Should E-Commerce Stores Accept Crypto As Payment?

Adakah Menerima Kripto Sebagai Cara Bayaran Merupakan Langkah Bijak untuk Stor E-dagang?

Reading time

Kripto telah muncul sebagai salah satu istilah popular dalam e-dagang. Jika sebelum ini ia dianggap niche pelaburan untuk pedagang yang cenderung ke arah teknologi, pasaran global untuk mata wang kripto dijangkakan mencapai $2.9 billion menjelang 2030. Pertumbuhan pesat ini menunjukkan mata wang digital semakin menjadi pilihan dan semakin meluas digunakan dan diterima. 

E-dagang menjadi faktor penting dalam membentuk penerimaan mata wang digital sebagai aset berharga berbanding hanya sekadar sebuah trend yang akan berakhir. Ini kerana semakin banyak aktiviti harian dilakukan secara dalam talian. 

Artikel ini akan menerokai sama ada terdapat permintaan dalam sektor e-dagang untuk menerima kripto sebagai cara pembayaran, apakah manfaat yang ditawarkan, dan apakah aplikasi secara praktikal yang dimiliki kripto selain daripada kaedah pembayaran.

Isi Penting

  1. Bitcoin dan mata wang kripto lain mempunyai potensi tinggi sebagai satu kaedah bayaran dan digunakan secara meluas dalam e-dagang dalam masa terdekat.
  2. Sektor e-dagang boleh mendapatkan manfaat seperti pembayaran antarabangsa, keselamatan dan fi rendah dengan mata wang digital.

Adakah Mata Wang Kripto Mampu Menarik Pasaran Besar?

Sukar untuk mengetahui saiz pasaran mata wang kripto kerana adaptasi mata wang tersebut tidak boleh dijangkakan. Menurut Global Crypto Adoption Index, adaptasi kripto paling tinggi pernah direkodkan adalah pada Q2 dalam tahun 2021. Namun, selepas tempoh tersebut, tahap pemilikan dalam pasaran kripto telah berubah dengan ketara. Situasi ini berlaku kerana pasaran mata wang kripto memiliki ketidakstabilan begitu tinggi dan juga disebabkan kebimbangan orang ramai terhadap keadaan ekonomi.

Laporan Adaptasi Mata Wang Kripto dan Sentimen Pengguna 2023 mendapati semasa 2022, kadar pemilikan dalam kalangan orang dewasa di Amerika Syarikat telah jatuh daripada 33% kepada 30%. Namun, terdapat peningkatan dalam kesedaran pengguna terhadap mata wang digital dan sektor kripto, iaitu 60% daripada populasi di Amerika Syarikat beranggapan mereka tahu tentang konsep tersebut. 

Ini menunjukkan terhadap potensi peningkatan dalam penggunaan mata wang digital, terutamanya apabila teknologi tersebut tersedia lebih meluas melalui plugin laman web dan sistem API terbuka.

E-Dagang dan Kripto — Hubungan Simbiotik

Walaupun setiap hari terdapat peningkatan dalam bilangan pelaburan kripto dan lebih ramai orang ramai yang bercakap tentang kelebihan mata wang digital, ia masih tidak digunakan secara meluas dalam e-dagang. 

Menurut Laporan Adaptasi Mata Wang Kripto dan Sentimen Pengguna, hanya 13% daripada peminat kripto telah melabur dalam mata wang kripto atas sebab khusus untuk transaksi online. Sebagai perbandingan, 38% daripada mereka melabur disebabkan minat terhadap teknologi teras.

crypto adoption reasons

Memandangkan platform e-dagang berusaha untuk menambah baik pengalaman pengguna dengan mengatasi isu yang timbul, pelanggan semakin menyedari bahawa sistem pembayaran yang perlahan dan rumit, bukanlah sistem yang mereka inginkan. 

Pengguna inginkan pembelian online yang mudah, dan mata wang kripto akan menjadi satu cara yang menarik untuk membuatkan mata wang kripto yang lebih mudah. Faktor tersebut, ditambah dengan kepercayaan orang ramai terhadap institusi perbankan tradisional semakin berkurangan, telah membuka ruang berlakunya perubahan pada persepsi dan penggunaan mata wang kripto.

Menurut satu laporan oleh projek Juniper Research, penggunaan aset kripto dalam E-dagang di peringkat global dijangka melebihi $7.5 trillion pada 2026.

Fakta Ringkas

Apakah Kelebihan Dalam Penerimaan Mata Wang Kripto untuk Perniagaan E-Dagang?

Benefits of using crypto in e-commerce

Pembayaran kripto boleh memberi kelebihan kepada perniagaan e-dagang berbanding pesaing yang bergantung pada kad debit/kredit atau pindahan bank sebagai kaedah pembayaran. Dengan menggunakan pembayaran mata wang kripto, antara kelebihan ketara yang boleh dinikmati adalah seperti berikut:

1. Transaksi Rentas Sempadan

Alasan disebalik kelebihan ini begitu nyata sekali: lebih banyak jenis kaedah pembayaran disediakan, lebih tinggi fleksibiliti yang boleh ditawarkan kepada pelanggan oleh stor e-dagang anda. Sukar untuk menggunakan kelebihan memiliki pangkalan pelanggan bertaraf global jika terdapat kad kredit dan kad debit tertentu yang tidak boleh digunakan di serata dunia.

Betentangan dengan banyak pilihan kewangan konvensional, mata wang kripto memiliki kelebihan kerana ia boleh digunakan di serata dunia. Faktor utama adalah disebabkan ketiadaan pengawal seliaan kripto. Bagi perniagaan yang sedang pertimbangkan untuk menjalankan dagangan rentas sempadan untuk menerima kripto sebagai cara pembayaran atau usaha sama dengan pembekal antarabangsa, mereka perlu pertimbangkan aset digital dengan serius.

2. Fi Dagangan Lebih Rendah

Pedagang kerap kali perlu menanggung fi transaksi yang tinggi apabila memproses kaedah pembayaran konvensional seperti kad kredit atau pembayaran tanpa sentuh. Fi ini boleh memberi impak besar terhadap margin keuntungan mereka. 

Situasi fi yang tinggi tersebut boleh dielakkan dengan menerima pembayaran mata wang kripto. Ini kerana, mata wang kripto tidak mengenakan caj untuk dagangan, tidak kira gerbang pembayaran digunakan. Kesannya, harga produk akan jadi lebih rendah, terutamanya jika pedagang menurunkan harga jualan kerana tidak perlu membayar fi tersebut.

3. Keselamatan

Mata wang kripto menggunakan kelebihan yang terdapat pada sistem lejar tidak berpusat. Agak sukar untuk membalik semula atau membatalkan sesebuah transaksi jika telah dilaksanakan. Ciri-ciri ini menyediakan tahap keselamatan lebih tinggi untuk pedagang dan pengguna dan ia memberi perlindungan kukuh terhadap aktiviti penipuan atau pencurian, terutamanya atas faktor jumlah pembelian dan transaksi online yang semakin meningkat.

Penipuan e-dagang dijangkakan mengakibatkan kerugian berpunca daripada penipuan e-dagang pada 2023 berjumlah $48 billion. Penggunaan teknologi blockchain dapat memberi perlindungan kukuh terhadap chargeback. Ini kerana pengguna tidak boleh meminta rangkaian untuk membalikkan semula transaksi dengan begitu mudah. Jadi, keseluruhan rangka kerja keselataman untuk dunia digital akan meningkat.

Aplikasi Mata Wang Kripto dalam E-Dagang

Kripto digunakan lebih dari sekadar mata wang digital untuk pembelian online. Ia bersaing dengan kaedah pembayaran digital yang baru dan program-program yang berfungsi menggunakan kad. Disebabkan kripto bersifat tidak berpusat dan boleh digunakan dalam pelbagai cara, ia boleh digunakan dalam pelbagai projek yang menambah baik reputasi jenama dan memberi kelebihan kompetitif yang unik.

crypto in e-commerce

Kempen Kesetiaan

Terdapat banyak Program kesetiaan dalam bidang e-dagang. Namun, kebanyakannya perlu dilihat memiliki nilai lebih tinggi untuk kekal menarik penyertaan orang ramai. Kaedah tradisional seperti diskaun tunai dan hadiah hari lahir biasa digunakan dan tidak lagi dapat membezakan antara satu program dengan program kesetiaan lain. 

Dengan menggunakan teknologi blockchain, kripto menyediakan cara yang selamat dan inovatif untuk tawaran ganjaran kepada pelanggan. Sifat ketidakberpusatan blockchain dapat memastikan token kesetiaan atau kredit stor tidak boleh diubah atau dicuri. Ciri-ciri tersebut dapat membina kepercayaan antara ahli program. Banyak jenama yang sentiasa mengubah struktur ganjaran. Namun, ganjaran berasaskan kripto menjamin setiap pelanggan akan dilayan secara sama rata dan ia menjadi sebab yang kukuh untuk menyertai program kesetiaan.

Inisiatif Web 3.0

Disebabkan semakin banyak jenama yang turut serta dalam metaverse dan pembelian online, mata wang kripto telah menjadi aset berharga untuk menarik pembeli dan lebih aktif membuat pembelian. Dengan menambah mata wang digital dan barangan koleksi (collectibles) dalam metaverse, akan membuatkan pengguna dapat merasai pengalaman lebih nyata dan interaktif, seterusnya membolehkan mereka menikmati manfaat berinteraksi dengan platform unik ini.

Sebagai contoh, pada hari ini, banyak syarikat dari pelbagai industri berminat dalam metaverse dan segala yang berkaitan dengan teknologi Web 3.0 dan NFT. Ini bermakna aset mata wang kripto boleh digunakan untuk membeli dan menjual token untuk produk fizikal syarikat tersebut, serta mewujudkan ekosistem tertutup untuk mereka yang berminat menggunakan kripto.

Mengesahkan Kebenaran Maklumat

Mata wang kripto menawarkan rekod data yang tepat. Ciri-ciri tersebut membuatkan ia sangat berguna untuk pelbagai operasi pembuatan dan pemenuhan (fulfilment). Sebagai contoh, penggunaan token dan nombor siri untuk menjejak penghasilan sesuatu produk, membolehkan pengguna melihat proses dalam dalam rantai bekalan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.nbsp;

Dalam era di mana barang tiruan dan pembuatan secara tidak beretika semakin mendapat perhatian, mata wang kripto memberi perlindungan terhadap aktiviti haram. Ia menunjukkan komitmen syarikat terhadap ketelusan dan integriti kepada pelanggan.

Pertumbuhan Pasaran

Kemunculan kripto telah mengubah landskap e-dagang dengan ketara. Ia telah mewujudkan pasaran khusus untuk mata wang kripto. Platform yang beroperasi melalui rangkaian perangkai padan (peer-to-peer) ini, menyediakan langkah keselamatan dan kos operasi lebih rendah berbanding mata wang fiat kepada pelanggan. 

Disebabkan kurang persaingan berbanding pasaran tradisional, mata wang kripto menawarkan peluang terbaik kepada penjual dan perniagaan kecil untuk meluaskan lagi bahagian pasaran dan pangkalan pelanggan baru dengan menggunakan pelbagai cara untuk menjual.

Kesimpulan

Syarikat yang menerima kripto sebagai pembayaran boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada teknologi lejar teragih dan inovasi kripto yang lain. Selain daripada manfaat yang dinyatakan di atas, pembayaran kripto juga boleh membuatkan e-dagang berpotensi untuk berkembang lebih pesat.

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024