Reading time

B2BinPay Bersedia Menyertai Money Expor Mexico 2024

7 - 8 February
Mexico
21
B2BinPay is Suiting Up for Money Expo Mexico 2024

B2BinPay, salah satu suara utama dalam perkhidmatan dagangan dan pelaburan diperingkat global, akan berada di Money Expo Mexico, yang akan diakan di pusat persidangan Centro Citibanamex. Pada 7 dan 8 Febuari, Money Expo Mexico akan menganjurkan persidangan yang dihadiri pelbagai pakar industri perdagangan untuk membincangkan kejayaan dan penemuan mereka terkini.

Apa itu Money Expo Mexico 2024?  

Salah satu persidangan utama untuk industri perdagangan dan pelaburan dalam dunia yang dipacu teknologi adalah Money Expo Mexico. Persidangan ini mampu menarik lebih 3000 peserta dan menampilkan lebih 300 broker kewangan dan 30 penceramah yang dihormati dari 10 negara berbeza. 

Sasaran ekspo ini adalah untuk menerokai dan menyelesaikan masalah paling sukar dihadapi oleh industri perdagangan. Selain itu, ia juga menawarkan peluang besar untuk terhubung dengan mereka yang terlibat dalam industri serta meluaskan lagi pengetahuan anda tentang perkembangan terkini dalam dunia perdagangan. 

Penyertaan Kami

Pasukan B2BinPay akan berkongsi pengetahuan, perspektif dan penemuan terkini dalam dunia perdagangan yang sentiasa berubah. Antara penceramah di acara ini adalah Pamela Linaldi, Pengurus Pembangunan Perniagaan kami yang akan bercakap tentang “Pembayaran Kripto untuk Brokeraj dan Pedagang Lain.”

Terdapat peluang yang besar untuk turut serta dalam sesi soal jawab dan perbincangan ketika pembentangan tersebut.  

Sertai B2BinPay di Money Expo Mexico 2024 

Sesiapa yang ingin meluaskan pengetahuan dalam perdagangan dan memahami lebih mendalam teknologi terkini yang memacu industri perlu mengunjungi Money Expo Mexico. 

Sertai sekarang untuk terhubung dengan eksekutif perniagaan terbaik, terlibat dalam perbincangan produktif dan pelajari kemajuan terkini dalam industri. B2BinPay akan berada di booth #21 dan bersedia untuk bertemu dengan anda!

Artikel terkini

oin Us at The iFX Asia Expo - Check Out Our Agenda
Returning to The iFX Asia Expo with More Updates and Innovative Solutions
19.07.2024
B2BinPay at The Forex Expo Dubai – Don’t Miss out! |
Joining The World’s Elites at The Forex Expo Dubai
19.07.2024
What Should We Expect From The Ethereum Pectra Upgrade?
Apa Yang Kita Harapkan Dari Peningkatan Ethereum Pectra?
Pendidikan 10.07.2024
The Best Crypto Crowdfunding Platforms for Startups
Apakah Platform Crowdfunding Kripto Terbaik untuk Startup?
Pendidikan 08.07.2024