiat. Namun, sekiranya sistem tukaran tersebut tidak mencukupi, anda mungkin perlu lakukan integrasi tambahan. Sekiranya alat tukaran kripto kepada fiat tidak diperolehi daripada API gerbang tersebut, ia perlu diuji terlebih dahulu dari segi keberkesanan dan kelajuan operasi. 

Nilaikan Prestasi dan Kelajuan API Gerbang

Sebaik sahaja proses set up selesai dan gerbang Ethereum dilancarkan, ia memerlukan pemantauan dan kerja-kerja penyelenggaraan. Memandangkan bilangan pelanggan akan berubah, anda perlu sentiasa memantau prestasi gerbang pembayaran mata wang kripto anda. Ada gerbang yang mungkin mengalami isu kebolehskalaan sebaik sahaja anda melepasi bilangan pembayar yang aktif. Sekiranya situasi ini berlaku, anda mungkin perlu semak semula perkhidmatan gerbang tersebut dan cari alternatif lain di pasaran. 

Selain itu, sistem gerbang anda mungkin mengalami isu teknikal lain yang tidak berkaitan dengan skala. Ralat pada sistem, bug, dan kerosakan, semuanya bukanlah masalah asing yang berlaku pada mana-mana perisian. Jadi, anda perlu jalankan audit dengan kerap untuk memastikan protokol gerbang berfungsi dengan baik. Kepakaran pihak ketiga mungkin dapat membantu anda menjalankan proses audit secara automatik. Sekiranya anda berupaya mendapatkan khidmat pihak ketiga yang mengenakan caj yang tidak keterlaluan, ia mungkin satu keputusan yang dapat memeri kelebihan. 

Kesimpulan — Adakah Integrasi Gerbang Ethereum Berbaloi?

Ethereum telah mengukuhkan kedudukan sebagai mata wang kedua paling popular dan boleh dipercayai selain daripada stablecoin. Aspek ketersampaian, nilai, dan kegunaan Ethereum sememangnya tidak dapat ditandingi dalam landskap kripto semasa. Oleh itu, dapat dikatakan penggunaan gerbang Ethereum merupakan langkah bijak untuk syarikat yang ingin menggunakan penyelesaian kripto. 

Hasil daripada penambahbaikan terkini dalam teknologi API dan perisian label putih, proses set up pilihan pembayaran Ethereum kini lebih lancar berbanding sebelumnya. Mana-mana syarikat biasa boleh melakukan proses integrasi ini tanpa sebarang komplikasi. 

Namun, anda masih perlu mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk struktur harga, prestasi pemproses bayaran, dan keberkesanan tukaran kripto kepada fiat tersebut. Harus diingat bahawa penyelesaian pembayaran hanya dikatakan efektif jika dapat memberi manfaat kepada dua-dua pihak dalam sesebuah urusan. 

SOALAN LAZIM

Adakah penerimaan Ethereum merupakan keputusan praktikal kepada perniagaan?

Walaupun Ethereum tidak direka khusus sebagai coin kripto untuk transaksi, ciri-ciri kestabilan, boleh dipercayai dan pelbagai kegunaan mata wang tersebut membuatkan ia menjadi mata wang popular selepas Bitcoin. Jadi, penerimaan terhadap pembayaran Ethereum akan meluaskan lagi pangkalan pelanggan syarikat anda.

Adakah integrasi pembayaran Ethereum sukar dilakukan?

Proses tersebut jauh lebih ringkas sejak kebelakangan tahun ini disebabkan oleh kemajuan penyelesaian API dan penyedia pihak ketiga. Namun, ia masih bukan sesuatu perkara kecil. Ini kerana syarikat perlu memeriksa prestasi sistem, keberkesanan tukaran fiat, dan kelewatan dalam tempoh pemprosesan dengan kerap.

Adakah anda boleh menerima pembayaran Ethereum pada Shopify?

Sebagai platform eDagang B2B utama, Shopify telah mengintegrasi pilihan pembayaran kripto paling popular melalui integrasi API. Jadi, sekiranya anda ada perancangan untuk melancarkan stor online Shopify, anda boleh menambah pembayaran Ethereum dengan mudah untuk pelanggan anda.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024