Crypto Custody Providers

Memahami Peranan Crypto Custodians: Bagaimana Ia Berfungsi dan Cara Memilih

Reading time

Custodians atau penjaga memainkan peranan penting dalam perbankan tradisional sejak dari 1960-an. Populariti mata wang kripto yang semakin meningkat telah membuatkan custodians semakin diperlukan untuk memastikan keselamatan aset digital.

Mungkin kedengaran agak sukar untuk memilih setiap satu penyedia penjagaan yang ada. Namun, sekiranya anda faham beberapa perkara penting, ia dapat membantu anda membuat pilihan terbaik untuk perniagaan. 

Dalam artikel ini, kami akan menerokai idea tentang penjagaan kripto, membincangkan peranan yang dimainkan oleh custodian kripto pada hari ini, dan berkongsi beberapa tips tentang cara memilih penyedia penjagaan terbaik untuk melindungi aset digital anda.

Isi Penting

  1. Custodians atau penjaga kripto melindungi kod rahsia yang diperlukan untuk mengakses dana yang disimpan dalam dompet digital.
  2. Melalui penjagaan sendiri (self-custody), anda boleh simpan aset digital tanpa penglibatan pengantara, dengan memegang sendiri private keys untuk dompet anda sendiri.
  3. Custodians pihak ketiga merupakan organisasi yang memegang private keys pelanggan dan memastikan perlindungan terhadap dana pelanggan.
  4. Untuk memilih penyedia penjagaan terbaik, anda perlu memberi perhatian terhadap faktor seperti langkah keselamatan, caj dan harga, perlesenan dan akses terhadap Web3.0.

Apa Itu Penjagaan Kripto (Custody)?

Penjagaan aset, yang secara tradisionalnya dikaitkan dengan institusi kewangan pasaran modal, bertanggungjawab untuk melindungi aset pelabur dan menyediakan perkhidmatan seperti pembayaran urus niaga, pertukaran, penyelesaian, dan pelaksanaan tindakan korporat. 

Namun, permintaan terhadap penjagaan aset digital semakin meningkat disebabkan oleh kepesatan dalam pelaburan kripto. Custodians aset digital, seperti custodians pasaran modal tradisional, bertanggungjawab terhadap penjagaan kunci (keys) untuk aset kripto pelanggan. Custodian memastikan aset tersebut dijaga dengan selamat secara kriptografi. 

Custodians tidak memegang aset tersebut. Namun, ia menguruskan keys melalui sistem pengurusan keys yang selamat. Ini dapat memastikan aset tersebut tidak boleh di akses oleh mana-mana pihak lain. 

Growth of the crypto asset volume under custody

Custodians dalam penjagaan kripto bertanggungjawab melindungi kod akses pengguna untuk dana yang disimpan dalam dompet kripto. Custodians memainkan peranan penting dalam mempopularkan dan adaptasi ekstensif aset digital. Ini disebabkan pelabur utama sering kali mengelakkan penggunaan custodian kerana dikatakan tidak selamat.

Institusi kewangan seperti hedge funds, dana persaraan, bank pelaburan, dan syarikat pelaburan persendirian milik keluarga diwajibkan di sisi undang-undang untuk memilki rakan kongsi penjagaan bagi memastikan keselamatan dana pelanggan. 

Seiring dengan peningkatan minat pelabur dan syarikat utama terhadap mata wang digital, permintaan terhadap perkhidmatan yang dapat menjamin keselamatan dana-dana tersebut, semakin bertambah.

Jenis-jenis Penjagaan

Terdapat dua jenis penjagaan kripto yang utama: jagaan sendiri (self-custody), jagaan separa (partial) dan penjagaan pihak ketiga (third-party).

Self-Custody

Self-custody merupakan cara untuk menyimopan dan menguruskan aset digital tanpa melibatkan pihak pengantara. Ia sama seperti menyimpan tunai dalam dompet atau peti keselamatan. Ini bermaksud anda memegang sendiri private key dompet anda. Keadaan ini membolehkan anda membuktikan hak milik dan akes pegangan aset anda. Namun, kawalan sebegini datang dengan tanggungjawab yang lebih besar. 

Anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap dompet anda. Namun, pada masa yang sama anda menanggung semua risiko, seperti kehilangn akses terhadap cold wallet (dompet) anda atau terlupa private key. Ia boleh menyebabkan akan kehilangan aset kripto anda untuk selama-lamanya.

Terdapat dua jenis penyelesaian utama dalam self-custody: simpanan hot dan cold.

Simpanan hot merujuk kepada penyelesaian self-custody kripto yang menyimpan dan menguruskan kripto anda menggunakan aplikasi yang terhubung dengan internet— dikenali sebagai hot wallet — dan membolehkan anda mengakses private keys anda. Dompet ini popular dalam kalangan pedagang kripto disebabkan oleh akses yang mudah, membolehkan transaksi dilakukan dengan pantas dan interaksi dengan dApps. 

Namun, sambungan internet juga membawa maksud kemungkinan berlakunya risiko terhadap penggodaman dan penipuan. Anda perlu memastikan penyedia aplikasi tidak menyediakan ruang untuk penggodam mendapatkan private keys anda. Antara dompet hot yang paling popular, sebagai contoh, adalah MetaMask, Exodus, atau TrustWallet.

Key differences between hot and cold storage

Untuk aset digital, simpanan cold pula merupakan alternatif kepada simpanan hot. Private keys tidak akan boleh terus diakses ke internet. Cara ini seakan sama dengan menyimpan wang dalam peti keselamatan, di mana keadaan tidak terhubung dengan internet membuatkan ia lebih selamat. 

Namun, sebelum menggunakannya, pengguna perlu mengembalikan status dompet ini kepada dalam talian. Perkara tersebut boleh mengambil masa yang agak lama. Untuk memindahkan dan mengeluarkan wang digital dari dompet simpanan cold, pengguna perlu menyambungkan keys ke internet dan menghantar ttransaksi. Situasi ini sama seperti menyimpan fiat dalam stor. Langkah, walaupun meningkat aspek keselamatan, tetapi akan mengurangkan ketersampaian.

Pada tahun 2011, Electrum telah membangunkan aplikasi dompet mudah alih pertama untuk Android dan mendakwa aplikasi tersebut merupakan dompet paling poular dan mesra pengguna.

Fakta Ringkas

Third-Party Custody

Penjagaan oleh pihak ketiga merujuk kepada institusi kewangan yang berdaftar dengan kerajaan atau bank pusat untuk berfungsi sebagai penjaga atau custodians. Penjaga ini akan menjaga private keys pelanggan untuk dompet mereka dan memastikan pegangan aset dilindungi. 

Pengguna boleh membandingkan penjagaan oleh pihak ketiga ini dengan memiliki akaun simpanan bersama bank. Untuk membuka akaun dan menyimpan kripto dengan penjagaan oleh pihak ketiga, pengguna perlu melalui proses know-your-customer dan semakan anti pengubahan wang haram bagi memastikan dana tersebut tidak diperolehi secara haram.

How Third-Party Custody Works

Secara tipikalnya, untuk melindungi aset pelanggan penyedia penjagaan pihak ketiga untuk kripto mempunyai langkah keselamatan yang tinggi. Ini termasuk pengesahan multi faktor, penyulitan, dan simpanan cold. Selain itu, pihak ketiga ini juga berpengalaman dalam menguruskan dan melindungi aset digitial, menyediakan keselamatan, pengurusan risiko, dan pakar dalam aspek pematuhan. 

Pihak ketiga ini juga biasa mempunyai insuran ke atas kerugian disebabkan pencurian atau aktiviti berniat jahat yang lain. Perkara tersebut sememangnya memberi perlindungan tambahan kepada pelanggan. Pengawasan dari segi kawal selia dapat memastikan pematuhan undang-undang, terutamanya untuk pelabur institusi. Untuk pelabur ini, syarat ketat dikenakan untuk keperluan penjagaan keselamatan aset. 

Selain itu, penyedia penjagaan oleh pihak ketiga menawarkan antaramuka (interface) yang mesra pengguna, alat untuk pengurusan akaun, dan keupayaan dalam melaporkan. Ini memudahkan pengurusan dalam pegangan aset dan menguruskan portfolio.

Aspek Penting dalam Penjagaan Kripto

Perkhidmatan penjagaan tersedia untuk kedua-dua pelangaan institusi dan juga peribadi. Ia dapat memastikan ketersediaan, kerahsiaan, dan integriti private keys dan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan semula keys tersebut, seterusnya membolehkan pelanggan mengkases aset kripto yang dimiliki. Berikut adalah faktor-faktor penting tentang penjagaan kripto.

Keselamatan

Pelindung dana kripto menggunakan pelbagai langkah keselamatan untuk melindungi aset digital, termasuk dompet multi tanda tangan, penyulitan, kselamatan secara fizikal, dan simpanan private keys luar talian yang selamat untuk mencegah pencurian, penggodaman, dan akses yang tidak dibenarkan.

Pematuhan Undang-Undang

Custodians mesti mematuhi syarat undang-undang yang telah ditetapkan dalam bidangkuasa perniagaannya. Ini termasuk, kewajipan seperti semakan KYC, protokol AML, dan keperluan pelaporan dan audit.

Pengurusan Private Key

Perkhidmatan penjagaan wang digital bertanggungjawab untuk menjana, melindungi, dan menguruskan private keys yang mengawal akses terhadap pemilikan aset digital pengguna. Private keys ini penting untuk menandatangani transaksi blockchain dan mewujudkan hak milik ke atas aset.

Insurans

Firma penjagaan mata wang kripto menawarkan perlindungan insurans untuk melindungi pengguna dari kerugian kewangan yang disebabkan oleh pencurian atau pencerobohan keselamatan. Perlindungan tambahan ini boleh menambah keyakinan pelanggan yang meletakkan kepercayaan terhadap firma untuk menjaga aset mereka.

Ketersampaian

Custodians mesti mengutamakan aspek keselamatan dan dalam masa yang sama aset tersebut mesti mudah diakses pelanggan untuk diuruskan. Ini termasuk membolehkan pelanggan mengeluarkan atau memindahkan aset selagi syarat keselamatan tertentu dipenuhi.

Perkhidmatan yang Disediakan oleh Penjaga Kripto

Institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan jagaan untuk aset tradisional, berada dalam posisi terbaik untuk menawarkan perkhidmatan khusus untuk aset kripto. Perkhidmatan spesifik ini akan membuatkan nilai pelanggan menjadi meningkat. Kelebihan kompetitif dicapai dengan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kewangan untuk aset yang berasaskan mata wang kripto. Kepelbagaian ini meningkatkan lagi nilai perkhidmatan yang ditawarkan.

Perkhidmatan jagaan kripto melibatkan pelindungan selamat, analitik, dagangan, harga, penilaian, pembayaran, dan penyelesaian. Penjaga kripto menyediakan fasiliti untuk mengunci private keys untuk aset kripto pelabur secara digital. Ini membolehkan private keys tersebut disimpan di lejar umum dengan kebenaran tertentu dari pelabur. 

Custodians menawarkan informasi tentang keadaan permintaan dan jumlah transaksi. Ini membolehkan khidmat nasihat terhadap portfolio dan maklumat harga pada masa nyata diberikan secara serentak dengan kemas kini harga portfolio.

Range of crypto custody services

Perkhidmatan dagangan mata wang kripto boleh diberikan melalui intergrasi atau menetapkan haluan ke pertukaran terpilih. Sementara itu, perkhidmatan bayaran dan pembayaran boleh diberikan dengan menggunakan baki mata wang kripto untuk transaksi seperti pembayaran kontrak dagangan masa hadapan (futures). 

Perkhidmatan nilai tambah termasuk penyelenggaraan aset, pinjaman dan pengurusan pembiayaan. 

Custodians mesti menyelenggara aset untuk memastikan baki aset kripto sama dengan lejar. Custodians boleh menyediakan pinjaman aset mata wang kripto melalui struktur akaun omnibus yang disokong oleh polisi pengurusan risiko yang sepadan. 

Aset mata wang kripto juga boleh digunakan sebagai cagaran, dan custodians boleh menawarkan perkhidmatan pengurusan cagaran kepada pelanggan yang mencagarkan aset ini.

Caj Penjagaan Kripto

Penyedia perkhidmatan jagaan boleh mengenakan caj untuk menjaga keselamatan wang, sama seperti bank biasa. Caj yang dikenakan oleh penyedia penjagaan kripto biasa terbahagi kepda tiga kategori: jagaan, setup, dan caj pengeluaran. 

Custodians pihak ketiga mengenakan caj jagaan tahunan untuk menguruskan aset keipto. Caj ini biasanya dalam lingkungan kurang 1% daripada harga keseluruhan; namun ia bergantung kepada paltform yang digunakan dan jumlah aset anda. 

Caj untuk setup akaun mungkin berbeza antara platform, namun kebanyakan platform mengenakan kadar rata untuk membuka akaun custodial dengan penyedia.

Pengeluaran juga boleh dikenakan caj dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh, Coinbase mengenakan caj sehingga 1% daripada jumlah pengeluaran. Caj untuk mengeluarkan kripto bergantung kepada jumlah kripto yang dikeluarkan dan ada juga penyedia yang mengenakan kadar rata.

Jagaan sendiri atau self-custody dapat berjimat dari segi caj jagaan, setup dan pengeluaran. Namun, ia bukanlah percuma sepenuhnya. Ini memandangkan pengguna perlu menyelenggara dompet dan membeli produk storan untuk melindungi private keys pengguna.

Risiko dalam Penjagaan Kripto

Custodians aset digital yang boleh dipercayai mungkin menjadi pilihan terbaik untuk menyimpan dan menguruskan modal anda. Namun, ia juga terdedah kepada banyak risiko. Ini disebabkan oleh peranan custodians yang memegang private keys pelanggan, di mana private keys ini membolehkan pengguna mengakses aset digital dan sebagai perlindungan terhadap akses tanpa kebenaran atau transaksi haram.

Pihak ketiga boleh mengawal aset digital jika private keys telah dikompromi. Sebagai contoh, melalui penipuan atau pencurian. Jadi, penting untuk mencipta dan menyimpan private keys dan backup dengan selamat.

Sekiranya private keys dan backup pengguna telah dikompromi, ia mungkin akan kehilangan elemen kerahsiaan, ketersediaan dan integriti. 

Crypto custodians risks

Apabila aspek kerahsiaan telah hilang, individu yang tidak mendapat kebenaran boleh mengakses private keys dan backups dan seterusnya melaksanakan transaksi untuk aset digital bagi pihak pelanggan.

Ketersediaan private keys dan backups yang terbatas membuatkan lebih sukar, malah mungkin mustahil untuk mengakses aset digital. 

Integriti private keys dan backups yang telah dikompromi pula, boleh membuatkan ia sukar untuk difahami (dibaca) dan mustahil untuk aset digital tersebut diakses.

Bagaimana Cara Memilih Custodian

Populariti mata wang kripto yang semakin meningkat membuatkan penyelesaian penjagaan yang selamat semakin diperlukan. Situasi ini membuatkan penjagaan aset digital menjadi elemen penting dalam industri kripto. Namun, untuk memilih penjaga terbaik mungkin agak sukar. Berikut adalah senarai aspek yang anda perlu pertimbangkan dalam memilih penyedia penjagaan kripto.

Keselamatan

Ketika memilih penjaga aset, aspek yang perlu dipertimbangkan adalah infrastruktur keselamatan penjaga tersebut. Ini termasuk teknologi penyulitan canggih dan kepakaran teknikal. Penjaga perlu memiliki langkah keselamatan siber yang terkini seperti simpanan cold, dompet multi tanda tangan, dan modul keselamatan perkakas. Untuk mencegah kebocoran dan kehilangan data, protokol perlu diaudit dengan kerap, perlindungan insuran, dan piawaian terkini seperti ujian penembusan, penyulitan data, dan pemantauan DDoS 24/7 penting untuk dilaksanakan.

Factors to consider when choosing a crypto custodian

Lesen dan Undang-Undang

Custodian aset digital yang berlesen menawarkan keselamatan dan keyakinan tambahan. Dalam masa yang sama juga, custodians yang memahami undang-undang tempatan dan kawal selia lebih mendalam menunjukkan kestabilan dan boleh dipercayai. Selain itu, custodians juga perlu mematuhi undang-undang seperti KYC dan AML, serta memiliki lesen yang sewajarnya dan pengawasan terhdap akauntabiliti dan pengesanan terhadap penipuan yang berpotensi.

Ketelusan

Custodians perlu telus terhadap aspek keselamatan dan pengurusan dalam pemilikan. Perkara tersebut memerlukan audit dan pelaporan dilakukan secara kerap. Paparan akaun masa nyata dan rekod transaksi perlu dilakukan dengan ketelusan, Coustodians yang sah di sisi undang-undang dan memiliki kepakaran tidak akan memalsukan maklumat dan memastkan ketelusan dan akauntabiliti.

Harga

Penting untuk memahami struktur harga untuk penyedia penjagaan kripto dalam melaraskan bajet. Pertimbangkan ciri-ciri dan nilai aset ketika menilai penyelesaian. Penjaga bergred institusi tidak semestinya mahal; dapatkan penjaga yang menawarkan pilihan bayar seperti yang anda guna (pay-as-you-use) untuk memastikan penyelesaian yang berkesan dari segi kos.

Akses Terhadap Web 3.0

Custodians kripto tidak seharusnya setakat menyediakan simpanan sahaja. Ia juga mesti membolehkan pengguna mengakses Web 3.0 dengan keyakinan. Penjaga perlu menghubungkan pengguna dengan pelbagai dApps dan protokol, seperti DeFi, NFT, dan DAO, serta menawarkan alat dan perkhidmatan nilai tambah seperti pindahan tanpa caj serta-merta, pembayaran trustless, pemantauan on-chain, DeFi bots, staking, dan sokongan audit.

Rekod Prestasi dalam Industri

Rekod prestasi dalam industri bagi sesebuah penyedia penjagaan menggambarkan kebolehpercayaan, daya tahan, dan keupayaan memahami keperluan pelanggan. Dapatkan custodians yang sudah lama bertapak dan berpengetahuan dalam mengendalikan kitaran pasaran, berpengalaman dalam melindungi pindahan mata wang kripto dalam jumlah besar, dan mematuhi protokol keselamatan yang ketat.

Custodians Kripto Terbaik

Custodians kripto penting dalam industri dana kripto. Pemilihan penjaga yang dapat berfungsi dengan baik penting untuk melindungi aset anda. Namun, jika anda mengalami kesukaran dalam memilih tempat simpanan untuk aset anda, berikut kami kongsikan senarai 3 penyedia penjgaan kripto terbaik.

Coinbase Custody

Coinbase, sebuah pertukaran kripto utama di Amerika Syarikat, telah melancarkan perkhidmatan jagaan pada 2012. Coinbase memiliki reputasi yang tinggi. Ia dianggap sebagai simpanan kripto terbaik atas faktor caj perkhidmatan yang rendah dan perlindungan insurans yang tinggi. Coinbase merupakan teraju dalam penyedia perkhidmatan mata wang kripto yang menyokong beratus-ratus token.

Coinbase Custody menawarkan platform yang selamat dan mesra pengguna untuk menyimpan aset digital. Perkhidmatan penjagaan yang ditawarkan, dibina melalui model multi tanda tangan. Model tersebut dalam memastikan kawalan penuh terhadap dana tanpa sebarang kelemahan. 

Coinbase memiliki teknologi simpanan cold sendiri dan pusat data yang diagihkan berdasarkan geografi. Perkara tersebut membuatkan Coinbase sebagai penyelesaian yang boleh dipercayai untuk menyimpan aset digital. Perkhidmatan tersebut juga menyediakan perkhidmatan dagangan yang khusus dan sokongan pelangan 24/7 di seluruh dunia. Protokol keselamatan dan sistem pengurusan risiko yang terkini dapat memastikan keselamatan dana pelanggan.

Platform ini melakukan audit dengan kerap dan membenarkan pengguna melakukan staking ke atas dana secara terus dari dompet secara luar talian untuk menjana hasil.

BitGo

BitGo merupakan penjaga kripto terbaik. Ia menawarkan penyelesaian keselamatan yang komprehensif untuk pemilik aset digital. BitGo menyediakan simpanan, pengurusan dan perkhidmatan kawalan akses untuk mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, dan Litecoin. 

BitGo menggunakan teknologi terkini seperti dompet muti tanda tangan, sistem penyimpanan keys yang selamat, dan protokol jaminan kualiti dalam memastikan keselamatan tahap tertinggi. Platform ini menawarkan pemantauan prestasi masa nyata dan perlindungan insurans untuk melindungi dana daripada kecurian dan akses yang tidak dibenarkan.

Anchorage

Anchorage ialah perkhidmatan penjagaan kripto terbaik yang menyediakan penyimpanan aset digital yang selamat. Ia menggunakan teknologi milik sendiri (proprietary) dan keselamatan bergred institusi. Antara langkah keselamatan yang digunakan pada platform ini adalah pengesahan multi faktor, simpanan cold, perkhidmatan jagaan yang diinsuranskan, dan pemantauan 24/7 untuk melindungi aset digital pelanggan daripada kecurian atau kehilangan.

Anchorage menaewarkan akses mudah terhadap dana melalui antaramuka (interface) tukaran yang diintegrasi, alat analitik sumber terbuka, dan pelaporan pematuhan secara automatik. Platform ini tersedia untuk kedua-dua pelanggan individu dan korporat. Anchorage mengutamakan privasi dalam kewangan, ketelusan, dan kebolehpercayaan. Ini membuatkan ia menjadi pilihan kegemaran dalam menyimpan mata wang kripto dengan selamat.

Kesimpulan

Penyelesaian jagaan kripto penting untuk menyimpan dan melindungi aset digital. Ini dapat memastikan kripto selamat daripada pencurian, akses tanpa kebenaran, dan risiko sedia ada yang dimiliki oleh kripto. Seiring dengan adapatasi yang dipraktikkan oleh perkhidmatan kewangan, peranan penjaga aset digital menjadi semakin penting, membentuk semula tanggungjawab kewangan pada masa hadapan dalam dunia digital. 

Penjagaan kripto lebih daripada sekadar aspek teknikal; ia merupakan perkara strategik untuk membina asas yang selamat dan bolehdipercayai untuk masa depan kewangan digital. Untuk menjadi peneraju dalam industri, custodians kripto menggunapakai langkah keselamatan terkini, mengutamakan pengalaman pengguna dan melakukan inovasi berterusan bagi memenuhi keperluan pedagang.

Soalan Lazim

Apakah perbezaan antara dompet dan penjagaan dalam kripto?

Dompet tanpa penjagaan menawarkan kawalan penuh terhadap dana kripto kepada pengguna, sementara itu dompet penjagaan menyerahkan kawalan kepada pihak ketiga.

Apakah penjaga kripto terbesar?

Coinbase Custody merupakan penyedia perkhimatan penjagaan terbesar dan boleh dipercayai.

Berapakah kos untuk menggunakan penjaga kripto?

Penjaga atau custodians biasanya akan mengenakan tiga jenis caj: caj jagaan, biasanya sekitar 1% daripada jumlah keseluruhan; caj setup, biasanya dalam kadar rata; dan caj pengeluaran, bergantung pada penyedia dan jumlah kripto.

Mengapa saya perlu gunakan penjaga kripto?

Penjaga kripto yang berkelayakan menawarkan manfaat kepada pelabur besar dengan melindungi private keys dalam pegangan aset kripto untuk caj tertentu. Namun, anda mesti pertimbangkan kelebihan dan kekurangan dalam memilih penjagaan sendiri atau pihak ketiga.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024