A Quick Overview Of Crypto Denominations

Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto

Reading time

Mata wang fiat seperti dolar, euro, peso, dan rupee mempunyai unit utama dan sub-unit pecahan. Sesebuah negara biasanya akan memecahkan unit utama kepada 100 sub unit, biasanya dalam dua titik perpuluhan. Sementara itu, mata wang kripto, menggunakan pelbagai sub unit. Kedaaan ini menimbulkan kekeliruan dari segi terminologi dan nilai relatif. Penerimaan terhadap wang digital yang semakin berkembang membuatkan penting untuk anda memahami sistem denominasi kripto.

Artikel ini akan menerangkan tentang denominasi kripto untuk beberapa mata wang digital popular dan akan menjelaskan tentang sistem denominasi kripto. 

Isi Penting

  1. Unit kripto merupakan cara standard untuk mengira nilai.
  2. Unit mata wang digital boleh merapatkan jurang antara mata wang fiat tradisional dan aset digital.
  3. Sama seperti mata wang kripto paling popular, altcoin seperti Stellar Lumens atau Cardano menggunakan denominasi kripto yang unik.

Unti Kripto dan Denominasi

Sama seperti dolar di Amerika Syarikat atau Euro di Eropah, unit dan denominasi mata wang kripto adalah cara standard yang digunakan untuk mengukur nilai aset digital. Terdapat dua jenis standard utama: unit asas (base) dan unit terbitan (derived). 

Unit asas merupakan ukuran nilai utama untuk sesebuah aset digital, seperti Bitcoin (BTC) dalam Satoshi atau ETH dalam Wei. Sementara itu, unit terbitan merupakan ukuran nilai sekunder, berdasarkan unit asas sesebuah aset digital. Sebagai contoh, 1 BTC bersamaan dengan 100,000,000 satoshi dan 1 ETH bersamaan dengan 10^18 wei. Unit terbitan membolehkan aset digital diukur dalam jumlah lebih besar tanpa menggunakan terlalu banyak unit asas.

Denominasi pula merupakan nama lain untuk unit mata wang kripto, seperti unit Bitcoin terkecil, iaitu satoshi, milibitcoin atau microbitcoin. Selain daripada mengelakkan kesilapan berlaku dan memudahkan pengiraan, denominasi membantu menghubungkan mata wang fiat ke aset digital.

Untuk memahami unit kripto dengan lebih baik, kita perlu menjawab soalan ini ini, “Apa itu titik perpuluhan untuk token?”

Titik perpuluhan (decimal) dalam skop mata wang kripto menunjukkan kebolehbahagian (divisibility) sesebuah token, iaitu antara 0 hingga 18. Titik perpuluhan ini dipaparkan di skrin sebagai bilangan digit selepas titik perpuluhan. 

Unit Bitcoin

Kripto terbesar dari segi modal pasaran, Bitcoin, telah berjaya menyelesaikan isu utama seperti perbelanjaan berganda dan ketidakberpusatan. Kejayaan tersebut telah membuatkan aset kripto semakin dikenali oleh orang ramai.

Bitcoin (BTC) menggunakan sistem yang sama dengan konvensyen penamaan sistem metrik untuk kebanyakan denominasi unit mata wang ini. Namun, untuk unit terkecil BTC, ia dikenali sebagai satoshi, dan ia tidak bersamaan dengan apa-apa metrik.

BTC boleh dibahagikan kepada lapan titik perpuluhan.

Beberapa denominasi BTC dan nilainya telah diberi nama, seperti algorithmic max, megaBTC, kBTC, decaBTC, bitcoin, deciBitcoin, centiBitcoin, milliBTC, microBTC, Finney, dan Satoshi. 

Namun, untuk menukar satoshi ke BTC lebih berisiko disebabkan peningkatan harga. Ada pihak yang mencadangkan piawaian dalam penamaan untuk mewakili denominasi Bitcoin dengan lebih jelas, contohnya seperti Satcomma Standard dan BTC-Satoshi Hybrid. Alternatif ini menunjukkan kesukaran dalam menerangkan nama kripto, nilai dan denominasi. Namun kedua-dua piawaian yang dicadangkan itu masih lagi belum digunakan secara meluas.

Setiap denominasi memiliki nilai berbeza dan mempunyai kegunaan untuk tujuan berlainan. Oleh itu, penting untuk anda gunakan denominasi yang betul untuk nilai yang anda sedang ukur.

BTC ke Sats

Sebenarnya, apa itu Satoshi? Satoshi, atau sats, merupakan unit terkecil rangkaian Bitcoin. Isitilah ini mula diperkenalkan pada 2010 oleh Ribuck, seorang pengguna BitcoinTalk. Ia dinamakan sempena nama pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto. Sats begitu penting dalam ekosistem Bitcoin, kerana unit ini memecahkan BTC kepada denominasi yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Sats befungsi sama seperti sen dan ia juga digunakan untuk membayar fi melombong, serta memastikan transaksi berlaku dengan pantas dan fleksibel. 

Satoshi bersamaan dengan satu per seratus juga untuk satu BTC (0.00000001 BTC). Memandangkan terdapat 100 juta satoshi untuk satu BTC, ini bermakna pelaburan kecil boleh mendorong kepada pemilikan yang lebih besar. Ini dapat memastikan individu yang memiliki sumber kewangan terhad dapat turut serta dalam pasaran mata wang kripto. Satoshi juga memainkan peranan penting dalam pasaran mata wang kripto. Ia mengukur pergerakan harga bitcoin dan membolehkan pedagang mengesan pergerakan harga yang lebih kecil.

BTC ke Finney

Komuniti telah mencadangkan untuk menamakan denominasi kedua terkecil Bitcoin dalam usaha menghargai Hal Finney, saintis komputer yang menjadi orang pertama menerima Bitcoin daripada Satoshi Nakamoto. Satu Finney adalah unit dalam Bitcoin yang mewakili 0.001 BTC. Jadi ia bersamaan dengan 10 Satoshi, atau 0.0000001 BTC. 

Individu pertama yang menerima transaksi Bitcoin dari Satoshi Nakamoto ialah Hal Finney, seorang cypherpunk. Beliau telah memperkenalkan Bitcoin kepada dunia pada tahun 2009, di mana sewaktu harga Bitcoin mencapai harga kemuncak, aset tersebut bernilai trillion dolar. 15 tahun kemudian, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran US telah meluluskan spot exchange-traded fund (ETF) Bitcoin yang pertama.

Istilah tersebut membuatkan lebih mudah untuk menamakan dan meletakkan harga untuk jumlah Bitcoin yang lebih kecil. Ia juga membuatkan transaksi lebih mudah difahami dan menghargai sumbangan Finney dalam sejarah mata wang kripto.

centiBitcoin, milliBTC, microBTC, dan seterusnya

Jika digandakan sepuluh, 1 Sats akan menjadi satu Finney, dan diikuti oleh microBitcoin, milliBitcoin, centiBitcoin, deciBitcoin, dan akhir sekali Bitcoin.

Carta denominasi Bitcoin di bawah menunjukkan pengukuran yang lazim digunakan, daripada algoritmik maksimum sehingga kepada unit terkecil (Satoshi). 

The BTC denomination chart

Unit Ethereum

ETH menggunakan sistem metrik denominasi Ethereum di mana setiap satunya memiliki nama sendiri, sebagai unit asas. ‘Wei’ merupakan denominasi terkecil dan unit asas. Sementara itu, unit yang lebih besar iaitu Ether adalah 1e18 atau satu quintillion Wei. Harus diingat Ethereum bukan sebuah mata wang atau unit.

Mata wang kripto Ethereum, ether (ETH), boleh dibahagikan kepada 18 titik perpuluhan. Wei merupakan unit terkecil dan bersamaan dengan 10^-18 ETH. Ia dinamakan sempena seorang ahli kriptografi, Wei Dai. ‘Gwei’ terbesar, iaitu 9 titik perpuluhan biasanya digunakan untuk harga gas Ethereum. Nilai gwei paling kecil, Shannon’, mempunyai 9 titik perpuluhan. Ia dinamakan sempena Claude Shannon, seorang pakar analisis kripto. Selain itu, nilai yang paling hampir dengan ‘pwei’ adalah 0.001 Ether, dinamakan sempena Hal Finney, penerima Bitcoin yang pertama.

Unit untuk Ethereum mempunyai nama alternatif yang dinamakan sempena tokoh kriptografi terkenal. Sebagai contoh, gwei dikenali sebagai Shannon sempena nama Claude Shannon, seorang ahli matematik dan kriptografi Amerika. Konvensyen penamaan Ethereum menggunakan nama tokoh yang menyumbang dalam sejarahnya, sama seperti wajah Ben Franklin di wang kertas $100 dan Abraham Lincoln yang tercetak pada wang kertas $5.

Anda boleh lihat carta untuk unit ETH, dan juga nama lainnya di bawah.

ETH denomination chart

Gwei vs Wei

Pertama sekali mari kita ketahui apa itu wei.

Nama “Wei” diberikan untuk unit atom ini bersempena Wei Dai, seorang cypherpunk yang telah mencipta rekaan rangkaian kriptografi yang pertama pada penghujung 1998.

Wei merupakan unit terkecil untuk Ether dalam rangkaian Ethereum. Ia berfungsi sebagai unit asas untuk transaksi mikro dan membolehkan pengguna melakukan transaksi dalam pecahan paling kecil untuk mata wang kripto popular. Wei boleh dibahagikan seterusnya kepada unit lebih kecil, seperti Kwei, Mwei, dan Gwei. Setiap satu uni tersebut mempunyai tujuan tersendiri. 

Gwei, atau singkatan untuk Gigawei, mewakili satu bilion unit Wei dan digunakan untuk fi gas. Fi tersebut merupakan caj yang dikenakan untuk melaksanakan smart contract atau transaksi lain yang berlaku di blockchain Ethereum. Mekanisme fi Ethereum telah diubah pada tahun 2021 untuk menjadikan pengiraan fi gas lebih jelas dan konsisten. Perubahan tersebut dapat memastikan keselamatan rangkaian dan sebagai insentif kepada pelombong yang mengesahkan transaksi. 

Proses penukaran Wei dan Gwei agak mudah, di mana satu amaun Wei dibahagikan kepada satu bilion. Untuk menukar Wei kepada ETH, satu Wei perlu dibahagikan kepada 10^18. Ini kerana satu Ether mengandungi 100,000,000,000,000,000 Wei.

Unit Token Lain

Mata wang kripto dan altcoin lain seperti Stellar Lumens (XLM), Cardano (ADA), dan Binance Coin (BNB) juga memiliki denominasi sendiri. Mari kita lihat beberapa denominasi tersebut. 

Mata wang natif untuk Stellar Lumens ialah XLM. Unit terkecil untuk mata wang ini adalah satu stroop (7 titik perpuluhan). 

Mata wang natif Cardano, iaitu ADA mempunyai sistem denominasi yang unik. Unit asasnya ialah Lovelace, bersempena nama Ada Lovelace dan 1 ADA adalah bersamaan 1,000,000 Lovelaces. Cardano juga mempunyai dua unit yang lebih kecil, iaitu micro-Lovelace (uLOV) dan nano-Lovelace (nLOV). Sistem denominasi Cardano direka untuk mewakili semua nilai tanpa titik perpuluhan. Ini memudahkan orang ramai untuk memahami amaun yang dirujuk.

Binance Coin (BNB) merupakan mata wang natif untuk Binance Chain (BC) dan Binance Smart Chain (BSC). Ia dicipta pada 2017 dan digunakan untuk membayar transaksi, penyenaraian, dan fi pengeluaran. 

Terdapat dua jenis BNB: ERC-20 BNB dan BEP2 BNB, dicipta di blockchain Ethereum. ERC-20 BNB boleh digunakan untuk membayar fi di pertukaran Binance. Sementara itu, BEP2 BNB boleh digunakan di pertukaran Binance DEX. Unit paling kecil BNB dikenali sebagai Jager (enam titik perpuluhan), dan dinamakan sempena nama pengurus Binance di Telegram.

DOT adalah mata wang kripto natif di blockchain testnet Polkadot, iaitu rangkain yang dicipta Web3 Foundation-created untuk tujuan kebolehoperasian. Testnet DOT mempunyai 15 titik perpuluhan dan mengikut konvesyen SI. Femto merupakan unit paling kecil. 

Polkadot units

Struktur token Kusama menukarkan unit paling kecil ke 12 titik perpuluhan dan menamakannya sebagai ‘Planck’, sempena nama pengasas Quantum Theory, Max Planck. Denominasi lebih kecil adalah seperti ‘point’, ‘microdot’, ‘millidot’, ‘dot’, dan ‘blob‘.

the Kusama token units

Untuk mengekalkan kestabilan harga, Stablecoin akan mengambil nilai yang paling hampir dengan aset asas. Kebanyakan unit mempunyai 2 titik perpuluhan. Unit terkecil untuk blockchain Tether dan Tezos dirujuk sebagai ‘cents’. Sementara itu, token ERC20-compliant berasaskan blockchain Ethereum, iaitu USD Coin dan Paxos (PAX) mempunyai 18 titik perpuluhan.

Kesimpulan

Denominasi kripto dan unit kripto merupakan istilah yang digunakan untuk mengukur kiraan aset digital. Dengan memahami konsep ini, pengguna dapat menggunakan mata wang dengan lebih mudah.

Unit kripto penting untuk kefungsian dan penerimaan meluas untuk mata wang digital. Selain itu, ia juga perkara penting untuk membangunkan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC). Unit kripto membuatkan wang digital lebih praktikal untuk kegunaan transaksi harian dan menunjukkan mata wang kripto boleh dipecahkan dan terhad. 

Seiring dengan perkembangan mata wang digital, memahami dan menggunakan unit kripto dan denominasi coin memainkan peranan penting dalam meluaskan fungsinya dan mencetuskan inspirasi kepada pelabagai pelabur dan bank pusar untuk membuatkan kripto tersedia kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia.

Artikel terkini

Why Should You Accept Ethereum Payments in 2024?
Cara Terima Pembayaran Ethereum pada Tahun 2024
Pendidikan 09.05.2024
Why and How Can You Add Bitcoin Payment to Website?
Bagaimana Masukkan Pembayaran Bitcoin pada Laman Web
Pendidikan 06.05.2024
Cryptocurrency wallet vs exchange
Dompet Kripto vs Pertukaran Kripto: Ketahui Perbezaannya
Pendidikan 02.05.2024
B2BinPay Celebrates 1 Year of Partnership with Athletic Club
B2BinPay Meraikan Ulang Tahun Pertama Kerjasama Bersama Athletic Club
Berita Korporat 30.04.2024