What is a bitcoin Mempool?

Apa itu Mempool Bitcoin, dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Reading time

Bukanlah satu rahsia lagi jika dikatakan mata wang kripto yang pertama di dunia adalah gergasi teknikal. Bitcoin dibangunkan pada 2009, namun rangkaian Bitcoin merupakan teknologi canggih yang melaksanakan penghasilan dan transaksi mata wang digital. Pada mulanya, teknologi asas Bitcoin menjadi misteri kepada orang ramai. Ketika itu, kebanyakan pengguna tidak memahami bagaimana kriptografi berfungsi dalam dunia digital. 

Namun, pada harini orang ramai telah dididik dengan pelbagai topik mengenai proses transaksi Bitcoin. Namun, mempool Bitcoin masih menjadi misteri kepada mereka. Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan peranan kritikal mempool Bitcoin dalam pemprosesan transaksi dan pengesahan untuk rangkaian Bitcoin. 

Isi Penting

  1. Mempool Bitcoin merupakan ruang simpanan untuk transaksi yang belum disahkan dalam setiap nod blockchain di rangkaian.
  2. Secara umumnya, transaksi yang memiliki caj gas yang lebih tinggi mengambil masa lebih pantas disebabkan oleh insentif kepada pelombong.
  3. Setiap mempool berbeza dari segi saiz dan kepantasan. Namun, Namun, dalam rangkaian Bitcoin, secara purata tempoh masa yang diambil transaksi meninggalkan mempool adalah 10 minit.
  4. Sesebuah transaksi akan dibatalkan jika ia berada dalam mempool melebihi 72 jam.

Memahami Protokol Mempool

Bitcoin memory pool, lebih dikenali sebagai mempool, merupakan ruang simpanan untuk transaksi yang belum disahkan. Untuk memahami idea tentang mempool ini dengan lebih baik, kita perlu memahami dahulu bagaimana protokol Bitcoin memproses transaksi. Katakan terdapat seorang pengguna X yang ingin membuat pembayaran Bitcoin. Pengguna X perlu melalui beberapa langkah sebelum pemprosesan tersebut bermula.

Pertama sekali, pengguna X perlu masukkan semua butiran yang relevan. Ini termasuk jumlah transaksi, alamat dan maklumat spesifik yang lain. Sebaik sahaja input telah dimasukkan, pengguna X akan menekan butang hantar, dan transaksi menjadi lengkap. Bukankah begitu? Dalam realiti, transaksi Bitcoin sememangnya diketahui akan mengambil masa untuk diproses dan di sinilah mempool memainkan peranannya. 

The Bitcoin Transaction Cycle

Mempool ialah ruang simpanan dalam nod Bitcoin yang berfungsi sebagai ruang menunggu untuk transaksi yang belum disahkan. Pertama sekali, transaksi perlu disahkan melalui pelbagai semakan sebagai transaksi yang sah. 

Kemudian, pelombong akan menentukan transaksi yang mana akan disahkan, melalui algoritma proof-of-work (algoritma PoW). Dalam kebanyakan keadaan, ranking transaksi yang betul disusun mengikut saiz. Ini disebabkan transaksi yang lebih besar memiliki caj transaksi yang lebih besar dan memberi keuntungan yang lebih tinggi kepada pelombog. 

Jadi, pindahan yang dibuat oleh penggua X akan menunggu sebentar sebagai transaksi yang belum disahkan sehinggalah semua proses yang disebutkan di atas dilengkapkan. Selepas itu, barulah pindahan tersebut akan dilaksanakan dan dihantar. 

Bagaimana Cara Mempool Menyimpan Transaksi yang Belum Disahkan

Tidak seperti kepercayaan popular, mempool Bitcoin bukanlah sebuah peranti simpanan tunggal atau protokol cloud yang menyimpan semua transaksi belum disahkan secara serentak. 

Sebaliknya, setiap nod Bitcoin akan menyokong ruang mempool unik yang mempunyai saiz memori yang berbeza. Ada nod yang memiliki kapasiti lebih besar untuk menyimpan lebih banyak transaksi. Variasi nod baru termasuklah nod ringan yang mempunyai kapasiti terhad namun berfungsi dengan lebih pantas berbanding nod Bitcoin yang klasik. 

How Mempools Control the Transaction Chaos

Namun, untuk mengesahkan sesebuah transaksi tunggal, maklumat perlu melalui semua nod sedia ada yang terdapat pada rangkaian Bitcoin. Ia merupakan syarat ketat untuk memastikan pengesahan dan kesahan transaksi Bitcoin yang baru. Semasa proses ini berlangsung, protokol Bitcoin akan membuat semakan terhadap kesahan alamat, adakah dana yang dipindahan mencukupi, dan butiran penting yang lain untuk memastikan transaksi tersebut boleh diteruskan. 

Mempool BTC vs Mempool Ethereum

Walaupun Bitcoin dan Ethereum merupakan rangkaian blockchain yang berbeza sepenuhnya, variasi mempool untuk kedua-dua kripto tersebut adalah sama. Walaupun terdapat perbezaan fundamental dalam kripto ini, proses pengesahan transaksi baru berfungsi degan cara yang hampir sama pada kedua-dua sistem blockchain. 

Differences Between Bitcoin and Ethereum Mempools

Seperti yang sememangnya sudah diketahui, Ethereum menggunakan EVM (Ethereum Virtual Machine) untuk menguruskan dan memproses transaksi. Selain itu, Ethereum juga menggunakan smart contract untuk mendapatkan proses pengesahan yang lebih jitu, yang dapat menyokong pelbagai keadaan berbeza. Sebagai contoh, Ethereum akan mengesahkan tarikh pindahan secara automatk, caj transaksi dan pemboleh ubah penting yang lain. 

Kebiasannya, pengesahan automatik akan mengurangkan tempoh pengesahan transaksi dengan ketara. Namun, secara praktikalnya, transaksi Ethereum masih perlu mengambil masa yang lama. Ini disebabkan oleh kesesakan rangkaian dan penggunaan kuasa pengiraan secara besar-besaran. Oleh itu, walaupun mempool Ethereum memiliki kelebihan aspek teknologi, ia masih memerlukan masa yang hampir sama dengan Bitcoin. 

Setiap nod Bitcoin memerlukan kira-kira 10 minit untuk memproses transaksi baru. Ini kerana, ia juga memerlukan hampir 10 minit untuk menghasilkan nod blockchain baru dalam rangkaian.

Fakta Ringkas

Bagaimana Mempool Bitcoin Berfungsi Secara Praktikal

Kini kita beralih daripada konsep mempool dan lihat proses sebenar dan apa yang pengguna patut tahu tentang mekanisme ini. Untuk membuatkan transaksi anda keluar dari mempool dengan cepat, anda perlu memahami konsep nilai maksimum yang boleh diekstrak (MEV). 

MEV akan menunjukkan profit maksimum yang boleh diterima oleh pelombong daripada pengesahan sesebuah nod transaksi baru. Saiz MEV akan memberi kesan terhadap tempoh pengesahan transaksi. Sebagai contoh, caj transaksi yang lebih tinggi untuk pindahan yang baru, bermaksud nod MEV yang baru akan lebih tinggi. Jadi, pelombong akan lebih bermotivasi untuk mengesahkan nod ini berbanding nod yang lain. 

How MEV Affects Mempool Waiting Times

Transaksi yang lebih kecil mungkin akan berada dalam mempool dalam tempoh yang lebih lama. Walaupun sistem ini bukanlah sebuah sistem yang idea, keseluruhan rangkaian Bitcoin bergantung kepada pelombong untuk menjalankan tugas mereka, dan saiz MEV menjadi motivasi untuk pelombong tersebut. 

Bitcoin juga menawarkan peluang untuk meningkatkan saiz caj gas. Ini bermakna, caj gas lebih tinggi untuk transaksi yang lebih kecil. Melalui cara ini, pengguna boleh mengurangkan tempoh pemprosesan jika transaksi tersebut perlu dilengkapkan dengan lebih cepat. 

Apa yang akan Berlaku kepada Transaksi yang Belum Disahkan Selepas Tempoh Tertentu?

Berapa lama masa untuk blockchain yang masih belum disahkan dalam rangkaian Bitcoin? Walaupun mempool Bitcoin yang menyimpan transaksi belum disahkan tidak akan menyebabkan kehilangan dana, ia boleh mendatangkan risiko untuk pindahan yang perlu dilengkapkan dengan segera. 

Jika transaksi tersebut kecil, atau jika rangkaian sedang mengalami kesesakanm beberapa transaksi mungkin akan berada dalam mempool sehingga 72 jam. Selepas tempoh tersebut, pindahan itu akan dibatalakan. Semua dana akan dipulangkan kembali ke dompet kripto pemilik masing-masing 

Sistem ini adil untuk semua pihak yang terlibat. Namun, ia boleh mengakibatkan kesan buruk dari segi kepastian (certainty). Pengguna bersaiz kecil dan sederhana mungkin merasakan protokol mempool tidak mempunyai elemen kepastian dalam rangkaian Bitcoin. Jadi, pengguna perlu berwaspada terhadap risiko sebegitu dan perlu elakkan dari memproses transaksi kecil yang perlu dilakukan dengan cepat. 

Sistem mempool Bitcoin tidak membenarkan transaksi dipatah balik. Sebaik sahaja pemprosesan bermula, tiada cara yang efektif untuk membantalkan transaksi secara manual. Namun, masih terdapat satu peluang untuk buat perubahan, iaitu menaikkan amaun caj gas transaksi tersebut. 

Unfortunately, the Bitcoin mempool system does not allow the reversal of transactions. Once the processing starts, there are no effective ways to cancel them manually. However, a single modification opportunity exists to increase the gas fee amount on the transactions. 

Walaupun pilihan ini tidak dapat membantu pengguna yang ingin membatalkan pindahan yang dibuat, ia masih boleh membantu pengguna meningkatkan peluang untuk pindahan dilaksanakan. Seperti yang telah dibincangkan di atas, caj yang lebih tinggi akan mengurangkan tempoh pengesahan, di mana ia akan memberi motivasi tambahan kepada pelombong. Namun, amalan ini telah mendapat kritikan oleh komuniti Bitcoin kerana mewujudkan keadaan bayar untuk menang (pay-to-win) dalam rangkaian Bitcoin. 

Kesimpulan

Sistem mempool Bitcoin merupakan alat yang berguna dalam menguruskan transaksi Bitcoin dan membolehkan rangkaian mengesahkan pindahan baru. Namun, sistem pengesahan semasa Bitcoin memerlukan masa yang lama dan bergantung kepada insentif pelombong. Hasilnya, transaksi lebih besar lebih gemar dipilih pelombong untuk diproses. Walaupun sistem ini seakan tidak adil di mata kebanyakan pihak, pilihan terbaik adalah dengan merancang strategi yang telah pertimbangkan faktor-faktor tersebut serta mengelakkan situasi di mana pindahan dibatalkan.

Artikel terkini

Joining The Highly Anticipated iFX Expo Dubai
14.11.2024
B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024