Reading time

Berakhirnya Money Expo Mexico dan Meraikan Pencapaian Penting

B2BinPay team at Money Expo Mexico

Pada 7-8 Febuari, kami telah menyertai Money Expo Mexico, pameran terbesar di dunia untuk firma perkhidmatan kewangan dan syarikat pelaburan. Di sinilah pakar pasaran berkongsi idea dan inovasi terkini dalam teknologi dan pasaran dagangan.

Pasukan kami memainkan peranan aktif dalam pelbagai perbincangan panel dan ucaptama, dengan menunjukkan kepentingan penyelesaian kewangan dan teknologi yang ditawarkan oleh B2BinPay.

Kami memperolehi pengalaman bermakna, dan sudah pasti kami ingin kongsikan pencapaian dan apa yang telah kami pelajari di sana.

Penekanan Terhadap Peranan B2BinPay dalam Penyelesaian Pembayaran Global

B2BinPay merupakan peneraju penyedia penyelesaian teknologi pembayaran yang sesuai digunakan oleh peniaga, perniagaan dan syarikat brokeraj. Expo ini membuka peluang keemasan kepada kami untuk berkongsi dan belajar daripada pakar industri serta membincangkan trend dagangan dan pelaburan terkini.

B2Broker & B2BinPay Booth at Money Expo Mexico

Acara ini mengandungi pelbagai bengkel, panel perbincangan, dan pembentangan ucapan, di mana pemimpin pasaran berkongsi pandangan berharga dan mengajar peserta tentang topik industri dan perspektif penting

Pasukan kami begitu teruja untuk berkolaborasi dengan tokoh terkenal dalam dagangan dan teknologi, menyertai perbincangan panel dan juga ucaptama. Dalam sesi tersebut, kami telah menerokai perkembangan terkini dalam penyelesaian pembayaran kripto. Selain itu, kami juga berkongsi pandangan tentang strategi dan teknik dagangan yang paling efektif untuk broker dan pelabur.

Melalui pembentangannya, Pengurus Pembangunan Perniagan kami, iaitu Pamel Linaldi, telah membincangkan “Trend dalam Kripto Crypto, Forex, and Likuiditi untuk dana Broker-Dealer atau institusi lain”. Beliau juga bercakap tentang cabaran dalam teknologi pembayaran kripto, masalah yang mungkin dihadapi oleh firma brokeraj dan juga peranan penyelesaian pembayaran B2BinPay dalam meningkatkan lagi pengurusan wang untuk perniagaan.

John Murilo, Chief Dealing Officer kami, turut serta dalam panel perbincangan bersama wakil-wakil daripada syarikat terkenal untuk membincangkan tentang “Bagaimana Cara Menguasai Strategi FX yang Sempurna”. Beliau telah berkongsi tip penting dan saranan untuk pedagang Forex dan broker runcit dalam menguruskan dana dan portfolio pelaburan.

Menyantuni Tetamu dan Berkongsi Minat

Pasukan kami telah menyambut peserta yang hadir ke booth kami di #21. Kami telah memperkenalkan penyelesaian canggih B2BinPay dan bagaimana penyelesaian pembayaran kripto kami dapat membantu firma brokeraj dan pelaburan dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Kami berkesempatan untuk terhubung dengan rakan kongsi dan bertemu dengan pelabur prospektif yang berpotensi untuk bekerjasama bersama kami, menjalin hubungan, meningkatkan lagi perkhidmatan kami.

B2BinPay team at Money Expo Mexico

Jumpa Lagi Di Sini Tahun Hadapan?

Kami akhiri penyertaan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari ini dengan kejayaan dan pencapaian yang positif. Sudah pasti kami tiada alasan untuk tidak menyertai Money Expo Mexico pada tahun hadapan!

Kami bersyukur untuk peluang ini, di mana kami berinteraksi bersama pemimpin pasaran, berkongsi pentas dengan pakar dan belajar perkara berharga. Ia akan menjadi motivasi kami untuk menambahbaik perkhidmatan pembayaran kami, seterusnya menyediakan penyelesaian teknologi canggih dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan kami.

Artikel terkini

B2BINPAY v21: What's New?
B2BINPAY v21: Integrasi Algorand & Solana, Keselamatan Tahap Seterusnya, dan Sokongan Pelanggan yang Dipertingkatkan
Kemas Kini Produk 26.09.2024
How Wallet-as-a-Service Transforms Digital Asset Management
Bagaimana Wallet-as-a-Service Mengubah Pengurusan Aset Digital untuk Perniagaan
Pendidikan 05.09.2024
B2BinPay at Finance Magnates London Summit 2024
B2BINPAY Gears Up for Finance Magnates London Summit 2024: Join Us at the Premier Event for FinTech Innovation
28.08.2024
B2BINPAY at The Highly Anticipated Gitex Global 2024
Join us in Dubai For Exciting Tech Discussions at Getix Global
20.08.2024