What is a crypto travel rule?

Apa itu Peraturan Perjalanan Kripto dan Bagaimana ia Memberi Kesan pada Kripto Tidak Berpusat

Reading time

Dunia mata wang kripto terkenal dengan isu keselamatan risiko pihak lain (counterparty). Industri yang masih baru ini telah dilanda pelbagai kes berkaitan penipuan, jenayah kolar putih, pelbagai scam dan aktiviti berniat jahat lain. Punca utama adalah transaksi kripto tidak boleh dijejak dan beroperasi tanpa mendedahkan identiti (anonymous). Keadaan ini memberi kelebihan kepada pihak melakukan serangan jahat untuk melakukan aktiviti merbahaya.

Perkhidmatan kewangan berkaitan transaksi kripto telah lama dibelenggu oleh status quo yang tidak diingini ini. Namun, pemakaian pematuhan perjalanan kritpto oleh FATF’s baru-baru ini mungkin dapat mengubah situasi tersebut. Mari kita lihat lebih mendalam apa itu peraturan perjalanan dan potensi kesannya pada dunia kripto.

Isi Penting

  1. Peraturan perjalanan diperkenalkan pada 2019 oleh FTAF dan dengan pantas dikuatkuasakan di seluruh dunia.
  2. Peraturan perjalanan memerlukan syarikat berkaitan kripto untuk melaksanakan prosedur KYC dan memantau aktiviti pelanggan mereka.
  3. Peraturan perjalanan kripto direka untuk memerangi pengubahan wang haram dan jenayah utama lain yang sering beroperasi di pasaran kripto.

Memahami Peraturan Perjalanan Kriptoi

The Financial Action Task Force (FATF) memperkenalkan peraturan perjalanan pada separuh kedua untuk tahun 2019. Peraturan ini memberi kesan hampir setiap aspek dalam industri kripto. Ia dianggap sebagai jelmaan undang-undang sebelum ini yang diperkenalkan oleh jaringan penguatkuasaan jenayah kewangan di Amerika Syarikat. Sama seperti undang-undang untuk fiat, peraturan perjalanan menuntut syarikat untuk melaksakan protokol dan perlindungan know-your-customer yang ketat. Syarikat yang dianggap sebagai penyedia perkhidmatan aset kripto (CASP and VASP) mesti mematuhi peraturan ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Setakat 2023, peraturan perjalanan tidak dilaksanakan sepenuhnya memandangkan FATF telah memberi masa kepada pihak syarikat untuk melakukan transisi dengan lancar. Peraturan perjalanan tersebut memerlukan syarikat berkaitan kripto untuk memantau identiti pelanggan dan maklumat peribadi. Kebanyakan penyedia perkhidmatan kripto tidak melaksanakan pemantauan tersebut, walaupun secara jarak jauh (remote). 

Walaupun peraturan ini dianggap menyusahkan, ia bertujuan untuk menambahbaik tahap keselamatan keseluruhan pasaran kripto, meminimumkan risiko penipuan, scam dan aktiviti pengubahan wang haram untuk aset digital. Setiap institusi kewangan akan bertanggungjawab terhadap aktiviti pelanggan dan mewujudkan rasa pemilikan di seluruh industri. Secara idealnya, individu yang berniat jahat akan mendapati semakin sukar untuk melakukan aktiviti haram melalui kripto. 

Pihak Penting dalam Peraturan Perjalanan

Mari kita lihat watak organisasi penting dalam pemakaian Peraturan Perjalanan dan evolusi yang terhadi dalam sektor perjalanan dan kewangan.

Financial Action Task Force (FATF)

Organisasi FATF ditubuhkan pada 1989 dan ketika ini mewakili salah satu pihak berkuasa terbesar yang memerangi pengubahan wang haram di seluruh dunia. FATF merupakan benteng terakhir terhadap pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa, menguatkuasakan peraturan KYC dan ketelusan. KYC yang dilaksanakan FATF adalah ketat namun masih lagi munasabah. Ia membolehkan syarikat beroperasi dengan bebas dan hanya dedahkan maklumat asas tentang pelanggan. 

Syarat FATF 16 yang dicadangkan pada 2019 kini dikenali sebagai peraturan perjalanan, melangkaui dunia fiat dan menerjah masuk ke dalam industri kripto. Walaupun prinsip asas sama, peraturan perjalanan lebih ketat berbanding peraturan terpakai untuk fiat. Ini disebabkan oleh sifat mata wang kripto dan tahap kesukaran lebih tinggi untuk menangkap penjenayah kripto. 

FATF member countries

Penyedia Perkhidamatan Aset Maya (VASP) 

VASP juga tertakluk kepada peraturan perjalanan yang dilaksanakan oleh keperluan FATF 16. VASP didefinisikan oleh FATF sebagai entiti yang menyediakan pertukaran kripto atau perkhidmatan pengurusan. Jadi, peraturan perjalanan terpakai untuk platform pertukaran, broker, pembuat pasaran, dana pelaburan, dan institusi berkaitan yang lain. Syarikat yang dianggap sebagai VASP mesti mematuhi garis panduan yang dicadangkan oleh FATF dan mendapatkan maklumat berkenaan pelanggan mereka.

Terdapat beberapa garis tahap (threshold) yang perlu dipertimbangkan. Keperluan untuk dedahkan maklumat bukan melibatkan semua pelanggan. VASP perlu dapatkan maklumat terhad dari pelanggan biasa (regular) dan pengetahuan yang komprehensif dari pelanggan yang berpotensi. Cuma bezanya, dalam keadaan ini alamat dan kediaman sebenar pelanggan berpotensi tersebut di dunia nyata digunakan untuk mengesahkan ID mereka. 

Who is a VASP?

Sejauh Mana Peraturan Perjalan Memberi Kesan Pada Institusi Kewangan?

Pemakaian peraturan perjalanan merupakan satu pengumuman besar dalam dunia blockchain. Sejak dari awal lagi, peraturan perjalanan telah mengejutkan seluruh dunia blockchain, memberi isyarat pelbagai kebarangkalian di mata peserta pasaran. Bagi sesetengah pihak, peraturan perjalanan dianggap sebagai penamat untuk industri ini. Sementara itu, ada yang berpendapat ia merupakan instrumen yang diperlukan untuk menjadikan landskap kripto berfungsi dengan baik dan selamat untuk perdagangan. 

Pendekatan Proaktif untuk Anti Pengubahan Wang Haram (AML) 

money laundering cycle

Kelebihan ketara yang pertama untuk peraturan perjalanan adalah pendekatan agresif yang digunakan peaturan ini terhadap pengubahan wang hara. Amalan pemantauan AML dalam kripto sangat kurang berlaku pada sebahagian besar tahun 2010, Pengesan penipuan AML hampir tidak wujud. Ini disebabkan oleh keadaan tidak berpusat sepenuhnya dan ketanpanamaan (anonimity) transaksi perangkai padan (peer-to-peer).

Selain itu, agak mustahil untuk memantau transaksi jika konsep teras transaksi tersebut adalam ketanpanamaan dan privasi sepenuhnya. Walaupun ketidakberpusatan (decentralisation) penting untuk blockchain, amalan pengubahan wang haram menjadi punca kepada kerugian berbilion ringgit. Kerana itulah jenayah sebegitu perlu dibanteras sepenuhnya. 

Peraturan perjalanan mewajibkan semua VASP untuk mencipta pusat pemantauan terhadap pelanggan yang disyaki yang bolehdipercayai dan ketat. Garis panduan tersebut ada menyatakan ambang (threshold) yang diperlukan untuk memerika pelanggan berpotensi dan klasifikasi lain. Hasilnya, peraturan perjalanan berpotensi menghasilkan persekitaran yang lebih selamat untuk syarikat kripto dan pelanggan. 

Jalan Ringkas untuk Menghubungkan Kripto dan Fiat

How travel rule strengthens crypto and fiat connection

Pematuhan perjalanan dalam kripto juga memberi manfaat sekunder yang boleh mengubah keseluruhan industri menjadi lebih baik. Jalinan hubungan antara dunia kripto dan fiat sememangnya nipis dan melibatkan pelbagai halangan. Kerana itulah kebanyakan pelabur memilih salah satu bidang ini untuk beroperasi, untuk mengelakkan terlalu kekeliruan antara dua. 

Sebab utama pula adalah pelabur fiat tidak mempercayai transaksi kripto. Ketiadaan amalan AML dan garis panduan merupakan kelemahan ketara bagi pelabur mata wang kripto. Dengan pemakaian peraturan perjalanan, status quo boleh diubah secara dramatik disebabkan peraturan kripto akan menjadi selari dan mempunyai piawaian. Ini boleh memberi motivasi kepada pelabur yang sebelum ini skeptikal, melabur dalam kripto. 

Selain itu, protokol mesej peraturan perjalanan memastikan data pelanggan yang dipindahkan oleh VASP adalah sulit sepenuhnya dan tidak memberi ancaman terhadap privasi pelanggan individu. Gabungan kedua-dua faktor tersebut akan memberi impak terhadap ketelusan dan kesahan landskap kripto. Ia membuatkan pemilik dan pedagang kripto rasa lebih selamat dan selesa. 

Adakah Peraturan Perjalanan Bertentangan dengan Tujuan Blockchain?

Walaupun peraturan perjalanan FATF memberi kesan positif kepada landskap kripto, terdapat satu perkara yag menajdi perbualan dalam komuniti kripto. Ramai yang menyatakan peraturan perjalanan bertentangan dengan aspek ketidakberpusatan blockchain. Konsep ini dianggap tarikan untuk kelesuruhan industri. Ada beanrnya sentimen tersebut, namun kebanyakan pakar kripto menganggap peraturan tersebut sebagai sesuatu yang diperlukan dalam pasaran. 

Dunia kripto telah dibelenggu terlalu banyak kes penipuan, pencurian digital, dan jenayah kolar putih. Sesuatu perlu dilakukan untuk perkara tersebut. Walaupun pahit untuk ditelan, aspek ketanpanamaan telah disalah guna untuk melakukan pelbagai jenis jenayah. Jadi, peratuan perjalanan sememangnya diperlukan demi memastikan perkembangan industri yang selamat. 

Kesimpulan

Walaupun banyak pihak menganggap peraturan perjalanan adalah satu kontroversi, perubahan besar dalam landskap pengawal seliaan kripto semestinya diperlukan. Peristiwa kejatuhan FTX baru-baru ini, pelbagai pencerobohan keselamatan siber, insiden pengubahan wang haram dan banyak lagi jenayah lain telah membuktikan kurangnya kawal seliaan dalam pasaran ini. Dunia kripto perlu memakai peraturan baru untuk mendapatkan semula kepercayaan orang ramai. Peraturan perjalanan merupakan langkah terbaik dalam arah yang tepat, walaupun ia memerlukan semakan dan perlu diperhalusi untuk menjadi sebuah mekanisma untuk menambahbaik, bukannya membataskan dunia kripto.

Soalan Lazim

Apa itu Peraturan Perjalanan dalam Kripto?

Peraturan Perjalanan dalam Kripto merupakan undang-undang yang terpakai secara global untuk membanteras pengubahan wang haram dan jenayah berkaitan kripto yang lain. Ia memaksa pihak syarikat untuk memantau pelanggan dengan ketat dan memperolehi maklumat peribadi pelanggan sebagai pengesahan kesahan mereka.

Apa itu VASP?

VASP merupakan subjek dalam peraturan perjalanan. Organisasi ini mesti dapatkan data peribadi pelanggan dan melaksanakan peraturan perjalanan untuk pindahan data kepada pihak berkuasa. Keseluruhan proses ini adalah sulit dan tidak membahayakan kebebasan pelabur individu.

Apakah syarat KYC oleh FATF?

Syarat KYC mewajibkan syarikat VASP untuk mendapatkan maklumat penting dari pelanggan biasa dan data yang komprehensif dari pelanggan yang melakukan pindahan kripto jumlah besar.

Artikel terkini

Why Should You Accept Ethereum Payments in 2024?
Cara Terima Pembayaran Ethereum pada Tahun 2024
Pendidikan 09.05.2024
Why and How Can You Add Bitcoin Payment to Website?
Bagaimana Masukkan Pembayaran Bitcoin pada Laman Web
Pendidikan 06.05.2024
Cryptocurrency wallet vs exchange
Dompet Kripto vs Pertukaran Kripto: Ketahui Perbezaannya
Pendidikan 02.05.2024
B2BinPay Celebrates 1 Year of Partnership with Athletic Club
B2BinPay Meraikan Ulang Tahun Pertama Kerjasama Bersama Athletic Club
Berita Korporat 30.04.2024