Bitcoin spot ETF approval

Bitcoin Spot ETF dan Masa Depan Pasaran Kripto

Reading time

Perdagangan Bitcoin menjadi tajuk hangat untuk 2023. Ia menarik perhatian pedagang dan muncul sebagai pilihan kukuh berbanding sistem terkawal selia yang semakin gagal. Beberapa siri peristiwa yang berlaku pada tahun lepas memberi motivasi kepada usahawan dan syarikat untuk menambah pelaburan dalam mata wang digital.

Penyenaraian Bitcoin sebagai sekuriti yang boleh didagangkan dalam spot ETF adalah pencapaian yang boleh mendatangkan kesan positif dan negatif. Namun, pedagang percaya bahawa keputusan SEC akan memberi perubahan besar dalam landskap kritpo selepas insiden crypto winter pada 2022.

Mari lihat penerangan tentang kepentingan perdagangan Bitcoin spot ETF dan perubahan yang dijangka berlaku pada pasaran.

Isi Penting

  1. Bitcoin Spot ETF merujuk kepada perdagangan BTC tanpa perlu memiliki coin tetapi bersandarkan spekulasi harga mata wang tersebut.
  2. Spot Bitcoin ETF boleh menjadi lebih pantas dan selamat berbanding dengan memiliki aset digital, dalam persekitaran yang dikawal selia.
  3. Firma pelaburan dan pengurusan aset terkemuka Amerika Syarikat membuat permohonan untuk menyenaraikan perdagangan BTC ETF. Namun, pihak SEC masih belum memberi keputusan lagi.

Memahami Bitcoin Spot ETF

ETF kripto membolehkan pedagang melabur dalam BTC dan mata wang digital tanpa benar-benar memiliki coin tersebut. Ia lebih pantas dan selamat untuk menjana keuntungan daripada pasaran kripto dikaitkan dengan ciri ketidakstabilan begitu tinggi.

Dana dagangan bursa atau exchange-traded fund (ETF) ialah instrumen perdagangan yang mengikuti perkembangan harga aset kewangan terpilih, sama ada porduk tunggal seperti Bitcoin ETF atau sekumpulan produk seperti ETF indeks.

Pembelian dan penjualan dagangan masa hadapan (futures) Bitcoin ETF telah tersedia sejak 2021 untuk pelabur Eropah dan Amerika Syarikat. Namun, sebuah permohonan telah dihantar untuk kelulusan Bitcoin spot ETF. Permohonan ini dapat memberi kesan positif pada harga BTC dan mata wang digital yang lain.

Bitcoin futures ETF melibatkan spekulasi ke atas potensi harga BTC. Pedagang akan meramalkan nilai futuristik mata wang kripto dengan membandingkan perbezaan harga semasa dan harga yang dipersetujui.

Sementara itu, spot Bitcoin ETF merupakan instrumen yang benar-benar mengandungi coin digital itu sendiri. Jadi, dagangan spot ETF memberi gambaran harga yang lebih tepat, iaitu hampir serupa dengan memiliki coin tersebut.

what is bitcoin ETF trading?

Manfaat Perdagangan ETF

ETF menyediakan pilihan dagangan kukuh yang tidak memerlukan pelabur untuk benar-benar memiliki aset yang didagangkan. Sebaliknya, pedagang akan berdagang terhadap spekulasi harga dan perubahan yang terhasil daripada pegerakan pasaran dan perubahan harga.

Pedagang ETF akan mengikuti harga aset yang dimasukkan. Ia boleh mengandungi kombinasi beberapa instrumen dari kelas yang sama dan menawarkan pilihan kepelbagaian portfolio berisiko rendah. Selain itu, dagangan pada harga tanpa perlu memiliki aset akan memendekkan masa pemprosesan dan mengurangkan likuiditi yang tidak boleh dijangka dan perubahan bekalan.

Dana dagangan bursa dikatakan kurang berisiko kerana ia menggunakan kombinasi aset bersama pergerakan harga yang lebih stabil jika dibandingkan dengan bersandarkan kepada sekuriti yang boleh didagangkan secara tunggal.

benefits of ETF trading

Pemantauan Kawal Selia BTC oleh SEC

Pada 2023, pasaran kripto dipenuhi dengan berita Bitcoin EATF dan keputusan SEC terhadap permohonan firma pelaburan utama. Sebenarnya, permohonan pertama telah dibuat pada 2013, namun Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat telah menolak permohonan tersebut dengan alasan rangka kerja dan panduan yang lebih jelas diperlukan untuk coin digital.

Gary Gensler, pengurusi SEC, telah mengetuai kempen untuk mengawal selia coin digital. Beliau mendakwa rangka kerja perundangan yang tidak mencukupi telah menjejaskan pasaran kripto. 

Namun, komuniti kripto tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut, lebih-lebih lagi kerana aset digital yang dikawal selia adalah bertentengan dangan asas ekonomi ketidakberpusatan yang mengutamakan kawalan yang dikongsi bersama, ketelusan dan melindungi identiti pengguna.

Pada masa yang sama juga, prestasi bank yang dikawal selia juga tidak memuaskan; beberapa bank di Amerika Syarikat terpaksa ditutup dalam masa lima hari dan kadar faedah yang terus meninggi, pelabur hilang kepercayaan terhadap sistem kewangan berpusat.

Menjelang musim panas pada 2023, firma pelaburan utama di Amerika Syarikat telah memfailkan permohonan dengan SEC untuk menyenaraikan Bitcoin EATF. Langkah ini dilakukan selepas kelulusan diberikan terhadap dagangan Ethereum dan Bitcoin futures ETF baru-baru ini.

Permohonan syarikat seperti BlackRock, Fidelity Investments dan Invesco pernah diluluskan sebelum ini oleh SEC. Faktor tersebut menambahkan lagi elemen optimis terhadap potensi Bitcoin EATF diluluskan.

bitcoin spot ETF trading applications

Peristiwa yang Memberi Kesan Terhadap ETF

Pengawal selia Amerika Syarikat mengambil masa mengumumkan keputusan permohonan tersebut. Situasi ini menyuntik keyakinan terhadap keputusan yang positif. Selain itu, pihak SEC biasa akan terus memberi keputusan jika sesebuah permohonan ditolak. 

Walaupun keputusan sama ada SEC akan meluluskan dagangan ETF untuk Bitcoin, namun masa untuk keputusan diberikan yang telah dilanjutkan sehingga beberapa bulan boleh menjadi isyarat bahawa kelulusan akan diberikan pada masa yang tepat. Jadi, mari kita lihat beberapa peristiwa utama dan faktor yang akan mempengaruhi keputusan SEC. 

Sistem Perbankan yang Terkawal

Ketika musim bunga 2023, beberapa bank utama di Amerika Syarika telah mengalami kegagalan, termasuk institusi kewangan bersaiz sederhana seperti Silicon Valley Bank dan First Republic Bank. Keruntuhan ini disebabkan oleh salah pengurusan aset dan perancangan risiko yang tidak efektif.

Peristiwa ini menyebabkan kepercayaan terhadap ketelusan dan kobolehpercayaan bank di Amerika Syarikat menjadi berkurangan. Namun, kadar faedah Rizah Persekutan semakin lama semakin meningkat dan ia memberi motivasi kepada perniagaan untuk beralih daripada kewangan terkawal.

Pasaran kripto muncul sebagai alternatif kepada instrumen kewangan klasik.

Peristiwa Halving untuk Bitcoin 2024

Peristiwa halving untuk Bitcoin yang seterusnya dijangka akan berlaku pada April 2024 dan dianggap peristiwa penting dalam blockchain BTC. Semasa peristiwa ini berlangsung, jumlah keseluruhan bekalan akan dikurangkan, dan ganjaran melombong diturunkan sehingga 50%.

Pihak SEC mungkin menunggu peristiwa ini untuk mengumumkan keputusan kelulusan Bitcoin ETF. Situasi ini menjadi faktor ramalan tentang halving Bitcoin pada 2024 akan melonjakkan harga coin.

Memandangkan jumlah bekalan BTC akan berkurangan dan permintaan untuk spot ETF akan meningkat, harga Bitcoin dijangka akan meningkat pada 2024, mungkin mengatasi rekod sebelum ini.

Bitcoin halving 2024 prediction

Jangkaan Berlaku Bull Run pada Kripto

Ramalan halving untuk Bitcoin dan kelulusan Bitcoin spot ETF menjadi pemangkin kepada T bull run pada kripto yang seterusnya, yang dijangka berlaku pada bila-bila masa di 2024 atau menuju 2025.

Terdapat beberapa sebab untuk jangkaan peningkatan harga kripto tersebut. Ini termasuk kemajuan aspek keselamatan yang diperkenalkan oleh Ethereum, kesanggupan pelabur untuk meningkatkan pegangan kripto, kadar faedah semakin meningkat dan kebanyakan token kripto dan coin yang semakin pulih sepenuhnya.

Faktor-faktor ini menggalakan terjadinya bull run yang seterusnya pada pasaran kripto. Namun, keputusan SEC boleh memberi kesan sama ada menyemarakkan lagi situasi tersebut ini atau datang pada masa yang berbeza untuk menyuntik kestabilan pada kadar kenaikan harga.

Pakar teori Bitcoin mendakwa pasaran bull berlaku setiap empat tahun sekali, yang akan merekodkan harga tertinggi yang baru. Bull run yang terakhir berlaku pada 2020 di mana ketika itu harga coin melepasi $65,000.

Fakta Ringkas

Kesan Kelulusan Bitcoin Spot ETF

Kelulusan dagangan BTC spot ETF boleh memberi manfaat dan cabaran kepada pasasran kewangan Walaupun terdapatkelebihan yang berpotensi pada pertumbuhan pasaran, perkembangan lanjut platfrom tidak berpusat dan kepercayaan semakin meningkat dalam mata wang digital, masih terdapat kemungkinan keputusan ini akan memberi kesan buruk.

Penyenaraian dagangan ETF akan memberi motivasi kepada individu untuk beli dan jual Bitcoin tanpa perlu memiliki coin tersebut; jadi, pedagang ini tidak akan turut serta secara aktif dalam perkembangan dan pertumbuhan dunia ketidakberpusatan.

Risiko lain yang boleh berlaku dalam mengadaptasi dana dagangan Bursa BTC spot adalah menyebabkan caj pengurusan dan kawal seliaan dikenakan pada coin blockchain. Situasi tersebut bertentangan dengan asas cara kewangan tidak berpusat berfungsi. Jadi, komuniti kripto dijangka akan terbahagi kepada dua pendapat yang berbeza. 

Kesimpulan

Bitcoin spot ETF bermaksud pedagang boleh beli dan jual BTC tanpa perlu memiliki coin sebagai satu cara yang lebih pantas dan selamat untuk turut serta dalam pasaran kripto dan merebut peluang menjana keuntungan.

Pengurusan aset dan syarikat pelaburan utama di Amerika Syarikat telah membuat permohonan untuk membenarkan dagangan Bitcoin ETF spot di sisi undang-undang. Ia dapat memberi kesan positif pada pasaran kripto, terutamanya BTC memandangkan lebih ramai pedagang yang ingin mendapatkan manfaat daripada perkembangan ini.

Namun, SEC masih lagi belum membuat keputusan terhadap permohonan tersebut. Situasi ini membuatkan pelabur terbahagi kepada dua pihak. Akhir sekali, hasil daripada keputusan ini hanya bersifat spekulatif. Ini disebabkan keputusan tersebut hanya sama ada memberi kesan positif pada perkembangan pemulihan pasaran atau membuatkan pasaran melonjak di luar kawalan.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024