Top KYC Providers for Crypto Companies

Penyedia KYC Terbaik untuk Perniagaan Kripto Anda untuk Tahun 2024

Reading time

Landskap kripto sememangnya terkenal dengan darjah kebebasan dan ketanpanamaan (anonimity). Ramai pengguna yang tertarik dengan kaedah pembayaran digital untuk mengelakkan campur tangan yang tidak diperlukan dari pihak berpusat dan pihak ketiga. Namun, kebebasan dan ketanpanamaan yang berlebihan boleh mendorong kepada peningkatan aktiviti haram. 

Inividu yang berniat jahat akan sentiasa menggunakan saluran yang sedia ada untuk melakukan aktiviti merbahaya, termasuk pengubahan wang haram, jenayah kolar putih atau penipuan (scam) yang serius yang melibatkan penyeludupan manusia. Syarikat kripto perlu melaksanakan prosedur KYC dan AML untuk mencegah sebarang kesan buruk. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan ciri-ciri protokol KYC, cara memperolehi penyelesaian KYC yang kukuh dan penyedia KYC yang boleh dipercayai. 

Isi Penting

  1. Penyelesaian KYC telah menjadi perkara penting dalam menjalankan syarikat kripto. Ia membolehkan pemilik perniagaaan menghalang penipuan dan jenayah kolar putih.
  2. Panduan KYC/AML memerlukan maklumat pelanggan diperolehi dan pengesahan dilakukan melalui pelbagai saluran.
  3. Pasaran semasa untuk penyelesaian KYC semakin berkembang dalam dunia kripto. Lebih banyak penyedia yang menawarkan perkhidmatan pengesan penipuan dan pencegahan berteknologi tinggi.

Memahami Konsepn Know-Your-Customer

Prosedur Know-your-customer (KYC) merupakan bahagian penting dalam panduan anti pengubahan wang haram yang lebih meluas. Proses KYC dapat memastikan pihak syarikat mengenali pelanggan lebih dekat dan boleh mengesahkan status kesahan pelanggan tersebut. Hasilnya, pelanggan boleh memastikan pelanggan mereka tidak akan membahayakan pihak pemegang taruh (stakeholder) dari dalaman dan luaran perniagaan. 

Essential Steps in the KYC Process

Walaupun panduan KYC dan AML tidak diwajibkan dalam setiap negara dan pasaran, kepentingan panduan ini diperingkat global semakin meningkat setiap tahun. 

Sebagai contoh, kebanyakan institusi kewangan mesti mengesahkan data pelanggan seperti dinyatakan dalam panduan KYC dari bidang kausa yang relevan. Industri lain juga mula turut serta bersama syarikat kewangan untuk meningkatkan perlindungan terhadap enititi berniat jahat dan ancaman pengubahan wang haram. 

Proses Pengesahaan Identiti dalam Penyelesaian KYC

Perisian KYC mengandungi beberapa komponen penting. Komponen paling penting, iaitu perkhidmatan pengesahan identiti mengesahkan profil pelanggan. Identiti pelanggan boleh disahkan melalui beberapa cara, termasuk pengesahan dokumen ID yang ringkas, semakan alamat, dan pengesahan biometrik. 

Sejauh mana langkah pengesahan identiti ini dibuat bergantung kepada undang-undang serantau yang relevan dan polisi syarikat. Sekiranya tidak terdapat panduan KYC dalam negara anda, ia bermakna untuk persoalan semakan pengesahan yang bagaimana perlu digunakan, tidak boleh dijawab secara objektif. Semuanya bergantung kepada struktur nombor, bilangan pelanggan, dan faktor-faktor penting lain. 

Jenis-jenis Perkhidmatan Pengesahan Identiti

Seperti yang dibincangkan di atas, bentuk paling asas untuk pengesahan identiti adalah semakan ID. Namun, terdapt pelbagai pilihan cara pengesahan tambahan. Ini termasuk semakan telefon, pengesahan swafoto (selfie) statik, pengesahan e-mel dan padanan pengkalan data. Setiap kaedah memiliki darjah kesukaran dan kemudahan yang berbeza. Ia bergantung kepada pihak syarikat untuk tentukan kaedah yang mana paling sesuai. 

Banyak syarikat telah menggabungkan kaedah pengesahan berbeza untuk teknologi KYC untuk menghasilkan sebuah kaedah pengesahan tunggal yang berkesan. Kadang-kala, panduan pematuhan kawal selia memerlukan lebih daripada satu kaedah pengesahan untuk memastikan pelanggan telah dinilai dengan teliti. 

Pemantau AML dan Senarai Semak

Walaupun ia bukanlah sebahagian dalam langkah panduan KYC, undang-undang anti pengubahan wang haram (AML) juga merupakan aspek penting untuk organisasi yang ingin mendapatkan cara mencegah penipuan. Amalan AML berfungsi secara bersama dengan KYC. Ia membolehkan syarikat membuat semakan terhadap transaksi kewangan dengan lancar. Dalam kebanyakan kes, jenayah kolar putih dan pengubahan wang haram dilakukan oleh pelanggan yang telah pun disahkan. 

Pada mulanya, pelanggan ini akan mendapatkan kepercayaan syarikat dengan memberikan maklumat yang sah dan melakukan transaksi yang sah. Sebaik sahaja protokol KYC telah dipenuhi, pihak-pihak berniat jahat ini akan melaksanakan transaksi berunsurkan penipuan. 

Amalan AML menghalang situasi tersebut daripada berlaku. Ia melalui semakan ekstensif terhadap transaksi. Setiap transaksi yang diluar dari normal perlu melalui penilaian AML. Melalui cara ini, pihak yang berniat jahat tidak boleh membuat cubaan pengubahan wang haram atau aktiviti penipuan yang lain. 

Apa itu Peraturan KYC untuk Dompet Kripto

Pada awalnya, KYC untuk dompet kripto lebih longgar dan kurang intrusif untuk tidak membataskan kebebasan dalam transaksi mata wang kripto. Namun, selepas lebih banyak kes berkenaan penipuan, jenayah kolar putih dan aktiviti haram yang lain, penyedia dompet kripto mula bekerjasama dengan penyedia KYC kripto. 

Dalam kebanyakan kes, dompet kripto memerlukan pengenalpastian yang ringkas untuk buat semakan terhadap ID yang diberikan dengan maklumat akaun dompet. Ini merupakan keperluan minimum untuk panduan KYC dan kebanyakan dompet telah pun melaksanakan pengesahan asas ini. 

Adakah Terdapat Perbezaan bagi KYC untuk Pertukaran Kripto? 

Pertukaran kripto menggunakan prosedur KYC yang sama namun memerlukan maklumat pelanggan yang lebih banyak. Secara tipikalnya, pertukaran kripto perlu memperolehi nama, alamat reasmi, tarikh lahir dan nombor pengesahan ID dari setiap pelanggan. Selepas itu, pertukaran kripto perlu membuat beberapa semakan untuk mengesahkan kewujudan dan kesahan untuk setiap pelanggan. 

Walaupun protokol ini bertentangan dengan ketanpanamaan sepenuhnya dan metodologi tidak berpusat Blockchain, ia merupakan langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk mencegah pelbagai cubaan pengubahan wang haram dan jenayah kolar putih yang lain. 

Kekurangan prosedur KYC telah menyebabkan kerugian berjumlah $1 billion dalam kripto dari Januari 2021 sehingga Mac 2022.

Fakta Ringkas

Penyedia KYC/AML Terbaik yang Patut Anda Pertimbangkan untuk 2024

Kemunculan penipuan berkaitan kripto telah menerima maklum balas yang sepatutnya dari pasaran. Banyak penyedia KYC terbaik mula memasuki bidang kripto. Pada 2024, beberapa syarikat telah membuktikan sebagai syarikat yang memiliki reputasi dan boleh dipercayai. Mari kita lihat beberapa pilihan popular dalam landksap semasa. 

SolidProof

SolidProof

SolidProof merupakan penyedia KYC yang menjadi pilihan untuk projek dan syarikat kripto moden. SolidProof menawarkan perkhidmatan KYC yang lancar dan tidak akan menggganggu aliran kerja biasa syarikat. Penyedia ini mempunyai pelbagai pilihan untuk pengesahan identiti, daripada semakan ID yang ringkas sehinggalah kepada imbasan biometrik yang kompleks. 

Namun. SolidProof tidak menyediakan perkhidmatan reaktif kepada pelanggan. Sebaliknya, objektif syarikat ini adalah untuk kenal pasti kepincangan dalam proses pengesahan pelanggan sedia ada anda dan akan berikan panduan untuk memperbaiki proses tersebut. SolidProof sedang membangunkan perisian prototaip yang boleh mengautomasikan carian terhadap kelemahan yang berpotensi dalam proses perniagaan pelanggan.

Identity.com

Identity.com

Mengekori rapat di tempat kedua untuk peneraju industri dalam penyelesaian KYC identity.com. Sasaran projek ini adalah untuk menggabungkan ciri-ciri terbaik dari kedua-dua dunia dan protokol KYC akan digabungkan kepada persekitaran blockchain yang berpusat, 

Ini bermakna, pengguna boleh menjalani proses pengesahan on-chain tanpa perlu melalui proses kebenaran berpusat. Jadi, keseluruhan pengesahan akan dikendalikan dengan lancar serta tanpa perlu membahayakan maklumat sensitif pelanggan. Identity.com merupakan projek sumber terbuka (open-source) yang boleh diintegrasi ke dalam kebanyakan rangkaian yang telah sedia ada. 

Chainanalysis

Chainanalysis

Chainanalysis merupakan nama yang kukuh dalam industri blockchain. Ia bermula sebagai platform data blockchain. Pada hari Chainanalysis menawarkan pakej penyelesaian keselamatan siber, KYC dan AML untuk projek kripto. Penyelesaian keselamatan syarikat ini yang kukuh boleh menjadi pilihan terbaik untuk mana-mana syarikat kripto kerana ia memastikan perlindungan penuh terhadap kebanyakan ancaman kripto. 

Chainanalysis membantu pelanggan menyiasat transaksi dan pengguna yang mencurigakan. Selain itu, penyedia ini juga memiliki reputasi dalam memberi respon terhadap insiden dan mendapatkan semula dana kripto yang hilang. Chainanalysis menawrkan kursus latihan yang komprehensif kepada semua profesional kripto untuk meluaskan pengetahuan terhadap keselamatan kripto dan pencegahan jenayah. 

Chainanalysis merupakan pilihan terbaik untuk startup kripto yang ingin memulakan operasi dengan cepat dan memakai amalan KYC/AML yang terbaik untuk keperluan tersendiri. 

Kseimpulan

Pasaran penyedia KYC dalam bidang kripto telah bertambah dengan ketara. Pada hari ini, terdapat pelbagai pilihan hebat dalam sektor penyedia KYC dan syarikat kripto boleh menggunakan alat keselamatan kripto yang begitu canggih. Pada tahun 2024, adalah tidak logik untuk mengabaikan panduan KYC dan AML. Ini kerana panduan tersebut boleh menyelamatkan syarikat anda daripada jenayah kewangan atau penipuan besar, dan sekarang mungkin masa terbaik untuk mempraktikkannya. 

Artikel terkini

slippage in crypto explained
Apa itu Slippage dalam Kripto? Bagaimana Cara Mengatasinya?
Pendidikan 24.04.2024
A Quick Overview Of Crypto Denominations
Unit Kripto Paling Penting: Gambaran Ringkas Tentang Denominasi Kripto
Pendidikan 23.04.2024
How to Start a Crypto ATM Business
Bagaimana Cara untuk Mulakan Perniagaan ATM Kripto
Pendidikan 22.04.2024
How to Get A BTC Wallet Address: Comprehensive Guide
Bagaimana Cara Dapatkan Alamat Dompet BTC Dan Mengapa Anda Perlukannya
Pendidikan 19.04.2024