How to Choose the Best Bitcoin Wallet for Business

Memilih Bitcoin untuk Perniagaan: Kriteria Utama yang Perlu Dilihat

Reading time

Memandangkan lebih banyak organisasi yang mula menerima Bitcoin sebagai cara bayaran, pemilihan dompet Bitcoin semakin menjadi elemen penting dalam perubahan tersebut. Ini kerana, ia memberi kesan bagaimana sesebuah syarikat melindungi aset digital dan mengawal transaksi mata wang kripto. 

Penggunaan dompet Bitcoin yang bersesuaian boleh meningkatkan lagi kapasiti perniagaan untuk menerima pembayaran mata wang kripto dengan lebih selamat dan efektif. Antara faktor penting adalah antara muka pengguna (UI), ciri-ciri keselamatan, dan sokongan terhadap pelbagai aset kripto.

Dompet kripto begitu penting untuk mana-mana syarikat yang ingin menerima pembayaran mata wang kripto. Ia berfungsi sebagai instrumen utama untuk memantau urus niaga Bitcoin. Dompet kripto terbaik dapat menjamin sesebuah perniagaan dapat menguruskan transaksi dengan baik, memenuhi keperluan operasi dan ciri-ciri keselamatan.

Isi Penting

  1. Organisasi perlu mengutamakan Dompet Cold, dan juga pengurusan private key serta 2FA. Langkah keselamatan ini menjamin aset kripto disimpan dengan selamat dengan menghalang serangan siber dan mencegah akses tanpa kebenaran.
  2. Sesebuah dompet yang mudah digunakan dapat membuatkan transaksi Bitcoin menjadi lebih mudah. Dompet kripto sepatutnya memudahkan perniagaan untuk memantau pegangan dan transaksi kripto. Ini boleh membuatkan prosedur operasi lebih produktif.
  3. Kapasiti dompet dalam menyimpan banyak mata wang kripto akan meningkatkan lagi keupayaan syarikat untuk menerima pelbagai pembayaran mata wang kripto.

Bagaimana Dompet Kripto Memberi Kesan pada Pembayaran

Langkah berjaga-jaga begitu penting untuk keselamatan. Dompet kripto berkeselamatan tinggi, seperti dompet cold, pengurusan private key, dan pengesahan dua faktor (2FA), perlu diberi keutamaan oleh perniagaan. Ciri-ciri tersebut dapat memberi perlindungan terhadap potensi serangan siber dan akses tidak dibenarkan.

UI memberi kesan terhadap sejauh mana dompet kripto berguna. Dengan menggunakan dompet yang mudah digunakan, perniagaan boleh melaksanakan dagangan digital dalam keadaan isu yang minimum. Mana-mana perniagaan yang menggunakan mata wang kripto dalam sistem pembayaran memerlukan tahap kemudahan sebegitu kerana ia menjamin proses operasi yang lancar.

Sokongan terhadap pelbagai mata wang kripto berbeza memberi aspek fleksibiliti kepada anda. Sesebuah perniagaan dapat berinteraksi dengan pelbagai pasaran kripto dan cita rasa pengguna. 

Sokongan tersebut akan memberi lebih pilihan kepada perniagaan dalam menerima bayaran dalam mata wang digital. Mari kita bincangkan kualiti dompet kripto dan cara memilihnya. 

Apa Itu Dompet Bitcoin dan Dompet Lighting Network

Lightning Network Wallets

Dompet kripto merupakan alat utama untuk menyimpan dan melindungi aset digital. Dompet digital membolehkan mata wang kripto dipindahkan, diterima dan dipegang. Dompet ini mengandungi private key, yang akan menghasilkan alamat Bitcoin dan melengkapkan transaksi tersebut. Keselamatan kandungan dalam dompet kripto bergantung pada bagaimana private key ini dikendalikan dan dilindungi.

Dompet kripto terdiri daripada beberap bentuk berbeza dan setiap satunya memiliki pelbagai ciri-ciri. Salah satu jenis dompet cold adalah dompet perkakas (hardware), seperti dompet perkakas Ledger. Dompet ini menyimpan private key secara offline dan tidak dapat diakses oleh penggodam.

Perisian dompet boleh digunakan melalui desktop atau aplikasi mudah alih. Namun, disebabkan dompet ini beroperasi pada laman web, aspek keselamatan perlu diuruskan secara berhati-hati. Sementara itu, dompet perkakas—berbeza kerana disimpan secara offline—akan menambah baik aspek keselamatan. Namun, jika akses dompet ini diberikan melalui browser (pelayar), ia perlu diuruskan dengan berhati-hati seperti dompet online dan dompet hot yang lain.

Types of crypto wallets

Konsep Lightning Network

Lightning Network berfungsi sebagai protokol layer kedua secara berasingan, namun masih berkait dengan Bitcoin. Ia menyelesaikan isu kebolehskalaan yang dihadapi oleh Bitcoin dengan menyediakan transaksi yang pantas dan hampir secara percuma. Rangkaian ini mengurangkan kos transaksi dan kesesakan dengan memboleh penggunaan blockchain yang lebih berkesan. Disebabkan Lightning Network menawarkan tempoh pemprosesan yang lebih pantas dan fi transaksi lebih rendah, ia meningkatkan lagi keberkesanan operasi perniagaan.

Sekiranya Lighting Network ditambah pada operasi perniagaan, ia boleh mengubah kepantasan dan kos operasi. Sektor perniagaan boleh mengambil kesempatan terhadap manfaat tersebut dan menggunakan kelebihan kompetitif dalam transaksi mata wang kripto yang serba pantas. Jadi, perniagaan yang ingin mendapatkan dompet kripto perlu pertimbangkan integrasi dengan Lighting Network. Ini kerana ia boleh memberi impak terhadap keupayaan transaksi dan keberkesanan secara keseluruhan.

Kualiti yang Perlu Dipertimbangkan untuk Dompet Bitcoin

Untuk disenaraikan sebagai salah satu dompet mata wang kripto terbaik, sesebuah perisian perlu memiliki ciri-ciri penting tertentu. Mari kita lihat beberapa ciri-ciri tersebut:

Langkah Keselamatan

Bitcoin wallet security

Aspek keselamatan aset penting untuk syarikat. Antara ciri-ciri keselamatan adalah seperti multi sig, 2FA, dan penyulitan. Ciri-ciri tersebut membolehkan hanya pengguna yang telah disahkan boleh akses dan melakukan transaksi dompet kripto.

Keperluan keselamatan yang berbeza-beza dapat dipenuhi oleh pelbagai jenis simpanan hot dan cold. Untuk aset dalam jumlah besar, dompet cold merupakan tempat simpanan selamat yang tidak tersambung dengan internet. Dompet hot pula, selagi ia berada dalam talian, akan memudahkan transaksi yang dilakukan secara kerap. Sektor perniagaan disarankan untuk menggunakan dompet cold sebagai pilihan utama untuk menyimpan aset penting.

Pada tahun 2009, Satoshi Nakamoto telah mencipta dompet Bitcoin pertama yang dikenali sebagai Genesis. Dompet tersebut menjadi asas dalam penyimpanan dan pertukaran aset kripto.

Fakta Ringkas

Pengalaman Pengguna (UX) dan Kebolehaksesan

Antara muka pengguna (UI) yang intuitif dapat memudahkan lagi transaksi mata wang kripto. Sebab itulah setiap perniagaan perlu mengutamakan aspek tersebut. Rekaan dompet kripto mestilah mudah difahami dan digunakan, agar pengguna dapat belajar dalam tempoh yang lebih singkat.

Peranti dan sistem operasi yang berbeza mestilah mampu berfungsi dengan aset mata wang kripto syarikat bagi membolehkan syarikat tersebut mengakses pada platform berbeza. Adaptasi ini penting untuk syarikat yang menjalankan operasi dalam pelbagai infrastruktur IT.

Integrasi dan Keserasian dengan Lightning Network

Untuk keberkesanan dan kelajuan maksimum, pilih dompet kripto yang dapat menyokong transaksi Lightning Network. Lightning Network membuatkan Bitcoin lebih berguna untuk operasi perniagaan dengan transaksi segera dan fi yang sangat-sangat mininal.

Memilih dompet custodial dan non-custodial mempengaruhi aspek kebebasan dan kawalan. Penggunaan dompet non-custodial membolehkan perniagaan memiliki kawalan penuh ke atas aset dan private key. Walaupun dompet custodial yang diuruskan oleh pihak ketiga adalah mudah, namun anda akan memiliki kurang kawalan. Dompet non-custodial lebih disarankan untuk perniagaan disebabkan ia bersifat autonomi.

Pertimbangkan Aspek Tadbir Urus Korporat dan Pelaporan Kewangan

Corporate Governance and Financial Reporting

Tiada apa yang anda dapat lakukan jika anda tidak memilih dompet kripto yang memiliki ciri-ciri tadbir urus yang kukuh. Selain daripada keselamatan aset, penting untuk anda menetapkan rangka kerja untuk transaksi digital yang menggalakkan akauntabiliti, ketelusan, dan pematuhan terhadap undang-undang.

Ciri-Ciri Tadbir Urus Korporat

Dompet kripto yang memiliki ciri-ciri seperti penjejakan (tracking) transaksi yang tepat, pengesahan pelbagai peringkat, kawalan ke atas akes diperlukan untuk akauntabiliti perniagaan. Ciri-ciri tersebut dapat menjamin semua aktiviti kewangan didokumenkan dan tersedia untuk diaudit. Selain ia juga memastikan transaksi hanya dapat dilakukan oleh individu yang mempunyai kebenaran. Darjah kawalan sebegitu menlindungi proses integriti perniagaan serta melindungi aset digital daripada akses menggunakan penipuan atau tanpa kebenaran.

Pelaporan Kewangan dan Pematuhan

Untuk perniagaan, sesebuah dompet kripto perlu mampu menyediakan penjejakan (tracking), pelaporan, dan pematuhan undang-undang yang efektif. Pelaporan kewangan lebih mudah disediakan menggunakan dompet Bitcoin yang mepunyai rekod transaksi yang ekstensif dan antara muka yang dapat berfungsi dengan perisian akaun.

Satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan adalah pematuhan terhadap keperluan know-your-customer (KYC) dan anti pengubahan wang haram (AML). Pihak syarikat boleh mengelakkan isu perundangan dan kos berpunca daripada denda dengan memilih dompet kripto yang memudahkan pematuhan undang-undang.

Kesimpulan

Sektor perniagaan perlu memilih dompet Bitcoin terbaik di pasaran jika ingin menggunakan mata wang kripto dalam operasi mereka. Kami sarankan aspek yang perlu dipertimbangkan untuk dompet mata wang kripto adalah langkah keselamatan yang kukuh, antara muka yang mudah digunakan, dan alat Lighting Network. 

Jika sesebuah perniagaan memilih dompet perisian, antara aspek yang perlu dilihat adalah cara mengendalikan private key dengan selamat dan juga tahap keselamatan perisian, keperluan operasi dan manfaat ditawarkan.

Pihak syarikat perlu memeriksa dan menggunakan dompet Bitcoin yang dapat memenuhi keperluan transaksi sedia ada dan memenuhi sasaran strategik yang ditetapkan. Pihak perniagaan juga boleh tingkatkan kemampuan dalam melaksanakan transaksi, dan pada masa yang sama menjamin keselamatan, keberkesanan, dan pematuhan dengan memilih dompet kripto terbaik untuk operasinya.

SOALAN LAZIM

Adakah sesebuah syarikat boleh memiliki dompet kripto?

Mana-mana syarikat yang telah didaftarkan secara sah di negara menerima mata wang kripto boleh memiliki dompet.

Bagaimana perniagaan bersaiz kecil boleh menerima Bitcoin?

Perniagaan bersaiz kecil boleh menerima Bitcoin dengan membuat tetapan gerbang kripto, yang berfungsi seperti gerbang pembayaran konvensional untuk kad kredit dan debit.

Apakah dompet terbaik yang masih baru?

Dompet coinbase merupakan pilihan yang bagus untuk individu atau syarikat yang masih baru. Ia memiliki antara muka yang ringkas dan intuitif dan sesuai dengan kebanyakan kripto.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024