Reading time

Menyingkap Kembali Pencapaian Kami di ICE London Expo 2024

 ICE London Expo 2024

Pada 6-8 Februari, pameran iGaming dan teknologi terbesar, ICE London Expo, telah berlangsung di ExCel, dengan menghimpunkan perintis iGaming, gaming, teknologi, dan pembayaran di bawah satu bumbung.

B2BinPay berbangga telah menyertai acara yang berlangsung selama 3 hari ini. Kami turut serta dalam pelbagai perbincangan dan berkongsi serta belajar daripada pemimpin pasaran yang dihormati. Perbincangan tersebut berkisar pada trend terkini, dan membahaskan tentang potensi bagaimana teknologi akan membentuk masa hadapan industri.

Kami menyantuni tetamu dari pelbagai syarikat dan negara ke booth kami dan turut serta dalam sesi Q& untuk memastikan kami tidak ketinggalan dalam pasaran semasa. Mari kita beberapa pencapaian kami di pameran ini.

Membentangkan Penyelesaian Terbaru Kami

ICE London Expo 2024 berlangsung tepat di saat kami sedang melengkapkan kemas kini produk B2BinPay. Acara ini membuka ruang kepada kami untuk memperkenalkan penyelesaian bayaran kami yang sofistikated dan bagaimana kami boleh menyumbang kepada kejayaan perniagaan yang turut serta dalam Expo ini.

Antara program yang terdapat di Expo ini adalah bengkel kolaboratif, panel perbincangan dan ucaptama yang berkongsi tentang berita terkini dalam industri iGaming. Tidak cukup dengan itu, peserta juga berbincang tentang informasi terkini dalam sistem bayaran dan teknologi.

ICE London Expo dihadiri oleh ribuan profesional dalam teknologi dan peminat digital, yang diketuai oleh ratusan syarikat dan firma terkemuka. Kebanyakan syarikat dan firma tersebut datang dari industri kasino, iGaming, dan E-Sukan. Pihak-pihak tersebut menzahirkan minat mendalam dalam teknologi pembayaran yang disediakan oleh B2BinPay.

B2BinPay Booth at ICE London Expo

Kami mengalu-alukan kedatangan pelawat dan peserta ke booth kami. Kami telah menganjurkan beberapa sesi untuk menjalin hubungan dan perbincangan terhadap potensi kerjasama yang mungkin boleh menyumbang kepada perkembangan perkhidmatan dan penyelesaian yang kami tawarkan.

Selain itu, kami juga berpeluang untuk memperkenalkan kemas kini terbaru penyelesaian bayaran B2BinPay, seperti fungsi swap kripto dalam dompet pengguna, tambahan blockchain dan coin baru, serta lebih banyak naik taraf yang boleh membawa perkhidmatan kami ke tahap seterusnya.

ICE London Expo 2024

Membentuk Masa Hadapan Transaksi Berpusat & Tidak Berpusat 

Seiring dengan perkembangan pasaran, sistem pembayaran online juga turut sama membangun, dan lebih banyak kemas kini diperkenalkan di pasaran. Kesemua perkara ini memberi suntikan motivasi kepada kami untuk kekal mengikuti trend terkini di pasaran dan turut serta dalam acara akan datang untuk berkongsi pengetahuan dan belajar dari pakar industri.

ICE London Expo 2024 sememangnya satu coretan kejayaan untuk kami, dan kami teruja untuk meluaskan lagi pengguna dan menambah baik kualiti produk bagi memenuhi dan menjangkaui jangkaan. Malah, kami juga berbangga untuk menyertai acara ICE pada masa akan datang dan berkongsi perkembagan terbaru dan menunjukkan komitmen kami terhadap kejayaan dan inovasi.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024