NFT bridging vs NFT Swapping

NFT Bridging vs. NFT Swapping: Perbezaan Utama

Reading time

Teknologi NFT kini merupakan isitlah baharu dalam dunia kesenian. Ia menyediakan cara baru kepada pencipa kandungan dan nilai kreatif untuk menjana wang. 

Namun, dalam proses perkembangannya, walaupun terdapat banyak kelebihan dalam konsep NFT, ia juga telah berhadapan dengan isu tertentu berkenaan perdagangan dan memindahkan token ini pada pelbagai pasaran dan platform.

Masalah ini telah mendorong penghasilan mekanisma NFT bridging dan NFT swapping. Ia menyediakan penyelesaian untuk pergerakan token yang pantas dan berfungsi dengan baik antara rangkaian.

Isi Penting

  1. NFT swapping ialah proses membeli token digital yang murah dan jual pada harga lebih tinggi.
  2. NFT boleh menawarkan margin lebih tinggi berbanding collectable yang lain, dan ini membuatkan ia cara yang popular.
  3. Prose NFT bridging akan memindahkan rekod NFT antara blockchain menggunakan aplikasi khas yang dikenali sebagai NFT bridge.

Apa itu NFT Swapping?

NFT swapping merujuk kepada membeli NFT pada harga yang lebih rendah kemudian menjualnya dengan harga yang lebih tinggi untu mendapatkan keuntungan. Swapping (tukar) merupakan cara popular untuk pelbagai item collectable, namun NFT boleh menawarkan margin keuntungan yang lebih tinggi berbanding collectable yang lain.

NFT Swapping Explained

NFT swapping menawarkan pelbagai manfaat, termasuk sebagai sumber pendapatan kepada pedagang NFT dan menyokong platform berasaskan NFT seperti permainan main untuk dapat (play-to-earn) dan pasaran NFT. 

NFT swapping pada blockchain berbeza (cross chain) membolehkan pengguna bertukar NFT pada rantai yang berbeza dan berasingan. Sebagai contoh, pedagang boleh berdagang NFT untuk collectable pada pasaran blockchain NFT yang berbeza dengan menggunakan pasaran NFT yang dibina pada sebarang blockchain yang boleh beroperasi bersama.

NFT swapping process visualised

Proses NFT swapping merupakan proses yang kompleks dan mengandungi pelbagai jenis, seperti ringkasan di bawah.

1. Auction-Based Swaps

Pertukaran tidak berpusat (DEXs) semakin popular dalam kalangan peminat kripto. Ia menyediakan cara yang selamat dan boleh dipercayai untuk perdagangan mata wang kripto. Namun, terdapat DEXs yang juga membolehkan tukaran NFT melalui lelongan. Ini bermakna pembeli dan penjual boleh membida sehinggalah suatu harga yang dipersetujui dicapai. 

Tukaran berasaskan lelongan menjadi semakin popular untuk mendapatkan NFT yang jarang dan mendapat permintaan tinggi. Beberapa DEX memiliki sistem lelongan yang diintegrasi. Sementara itu, ada juga DEX yang bergantung kepada platform lelongan pihak ketiga untuk memudahkan dagangan. Ini membolehkan pengguna membida NFT dengan mudah dan telus serta melengkapkan transaksi tanpa penglibatan pengantara dan pihak berkuasa berpusat. 

2. Multi-Asset Swaps

Terdapat beberapa NFT boleh ditukar untuk satu atau lebih banyak NFT melalui tukaran pelbagai aset (multi-asset swap). Tukaran jenis ini mungkin bermanfaat untuk pengumpul yang ingin menambah koleksi atau tukar beberapa NFT dengan satu NFT yang lebih berharga. Multi-asset swaps boleh dilaksanakan menggunakan DEX yang membolehkan tukaran pelbagai aset secara serentak.

3. Fractional Swaps

Fractional swaps atau tukaran secara pecahan membolehkan hak milik sesebuah NFT dibahagikan kepada beberapa pecahan. Ini membolehkan beberapa pengguna memiliki sebahagian daripada sesebuah NFT. Cara ini bermanfaat untuk individu yang ingin memiliki NFT yang bernilai tetapi perlukan keupayaan kewangan yang lebih besar untuk membeli aset tersebut. Fractional swap boleh dilakukan menggunakan DEX yang menyokong hak milik sebahagian atau platform fractionalisation.

4. Wrapped NFT Swaps

Dalam keadaan tertentu, anda boleh menukar wrapped NFT dari satu rangkaian blockchain untuk wrapped NFT dari rengkaian blockchain yang lain. Ia boleh menjadi pilihan yang sangat membantu jika pengumpul (collector) ingin membeli NFT yang tidak tersedia pada rangkaian blockchain yang biasa digunakan.

Penukaran NFT boleh dilakukan melalui DEX tertentu atau pasaran wrapped NFT.

5. Direct Swap

Penukaran sebuah NFT kepada NFT yang lain dalam nilai yang setara adalah tukaran secara terus atau direct swap. DEX akan memudahkan direct swap dengan menggunakan pembuat pasaran automatik (AMM) untuk mewujudkan kadar tukaran antara dua NFT tersebut. Direct swaps merupakan kaedah ringkas untuk bertukar NFT yang hampir atau dengan nilai yang sama.

Proses NFT bridging akan menyumbang kepada perkembangan Web3. Ia dapat memberi pengaruh positif terhadap penubuhan platform metaverse, membuatkan sektor DeFi lebih moden, dan memberi nafas baru kepada permainan NFT.

Fakta Ringkas

Apa itu NFT Bridging?

NFT bridging memindahkan rekod NFT dari satu blockchain kepada blockchain yang lain, dengan menggunakan aplikasi khusus yang dikenali sebagai NFT birdge. Proses untuk merentaskan NFT ini termasuk smart contract yang penting. Kontrak ini mengandungi syarat yang telah ditetapkan dan perlu dipenuhi untuk membolehkan transaksi cross-chain berlaku. 

NFT bridging process

Beberapa aplikasi NFT bridging yang popular dan digunakan ketika ini, termasuk StacksBridge, Plasma NFT Bridge, Wormhole NFT Bridge, dalam XP Bridge. Aplikasi ini direka untuk memudahkan proses NFT bridging. Pindahan NFT antara blockchain yang berbeza lebih mudah dilakukan dan lebih mudah diakses pengguna melalui aplikasi tersebut.

Sama seperti NFT swapping, terdapat beberapa jenis NFT bridging yang tersedia pada harini.

1. Atomic Swaps

Kebolehoperasi antara rangkaian blockchain semakin diperlukan untuk pedagang NFT. Salah satu penyelesaian untuk isu tersebut adalah melalui pertukaran NFT secara terus dan sertentak untuk beberapa rangkaian blockchain. Ia dikenali sebagai NFT atomic swap. Dalam tukaran ini, smart contracts dan protokol yang diubahsuai boleh digunakan untuk menghasilkan proses tukaran yang lancar dan selamat.

2. Token Wrapping

Token wrapping merupakan mekanisma yang memudahkan pergerakan NFT antara rangkaian blockchain yang berbeza. NFT asal dipakejkan dalam format yang sepadan yang boleh difahami oleh rangkaian destinasi. 

Wrapped token mengandungi semua maklumat penting tentang NFT asal. Ini membolehkan token tersebut dipaparkan dengan tepat dan ditukara pada rangkaian baru. Melalui pembalutan (wrapping) token, NFT boleh dipindahkan dengan lancar pada ekosistem blockchain tanpa hilang keunikan dan harganya.

3. Sidechain Bridging

NFT boleh dipindahkan antara rantai sampingan (sidechain) dan rangkaian utama blockchain melalui sidechain bridging. Sidechains ialah rangkaian blockchain berasingan yang berkait dengan rangkaian utama dan boleh digunakan untuk tujuan tetapan. 

Mekanisma ini membolehkan pindahan NFT antara rangkaian blockchain berbeza di mana pengguna boleh menggunakan kelebihan kedua-dua rangkaian.

4. Cross-Chain Bridging

Ketika memindahkan NFT dari satu rangkaian blockchain kepada rangkaian yang lain, proses ini memerlukan jambatan penghubung antara dua rangkaian. Untuk tujuan ini, pembangun biasanya bergantung kepada smart contract dan protokol khas. 

Penggunaan alat ini dapat membantu memastikan pundahan NFT berlaku secara selamat, telus dan efisyen. Melalui teknologi ini, rangkaian blockchain berbeza boleh dihubungkan dan tukaran aset digital bileh dikendalikan dengan selamat.

NFT Swapping dan NFT Bridging — Analsis Perbandingan

Walaupun sasaran kedua-dua proses ini untuk menggerakkan satu NFT antara rangkaian blockchain berbeza dan berkongsi aspek teknikal yang sama, secara terasnya, operasi kedua-dua proses ini adalah berbeza, seperti di bawah.

Keselamatan

Kesedaran terhadap risiko keselamatan NFT swapping dan NFT bridging adalah penting. Kedua-dua proses terdedah kepada penipuan dan penggodaman. Namun, proses untuk NFT kripto mungkin memiliki risiko lebih tinggi. Ini disebabkan oleh penglibatan pihak atau platfrom tambahan dalam proses pindahan. 

Situasi tersebut boleh mendorong kepada kelemahan keselamatan atau kesilapan. Untuk memastikan transaksi selamat, langkah keselamatan yang sesuai perlu diambil dan setiap keputusan termaklum perlu dibuat.

Kelajuan Pindahan

Apabila memindahkan NFT, tukaran yang dibuat dalam rangkaian blockchain yang sama secara umumnya lebih cepat berbanding menghubungkan NFT ke rangkaian yang lain. 

Ini kerana proses bridging untuk kripto biasanya perlukan prosedur dan masa pemprosesan tambahan, seperti menghasilkan NFT baru pada platform destinasi. Ini boleh membuatkan pindahan mengambil masa yang lebih lama.

Caj Transaksi

Tukaran NFT merupakan proses yang ringkas dan tidak begitu sukar. Ia tidak melibatkan pindahan NFT ke rangkaian blockchain berbeza. Hasilnya, caj transaksi lebih rendah dikenakan berbanding NFT bridging. 

Namun, untuk NFT bridging, ia mungkin perlu gunakan perkhidmatan atau platform pihak ketiga untuk memudahkan pindahan NFT ke rangkaian blockchain berbeza. Ini membuatkan caj transaksi dikenakan akan lebih tinggi.

Keupayaan untuk Beroperasi dengan Sistem lain

Penting untuk diingat bahawa NFT hanya boleh ditukar antara NFT yang dihos pada platform atau rangkaian blockchain yang sama. Namun, keupayaan untuk beroperasi dengan sistem lain (interoprability) boleh dicapai untuk pelbagai rangkaian blockchain berbeza melalui NFT bridging. 

Ini meluaskan lagi pasaran untuk NFT dan memberi lebih banyak fleksibiliti dari segi bagaimana NFT boleh dibeli, dijual, dan ditukar. Dengan NFT bridging, NFT menjadi lebih menarik dan tiada batasan.

Kesimpulan

NFT bridging dan NFT swapping penting untuk para pengumpul, pelabur dan pencipta untuk meningkatkan nilai NFT. Kedua-dua proses tersebut membolehkan pengguna berdagang dan menghubungkan NFT pada platform berbeza. Namun, terdapat isu untuk aspek interoperability dan ancaman keselamatan yang perlu diberikan perhatian. 

Pengesahan setiap keunikan bagi setiap token begitu penting untuk mengelakkan masalah yang mungkin timbul. Teknologi ini akan menjadi penting atas faktor pasaran NFT yang semakin berkembang, dan ia dapat memastikan cara yang selamat dan boleh dipercayai pengguna untuk berinteraksi dengan NFT.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024