best multicurrency crypto wallet in 2024

Bagaimana Cara Memilih Dompet Multi-Currency Terbaik untuk Aset Kripto Anda pada 2024

Reading time

Sekali lagi mata wang kripto telah meningkat. Modal pasaran industri kripto telah mencapai $2.5T pada tahun 2024. Harga untuk kebanyakan mata wang kripto, selain daripada Bitcoin dan Ethereum, telah meningkat harga tinggi yang baru. Malah, harga coin bersaiz lebih kecil juga turut meningkat. Dengan pertumbuhan sebegitu, memiliki dompet pelbagai mata wang yang dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk menyimpan aset digital anda menjadi semakin penting.

Jika anda masih baru dalam bidang kripto dan ingin meluaskan lagi portfolio anda, memilih dompet pelbagai mata wang terbaik mungkin agak memeningkan. Ini kerana terdapat banyak pilihan di pasaran, di mana setiap satu dompet tersebut mendakwa ia merupakan dompet terbaik dan paling selamat. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan apakah dompet kripto pelbagai mata wang (multi-currency) terbaik dan bagaimana cara untuk memilih dompet paling sesuai untuk anda.

Isi Penting

  1. Dompet pelbagai mata wang menyediakan simpanan pelbagai mata wang digital dalam satu tempat.
  2. Setiap dompet memiliki ciri-ciri unik, seperti keserasian dengan desktop/pelayar, kefungsian Web3, dan keselamatan tahap tinggi.
  3. Lakukan kajian dan pertimbangkan faktor seperti sokongan aset, langkah keselamatan, dan mudah digunakan sebelum memilih dompet untuk aset kripto anda.

Apa itu Dompet Kripto Multi-Currency?

Dompet multi-currency adalah dompet mata wang kripto yang membolehkan pengguna menyimpan lebih daripada satu mata wang kripto dalam satu aplikasi. Dompet ini menyediakan cara yang mudah untuk menguruskan dan mengakses semua mata wang kripto anda, berbanding perlu memiliki dompet berbeza bagi setiap coin.

cryptocurrency coins and tokens

Pilihan untuk Dompet Multi-Currency Terbaik pada 2024

Terdapat banyak dompet pelbagai mata wang yang tersedia di pasaran pada 2024. Setiap satunya memiliki ciri-ciri dan kelebihan tersendiri. Berikut adalah senarai untuk dompet pelbagai mata wang terbaik: dompet terbaik yang menyokong lebih banyak mata wang:

Trust Wallet – Dompet mudah alih yang selamat

Trust Wallet adalah dompet mudah alih non-custodial yang semakin popular dalam kalangan pengguna disebabkan dompet ini mengutamakan aspek keselamatan dan kepelbagaian aset. Dompet ini menyokong lebih 100 blockchain. Sokongan tersebut membuatkan dompet ini sesuai untuk pelbagai jenis altcoins, termasuk coin popular seperti Ethereum, Solana, and Tether.

Dari segi keselamatan, Trust Wallet menggunakan PIN, frasa laluan (passphrase) sandaran (backup) dan pengesahan biometrik sebagai perlindungan terhadap akses tanpa kebenaran. Ia juga menawarkan kemudahan dalam membeli mata wang kripto menggunakan kad debit/kredit melalui usaha sama dengan pemproses pihak ketiga. Trust Wallet juga mempunyai alat staking built-in untuk pelbagai mata wang kripto. Ciri-ciri tersebut membuatkan dompet ini pilihan terbaik untuk menjana pendapatan pasif melalui token yang disimpan.

Trust Wallet menawarkan akses ke laman web tidak berpusat melalui integrasi bersama aplikasi popular Uniswap dan PancakeSwap. Ini dapat memudahkan pengguna untuk melakukan aktiviti staking, yield farming, dan aktiviti lain dalam ekosistem DeFi. Dengan memiliki antara muka yang mesra pengguna, Trust Wallet sesuai untuk pengguna baru dan juga yang berpengalaman.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Dapat berfungsi dengan lebih 100 blockchain dan altcoins
  • Tahap keselamatan tinggi dengan menggunakan PIN dan frasa laluan sandaran
  • Pilihan untuk membeli mata wang kripto dengan kad debit/kredit
  • Alat staking secara in-built untuk menjana pendapatan pasif
  • Akses ke laman web tidak berpusat melalui integrasi dApp popular
Trust Wallet's official website

Exodus – Penyelesaian Versatil untuk Desktop dan Pelayar

Exodus merupakan dompet digital multi-currency terkenal yang dapat berfungsi dengan platform desktop dan pelayar. Pengguna boleh gunakannya pada peranti yang berbeza. Dompet ini menyokong lebih 260 mata wang kripto dan menyediakan pelbagai pilihan untuk menyimpan aset digital.

Antara ciri-ciri utama Exodus adalah ia dapat berfungsi dengan dompet perkakas (hardware) seperti Trezor. Ini dapat memberi satu lagi lapisan keselamatan tambahan untuk pengguna yang lebih selesa menyimpan mata wang kripto secara offline. 

Selain itu, Exodus menawarkan kemudahan untuk membeli mata wang kripto menggunakan kad debit/kredit dan e-dompet melalui kerjasama dompet ini bersama Ramp. Namun, terdapat fi tambahan yang akan dikenakan untuk fungsi ini.

Exodus juga mempunyai pertukaran secara built-in untuk memudahkan transaksi antara mata wang kripto berbeza. Selain itu, ia juga menawarkan pilihan untuk melakukan aktiviti staking dan menjana pendapatan pasif pada token yang disokong. Dengan memiliki antara muka yang mesra pengguna dan kemampuan untuk menyokong pelbagai rangkaian dan aset, Exodus pilihan terbaik bagi mereka yang ingin mendapatkan dompet yang dapat berfungsi dengan desktop/pelayar.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Dompet tersedia dalam bentuk pelayar dan desktop
  • Menyokong lebih 260 mata wang kripto
  • Integrasi bersama dompet perkakas untuk keselamatan tambahan
  • Pilihan untuk membeli mata wang kripto dengan mudah melalui kerjasama bersama Ramp
  • Pertukaran secara built-in dan alat staking yang bermanfaat untuk pengguna
Exodus Wallet's official website

Coinbase Wallet – Penyelesaian Selamat dan Mudah

Coinbase Wallet merupakan pilhan. popular antara pengguna mata wang kripto baru dan berpengalaman. Ia memiliki antara muka yang mesra pengguna dan menyokong beribu-ribu coin, temasuk kesemua token ERC-20 yang dibina di blockchain Ethereum.

Coinbase Wallet menawarkan kefungsian Web3 yang unik. Fungsi ini membolehkan pengguna membeli, berdagang, dan mendapatkan ganjaran ke atas mata wang kripto dan NFT tanpa perlu meletakkan aset di bawah jagaan pertukaran berpusat. Ia juga menyokong Ledger, sebuah dompet perkakas, dan ini membuatkan dompet ini mudah digunakan untuk pengguna memindahkan aset ke simpanan offline untuk keselamatan tambahan.

Namun, satu kelemahan Coinbase Wallet adalah ia bukan dalam bentuk sumber terbuka sepenuhnya. Perkara tersebut mungkin menjadi isu bagi sesetengah peminat kripto yang mengutamakan ketelusan dan keselamatan dalam perisian dompet. Walaubagaimanapun, Coinbase Wallet masih lagi menjadi antara dompet multi-currency terbaik atas faktor antara muka yang mesra pengguna dan sokongan ekstensif terhadap pelbagai aset.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Antara muka yang mesra pengguna dan boleh digunakan untuk pelbagai coin
  • Kefungsian Web3 untuk membeli, berdagang, dan mendapatkan ganjaran ke atas mata wang kripto dan NFT
  • Kerjasama bersama dompet perkakas, Ledger untuk keselamatan tambahan
Coinbase Wallet's official website

SafePal S1 – Penyelesaian Selamat dan Mudah Alih

SafePal adalah dompet perkakas yang mempunyai rekaan menarik dan mudah alih. Ciri-ciri tersebut membuatkan ia mudah dibawa ke mana sahaja dan dalam masa yang sama masih memberi penyulitan tahap tinggi dan simpanan selamat untuk private key.

SafePal menawarkan pelbagai lapisan keselamatan dan faktor ini membuatkan ia berbeza dengan dompet lain. Dompet ini menggunakan cip elemen selamat dan mempunyai proses boot untuk menghalang peranti diubah suai oleh pihak lain. Selain itu, dompet ini juga mempunyai butang fizikal untuk mengesahkan transaksi kripto. Jadi, risiko pindahan secara tidak sengaja atau tanpa kebenaran dapat dikurangkan.

SafePal berfungsi dengan beberapa sistem operasi dan dapat diintegrasi dengan mudah bersama pelbagai dompet dan pertukaran. Ia juga menyokong banyak mata wang kripto. Ciri-ciri tersebut membuatkan ia pilihan versatil untuk pengguna yang memiliki portfolio yang pelbagai, yang ingin mencari dompet perkakas muti-currency.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Keselamatan bertahap tinggi dan pelbagai lapisan keselamatan
  • Rekaan menarik dan mudah alih untuk keselesaan pengguna
  • Berfungsi dengan pelbagai sistem operasi, dompet, dan pertukaran
  • Menyokong banyak mata wang kripto
SafePal's official website

B2BinPay – Pilihan Bijak untuk Sektor Perniagaan

B2BinPay merupakan pemproses pembayaran berasaskan blockchain yang utama. Ia menyediakan perkhidmatan khusus untuk perniagaan. B2BinPay membolehkan anda menggunakan kedua-dua fungsi pedagang dan perusahaan daripada satu akaun. Ciri-ciri tersebut dapat memudahkan proses pendaftaran pelanggan.

Dompet multi-currency ini memboleh perniagaan melakukan transaksi coin kripto dan token secara selamat, mudah, dan pantas. Gerbang pembayaran B2BinPay menyokong lebih daripada 250 pilihan mata wang, dan membuatkannya sebagai pilihan fleksibel untuk perniagaan global. Selain itu, B2BinPay juga menawarkan perkhidmatan label putih. Ini membolehkan perniagaan menyesuaikan pembangunan dompet kripto dengan jenama perniagaan tersebut.

Platform ini juga menawarkan banyak pilihan integrasi API. Keadaan tersebut memudahkan perniagaan untuk mengintegrasi pembayaran kripto pada sistem sedia ada. Ia juga mematuhi sepenuhnya undang-undang pihak berkuasa dan pelanggan tidak perlu risau terhadap perkara tersebut apabila menggunakan platform tersebut.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Satu akaun tunggal untuk mengakses kedua-dua fungsi pedagang dan perusahaan.
  • Menyokong lebih 250 pilihan mata wang melalui gerbang pembayaran
  • Penyelesaian label putih untuk memperibadikan jenama pada platform dagangan.
  • Pilihan integrasi API yang mudah bersama sistem sedia ada
  • Tukaran kripto ke fiat yang mudah untuk perniagaan
B2BinPay's Merchant solution page

Coinomi – Salah Satu Hot Wallet Terbaru yang Terbaik

Coinomi adalah dompet multi-currency yang diperkenalkan pada 2014. Dompet ini menyokong lebih daripada 125 blockchain. Jumlah tersebut menjadikan dompet ini sebagai antara pilihan terbaik di pasaran.

Coinomi menggunakan struktur dompet Hierarchical Deterministic (HD). Setiap transaksi akan menjana satu alamat unik. Selain itu, ia juga menawarkan frasa seed sandaran 12 perkataan sebagai lapisan keselamatan tambahan dan juga pengesahan 2F. Kod Coinomi terdiri daripada separa sumber terbuka dan diaudit dengan kerap oleh pakar keselamatan bebas.

Dompet ini juga menawarkan ciri-ciri privasi yang canggih, seperti pilihan untuk transaksi tanpa nama (anonymous) menggunakan rangkaian Tor. Selain itu, ia turut menyokong Digi-ID untuk akses tanpa nama ke dompet dan memiliki antara muka yang mudah digunakan. Coinomi mengutamakan aspek privasi dan keselamatan, dan ia merupakan pilihan terbaik bagi individu yang inginkan aplikasi dompet kripto paling selamat.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Menyokong lebih daripada 125 blockchain dan altcoins
  • Mengutamakan privasi dan keselamatan melalui struktur dompet HD, frasa seed sandaran, pengesahan dua faktor, dan audit kod yang dijalankan dengan kerap
  • Ciri-ciri privasi yang canggih seperti sokongan rangkaian Tor dan log masuk Digi-ID
Coinomi's official website

Trezor Model T –  Dompet Perkakas Terbaik

Trezor Model T merupakan versi dompet perkakas Trezor Model One yang popular dan telah dinaik taraf. Ia menampilkan skin sentuh yang menarik dan ciri-ciri keselamatan yang kukuh. Dompet ini menyokong lebih 9000 aset digital. Ini membuatkan ia sebagai salah satu dompet perkakas paling komprehensif di pasaran.

Proses sandaran (backup) dan pemulihan (recovery) Trezor Model T melibatkan frasa seed 12 perkataan, dengan pilihan untuk menggunakan Shamir Backup sebagai keselamatan tambahan. Ia juga membolehkan pengguna menyimpan NFT mereka dengan selamat, dengan menandatangani transaksi melalui dompet perisian pihak ketiga seperti MetaMask.

Selain daripada sokongan terhadap pelbagai aset, Trezor Model T menawarkan fungsi seperti transaksi multi sig untuk meningkatkan kawalan dan melindungi dana. Dengan langkah keselamatan canggih dan boleh berfungsi dengan pelbagai rangkaian, Trezor Model T merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin memiliki dompet cold yang selamat.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Dapat berfungsi dengan lebih 9000 aset digital
  • Keselamatan tambahan dengan proses sandaran dan pemulihan
  • Terdapat pilihan untuk menyimpan NFT dengan selamat melalui dompet perisan pihak ketiga
  • Fungsi canggih seperti transaksi multi sig untuk meningkatkan lagi kawalan
Trezor's official website

Ledger Nano S Plus – Pilihan Perkakas Mampu Milik

Ledger Nano S Plus merupakan dompet cold ppopular yang terkenal dengan harga yang mampu milik dan rekaan yang mesra pengguna. Ia menyokong lebih 5500 aset digital, dan antara pilihan terbaik bagi mereka yang memiliki pelbagai portfolio kripto.

Dari segi rekaan, Ledger Nano S mempunyai rekaan menarik dan badan mudah alih yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Saiz dompet ini memudahkan untuk dibawa ke mana-mana atau dicantumkan bersama kunci anda. Ledger Nano S Plus juga menawarkan simpanan pelbagai mata wang dan memudahkan untuk mereka yang memiliki pelbagai aset. Paparan OLED built-in juga membolehkan pengguna menyemak transaksi sebelum mengesahkannya.

Dari segi aspek keselamatan, Ledger Nano S menawarkan frasa pemulihan 24 perkataan dan PIN sebagai keselamatan tambahan. Dompet ini juga akan memaparkan butiran transaksi pada skrin dan pengguna boleh mengesahkan dan batalkan mana-mana transaksi yang dilakukan tanpa kebenaran.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Dapat berfungsi dengan lebih 5000 aset
  • Rekaan menarik dan mudah alih
  • Skrin built-in OLED untuk mengesahkan transaksi
Ledger's official website

Atomic Wallet – Sokongan Platform Berbeza dan Pelbagai Fungsi

Atomic Wallet merupakan satu lagi dompet popular yang mempunyai peminat sendiri disebabkan sokongan terhadap platform berbeza dan pelbagai ciri-ciri lain. Ia boleh digunakan pada desktop, laptop, dan juga peranti mudah alih yang beroperasi pada sistem operasi yang berlainan. Semua ciri-ciri tersebut membuatkan dompet ini mudah digunakan.

Atomic Wallet memiliki fungsi atomic swap secar built-in. Fungsi ini membolehkan pengguna menukar mata wang kripto secara terus dengan pengguna lain tanpa memerlukan platform pertukaran pihak ketiga. Jadi, fungsi tersebut dapat mengurangkan fi dan menyediakan cara yang levih selamat untuk dagangan aset.

Atomic Wallet menyokong pelbagai coin PoS. Pengguna boleh mendapatkan ganjaran pada token yang disimpan, antara 5% hingga 22.% Atomic Wallet juga mempunyai dashboard untuk portfolio yang memaparkan harga dalam dolar untuk mata wang kripto yang disimpan. Ini dapat memudahkan pengguna untuk mengawasi aset mereka.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Sokongan platform berlainan untuk desktop, laptop, dan peranti mudah alih
  • Fungsi atomic swap secara built-in untuk transaksi P2P secara terus
  • Menyokong pelbagai coin PoS
Atomic Wallet's official website

MetaMask – Dompet Extension Pelayar Terbaik

MetaMask adalah dompet berasaskan Ethereum popular yang direka untuk interaksi lancar bersama dApp di blockchain Ethereum. Dompet ini boleh digunakan oleh pengguna mudah alih dan desktop. Jadi, ia sememangnya pilihan yang versatil untuk mengakses aset anda dari sebarang peranti.

MetaMask mengutamakan privasi dan aspek ketanpanamaan pengguna. Pengguna tidak perlu memberi maklumat peribadi semasa mencipta akaun. Dompet ini juga memberi pengguna kawalan penuh terhadap private key. Selain itu, pengguna juga boleh menghubungkan dompet ini ke rangkaian Ethereum yang berbeza dan mengubah suai tetapan RPC. Ini membuatkan MetaMask sebagai pilihan popular untuk pembangun dan pengguna berpengalaman.

MetaMask juga boleh digunakan untuk fungsi popular seperti staking, swapping, dan yield farming. Aktiviti tersebut boleh dilakukan dengan mengintegrasi dompet ini bersama dApp seperti Aave, Compound, dan MakerDAO. MetaMask sememangnya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menerokai dunia DeFi.

Ciri-Ciri Terbaik:

  • Boleh berfungsi dengan desktop dan peranti mudah alih
  • Mengutamakan privasi dan ketanpanamaan pengguna
  • Kawalan penuh terhadap private key
  • Integrasi bersama dApp untuk aktiviti staking, swapping, dan yield farming.
MetaMask's official website

Kesimpulan – Dompet Kripto yang Mana Paling Sesuai untuk Anda?

Peningkatan populariti dan adaptasi mata wang kripto membuatkan cara yang boleh dipercayai dan selamat untuk menyimpan dan mengurusan aset kripto, menjadi begitu penting. Dompet pelbagai mata wang yang berlainan menawarkan ciri-ciri dan fungsi yang berbeza untuk memenuhi pelbagai permintaan pengguna dalam dunia kripto yang sentiasa berkembang.

Kesimpulannya, pemilihan dompet bergantung pada keperluan dan kemahuan anda. Tidak kira apa sahaja dompet yang anda pilih, pastikan anda lakukan kajian tentang spesifikasi dan aspek keselamatan sebelum anda letakkan aset digital anda yang berharga.

Sebelum membuat keputusan, pertimbangkan faktor-faktor seperti sokongan aset, keselamatan, dan mudah digunakan. Untuk keselamatan tambahan, anda juga disarankan untuk meletakkan aset di beberapa dompet berbeza.

SOALAN LAZIM

Apakah dompet kripto yang bagus?

Dompet kripto terbak menawarkan keselamatan bertahap tinggi, keselesaan, dan kupayaan untuk berfungsi dengan pelbagai rangkaian dan aset. Ia juga perlu memiliki penyulitan, pilihan sandaran, dan pengesahan pelbagai faktor untuk melindungi private key dan dana pengguna. Selain itu, ia juga perlu menyokong banyak mata wang kripto dan mudah digunakan.

Apa yang akan berlaku jika dompet kripto tidak lagi beroperasi?

Jika penyedia mata wang kripto tidak lagi beroperasi, dompet tersebut mungkin menjadi tidak aktif. Situasi ini boleh mengakibatkan pengguna hilang akses ke atas private key dan dana mereka. Malah, ini juga boleh bermakna pengguna kehilangan rekod transaksi dan tidak boleh menghubungi sokongan pelanggan.

Antara dompet perkakas dan dompet perisian, yang mana satu terbaik?

Pilihan terbaik bergantung pada keperluan dan kemahuan spesifik pengguna. Dompet perkakas dan kertas menawarkan satu lapisan tambahan untuk keselamatan dengan mengendalikan private key secara offline. Sementara itu, perisian (dompet mudah alih, dompet desktop) menyediakan akses mudah melalui peranti. Anda disarankan untuk mempelbagaikan kaedah simpanan dan menggunakan dompet perkakas dan perisian secara serentak untuk keselamatan tambahan.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024