what is a crypto bank?

Apa itu Bank Kripto, dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Reading time

Mata wang kripto membangun dengan pesat walaupun ia baru diperkenalkan. Ia memperkenalkan teknologi hebat dan cara pembayaran yang boleh dipercayai. Coin digital ini telah menjadi sistem transaksi sedia ada dan mencipta ekonomi yang lebih maju, berfungsi sama seperti ekonomi biasa.

Ekonomi tidak berpusat yang dimiliki mata wang kripto menghasilkan pelbagai perkhidmatan seperti pelaburan, akaun jagaan (custodial), peluang dagangan dan banyak lagi, yang memberi manfaat kepada dunia tidak berpusat.

Seiring dengan perkembangan tersebut, bank mata wang kripto ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti dan memudahkan transaksi blockchain. Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang bank kripto.

Isi Penting

  1. Bank kripto merupakan institusi kewangan yang menawarkan transaksi kripto dan pertukaran untuk menghantar dan terima wang digital.
  2. Banyak bank klasik menerima perkhidmatan kripto bagi memenuhi kemahuan pelanggan. Namun, terdapat bank kripto baharu, yang menyediakan perkhidmatan khusus dalam ekonomi tidak berpusat.
  3. Bank tradisional yang menerima kripto menggunakan pengalaman dan amalan terbaik dalam pemprosesan transaksi serta sistem keselamatan untuk memudahkan transaksi kripto yang selamat dan pantas.
  4. Bank mesra kripto menawarkan perkhidmatan terbaik untuk kedua-dua dunia, perkhidmatan kewangan tradisional dan pembayaran kripto dalam kewangan tidak berpusat.

Maksud Bank Kripto

Bank kripto merupakan institusi kewangan yang terlibat dalam transaksi wang, akaun, pinjaman, pengeluaran dan pelaburan. Semua perkara ini adalah fungsi tipikal sesebuah bank tradisional. Namun, bank kripto menambah perkhidmatan kewangan tidak berpusat dalam senarai tersebut dan ia mengendalikan transaksi blockchain, pelaburan kripto, dompet, pinjaman dan banyak lagi.

Bank kripto bertindak sebagai penghubung jurang antara ekonomi berpusat dan tidak berpusat. Bank kripto menggabungkan perkhidmatan wang kripto dan fiat dalam satu entiti serta menggalakkan kebolehpercayaan dalam mata wang kripto dan kes terdahulu (use case) untuk masa hadapan bagi kedua-dua ekonomi.

Institusi kewangan ini adalah termasuk bank tradisional yang menggunakan kawal selia yang lebih longgar terhadap mata wang kripto. Selain itu, ia merangkumi bank digital yang melakukan revolusi terhadap perkhidmatan kewangan dengan pelbagai kaedah pembayaran dalam talian. Pertukaran kripto juga telah membuat reformasi untuk melancarkan bank unik dan memfokuskan perkhidmatan kepada pelabur dan komuniti.

Antara 2021 dan 2022, lebih dari 20 institusi kewangan utama telah melabur dalam kripto, termasuk nama besar seperti Goldman Sachs dan Citigroup.

Fakta Ringkas

Perkembangan Bank Kripto

Pada tahun 2009, ketika Bitcoin mula dicipta sebagai mata wang kripto pertama, sasaran utama projek ini, seperti yang terkandung dalam kertas putihnya (white paper), adalah untuk menyediakan bank peribadi kepada setiap pengguna. Kini, setelah satu dekad berlalu, janji ini seperti menjadi kenyataan di mana perubahan ke arah ketidakberpusatan berlaku di seluruh dunia.

Ketika mata wang kripto mula-mula diperkenalkan, bank tradisional dan kerajaan membatah mata wang kripto dan menganggapnya sebagai buih yang akan lenyap dengan cepat. Pihak-pihak ini memandang rendah permintaan yang meningkat naik terhadap sistem kewangan selepas krisis kewangan 2008 berlaku.

Permintaan dan minat terhadap Bitcoin yang semakin meningkat merupakan pemangkin kepada pertumbuhan pesar mata wang ini, seterusnya menggalakkan bank dan institusi kewangan menyemak semula posisi penglibatan dalam mata wang kripto.

Kenaikan pasaran kripto pada 2013, 2017 dan 2021 memberi motivasi kepada kerjaan dan bank untuk terlibat dalam transaksi kripto. El Salvador merupakan negara pertama yang mengumumkan BTC sebagai wang sah diperlakukan dan pihak bank mula menawarkan ruang dagangan kripto.

The development of crypto banks

Perkhidmatan tidak berpusat semakin bertambah dengan memperkenalkan perkhidmatan seperti wang digital, token, NFT, pelaburan, pinjaman dan banyak lagi, yang kesemuanya membentuk ekosistem kewangan tidak berpusat ditawarkan oleh pelbagai bank yang mesra kripto.

Fungsi Bank Kripto

Bank digital meningkatkan jenis perkhidmatannya, dari akaun simpanan dan pelaburan mata wang klasik sehinggalah kepada membenarkan pengguna membeli kripto menggunakan akaun bank. Bank-bank ini menawarkan perkhidmatan lain, termasuklah perkara berikut.

Crypto bank services

Akaun Kripto

Sama seperti akaun bank tradisional, bank kripto membolehkan pengguna buka akaun dan uruskan aset digital melalui dompet kripto. Pemilik akaun boleh menghantar dan terima wang digital dan memperuntukkan dana untuk pelbagai pelaburan Web 3.0.

Akaun kripto mungkin juga termasuk alat pertukaran mata wang di mana pengguna boleh tukar mata wang kripto dan token berbeza.

Pelaburan Kripto

Bank tradisional menawarkan peluang pelaburan seperti saham, bon dan dagangan Forex. Sementara itu, bank kripto menawarkan pelaburan Web 3.0 sebagai tambahan dalam perkhidmatan ditawarkan. Pengguna boleh menerokai peluang pelaburan seperti staking, yield farming dan projek DeFi yang lain.

Bank pelaburan mungkin mengenakan caj terhadap perkhidmatan brokeraj, sementara caj yang dikenakan oleh bank kripto untuk melabur dalam kripto mungkin lebih rendah. Pelaburan tidak berpusat melibatkan bilangan pengantara yang lebih rendah, dan perkhidmatan brokeraj ditawarkan termasuk mneghubungkan anda dengan projek Web 3.0 yang anda ingin melabur.

Pengguna boleh melabur dalam mata wang kripto dengan berdagang mata wang digital atau memegang aset digital, seperti Bitcoin dan Ethereum, untuk jangka masa panjang dan menjualnya apabila harga meningkat.

Keselamatan

Institusi kewangan tradisonal menggunakan sistem keselamatan yang ketat untuk melindungi transaksi wang dan dana pelanggan. Jadi, transaksi yang dilakukan di bank kripto akan lebih selamat. 

Bank menggunakan sumber dan modalnya yang tidak terhad untuk memastikan persekitaran paling selamat untuk menyimpan mata wang kripto dan melakukan transaksi melibatkan wang fiat dan digital.

Disebabkan peningkatan ancaman siber terhadap platform tidak berpusat, di mana beberapa pencerobohan dan penggodaman dilaporkan terjadi, bank kripto menggunakan ciri-ciri keselamatan dan langkah pengesahan paling canggih untuk memastikan keselamatan aset anda.

Pertukaran Fiat ke Kripto

Bank kripto menghubungkan perbankan berpusat dengan ekosistem tidak berpusat. Ini membolehkan transaksi dan pertukaran data berlaku dengan lancar. Keadaan ini mendorong pengalaman pengguna yang lebih baik di mana semua kefungsian berada pada satu aplikasi atau laman web. Sebagai contoh, pengguna boleh membeli Bitcoin menggunakan Euro atau beli saham menggunakan Ethereum dalam satu tempat.

Gerbang Pembayaran Kripto

Gerbang kripto merupakan interface yang diintegrasi untuk memudahkan pembayaran di pelbagai laman web, stor e-dagang dan platfrom pertukaran. Gerbang ini menggunakan API yang memulakan pertukaran data antara pelayan (server) dan konsol dalam masa beberapa saat.

Gerbang bertanggungjawab untuk interface pengguna pada halaman checkout, kelajuan transaksi, fi komisyen dan mata wang yang disokong. Boleh dikatakan bahawa, bank digital menyediakan gerbang pembayaran kripto terbaik untuk membolehkan transaksi blockchain yang pantas dan selamat.

Bank Kripto Vs Bank Tradisional

Bank kripto berusaha untuk menyediakan persekitaran ringkas untuk menyimpan dan berdagang mata wang kripto dan dalam masa yang sama mengekalkan elemen kewangan tradisonal.

Untuk mencari persamaan antara berpusat dan tidak berpusat mungkin sedikit mencabar memandangkan kedua-dua spektrum mempunyai asas (fundamental) tersendiri.

Comparing traditional bank and crypto bank

Pematuhan Undang-undang

Bank pusat dan bank komersial mengutamakan pematuhan menyeluruh terhadap pematuhan undang-undang dan kawal selia untuk transaksi kewangan dan pemilik akaun, dengan membuat semakan AML dan KYC. Sementara itu, kripto pula inginkan pendekatan yang lebih longgar tanpa perlu memakai peraturan ketat. Ini membolehkan kebebasan dalam transaksi dan aliran coin dan token.

Mengenalpasti Privasi

Objektif ketidakberpusatan adalah untuk menjaga identiti pengguna dengan tidak mendedahkan butiran nama dan peribadi mereka dan hanya menggunakan alamat dompet sebagai identifikasi. Bank pusat pula mewajibkan maklumat pengguna selari dengan amalan KYC dan AML, di mana pengguna perlu memberikan maklumat peribadi dan perakuan kewangan. 

Kawalan

Blockchain bergantung kepada pemilikan tidak berpusat dan kuasa kawalan yang diagihkan. Sementara itu, bank pusat bertindak sebagai pihak berkuasa berpusat untuk transaksi kewangan dan akaun.

Kelajuan Transaksi

Bank tradisional memproses bayaran melalui beberapa saluran dan pengantara. Ini membuatkan masa menunggu yang lebih lama berbanding mata wang kripto. Transaksi blockchain diproses melalui nod pengesahan, sebuah proses yang biasanya berjalan lancar dan dilengkapkan dalam masa beberapa saat atau minit.

Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat ketara antara dua dunia ini, sukar untuk mencari cara terbaik untuk digunakan oleh semua perkhidmatan. Jadi, bank kripto berfungsi sebagai platform untuk pengguna yang ingin berinteraksi dengan kedua-dua ekonomi berpusat dan tidak berpusat.

Mengapa Perlu Gunakan Bank Kripto?

Bank kripto menyediakan perkhidmatan canggih untuk mengatasi had yang mengekang institusi kewangan, seperti lokasi geografi, caj transaksi, kadar tukaran dan pematuhan undang-undang.

Selain itu, bank digital menambah perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan oleh bank tradisional untuk menyokong interoperatibility, menambah baik kelajuan pemprosesan, halangan lebih rendah untuk menyertai dan banyak lagi manfaat kepada pengguna.

Bank yang mesra kripto membolehkan pengguna menerokai peluang besar dalam ekosistem ketidakberpusatan dan Web 3.0 melalui struktur perbankan yang teratur dan kukuh.

Sebagai contoh, bayangkan seseorang individu ingin mengirim wang fiat dari Argentina ke Turki menggunakan pindahan bank tradisional. Beberapa pengantara dan institusi kewangan terlibat dalam memproses transaksi ini, termasuk beberapa tukaran mata wang. Ini membuatkan caj dan masa pemprosesan akan bertambah.

Bank kripto mengatasi cabaran ini dengan menggalakkan aset digital yang disatukan (unified) yang akan menyimpan nilai yang sama di kedua-dua negara. Aset ini boleh dipindahkan hampir secara serta-merta dan caj bank yang rendah.

How crypto payment works

Bagaimana Cara Pindahkan Kripto ke Akaun Bank

Untuk mengirim mata wang kripto ke akaun, anda akan memerlukan penyedia kewangan membenarkan anda memiliki aset digital seperti mata wang kripto, token dan cara pembayaran bklockchain yang lain.

Dalam senario ini, anda mesti mencari platform tukaran kripto yang boleh dipercayai untuk membolehkan anda beli dan jual Bitcoin dan coin lain. Daftar, lengkapkan pendaftaran, dan beli Bitcoin menggunakan kad kredit/debit atau kaedah pembayaran lain.

Kemudian, anda boleh kirim coin yang dibeli menggunakan pilihan pindahan di pertukaran dan masukkan alamat dompet yang disediakan oleh bank kripto.

Terdapat bank digital yang menawarkan alat pertukaran kripto. Dengan alat ini, anda boleh beli mata wang kripto secara terus dan simpan dalam akaun bank kripto.

Satu lagi senario adalah jika anda sememangnya sudah memiliki Bitcoin dalam dompet dan ingin pindahkannya dalam bentuk wang fiat ke akaun bank anda. Untuk keadaan ini, anda mesti mencari laman web pertukaran kripto yang boleh dipercayai di mana anda boleh berdagang coin atau tukarkan coin anda kepada wang fiat.

Pindahkan BTC anda dari dompet kripto anda ke platform pertukaran. Letakkan pesanan untuk jual (selling order) BTC/EUR atau BTC/USD, bergantung pada jenis mata wang fiat yang anda ingin terima. Sebaik sahaja pesanan dilaksanakan dan ditutup, dan anda telah terima wang fiat, anda boleh pilih pilihan pengeluaran.

Buat pengeluaran untuk wang fiat anda dari platform pertukaran, pilih pindahan bank. Kemudian masukkan maklumat akaun bank dan tunggu amaun tersebut dipindah dari pertukaran kripto ke akaun anda.

Bank Mesra Kripto Terbaik

Pemintaan terhadap institusi kewangan penjagaan kripto yang semakin meningkat telah mencipta peluang kepada bank baharu dan menawarkan pelbagai perkhidmatan tidak berpusat. 

Selain itu, terdapat bank tradisional yang mengambil langkah serius untuk menyokong mata wang kripto dan menawarkan perkhidmatan terbaik untuk kedua-dua dunia. Berikut adalah beberapa bank mesra kripto yang anda boleh simpan aset digital anda.

1. Revolut Bank

Revolut merupakan bank digital yang ditubuhkan pada 2015 ketikan waktu kebangkitan wang digital. Bank digital ini menawarkan perkhidmatan wang fiat melalui kad kredit dan debit dan telah bertukar dengan cepat ke platform tidak berpusat. Ramai pihak menganggap Revolut sebagai salah satu bank mesra kripto yang paling boleh dipercayai di Eropah, di mana anda boleh membuat tukaran kripto dengan wang fiat secara mudah.

2. FV Bank

FV Bank merupakan bank Bitcoin menawarkan perkhidmatan penuh yang beroperasi di US, dengan ibu pejabat di Puerto Rico. Bank ini menawarkan akaun bank fiat dan kripto. Akaun bank perniagaan mesra kripto bank ini membolehkan pengguna menukar cara pembayaran menggunakan kad debit Visa dan uruskan aset digital dalam satu tempat.

3. JPMorgan Chase

JPMorgan Chase merupakan salah satu daripada bank tradisional tertua dan antara yang pertama mengadaptasi konsep ketidakberpusatan. Bank ini terlibat dalam mata wang kripto sejak 2019 dan pada hari ini, ia menawarkan pertukaran kripto di mana pengguna boleh beli dan berdagang kripto selain daripada melabur dalam saham teknologi dan syarikat Web 3.0.

Ciri-ciri Bank Kripto

Bank mesra kripto menjadi semakin popular, dengan institusi baru menyertai pasaran dan pemain utama kini telah mengadaptasi teknologi terkini, bagi memenuhi keperluan dinamik pelanggan. 

crypto bank features

Dalam memilih bank yang paling sesuai, terdapat beberapa kriteria bank kripto yang anda perlu pertimbangkan.

Keselamatan yang Kukuh

Bank kripto sedia ada menggunakan pengalaman meluas dan langkah keselamatan terkini dalam perkhidmatan kewangan untuk menyokong pindahan kripto. Jadi, institusi kewangan besar seperti JPMorgan Chase dan Bank Prov boleh menyediakan peralihan ke teknologi DeFi dan FinTech yang mudah menggunakan sumber dan pengetahuan bank-bank ini yang sememangnya besar.

Sebalik, fokus sepenuhnya bank kripto yang masih baru adalah untuk menyediakan langkah keselamatan dan pengesahan terbaik untuk melindungi aset kripto anda. Ini membuatkan bank kripto pilihan yang tepat untuk menyimpan coin dan token anda.

Penggunaan yang Fleksibel

Bank digital dan tradisional yang menerima kripto memandang serius terhadap pengalaman pengguna (UX) dan menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan melebihi jangkaan pengguna. Bank ini menggunakan pelbagai API dan gerbang pembayaran untuk mengembangkan penggunaannya di pelbagai laman web, perkhidmatan pihak ketiga stor e-dagang, perniagaan dalam talian, dsb.

Kepakaran FinTech

Adaptasi mata wang kripto memerlukan pemahaman mendalam terhadap ketidakberpusatan dan amalan blockchain. Oleh itu, jika sesebuah bank menerima perdagangan dan pertukaran kripto, ia menujukkan isyarat yang jelas bank tersebut memiliki sumber manusia yang berpengetahuan dalam sektor ini.

Walaubagaimanapun, bank tradisional yang popular telah mengalami evolusi seiring dengan masa dan berjaya dalam mengadaptasi FinTech. Ini membuatkan bank-bank tersebut kini berpengalaman dalam mengendalikan trend FinTech dan DeFi yang semakin meningkat.

Masa Depan Bank Kripto

Peralihan antara wang kripto dan fiat yang kita lihat pada hari ini berada dalam tahap terbaik. Ini kerana terdapat kemunculan perniagaan baharu yang menyediakan perkhidmatan kripto dan DeFi serta bank tradisional kini mengadaptasi amalan terbaik dalam blockchain.

Masa depan bank kripto dilihat cerah dengan lebih banyak bank yang cenderung melihat peningkatan permintaan pelanggan untuk mengadaptasi pertukaran dan perdagangan kripto. 

The future of crypto banks

Masa depan bank kripto juga bergantung pada keputusan SEC berkenaan permohonan BTC spot ETF yang dibuat oleh bank pelaburan utama di US. 

Selain itu, platform pertukaran kripto akan melancarkan bank khusus yang menawarkan perkhidmatan tidak berpusat, transaksi blockchain dan pelaburan kripto yang lain. Peralihan ini boleh mengangkat pembayaran dan perdagangan kripto ke tahap yang lebih tinggi.

Kelebihan dan Kelemahan Bank Kripto

Hanya beberapa tahun telah berlalu sejak bank mengadaptasi perkhidmatan kripto, dan kemunculan bank khusus Web 3.0. Selain daripada manfaat yang ditawarkan oleh bank kripto, terdapat beberapa aspek yang perlu ditambahbaik.

Kelebihan

  • Pengalaman pengguna yang lancar, sama seperti berurusan dengan bank tradisional, memudahkan transaksi dan pertukaran kripto.
  • Jurang ekonomi berpusat dan tidak berpusat yang semakin mengecil menawarkan peralihan antara wang fiat dan kripto yang lancar.
  • Halangan untuk menyertai yang lebih rendah untuk perniagaan kripto baharu yang memerlukan insuran dan struktur operasi.

Kelemahan

  • Sifat mata wang kripto yang sangat tidak stabil mendedahkan simpanan bank kepada risiko yang tidak dapat dikenalpasti disebabkan pasaran yang dinamik.
  • Bank kripto mungkin mengenakan caj untuk memegang dan mengendalikan aset kripto, selain daripada caj transaksi berbeza.

Kesimpulan

Bank mesra pelanggan dikenali dengan pengalaman yang kritikal dalam transaksi FinTech dan kewangan. Bank tersebut sememangnya sangat layak untuk mengadaptasi trend kripto dan teknologi blockchain terkini. 

Institusi kewangan yang menerima kripto menawarkan perkhidmatan terbaik untuk kedua-dua dunia: perkhidmatan perdagangan tradisional dan pindahan dengan pelaburan Web 3.0 dan transaksi kripto. 

Soalan Lazim

Apakah bank terbaik untuk kripto?

Bank kripto menawarkan perkhidmatan berebza, dan untuk mencari bank kripto terbaik bergantung kepada apa yang anda inginkan. JPMorgan Chase merupakan bank tradisional terkenal di US dan Eropah yang mengadaptasi pembelian dan dagangan kripto. FV Bank pula ialah bank khusus Bitcoin di US.

Adakah perbankan kripto selamat?

Mata wang kripto tidak begitu dikawal selia dan sangat tidak stabil. Namun, bank tradisional berusaha untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia yang longgar, untuk membolehkan pengguna berdagang kripto dengan selamat.

Apakah perbezaan antara bank dan bank kripto?

Bank tradisional membenarkan akaun dalam wang fiat, dengan pelbagai perkhidmatan simpanan dan pelaburan dalam pasaran dagangan konvensional. Sementara itu, bank kripto boleh menawarkan perkhidmatan kewangan tradisional selain daripada menawarkan transaksi blockchain, dompet kripto dan pelaburan DeFi yang lain.

Bagaimana cara gunakan akaun bank kripto?

Anda mesti buka akaun di bank kripto yang dipilij dan sahkan akaun anda mengikut terma bank tersebut. Bergantung kepada bank dan perkhidmatan yang dipilih, anda boleh membuat pembelian mata wang kripto dan simpan di dalam akaun anda. Selain itu, anda juga boleh kirim dan terima wang digital jika bank tersebut menawarkan perkhidmatan penjagaan dompet.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024