How and Why Should You Accept Bitcoin as Payment in 2024?

Bagaimana dan Mengapa Anda Perlu Terima Bitcoin Sebagai Cara Bayaran pada 2024

Reading time

Lebih banyak pendapat yang bersetuju bahawa Bitcoin kini menjadi aset yang terhad dan berharga yang boleh menyaingi emas. Situasi ini membuatkan Bitcoin menjadi pelaburan untuk masa hadapan yang bagus. Potensi yang dimiliki oleh mata wang kripto kini tidak lagi diragui. Teknologi blockchain juga telah berkembang dengan pesat dengan kemunculan non-fungible token (NFT) dan kewangan tidak berpusat (DeFi). Kedua-duanya menjadi contoh prospek teknologi yang belum diteroka sepenuhnya.

Pada masa yang sama juga, kemunculan jenis mata wang kripto yang baru, seperti stablecoin dan mata wang digital bank pusat, menunjukkan faktor pihak pengawal selia, kemajuan teknologi, dan pertambahan minat syarikat telah membuka jalan untuk penggunaan dan penerimaan pembayaran kripto antara sektor B2B dan B2C. Keadaan ini memberi peluang kepada sektor tersebut untuk menyokong dunia dagangan digital yang baru dan meluaskan lagi pelanggan domestik dan global.

Artikel ini akan menerangkan bagaimana Bitcoin menjadi faktor pendorong kemajuan dunia penyelesaian bayaran dan manfaat yang ditawarkan. Anda juga akan ketahui mengapa anda perlu terima Bitcoin sebagai cara bayaran dan cara mula menerima mata wang tersebut.

Isi Penting

  1. Bitcoin merupakan enjin yang mendorong kepada pembangunan dan penambahbaikan penyelesaian pemprosesan kripto.
  2. Antara kelebihan utama Bitcoin sebagai cara pembayaran adalah ia boleh digunakan di seluruh dunia.
  3. Bitcoin dan juga mata wang kripto lain digunakan secara meluas dalam e-dagang dan runcit.

Bitcoin Sebagai Pendorong kepada Peningkatan Populariti Transaksi Bayaran Kripto

Peranan dan kepentingan Bitcoin telah berubah seiring masa berlalu. Suatu ketika dahulu ia menjadi aset digital yang disamakan dengan emas, kini Bitcoin menjadi kaedah pembayaran berguna yang boleh digunakan dalam pelbagai sektor. Ketika ini, Bitcoin dijangka akan terus mengukuhkan reputasi sebagai aset yang dapat melindungi harga, seterusnya berpotensi mengecilkan pasaran pelaburan emas. 

Pada masa akan datang, jika penyelesaian berskala seperti Lightning Network semakin digunakan secara meluas, kegunaan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran boleh berkembang dalam pasaran yang lebih besar. Selain itu, status Bitcoin sebagai mata wang kripto terawal dan paling dipercayai membuatkannya sebagai pesaing kompetitif untuk platform smart contract lain. Situasi ini berpotensi untuk membuka peluang dalam pelbagai pasaran yang baru.

BTC lighting network working principle

Agak sukar untuk menganggarkan pasaran Bitcoin. Ini kerana Bitcoin tidak hanya bersaing dengan mata wang kripto yang lain, malah ia juga menghadapi cabaran daripada inovasi masa hadapan yang masih belum diketahui, untuk menambah bahagian pasaran daripada aset tradisional seperti emas dan mata wang fiat. Selain itu, pembangun juga masih mencari cara bagaimana menggunakan rangkaian Bitcoin, seperti yang berlaku pada Ordinals. Jadi, oleh sebab landskap mata wang kripto yang sentiasa berubah, agak sukar untuk menyatakan bagaimana bahagian pasaran dan impak Bitcoin akan mengubah masa hadapan.

Overview of New Bitcoin Protocols

Pada hari ini, Lightning Network merupakan cara terbaik untuk projek Bitcoin membolehkan transaksi segera dilakukan di dalam dan luar rangkaian.

Fakta Ringkas

Kegunaan Praktikal Pembayaran Kripto Bitcoin

Pada hari ini, Bitcoin digunakan secara meluas sebagai cara pembayaran untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan. Ia juga termasuk pelbagai industri dan syarikat yang menambah baik proses perniagaan mereka, terutamanya sistem bayaran menggunakan teknologi blockchain. Antara sektor utama yang menerima Bitcoin sebagai cara bayaran adalah:

Sektor Runcit Online

Semakin banyak platform e-dagang yang menyediakan Bitcoin ketika ini sebagai pilihan bayaran. Keadaan ini memberi kelebihan kepada perniagaan yang memiliki pelanggan dari serata dunia. Dengan menerima pembayaran Bitcoin, syarikat boleh mengelakkan isu dalam tukaran mata wang dan menyediakan transaksi rentas sempadan yang lebih pantas dan murah. Ini bermakna pelanggan dapat membeli pelbagai item, termasuk gajet teknologi, pakaian, dan seni digital dengan lebih mudah menggunakan Bitcoin sebagai kaedah kegemaran mereka.

crypto payment processing on online shop

Kebajikan dan Derma

Organisasi kebajikan masih terus menerima dana dalam bentuk Bitcoin. Dengan menerima derma dalam bentuk Bitcoin, organisasi tersebut berupaya menerima dana dari seluruh dunia dengan cepat dan fi transaksi yang rendah. Ini dapat memastikan amaun maksimum dapat diperolehi dan digunakan untuk tujuan seperti yang diinginkan.

Charity pay process.

Perkhidmatan Pelancongan dan Hospitaliti

Agensi pelancongan, dan hotel di seluruh dunia semakin banyak menerima Bitcoin sebagai cara pembayaran untuk memudahkan transaksi kepada pelanggan global. Dengan kemudahan menggunakan Bitcoin untuk tempahan penerbangan dan hotel, dan sewa kereta, pelancong boleh melengkapkan apa yang diperlukan untuk percutian mereka tanpa perlu menukar mata wang. Situasi ini memudahkan lagi proses perjalanan dan menyediakan pilihan pembayaran yang selamat dan selesa bagi mereka yang memilih untuk gunakan mata wang kripto. 

Framework for Blockchain in Tourism

Sektor Hartanah

Bitcoin semakin popular digunakan dalam urusan hartanah. Terdapat agensi yang menerima Bitcoin sebagai cara bayaran pindah milik hartanah. Langkah ini tidak hanya mempercepatkan lagi transaksi, malah ia juga lebih berkesan. Ia dapat dilihat dalam transaksi hartanah antarabangsa, di mana Bitcoin berpotensi berupaya mengurangkan tempoh pindahan dan fi yang terlibat.

Perkhidmatan Bekerja Bebas (Freelance)

Sejak kebelakangan tahun ini, semakin banyak pekerja bebas dalam pelbagai bidang, seperti penulisan konten, rekaan grafik, pengaturcaraan, dan konsultan, telah mula menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran. Trend yang semakin popular ini berlaku disebabkan ia menawarkan cara yang pantas dan berkesan untuk pekerja bebas menerima bayaran melalui Bitcoin. Situasi ini lebih ketara apabila mereka bekerja dengan pelanggan global. Dengan menerima pembayaran melalui Bitcoin, pekerja tersebut mempunyai pelbagai pilihan dalam kewangan dan memudahkan proses pembayaran melalui kripto.

Khidmat Perundangan

Golongan profesional undang-undang di seluruh dunia semakin banyak menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran khidmat mereka. Cara ini menawarkan beberapa kelebihan, termasuk transaksi segera boleh dilakukan tanpa perlu khuatir tentang kadar tukaran dan fi bank. Selain itu, transaksi Bitcoin juga menawarkan privasi tambahan yang mungkin menjadi faktor penting untuk pelanggan yang menggunakan khidmat mereka.

Sebab-Sebab Utama untuk Menerima Pembayaran Bitcoin

Syarikat yang menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran boleh menikmati manfaat besar daripada teknologi blockchain. Ini dapat dilihat pada cara baru untuk menerima pembayaran kripto yang melibatkan beberapa sistem, iaitu daripada penyedia perkhidmatan pembayaran kripto sehinggalah kepada pemproses pembayaran mata wang kripto. Sementara itu, pelanggan juga menikmati kelebihan tertentu, disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

1. Meningkatkan Aspek Keselamatan dan Mengurangkan Risiko Penipuan

Bitcoin menawarkan kelebihan ketara melalui teknologi blockchain. Teknologi tersebut menjamin integriti transaksi melalui kaedah kriptografi yang sofistikated. Ini bertentangan dengan sistem pembayaran konvensional yang terdedah kepada penipuan dan risiko chargeback. Transaksi Bitcoin selamat dan tidak boleh diubah. Ini meningkatkan lagi tahap keselamatan serta mengurangkan risiko penipuan untuk perniagaan. Selain itu, kepercayaan dan keyakinan pelanggan juga semakin bertambah.

2. Akses Global

Bitcoin merupakan mata wang yang menyediakan gerbang BTC untuk pasaran global, disebabkan sifat Bitcoin yang tidak bersempadan. Dengan menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran, perniagaan dapat melayani pelanggan di seluruh dunia dengan lebih mudah, tanpa perlu berhadapan dengan isu dałam tukaran mata wang atau membayar fi transaksi rentas sempadan. Situasi ini tidak hanya dapat menarik lebih ramai pelanggan, malah ia juga mengukuhkan kedudukan jenama tersebut sebagai jenama yang progresif dan bersifat global.

3. Keberkesanan Transaksi dan Kelajuan

Kelajuan sistem pembayaran Bitcoin memberi manfaat kepada perniagaan secara domestik dan global. Melalui pindahan bank tradisional, transaksi antarabangsa mengambil masa yang lama dan melecehkan. Sebaliknya, pembayaran Bitcoin menawarkan penyelesaian yang lancar, dan membolehkan perniagaan untuk mengendalikan transaksi rentas sempadan dengan lebih berkesan. Perniagaan yang menerima Bitcoin sebagai kaedah bayaran dapat meringkaskan lagi aliran kewangan dan berada di kedudukan hadapan dalam ekonomi global yang pantas hari ini.

4. Fleksibiliti dalam Pembayaran

Populariti mata wang kripto yang semakin meningkat membuatkan semakin ramai pelanggan yang mencari perniagaan yang menerima mata wang kripto sebagai bayaran. Dengan menambah Bitcoin sebagai salah satu pilihan pembayaran, anda tidak akan ketinggalan dalam perubahan terkini dalam teknologi serta memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kaedah pembayaran yang fleksibel dan unik. Tindakan ini boleh membuatkan perniagaan anda berbeza dengan perniagaan lain. Selain itu perniagaan anda juga akan dikenali sebagai entiti yang progresif dan fokus terhadap pelanggan serta sentiasa mengikut trend pasaran dan cita rasa pelanggan.

5. Privasi Lebih Tinggi

Perkhidmatan dagangan Bitcoin menawarkan kelebihan unik semasa checkout. Pembeli tidak perlu masukkan butiran peribadi tambahan. Tidak seperti kaedah pembayaran tradisional seperti kad kredit dan kad debit, transaksi mata wang kripto tidak memerlukan pelanggan memberi maklumat sensitif mereka. 

Situasi ini dapat memastikan data kewangan pelanggan selamat dan dirahsiakan. Selain itu, perkara tersebut juga tidak berisiko untuk diakses oleh pihak ketiga seperti bank, perkhidmatan bayaran, pengiklan, dan agensi rating kredit. Dengan menggunakan mata wang kripto, pembeli boleh menikmati pengalaman membeli-belah secara online yang lebih selamat dan privasi lebih tinggi.

6. Fi Transaksi Lebih Rendah

Perbezaan harga antara transaksi Bitcoin dan kaedah pembayaran lain menunjukkan sektor perniagaan, terutamanya yang bersaiz kecil dan sederhana mempunyai potensi untuk mendapatkan penjimatan lebih besar. 

Pihak syarikat boleh memperuntukkan lebih banyak sumber untuk pembangunan disebabkan pihak syarikat tidak perlu khuatir tentang kos transaksi yang tinggi. Ini kerana transaksi Bitcoin melibatkan kos yang lebih rendah. Oleh kerana transaksi Bitcoin lebih murah ia menawarkan kelebihan kompetitif kepada perniagaan yang ingin menambah baik operasi kewangan mereka.

Prosedur untuk Menerima Pembayaran Bitcoin pada 2024

Penggunaan penyelesaian pemprosesan bayaran Bitcoin untuk menerima Bitcoin oleh sesebuah syarikat atau startup masih tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ia masih melibatkan beberapa langkah, seperti membina infrastruktur yang diperlukan untuk mengendalikan pembayaran digital secara berperingkat. Antara lagkah-langkah yang terlibat adalah:

1. Peka Terdahap Undang-Undang Mata Wang Kripto

Untuk memahami lebih mendalam semua aspek perundangan pembayaran mata wang kripto sebelum mula menggunakannya, penting untuk anda lakukan kajian mendalam. Sebagai contoh, anda perlu lihat dari segi inisiatif perundangan berkenaan mata wang kripto serta menyemak polisi perkhidmatan dan rangka kerja undang-undang yang mengawal transaksi kripto. 

Ia juga termasuk pilihan dompet Bitcoin untuk perniagaan untuk menyimpan pelbagai mata wang kripto. Ini kerana setiap syarikat mungkin mempunyai keperluan dan terma penggunaan produk dan perkhidmatan yang tersendiri. Untuk mula menggunakan pembayaran mata wang kripto secara efektif, pemahaman dan pematuhan terhadap undang-undang tersebut begitu penting.

2. Dapatkan Dompet Bitcoin

Mulakan penerimaan Bitcoin dengan mendapatkan dompet Bitcoin. Dompet ini merupakan repositori elektronik yang direka untuk memastikan simpanan, pindahan, dan penerimaan Bitcoin secara selamat. Terdapat pelbagai jenis dompet di pasaran, daripada dompet perisian sehinggalah kepada dompet perkakas (hardware) dan dompet online. Pilih integrasi dompet kripto yang paling sesuai dengan apa yang anda perlukan. Selain itu, pertimbangkan faktor seperti keselamatan, keselesaan dan kebolehaksesan

3. Pilih Pemproses Pembayaran

Jika anda sedang pertimbangkan untuk menggunakan pembayaran Bitcoin dalam operasi perniagaan, anda disarankan mekihat fungsi-fungsi pemproses pembayaran atau gerbang pembayaran mata wang digita yang menerima yang menyokong Bitcoin. Platform khusus ini penting untuk memudahkan transaksi Bitcoin serta menawarkan pilihan integrasi khusus untuk perniagaan. Antara pemproses pembayaran kripto yang bereputasi tinggi adalah B2BinPay, CoinGate, dan Coinbase Commerce. Untuk memastikan gerbang tersebut sesuai dengan perniagaan anda, anda perlu dapatkan lebih banyak informasi dan buat perbandingan antara penyedia berbeza untuk mencari gerbang dapat memenuhi apa yang anda perlukan.

4. Integrasi Gerbang Pembayaran Bitcoin

Untuk menambah Bitcoin sebagai pilihan pembayaran pada sistem pembayaran sedia ada sekarang, anda perlu menggunakan API atau plug in yang diberikan oleh gerbang pembayaran yang anda pilih. Proses integrasi mungkin berbeza kerana ia bergantung pada jenis sistem point-of-sale lama web yang anda miliki. Untuk mengetahui cara-cara spesifik untuk mengintegrasi, anda disarankan untuk merujuk kepada dokumen dan material sokongan yang disediakan oleh pemproses pembayaran tersebut.

5. Paparkan Bitcoin sebagai Pilihan Pembayaran

Maklumkan dengan jelas kepada pelanggan yang anda menerima Bitcoin dengan memaparkan dengan ketara logo Bitcoin atau tanda “Bitcoin diterima” di laman web anda. Melalui cara tersebut, anda boleh memberitahu pelanggan bahawa Bitcoin diterima sebagai kaedah pembayaran dan menggalakkan pelanggan menggunakannya untuk transaksi mereka.

6. Tetapkan Harga dan Tukar ke Fiat (Tidak Wajib)

Pertimbangkan sama ada anda ingin tetapkan harga untuk barangan atau perkhidmatan terus dalam Bitcoin atau tukar harga Bitcoin kepada mata wang fiat ketika proses pembelian. Sekiranya harga Bitcoin ditukar kepada wang fiat, anda boleh gunakan perkhidmatan pemproses pembayaran yang akan menukar kepada mata wang fiat secara automatik. Cara ini dapat membantu mengurangkan risiko yang berpunca daripada ketidakstabilan harga Bitcoin.

7. Pantau dan Uruskan Transaksi

Untuk menguruskan pegangan Bitcoin, anda perlu sentiasa memantau dompet Bitcoin anda dan akaun pemproses pembayaran untuk transaksi yang akan masuk. Selain itu, anda perlu mengutamakan langkah keselamatan yang kuhuh untuk melindungi dompet dan private key anda terhadap akses tanpa kebenaran. Anda dapat memastikan keselematan aset Bitcoin dengan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga yang relevan.

8. Sentiasa Ambil Tahu Perkembangan Terkini dan Mematuhi Undang-Undang

Jika anda ingin menerima bayaran melalui Bitcoin anda perlu sentiasa ambil tahu perkembangan undang-undang dan pencukaian di negara anda, Selain itu, anda juga perlu memahami kewajipan undang-undang, kertas kerja, cukai yang dikenakan untuk transaksi Bitcoin. Sebagai contoh, ada negara yang mengklasifikasikan Bitcoin sebagai sebuah komoditi, manakala terdapat juga negara yang mengiktiraf Bitcoin sebagai mata wang.

Situasi tersebut menyebabkan aspek perundangan dan pencukaian mungkin berbeza-beza mengikut lokasi. Selain itu, anda juga perlu tahu tentang sebarang risiko yang berpotensi dalam transaksi Bitcoin, seperti ketidakstabilan pasaran dan isu keselamatan. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan dan perundangan bagi memastikan anda mematuhi peraturan dan undang-undang pencukaian di negara anda.

Kesimpulan

Dalam landskap perniagaan hari ini, proses integrasi mata wang kripto merupakan aspek penting untuk syarikat yang ingin meluaskan operasi dan menembusi pasaran baru. Dengan menggunakan teknologi pembayaran kripto, syarikat boleh memudahkan lagi pelanggan untuk membuat bayaran dan menarik pangkalan pelanggan yang lebih meluas. 

Pendekatan pembayaran yang masih baru ini menyediakan pelanggan satu kaedah yang lancar dan selamat untuk menerima Bitcoin sebagai cara bayaran, seterusnya membeli dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Cara pembayaran ini dapat mengelakkan dikenakan fi membebankan dan kelewatan tempoh pemprosesan yang biasanya dikaitkan dengan kaedah pembayaran konvensional.

SOALAN LAZIM

Berapakah bilangan perniagaan yang menerima kripto?

Pada masa kini, Bitcoin diterima lebih daripada 15,000 perniagaan di serata dunia, termasuk hampir 2,300 syarikat di Amerika Syarikat. Kebanyakan syarikat yang mesra kripto ini terdiri daripada perniagaan kecil.

Apakah risiko yang ada dengan menerima mata wang kripto?

Penerimaan terhadap pembayaran kripto mempunyai risiko tertentu seperti potensi ketidakstabilan harga, serta dan juga undang-undang yang sentiasa berubah dan sukar dijangka.

Mengapa agak sukar bagai sektor perniagaan menerima Bitcoin sebagai cara pembayaran?

Integrasi Bitcoin sebagai kaedah pembayaran merupakan satu perkara yang mudah untuk perniagaan. Namun, ketidakpastian dari segi turun naik harga dan aspek perundangan yang sentiasa berubah mungkin membantutkan minat sesebuah perniagaan.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024